lUv yOu i wAnT u nOe

Saturday, January 29, 2011

sahabatSELAMANYA

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…





saya suka lagu nie..ya..suka sangat..SAHABAT SELAMANYA...





tinggalTANPAjawapan???

sewaktu dan sedetik saya keseorang pagi nie..saya masih mencari jawapan kepada satu situasi yang saya rasakan sering dan mudah berlaku pada detik sekarang. Entah kenapa saya suka fikirkan perkara ini, hari nie selepas insident tu berlaku selama lima hari lebih kurang saya masih mahu penjelasannya tentang situasi 'kawan yang saya dekat dan baik,ditinggalkan dengan persoalan???'





saya mahu highlight kisah putus cinta pula kali ni...

'awak,kenapa terlalu kejam ya?'
'awak,saya sayang awak tau tak?'
'awak,awak janji takkan tinggalkan saya kan?'
'awak,awak cakap akan jaga saya kan?'
'awak,saya sedang kerinduan'
'awak,awak jahatnya pada saya..tapi hati saya...'
'awak,tolonglah cari saya balik...saya tetap jaga janji kita'
'awak,saya tetap mahu awak.'

rintihan yang penuh tangisan saya rasa terngiang-ngiang di telinga saya saat ini, itu luahan yang saya imaginasikan kawan saya akan cakap selepas dia ditinggalkan tanpa sebab. Iya, tanpa sebab..
Saya mahu selongkar kisah cintanya..saya mahu tahu kenapa kawan saya sudah berada di dunia lain..
dia sudah tidak seperti dulu,dia hanya biasakan diri dengan keadaan ini..
iya,cuba biasakan diri untuk kali ini.
saya tahu,dia sedang terluka dengan kisah cintanya itu..






"dia..dah jalan dah...jalan teruskan masa depan"bicaranya lembut..dengan helaan nafas...
karekternya sudah berubah..sahabat saya cuba berlagak tenang...
tersenyum setiap masa,namun hati kecilnya???\
terluka dan kecewa...
kenapa sakiti hatinya??
dia berlagak tenang dengan hati yang berdarah..kamu itu..DUGAAN...
saya mau kamu kuat ya...


BIARKAN DIA EGO DAN SOMBONG SEBAB TAK HARGAI KAMU..NANTI AKAN RASA TERLUKA DENGAN SAKITI KAMU...


Sunday, January 23, 2011

jadiDIRIkamu!!!!

setiap orang mesti ada perasaan tak puas hati terhadap diri sendiri...iya kan?dan termasuklah saya sendiri...saya pun ada perasaan demikian(ayat macam sastera)...saya rasa itu perkara normal untuk menginjak ke usia remaja(tolong sikit ya..awak dah masuk awal dewasa tau)jadi saya da post di wall facebook tentang persoalan itu..soalan saya camni ..
--->kalau ingin,mahu diri dihargai???jadi comey?jadi lawa?jadi kepoh?jadi apa?kalau sudah tercatat yang takkan dihargai??


penjanaan idea yang pertama : jadilah diri sendiri..kadang-kadang mata hati tak nampak apa yang mata kasar nampak...
saya memang mau jadi diri sendiri dan tengah jadi diri sendiri...dan akan terus jadi diri sendiri tanpa perlu bertukar identiti untuk dapatkan perhatian..betulkan? tetapi kita tetap perlukan perubahan untuk memastikan kita di terima dalam sesebuah kumpulan...
perlu ke kita hipokrit pada diri sendiri walhal itu untuk sementara waktu je????
jum kita fikir...

saya pernah alami konflik ini beberapa kali dalam hidup.. dulu masa saya alami konflik ni,mak saya ada dengan saya..berbicara dari hati ke hati supaya saya faham apa itu personaliti dalam diri...mengapa kita perlu berubah ikut persekitaran dan cara menyesuaikan diri... saya menjadi diri saya saat itu..menjadi seorang yang manja dan selalu merengek walaupun kawan baik saya kerap tegur peragai kanak-kanak saya namun saya sudah terbiasa dimanjakan di dalam sesuatu kelompok kumpulan yang rapat dengan saya...saya merasakan itu diri saya dan tiada pihak perlu membangkang perbuatan saya selagi saya belum menyusahkan mereka..

