lUv yOu i wAnT u nOe

Friday, February 25, 2011

bilaSAYAfahamERTIsahabat...


saya telefon mak semalam..ingin tanya pendapat mak..kenapa dan mengapa hal ini terjadi pada saya...
pada awal sapaan mak saya tahu suara mak sarat dengan suara kerinduan...saya juga sangat rindukan mak...

--->mak,kenapa kawan adik buat adik macam ni?adik pernah bagi dia bahu waktu dia menangis kecewa sebab lelaki...adik pernah peluk dia suruh dia tenang dan adik guna jari adik sapu air mata dia...sekarang dia tinggalkan adik dan terus pergi...mak, adik tengah hukum dia...hati adik panas bila dia tak hargai adik disisinya dan dia hargai orang lain yang baru hadir...kenapa dia kena buat adik kecewa atas persahabatan ni?


kita dikurniakan dengan pelbagai perasaan dan sedang melalui proses menjadi dewasa...

mak tahu saya tengah kecewa bila saya soal soalan ni..kalau saya depan mak, saya tahu mak pasti suruh saya lihat matanya.. dalami pesanannya.. tapi saya jauh dengan mak..suara mak hanya saya dengar di corong telefon...mak pada mulanya hanya menghela nafas perlahan..anak bongsunya sangat touching2... mugkin mak dapat bayangkan muka saya yang penuh dengan deraian air mata saat itu.Bicara mak pada awalnya 'mak pernah kata adik belum bersedia dengan semua tekanan ini'..Saya sudah bersedia ke alam lebih dewasa namun saya tak sangka getir ini terlalu cepat terjadi...saya hanya menahan sedih saat itu,tangisan itu buat mak saya semakin sedih...
SAHABAT itu dikurniakan untuk kita dalam pelbagai ujian yang kita tak sangka, menjadikan kita cepat matang dan menjadikan kita gembira dan terleka dengan dunia remaja kita...kadang-kadang kita cepat jatuh sayang dengan orang yang selalu ada dengan kita..saat kita perlu pelukan dia berikan, saat kita perlukan bahu dia pinjamkan, saat kita terluka dia berikan ubatnya dan saat kita gembira dia kongsi berita itu bersama dan doakan kesejahteraan kita..SAHABAT itu hadir secara unik dalam hidup seseorang... ada yang singgah sebentar dalam hidup kita..berkongsdi derita dan bahagia dia seorang yang rasa..namun kalau kita tengok daripada perspektif positif...dia kurniaan ILAHI untuk kita bersyukur...kalau kita sayangkan dia, kita boleh tegur dia secara berhemah..manusia dikurniakan akal..jangan maki hamun ikut suka..pakai akal yang dikurniakan untuk terangkan apa yang kita rasa tentang perubahan sikapnya..cakap elok-elok..ISLAM itu lembut..ISLAM indah dengan cara..ISLAM itu memaafkan...ISLAM itu kelembutan...<saya bersalah cakap perkataan yang tak baik di blog saya...saya khilaf>..Kalau kita tak sayangkan dia,kita boleh tinggalkan dia dan doakan kebahagiaan dia..tapi ingat tak SESAMA MUSLIM itu BERSAUDARA..kenapa perlu memisahkan perkara sudah jelas dan nyata itu?<saya dan memilih untuk buang kamu dari hidup saya atas khilaf kamu dari perspektif saya>...Kita tak layak nak hukum dia dengan cara kita,kita hamba ALLAH yang kerdil..yang biasa sahaja..kalau kita sangat marahkan dia..doakan dia berubah dari jauh..itu lebih baik dari hukum ikut hati kita...

selepas itu saya selalu ingat pesan mak...mak selalu berhemah..tegur perlahan dengan nasihat...saya sudah tenang dari maslah tersebut...bicara mak buat saya berfikir dan terus berfikir untuk capai makna yang mak cuba sampaikan...

cakap elok-elok..ISLAM itu lembut..ISLAM indah dengan cara..ISLAM itu memaafkan...ISLAM itu kelembutan

bicaraANAKbongsu

akhirnya..selepas hati saya panas dengan memikirkan pelbagai perkara...
akhirnya..saya sudah kembali tenang seperti biasa,semula dan terbiasa...
kenapa saya letak tajuknya "anak bongsu?"


sebenarnya tragedi yang lepas-lepas, peristiwa yang sudah terjadi dan insiden itu telah menyingah dalam diri...
saya jadi amarah dan sangat panas baran..sedangkan itu bukan sifat asal saya...
saya susah melatah dan bersabar sebelum ini...mak dengan ayah,dua-dua bukan panas baran dan cepat melenting...dan saya tak dididik dengan cara penuh tekanan...
mak dan ayah selalu nasihatkan saya..
pesan mcacam-macam serta tegur secara berhemah...
mak dan ayah tak pernah menghukum saya dan abang sehingga kami dewasa..
kami dididik dengan kasih sayang yang penuh dengan kehalusan...
rotan, tampar, sepak terajang bukan cara mak ayah.. malahan denda sekali pun...
tak pernah wujud dalam hidup kami kekasaran..dan saya boleh katakan..
saya akan menangis kalau tengok ada ibu bapa yang marah anak mereka di tempat orang ramai...
saya seorang yang sangat sensitif, mungkin persekitaran yang saya telah terbiasa selama 20 tahun lebih...
ya, saya anak bongsu...saya sangat rapat dengan keluarga...
usia remaja saya sebelum melangkah ke universiti hanya berada di rumah.. saya tiada kehidupan sosial, saya kurang dapat kebebasan dan saya tidak DIKONGKONG... tapi saya hanya selesa di rumah ditemani ke dua ibubapa yang selalu ada dengan saya...
saya dan abang tak pernah berpisah, iya..bila abang berusia 20 tahun dan saat itu saya baru berusia 17 tahun...
abang mendapat tawaran kerja di Selangor,saya menangis selepas abang dapat surat dan seminggu selepas abang berpindah ke Selangor, saya selalu tengok gambar abang...
abang sahabat saya dari kecil, kami suka berkongsi pelbagai perkara walaupun kami berlainan minat...

saya ingat..kalau nak pergi beli barang walaupun sebatang pen, ayah temankan walaupun remaja seusia saya sudah ada lesen untuk ke sana ke sini..pergi berteman dan keluar 'dating'...
saya..hidup saya penuh dengan ahli keluarga...
saya ada mak, ayah dan abang yang menjadi sahabat...
pendengar yang baik...
penasihat saya yang sangat baik...
buat saya tersenyum...
walaupun saya bukan dari keluarga senang dan mewah..sederhana itu buat saya bersyukur seadanya saya...
ayah hanya penoreh dan mak pula suri rumah...namun hidup kami penuh kegembiraan dan kasih sayang...
<saya menangis saat ini, merindui mak dan ayah...senyum mak ayah dan harapan mereka terhadap saya..>
saya pernah ingat, saya memberontak tentang sesuatu di usis remaja...saya merajuk tak dapat apa yang saya inginkan dan saya ingat, mak pegang bahu saya tenung mata saya lama...bicara dari mata mak buat saya insaf dan saya berjanji...saya akan ubah masa depan kelurga saya...
titip ayah buat saya hargai abang yang berkorban untuk saya...
'abang dapat sambung belajar tapi abang takmau..abang kata dia tahu adik dia boleh buat lagi baik...adik kena jadi contoh keluarga kita...tak payah jadi yang terbaik..cukuplah membanggakan mak,ayah,abang dan keluarga'

saya hanya seorang gadis yang penuh dengan perasaan emosional dan kasih sayang..iya, inilah Ainatul Syahirah Ashaari sebenarnya..dia bukan gadis pendendam dan panas baran, dia sudi mengalah dan dia akan senyum kalau itu menggembirakan orang lain...