sebelum menginjak ke alam universiti, saya masih kekal dengan perwatakan yang sama.. suka merengek dan mengadu setiap hal walaupun hal demikian sangat remeh... mungkin sifat ini memang sifat originality saya kot..mak ayah saya jarang memanjakan saya dalam bentuk perbuatan namun dengan detik bicara kata, saya memahami yang mereka memanjakan saya dan abang..kami dibentuk dengan penuh nilai kasih sayang dan kehalusan...mungkin juga itu membentuk saya sehingga saya sekarang...rengekan...

selepas saya melangkah ke alam kampus...saya mula faham...rengekan, keanak-anakkan perlu dilupakan agar saya menjadi matang dan diterima dalam kumpulan dengan sifat berdikari saya...saya mula berubah...menjadi seorang yang menadaptasi persekitaran menjadi gaya hidup saya...kalau dulu saya bukan seorang yang berdikari, kini saya dapat melakukannya dengan berani...saya bertindak mengikut nilai hati dan saya sudah tinggalkan tingkah keanak-anakkan saya dahulu supaya saya dapat mengahrgai nilai hidup sekarang...

dan kini, saya mengalami konflik yang sama...mahu merubah identiti sendiri.. saya akan cakap dengan abang pula kali ini untuk selesaikan 'konflik diri saya'...

SEMOGA DIPERMUDAH URUSAN OLEH-NYA


Friday, January 21, 2011

sayaTANYAkamu





dah lama kat hati nak tanya soalan ni..
tapi baru hari nie terkeluar soalan tu...
soalan pertama,satu dan terawal...
apa punya statement nie???
saya tanya kat seseorang soalan nie...
soalannya? = kamu sayang saya lebih atau kawan lelaki kamu?<dalam statement - boyfriend> 
dia diam dulu,pandang muka saya dengan pelik..saya suka tanya soalan tahap KBKK ke?
mungkin kot..
dia jawab dulu "kalau saya ya?dua-dua penting"
okeyh..saya tau itu...
"saya rasa,kawan mungkin penting..jangan tanya saya...saya tak tahu nak jawab"
fullstop...soalan tu tak dapat dijawab oleh dia..
okeyh..


saya tanya lagi soalan tu pada orang lain..jawapannya..
"hmm...kawan..sebab kawan boleh jadi bahu waktu susah dan senang"
ya ke?'hati saya terdetik perlahan'
okeyh...saya dah jawapan..seoerang dah vote untuk kawan...
saya mahu teruskan lagi untuk cari jawapannya...


kali ini saya tanya kawan rapat saya...
dan jawapannya "mestilah sayang kawan lebih dari kekasih..mana tahu kalau dia tinggalkan kita..."
kalau kawan,dia mesti tak pernah dan tak akan tinggalkan kita..."
okeyh..dah dua orang undi pilih kawan dari kekasih..
saya mula tafsir...kawan dan kekasih...


kali ni saya beremosi sedikit,saya duduk depan A.F...dia yang paling rapat dengan saya sejak kecil.
"abang,awak pilh kawan atau kekasih?"soal saya sambil tengok muka A.F
"kekasih...tapi kawan pun penting"A.F buat saya konfius la...
"paling abang lebihkan?"saya mengharapkan satu jawapan sahaja.
"kekasih" A.F tersenyum...


dua undi kekasih dan dua undi kawan
lelaki pilih kekasih dan perempuan pilih kawan
kesimpulannya saya dah dapat..
tapi itu cuma andaian awal saya jerk...
jum kita cari jawapan lagi...