Thursday, February 24, 2011

hatiSAYAsakitDANbengang


ambik..special sangat picture ni di edit dengan penuh kesabaran...
yeh..seperti tajuk entry memang dah jelas haku tengah bengang tahap bangang...
suka hati aq la nak cakap apa pun dalam blog aq nie...
apa hak kau nak terasa???<JAWAB-JAWAB>
ada aq tulis nama kau ke? aq bagitau nama kau aq tengah bengang kat kau?
aq tulis ke nama penuh kau kat BLOG AQ?
tak terasa pun nak jejaskan entry aq dengan nama kau...<kau terasa aq tulis pasal kau?>
ambik-ambik-ambik...
PERGH..ni la kali pertama dalam hidup aq terasa macam nak sepak orang...
kau tak yah la nak tacing2 sangat..aq tak hadap sangat nak cerita pasal kau...
kau nak nangis?buat larh, aq peduli ke?
KAU MEMANG SALAH SANGAT BILA GUNA AYAT BLOG AQ NAK BURUKKAN NAMA AQ...
dalam dunia nyata ni boleh la kau burukkan orang sangat...
nanti satu-persatu tunjuk depan kau apa yang sebenarnya jadi...
aq malas nak bagi peluang lagi kat manusia yang sengaja menyakitkan hati aq...
AQ NYATAKAN MANUSIA YANG SAKITKAN HATI AQ
MANUSIA YANG BAGITAU SATU DUNIA DIA BAIK TAPI DIA TIPU...
PERGH...tulun larh..jangan nak cakap...
kau baik sangat walaupun aq ni slow jerk sekurang-kurangnya aq tak pernah nak menipu untuk buat salah...
aq buat salah pun aq mengaku...aq tak bagus tapi aq tau batasnya...
jangan sampai aq hilang respect kat manusia macam tu sudah...
aq memang sangat panas hari ni...
nak bincang dengan aq? tak payah,kau dah menyakitkan hati aq...
aq anggap cakap kau lepas ni hanya angin yang menyingah je...NO MORE CHANCE FOR YOU
selama aq hidup 20 tahun lepas, ni kali pertama aq kenal manusia TAK KENANG BUDI!!!
aq kenang budi ke?kau boleh decide,aq tak kisah lagi orang yang suka menipu decide aq...
aq tak rasa apa-apa pun..
sebab bagi aq..peluang yang aq bagi setiap orang yang hadir dalam hidup aq TIGA KALI je..
PERTAMA kali : aq anggap itu lumrah manusia
KEDUA kali : aq anggap kau berubah aq bagi kau peluang
KETIGAnya : ni peluang terakhir kau,kalau kau tak pandai guna...aq akan berlalu pergi terus...
kali KEEMPAT : tahniah sebab kau rosakkan hati aq dan kepercayaan aq...kau jangan harap lagi Ainatul Syahirah Binti Ashaari akan ada dengan kau lagi...



NOTICE!!!--->kalau kau terasa miss aina ashaari tulis pasal kau,ambik je,perasan je pastu canang kat semua orang pasal entry aq..kalau kau nak bagi nama aq terus buruk,kau publish la kat mana-mana pastu state nama kau sekali..kata aq mengata kau...AQ TAK TULIS PASAL KAU!!!!JANGAN PERASAN SANGAT..TAPI..KALAU PERASAN AMBILAH SEBAB ORANG KATA<bukan aq kata>
"SAPA MAKAN CILI,DIA RASA PEDAS"
"SAPA JARI BERDARAH,DIA RASA SAKIT"
"SAPA MAKAN COKLAT,DIA RASA MANIS"
"SAPA BACA BUKU,DIA PANDAI"

Tuesday, February 22, 2011

hatiSAYAuntukDICARIKolehKAMUyangALPA

malam menjengah bila saat aq mula kelas pukul 8 malam di DKAP,UPM
YA ALLAH,alhamdulillah...aq bersyukur kau berikan aku kekuatan walaupun hanya sedikit untuk ku tempuhi jalan hidup di UPM menghabiskan semester dua yang bakal berakhir dalam jangka masa tiga bulan lagi <moga adekb'adek juga tabah>
Kita akan rakamkan sebagai kisah sedih kita di dunia kampus UPM...
kata-kata saya mungkin memakan hati melalui entry kali ni...sebelum itu saya minta maaf jika kata-kata ini bakal merubah semua pesepsi kamu terhadap saya....
--->Ainatul Syahirah bt Ashaari adalah insan yang sering melakukan khilaf dan sentiasa mahu berubah menjadi lebih baik...




pertemuan kita bermula di FBMK..berjabat mesra sebagai seorang sahabat..melukis kisah ceria yang indah pada semester pertama..saya akui kamu mewarnai hidup saya dengan telatah kamu..TERIMA KASIH ya..saya hargai dan saya sering teringat semua yang pernah berlaku dalam hidup saya antara kamu...
kamu..mungkin ALLAH jadikan saya seorang sensitif dan peka dengan perasaan hati saya,semester dua memisahkan kita dalam pelbagai aspek termasuklah major kita..itu bukan alasannya...kita masih mampu berkawan di bulan pertama...namun bila menginjak bulan kedua, kamu mula mengorak kisah pedih dalam coretan memori kisah kita,saya akan terus ABADIKAN sebagai satu rencah menghadapi kehidupan...


kamu..saya tahu kami di sisi kamu tak sempurna dia di sisi kamu...namun kamu...
kisah ini belum capai usia matang..kamu melukakan kisah hati kami dengan sikap kamu...iya saya JAHAT, tuduh kamu yang sangat baik dan polos melukakan hati kami...
kamu..kalau persahabatan ini diperkotak-katik kerana kamu lebih istimewa daripada kami yang biasa..
kami bersyukur dengan kasih ILAHI menjadi kami seadanya..
membuat kami ketawa gembira dengan diri sendiri...kami tahu standard kita tidak sama,tidak serupa...kami berdiri tersenyum riang melewati dunia kampus dalam kasih sayang ciptaan ILAHI..
berada disini belajar tentang kehidupan bakal datang, menjalin hubungan ukhwah kasih sayang...
menjadikan lebih istimewa dengan kejujuran...