Kalau perempuan pilih kekasih daripada kawan macam mana?
Kalau lelaki pilh kawan daripada kekasih macam mana?
itu tak normal ke?


saya soal dua orang lagi kawan saya..mereka bestfriend saya..
seoarang lelaki dan seorang perempuan..
jawapan mereka macam nie...
lelaki tetap pilih kekasih dan perempuan tetap pilih kawan..
kawan lelaki saya cakap "kalau saya pilih kekasih kerana dia mesti dengan saya waktu susah dan senang"
"kalau kawan,waktu senang je ada tapi waktu susah akan tinggalkan kita..betul tak?"soalnya
saya terdiam..mungkin kawan versi lelaki memang macam tu kot...
kawan perempuan saya jawab pula "saya pilih kawan sebab kawan tetap ada walaupun kita sakitkan hati kita,lukakan hati kita..dia tetap ada walau apa pun yang dia lakukan terhadap mereka"
"kekasih mana tahu akan tinggalkan kita suatu hari nanti...dia tinggalkan kita dan dia dah ada orang lain..cuba fikir,tiome tu kita pinjam bahu siapa untuk menangis?kawan kan?"
saya terdiam juga kali ni..betul lah..perempuan diciptakan dengan perasaan kasih saya dan penuh emosi...
ini kawan versi perempuan...


pada pandangan saya pula..."kekasih atau kawan?"
saya konsepkan kedua-duanya penting dalam hidup saya..
K.A penting dalam hidup saya dengan caranya...
kawan-kawan saya penting dalam hidup saya dengan caranya...
jadi kedua-duanya penting dengan caranya...
saya akan cuba bahagikan masa dan perhatian untuk kedua-duanya untuk sama rata..
saya akan cuba tidak menyakiti mereka semua kerana mereka ialah ANUGERAH YANG TERINDAH DALAM HIDUP SAYA...

Thursday, January 20, 2011

duniaKAMPUSyangSANGATindah

tajuk entry yang nampak sangat gempak...
seronok ke jadi pelajar?
jadi insan yang berdikari dalam macam-macam hal...
dunia kampus itu indah..ya,indah dengan kelas dan pelbagai hal... 
dunia kampusku bermula di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA...
sangat istimewanya kisah kampusku 




 saya kenal beberapa orang hierarki keluarga saya di FBMK dan juga K16...
mereka sangat sesuai dengan diri saya..
ya,sangat sesuai...

ni miss ikin, myra nina dan saya selepas
briefing Malam Media UPM
sampai tertinggal bas masa nie..kami sangat budak-budak kan?


tambah lagi kengkawan saya..
si sinchan dan sibongsu
yup...kami gila kemera...
walaupun resolusi hp sy kurang..
tapi masih sangat sweet kan???

majlis malam tu sangat lawak sebab kami pecah rekod
lambat daripada VC UPM
hebatkan budak sem 1 buat perangai???

BEATMYHEART..ALANG SAYANG KAMU SEMUA

miss nina yang sangat kool dan sangat baek dengan saya...
saya sayang kaklong saya...
dia sweet



ni kak ngah saya...
sangat comeyh bila dia gelak..
saya suka sandar kepala di bahunya...
dan merengek manja panggil ~kak ngah~



ni saya bersama kak chik saya..
kerjanya suka menyanyi je..sekbek suara sedap lau tak mesti dah pekak adik dia nie...
jangan marah kak chik yang sangat suka ketawa kuat2(pecah rekod aras 3 wing B)

nie saya bersama uda..he3..
lepas presentation kami masih mau ambik gambar kan??
budak komunikasi kan???
uda tegas dan garang..boleh saya listkn uda seorang yang matang juga...
saya baru tau..uda nie penakut juga rupanya..(i keep ur secret uda)

nie mestilah si bongsu kita kan?suka sangat dia nak jadi sulung..pada hakikatnya???
adik boleh jawab kan??knapa kita tak bagi dia jadi sulung...
t habislah family kita hentak-hentak kaki..
buat mulut muncung..<cam dalam gambar di atas>
adik saya sangat pandai buat muka t_.n_._._._._n.g
he...we love u..more then other adek..

inilah dunia kampus kami di Semester 1/2010
sangat happening, lagipun kami budak komunikasi..
lagilah best dunia kampus ni..sangat indah dan membahagiakan...