kamu..saya tahu kamu ingin jadi yang terbaik, dapat yang terbaik dan dihargai oleh yang terbaik...
saya nyatakan saya pelajar biasa di kampus, anak manja family dan saya gadis yang dambakan kasih sayang daripada insan yang tulus mengasihi saya...saya tahu saya akan alami detik ini sejak saya sedar jauhnya beza kita...
kamu membina status dengan saya...hidup kamu penuh dengan kemewahan dan sentiasa ada insan yang datang silih berganti,menggantikan kami di sisi kamu..
kamu..kalau kamu mengukur kasih sayang,tak dapat diungkap dengan kata-kata istimewanya ukhwah ini...
kamu..saya gadis sederhana, tak banyak ilmu agama tak pintar dalam pelajaran, keluarga tak mewah.. tapi saya hargai persahabatan dan kasih sayang...
saya tak marah kalau kamu buang kami dari hidup kamu..teruskanlah dengan sikap kamu...


DEMI ALLAH saya terkilan dan terluka...
saya rapuh diuji dengan dugaan ini..
saya menangis berkali-kali mengenangkan derita ini...
saya kecewa dengan dahsyatnya..
saya terkedu dengan diri kamu...


kamu...lidah saya dah kelu berbicara, hati saya dah mati, jiwa saya dah sakit, air mata saya sudah habis, tekanan saya bertambah, minda saya sudah gagal berfungsi...


adik beradik saya, luka ini bakal mematangkan kisah hidup saya 
---->Wan Nur Syazmira bt Wan Suhaimi, Noramanina bt Md Yusof, Nur Fazreena bt Hamdan dan Nurasyikin bt Ramli...

Monday, February 21, 2011

akuMENANTIsatuSENYUMANdibibirmuSAHABAT

minggu melukai hati insan-insan yang ku sayangi di UPM...
bersabarlah sayang...
kita kuat dan mampu menghadapinya...
terketar-ketar aq menitip bicara..agar kamu tak terluka...
biar aq terus terluka dengan sikap itu..
aq tidak tega melihat persahabatan ini diperkotak-katikkan...
kita bersahabat kerana ILAHI..kerana kurniaan cintaNYA pada kita...
aq menghargainya..menjadikan indah dan sempurna tanpa luka memakan jiwa...


'i can lend you shoulder when you feel want to cry'
semestinya kita akan menjadi bahu untuk adik-beradik kita(sahabat di UPM)
'i can lend you my ears when you need the listener'
semestinya kamu boleh bercerita jika hatimu rasa tidak selesa...
aq dan mereka akan ada disisi..dengar kamu merintih...
'i can lend your my tears if you want to cry along with the sadness'
aq akan menangis jika ada butir mutiara yang keluar dari empangan matamu
aq tak sanggup kau menangis jika disakiti..
aq tak sempurna ,tak dapat mengawal keadaan tapi kamu...aq akan membahagiakan kamu...
'i can make a smile when u need it'
aq akan cuba sedaya-upaya memberikan senyuman itu di bibirmu...
senyuman itu buat kamu lebih menarik seperti lagu SENYUM...
'i can create the friendship if u need me beside you'


persahabatan akan sempurna dengan caranya...
sempurna bila kamu menghargainya dengan caramu sendiri...
menghargai cara yang kamu sedaya menjaganya..
menghargai dengan bahasa badan...
aq biarkan kamu melukai insan lain dengan terangan...
aq biarkan kamu ulangi kesalahan yang sama pada orang lain sehingga banyak hati yang terluka...
aq biarkan malamku disinari nada sedih insan yang ku sayangi...
aq biarkan kamu gembira dengan caramu menghargai persahabatan...
SAHABAT bukan cemburu,bukan balas dendan,bukan iri hati, bukan dengki,bukan membenci...
SAHABAT bukan tempat kamu kongsi duka sahaja, bukan tempat kamu lepaskan marah, kamu rasa terancam dengan hubungan peribadi...
SAHABAT lebih kepada dekat di hati,penuh dengan kasih sayang dan bukannya ibarat sehelai tisu saat kamu menangis..


hargai sahabatmu sebelum mereka melangkah pergi dari hidupmu dengan kesalahan sengaja yang kamu lakukan..
semoga persahabatan anda sentiasa dihargai dengan cara yang membahagiakan.
InsyaALLAH

Wednesday, February 16, 2011

mogaKAMUkuat,MISSaina

mood minggu ni memang tak baek cikit..
entah apa yang tak kena lagi...
sumpah!!!!tak tahu apa lagi yang tak cukup!!!
sungguh!!!apa lagi yang kurang????
semua tak kena yang aku buat!!!
semua!!!<---rujuk-makanan sekali...
aq memang stress sesangat...
kalau tak percaya boleh tanya kak ngah dengan kak chik...
mereka mentertawakan aq dengan penuh semangat bila aq makan sangat banyak!!!
sangat banyak!!!'
RM13.00 untuk makan tengah hari..bayangkanlah bertapa tamaknya aq...
but..Who care about me?right?

Saturday, February 12, 2011

ainaKETURUNANmana?

rasa nak gelak tergolek-golek*muka sangat senyum lebar*
sejak aku tadika lagi soalan ni aku dapat...
kecewa juga...
sedih dan merundang duka...


okeyh..jum berkenalan dulu dengan mereka ini..







PERSOALAN : Ainatul Syahirah Binti Ashaari ni keturunan mana ya?

masa umur dua tiga tahun macam tu, abang selalu usik aq...
"hang anak Bosnia la,anak pelarian"
"hang bukan anak mak ayah"
pastu aq anak menangis dua tiga jam depan abang...
abang mesti buat dunno je... dy selalu mengusik macam tu dengan aq...
hahahahaha...
abang memang selalu buat aq fikir aq anak pelarian masa tecit-tecit tu...

masa masuk tadika pula...
kawan aq selalu desak aq dengan soalan
"hampa anak angkat ka?"
 "hampa asal mana?"
aq balik rumah merajuk-rajuk..
desak mak ayah cerita latar belakang masa aq lahir...
mak ayah selalu je buat aq rasa tenang...
"ADIK MEMANG ANAK MAK,ANAK AYAH"
lepas sapu air mata,aq keluar rumah maen macam biasa je...lupakan persoalan tu...

aq ingat perkara ni pasti akan hilang bila aq dah masuk sekolah...
tapi ni lagi best...
abang dengan aq sekolah sekali...
jadi memang kami pi sekolah sama-sama..
"awat abang hampa tak sama muka dengan hampa?"
"muka dia macam ayah hampa banyak"
"hampa tak ada pun iras-iras mak ka ayah hampa"
dan aq balik rumah tanya mak ayah lagi pasal apa muka aq tak ikut gene mereka..
Jawapan mak ayah yang aq ingat sampai sekarang...
"DARAH DALAM BADAN ADIK TU DARAH MAK AYAH JUGA,DARAH KITA SAMA...MUKA TAK SAMA PUN TAK PA TAPI DARAH KITA SAMA"
aq tanya lagi...kenapa muka abang aq ada iras ayah..sedangkan aq???
tak ada pun...
mak pegang muka aq waktu tu,dekat dengan mak...
"MATA ADIK MACAM MATA AYAH"
yey..aq terlompat..confirm aq memang anak ayah..bukan macam kawan-kawan aq selalu kata tu...
"ALIS MATA MACAM MAK"
dah lengkapkan?aq memang anak mak dengan ayah..tiada persoalan lagi..

masuk sekolah menengah...
"kulit hampa putih semacam..abang hampa biasa ja"
kali ni memang aq marah kawan-kawan aq...
kenapa persoal benda tu...sejak kecik lagi aq selalu dirudung duka...
"aina...awak ni lahir kat mana?"
ni kawan yang mula-mula kenal dengan aq awal tahun masa form 2 camtu...
'aina memang anak mak ayah'
dy tersenyum tengok aq...
hahahahah...aq tersalah tafsir soalan pula...
soalan kalau aq lahir, mak ayah aq..abang aq...
memang aq akan sensitif lama-lama...
aq memang anak mak ayah okeyh...

dan di alam universiti...
ada dua percanggahan..
seorang kawan tanya..."aina,awak ada keturunan arab ke?"
aq tengok muka dy pelik,rasa nak tergelak lama-lama..
hidung aq tak muncung la,hang tak nampak ke?
aq dengan keturunan arab???
aq tak layan pun persoalan tu...
dan...lagi dan lagi

kedua gambar ni mungkin boleh menguatkan hipotesis tersebut


aq pun duduk sembang-sembang dengan kawam-kawan
dan soalan kali nie lebih detail @ dalam...
"aina,kulit aina ikut sapa? ayah mak aina kulit biasa ja"
-----KULIT----->warna kulit...
aq senyum dan dengan penuh senyuman aq kata
"ayah aina putih sebenarnya,tapi asyik maen panas...kulit dah gelap..."
seyes..ayah aq memang putih, semua kata macam tu....
"mak aina bukan gelap pun..pipi mak masih memerah sampai sekarang(tanpa blusher)"
betul, mak aq pun putih..bila kena cahaya matahari...muka mak merah menyala<---bukti saya memang anak mak dan ayah...