Friday, January 14, 2011

deriaKISAHcinta





ada sesetengah kisah cinta yang hepi dari awal sampai mati
tak pun dari mula bercinta sampai kahwin,lepas kahwin gaduh sampai bercerai-cerai
ada juga yang bercinta sampai bertunang,bila bertunang putus pasal tak serasi
ada juga yang bercinta sebelum sampai tahap tunang, kahwin jauh pula sampai mati
ini deria kisah cinta yang aku cuba garapkan untuk dikongsi oleh semua..


love is damn sweet
 sweet as you
if you not sweet as love
 it mean you not sweet ..


ada banyak situasi awal bercinta sampai pertengahan kisah cinta dan akhir kisah cinta
semuanya berbiza mengikut cara pasangan menjaga hubungan
as sweet as love kan???
ting--ting---ting???
G stand for girl and B stand for boy


situasi pertama
--->love damn sweet


G:awak,awak...awak sayang saya tak?
B:Mesti la sayang...saya mesti sayang awak sampai bila-bila
G: ya ke?terharunya saya..saya pun sayang awak sangat-sangat..awak baik...pandai buat lawak..sejukkan hati saya..awak sangat sweet...
B:saya akan membahagiakan awak sedaya saya sebab saya suka tengok awak senyum dan dengar awak ketawa..awak comel sangat...
G:terima kasih ya awak..bahagiakan saya..
B:tanggungjawab saya kan?saya rindu awak setiap hari...setiap detik,sayang
G:*muka bahagia dan suka ada lelaki yang sayangkan dia*


situasi kedua
--->sweet love


B:saya rindukan awak,saya nak jumpa awak..Boleh tak?minggu depan saya free..
G:ya ke?saya pun rindu awak,minggu depan kita jumpa ok...
B:Thank you,sayang..awak sentiasa jaga hati saya..
G:Tanggungjawab saya bahagiakan awak kan?I try my best,sweetheart
B:*muka bahagia bila kekasih hati ikut permintaan dia juga*


situasi ketiga
--->is there the love?


G:awak,saya tak sihat..badan saya panas sangat ni...kelas tadi pun saya tak pergi..*mengadu minta perhatian*
B:awak memag degil kan?saya dah pesan kalau hujan jagan redah,awak tu dah antibodi lemah..kerap sangat demam..lama sangat saya dengar awak asyik-asyik demam...jaga la diri sikit*bengang betul dengan perempuan ni,sekeh jugak kang,tak faham-faham*
G:awak,saya demam rindu awak ni..awak tak rindu saya ke?
B:rindu???saya kerja kan?saya tak ada masa nak rindu awak..macam tak biasa pula*ngada-ngada la  minah nie,cepuk kang*
G:awak...saya rindu awak..esok kita jumpa..Boleh tak?
B:Jumpa?awak ingat kerja saya rindu awak ke?rindu tu dapat bagi saya makan ke?saya banyak kerja nak buat dari rindukan awak*tahap baran dah naik sampai kepala*
G:awak..saya tidur dulu ya..esok demam saya mesti kebah*sedih sangat,cuma nak minta perhatian je*
B:iyalah..jangan banyak songeh...*terus matikan talian*


kisah cinta..tak seromantik novel
tak semanis drama bersiri
tak seperti mimpi-mimpi indah
lebih kepada hati,perasaan dan kasih sayang...
didiklah hati mencintai seseorang kerana tanggungjawab...
tanggungjawab menjaga kisah cinta
tanggungjawab menjaga hati...
tanggungjawab memberi kasih sayang..
tanggungjawab mengasihi...
tanggungjawab untuk memberi yang terindah...
tanggungjawab menyayangi sepenuhnya...
tanggungjawab untuk menghargai...
tanggungjawab menghargai seadanya dia...

Wednesday, January 12, 2011

anganANGANyangMEMBAHAGIAKAN

hari yang amat menyeronokkan,boleh dikelaskan kepada hari gumbira juga...
penat?mungkin juga saya sedikit penat hari nie...
kepala masih sakit akibat tekanan perasaan semalam..
kadang-kadang tak semua indah maacm kita harap...
teringat bait kata Dr.Hamisah pagi tadi
"biarlah berangan seketika dengan gembira daripada sedih di dunia nyata"
lecture yang ajar subjek serius dah bermadah...
bila difikrkan balik betul juga...
best per kalau berangan-angan...boleh jadi macam-macam..
sweetkan??mungkin kita semua pernah berangan sebelum jadi diri kita sekarang
yang indah2...