JAWAPANNYA
----->Ainatul Syahirah binti Ashaari adalah anak kepada En. Ashaari b Saad dan Pn. Ramblah bt Ibrahim dan satu-satunya adik kepada Mohd Ariff Fahmi bin Ashaari...
...aq bukan keturunan Bosnia,Arab ataupun anak anagkat mahupun pelarian...
..sekarang muka aq dah hampir sama dengan iras mak dan ayah..
.muka aq dah memang seiras dengan abang<tak percaya?rujuk gambar di atas>.
---ITULAH REALITINYA---


Friday, February 11, 2011

kisahKUNCIbilik320antaraTUANNYAyangPELUPA



kisah tiga kunci nie menghuru-harakan hidupku hari nie....
geram...kecewa...
argh..aku dah mengaku...
sebenarnya
aq adalah seorang PELUPA tahap kronik....

salah sendiri sebab bangun lambat pagi ni untuk pergi kelas..
purse tak dapat dikesan..habis selerak bilik yang sangat bersih tu...
berterabur semua..(credit to ida...sorry sangat ruang kecik ni jadi lagi kecik)
lepas jumpa purse..terus tarik pintu siap dengan lock dari dalam...
pastu...TIDAK!!!!<jum tepuk dahi sama2>
KUNCI(yang di gantung bersama gelungan hitam tu)...camna nak balik nanti...
-muka kecewa sepanjang perjalanan nak pergi kuliah-

alternatif selepas sampai kolej pergi pejabt pinjam kunci...
selalunya rumate balik pukul 5 atau 7 petang...
lagipun time sampai kolej baru pukul 12 tengahari...
buku untuk exam pun ada dalam bilik...
lepas dapat kunci(di gantung dengan nombor besar2 tu)..-muka happy-
terus naek bilik...<kunci kena serahkan dalam masa 20 minit ke pejabat semula>
sampai bilik tengok pintu terbuka...ya..rumate saya balik..
rasa kecewa sebab sangat  tergesa-gesa tadi...
lepas tu ambil kunci(yang tag hijau)untuk turun pulangkan kunci..
turun dengan tergesa-gesa...
pastu sekali lagi
<muka kecewa>
pejabat dah tutup untuk rehat...
<SABAR JE LA>
terus naek bilik..

masuk je bilik terus selerakkan meja study...
tak jumpa juga...
cari sana sini dan seterusnya....
<PUFFF!!!!>
argh..rasa nak marah orang pun ada...
rasa nak lompat-lompat sambil jerit...
KUNCI AKU...
...ditemui di dalam beg yang aq bawa p kuliah tu...

SAYA TAHU SAYA PELUPA TAHAP KRONIK...
...SEBAB KALAU KELUAR DENGAN MAK AYAH, MAK AKAN VOLUNTEER PEGANG PURSE SAYA...
...SEBAB KALAU KELUAR DENGAN FAMILY MAKSAUDARA SAYA PUN,MEREKA SANGGUP DAN DENGAN RELA HATI AKAN MASUKKAN PURSE SAYA DALAM BEG TANGAN MEREKA...
....SEBAB TU BILA KELUAR SHOPPING DENGAN KAWAN-KAWAN, MEREKA AKAN PEGANG PURSE SAYA,KADANG-KADANG HANDPHONE SEKALI...
SEBAB TU JUGA SAYA PERNAH PERASAN MEREKA SANGAT SAYANG PURSE SAYA DARI SAYA...

Thursday, February 10, 2011

sayaSANGATsukaLAYANjiwa



I'll be the one...

I guess you were lost when I met you
Still there were tears in your eyes
So out of trust and I knew
No more than mysteries and lies 


There you were, wild and free
Reachin' out like you needed me
A helping hand to make it right
I am holding you all through the night 


CHORUS
I'll be the one
Who will make all your sorrows undone
I'll be the light
When you feel like there's nowhere to run
I'll be the one... 


To hold you and make sure that you'll be alright
'Cause my faith is gone
And I want to take you from darkness to light 


There you were, wild and free
Reachin' out like you needed me
A helping hand to make it right
I am holding you all through the night 


CHORUS

You need me like I need you
We can share our dreams comin' true
I can show you what true love means
Just take my hand, baby please

I'll be the one
I'll be the light
Where you can run
To make it alright
I'll be the one
I'll be the light
Where you can run

CHORUS 


I'll be the one

I'll be the light
Where you can run
To make it alright
I'll be the one
I'll be the light
Where you can run
To make it all right
I'll be the one
To hold you
And make sure that you'll be alright
I'll be the one 

Wednesday, February 9, 2011

akuBERSYUKURdiBERIpeluangMERASAkasihILAHI


DOA MENSYUKURI NIKMAT DAN KEDUA IBU BAPA

رَبِّ Ø£َÙˆْزِعْÙ†ِÙŠ Ø£َÙ†ْ Ø£َØ´ْÙƒُرَ Ù†ِعْÙ…َتَÙƒَ الَّتِÙŠ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠَّ
"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku"



Allhamdulillah...
Aq berasa sangat bersyukur...berasa sangat terharu dengan perjalanan hidupku...
Aq berasa sangat terharu...ALHAMDULILLAH,YA ALLAH...
Memberi aku perjalanan hidup yang aku syukuri...
Anugerahkan kepadaku ibubapa yang penyayang dan mengasihiku
Anugerahkan seorang abang yang sangat menjaga diriku
Anugerahkan ibu dan bapa saudara yang sentiasa yakin denganku...

KAU...
Anugerahkan sahabat-sahabat yang terbaik buatku
Aku bersyukur,YA KHALID...
Memberiku rasa nikmatnya kasih sayang dari-MU
Mendorongku ke arah yang dilindungi...
Sentiasa memberiku kesempatan bersyukur...
Menganugerahkan kejayaan kepadaku...

KAU sentiasa merahmati hidupku dan keluargku...
Menunjukkan jalan yang harus kulalui...
Tak pernah tinggalkanku walaupun aq terkhilaf...
Menjadikan aq bersyukur atas nikmat-MU...



AKU BERSYUKUR MENJADI HAMBAMU YANG TERPILIH YANG LAHIR SEBAGAI ISLAM DAN MENGAMALKAN CARA HIDUP ISLAM..MENYEDARKANKU DENGAN KASIH SAYANG-MU YANG LUAS...

Tuesday, February 8, 2011

egoITUbahagiaKITA???

masa malam-malam macam ni baru ada idea nak menaip idea...
betul tak kalau saya kata..'
KAMU juga macam SAYA!!!
Mengaku la...
Kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita sedang terluka untuk jaga hati orang lain...
Kadang-kadang kita tak perasan yang kita sedang kalah dengan perasaan...
Kadang-kadang juga kita tak perasann ego kita sakitkan hati orang yang hargai kita...
Kadang-kadang juga kita tak perasan ada yang terluka dengan tingkah kita...


BERSENDIRI...


Ego itu satu sifat biasa pada manusia yang normal...
tapi macam mana nak kawal ego yang bersarang dalam hati kita,
hanya terdiam untuk yakin kita menang atau????
bangun dan kata kita hebat???
Sedangkan ego kadang-kadang tak bawa apa-apa kebaikan...sebaliknya...
melukakan hati seseorang...




BERTEMAN...


Pernah alami situasi di mana kamu keseorangan sebab keegoan?
Pernah terasa diri tak diperlukan sebab terlalu mengalah?
Pernah terasa mahu menangis lama sebab terasa diri hanya untuk dilukai...
Pernah terasa nak marah orang yang sakitkan hati kamu?
Pernah kan?
Tapi kadang-kadang....




KITA HANYA BERBICARA SENDIRI TENTANG DIRI DEMI DIA YANG KAMU HARGAI...
BERSENDIRI???BERTEMAN???EGO MELUKAKAN DIRI DIA YANG KAMU SAYANG...
UNGKAP DENGAN "EGO" KAMU

Monday, February 7, 2011

mingguMENDUGAkasihDARI....ILAHI

malam dah sangat lewat...aq dah janji mau tido awal malam nie...
perjalanan 10jam dari Sik ke Sg.Buloh(akibat jem dan ada emergency) terpaksalah aq trun dengan sakit belakang dan tangisan air mata yang dah meleleh kat pipi...
Minggu lepas aq di uji dengan dugaan K.A
tapi petang tadi...aq diuji ALLAH dengan kemalangan A.F..
Dua-dua insan yang aku sayang...