balik dari kuliah tengahari tadi terus terjumpa geng..he3(tak sangka betul)
dengan kepala berserabut dengan pelbagai hal,dapat release kan bila lepak-lepak dan makan tengahari bersama..
i love to be with you all,kita sangat serasi..kita sangat memerlukan(saya rasa itu setiap kali)
kamu yang terbaiklah..kalau salah seorang daripada kita sakit,yang lain ambik berat..
dengan bawa ubat,belikan makanan..tolong paksa makan..
check suhu lagi kalu demam..rasa kita dah macam keluarga sendiri walaupun perkenalan kita belium sampai satu tahun...
kalau seseorang sedih,pasti yang lain sudi pinjamkan bahu...pujuk dengan nada berhemah,bagi semangat dan tolong pulihkan semagat..
saya tak sangka boleh dapat kawan yang sangat sweet macam kamu..
kamu sungguh baik...


bila asyik ketawa,masalah rasa hilang...
bersyukur sebab masalah yang menyakitkan itu dapat dilupakan seketika...
saya mungkin juga terlalu emosional buat beberapa detik ini..
i just want to build my destiny..
dan berharap esok pasti lebih membahagiakan daripada hari ini dan semalam...

Tuesday, January 11, 2011

sayaMAHUjadiYANGsayaSUKA

ingat lagi masa kecik-kecik dulu..
suka sangat berangan-angan nak jadi polis...
lagipun masa kecik-kecik sangat bersifat kelakian
(dengan seluar poket banyak sebagai baju raya)
eh..seronok la tengok polis kejar sana-sini tangkap orang jahat...
nak jadi macam tu lah...
sesuai dengan gaya...


tapi bila masuk darjah dua,minat pula nak jadi CSI...
bedah-bedah orang,jumpa mayat-mayat(ngeri dah sekarang)
suka sangat benda macam tu..macam sangat cool lah..
lagipun perempuan kerja macam tu...
mesti sangat hebat*nada berlagak masa kecik-kecik*
cita-cita tu diteruskan sampailah tingkatan empat..
mau jadi CSI bila cikgu tanya soalan "cita-cita kamu"




bila masuk tingkatan empat,tiba-tiba terpilih masuk ke kelas perakaunan+science(bio,phy dan chem) oleh pengetua...belajarlah dengan segala masalah yang tak best itu..
bila masuk lab asyik cerita pasal tubuh manusia,sistem badan manusia...
bla..bla...bla...
tak seronoknya,rasa macam tak masuk dengan jiwa la...
tapi sangat minat dengan subject miss gunawathy..accouting...
suka kira0kira dan buat latihan dan selalu score..
bestlah subjek nie...
nak tukarlah cita-cita..he3..mau jadi accountant pula la...
boleh kira duet banyak-banyak(tamaknya..muka duitan mula terserlah)




dan subjek kira-kira duet nie..buat bajet memang sangat favourite...
sampai sekarang masih buat bajet dengan catatan kewangan...
tapi lepas STPM...
inilah bermula dunia yang tak disangka dalam hidupku...


diterima masuk ke Universiti Putra Malaysia dalam bidang komunikasi...
mungkin cita-cita aku dulu memang tak sesuai dengan jiwa kot dan diri...
komunikasi??apa yang kamu fikir?
orang yang banyak cakap macam aku ke?
dunia pelajar yang bergelar pelajar komunikasi amat seronok..sedikit perubahan diri
sedikit perkenalan dengan cara bercakap,cara bersuara,
cara tepati masa sebagai orang yang mempunyai sedikit waktu sengkang...
itu serba sedikit mengenai komunikasi...
aku...pelajar komunikasi korporat...
sedap pada nama tapi banyak dugaan dan sedikit telahan yang menjadikan aku gugup...
apa itu korporat?kaya?sombong?diperlukan?dihormati?disanjung?
aku sendiri bingung secara jujurnya..
tapi ini bidang yang aku pilih untuk lunaskan dalam jangka masa tiga tahun...
ini aku..duniaku..masa depanku dan  juga insyaALLAH karierku...


insyaALLAH..bersabarlah..kamu pasti bahagia dengan hidup kamu berkat doa IBUBAPA