A.F accident masa nak ambik aq kat Bukit Jalil sebab dy rasa dy tak sempat nak hantar aq balik UPM kalau ambik aq kat Hentian Duta..
Selalunya A.F mesti bawa Wira Putih tu ambik aku...pernah aq sampai A.F sambut aq dengan pegang payung
Dia suruh aq jalan depan darinya supaya aq tak kena hujan..
Tapi hari nie...A.F nak ambik aq guna LC Silver dy tu...
Tapi aq dah bagitau..jangan ambik aq naek moto,aq takut..
sebab jalan kt KL..Faham2 la...menyeramkan dengan macam2 ragam...
A.F tak bagitau apa-apapun lepas tu..dy cakap okeyh ja kalau macam tu..
Pukul 6.40 aq call A.F bagitau paknjang mau pick up aq je sebab A.F kerja malam...
Tapi lepas dengar suara aq, aq dengar A.F cakap "abg accident kat Puchong,tak jadi apa-apa...Jaga diri tau balik sat lagi..."
Aq tergamam..terus aq rasa nak menangis,bayangkanlah...A.F tak pernah accident..tiba2 dia ter'accident petang yang kelam kelabut tu...
Aq ambik fon cepat-cepat,dail nombor K.A(walaupun aq dapat rasa K.A takkan jawab call aq sebab esok baru bermula dia akan call aq...)
Aq bagi masej pad K.A-'emergency'
K.A terus call..dengar suara dy,pertama sekali yang aku buat ialah menangis...Dia gelisah kenapa aq nak menangis?(sakit hati jemm lama ke? )
bila aq dah bagi tau A.F accident K.A pun terdiam dia suruh aq relax dulu...tamau dengar aq buat drama queen...
K.A kata dia akn tengok A.F mungkin sebab tempat kjdian dkt dgn rumahnya..tapi A.F cakap dy okeyh..tak payah pi tempat tu..sikit ja...


Dipendekkan cerita...A.F tamau aq susah hati...
dy bagi tau tangan dy terluka sikit ja..tp dy kena p balai buat report n p hospital untuk chck...mungkin nak tuntut insuran LC Silver tersebut hancur lepas terlanggar kancil...
Aq rasa okeyh ckit..
Tapi lepas paknjang pickup aq,dy bawa aq balik Bukit Beruntung ja,tamau hantar UPM lagi...
Katanya nak bawa aq tengok A.F sebelum balik UPM(aq dah pelik...kenapa kena bawa aq sama sedangkan A.F kata sikit ja)
Kes A.F selesai pukul 12 malam lebih walaupun accident tu petang tadi...
Maknjang call kawan A.F...
dan jawapannya buat aq susah hati sanga-sangat
"Tangan,kaki dia teruk juga..Hidung pun kena ckit..Tapi belakang terluka,nampak isi"
Aq terduduk...
A.F..kenapa tak bagitau benda yang sebenarnya...aq dapat rasa betapa sakitnya luka-luka tu..
A.F memang manja dengan mak,sedangkan demam pun dy nak mak teman dy n bagi dy makan ubat..
Tapi A.F tamau mak ayah tau,dy takut mak menangis dan susah hati..Lagipun ayah tak berapa sihat..
Aq terkelu...Terdiam dan Taktau...


Aq diduga untuk aq lebih dewasa..
Aq diduga agar aq lebih menghargai...
Aq diduga agar aq lebih mengasihi...
Aq diduga aq aq lebih menyesali...
Aq bersyukur dibawah kasih sayang-MU...
Memberi aq tanda kasih sayang-MU yang menunjukkan KAU masih sayang padaku,YA ALLAH..


Aq berharap A.F cepat sembuh..
Semoga dia kuat tempuh dugaan yang ALLAH berikan....






Thursday, February 3, 2011

sayaTABAHwalauTERLUKA

saya mungkin sedikit terluka...
sedikit kecewa dan sedikit tersentuh...
saya insan emosional...
hakikatnya...


saya diuji lagi...
diuji untuk kali kedua...
saya sudah patah di sini...
sudah rapuh tak berdiam...


saya sudah kecewa...
kenapa saya dipilih lagi?
saya tak pernah mengkhianati...
seklipun mencurangi...
saya hanya satu sahaja insan yang mengharap kasih sayang...


saya terdiam disebalik malam...
menangis di dalam hujan
menangis di dalam kebisingan lagu rancak
menangis di satu kesibukan orang ramai




saya...kenapa saya lagi??


kenapa kamu mahukan dia sedangkan kamu tahu dia sudah punyai saya
kenapa kamu lukai hati saya yang tak pernah lukai hati insan sesama kita
kenapa kamu perlu pilih dia sedangkan masih ramai insan lain di bumi ini...
kenapa kamu kena berdiri diatas kemusnahan impian orang lain???
kenapa kamu kejam pada saya???
saya tak pernah kenal kamu...
tak mahu kenal kamu pun...
saya cuma anggap kamu insan yang punya perasaan...
takkan mengelodak hati insan lain...