lUv yOu i wAnT u nOe

Saturday, February 12, 2011

ainaKETURUNANmana?

rasa nak gelak tergolek-golek*muka sangat senyum lebar*
sejak aku tadika lagi soalan ni aku dapat...
kecewa juga...
sedih dan merundang duka...


okeyh..jum berkenalan dulu dengan mereka ini..







PERSOALAN : Ainatul Syahirah Binti Ashaari ni keturunan mana ya?

masa umur dua tiga tahun macam tu, abang selalu usik aq...
"hang anak Bosnia la,anak pelarian"
"hang bukan anak mak ayah"
pastu aq anak menangis dua tiga jam depan abang...
abang mesti buat dunno je... dy selalu mengusik macam tu dengan aq...
hahahahaha...
abang memang selalu buat aq fikir aq anak pelarian masa tecit-tecit tu...

masa masuk tadika pula...
kawan aq selalu desak aq dengan soalan
"hampa anak angkat ka?"
 "hampa asal mana?"
aq balik rumah merajuk-rajuk..
desak mak ayah cerita latar belakang masa aq lahir...
mak ayah selalu je buat aq rasa tenang...
"ADIK MEMANG ANAK MAK,ANAK AYAH"
lepas sapu air mata,aq keluar rumah maen macam biasa je...lupakan persoalan tu...

aq ingat perkara ni pasti akan hilang bila aq dah masuk sekolah...
tapi ni lagi best...
abang dengan aq sekolah sekali...
jadi memang kami pi sekolah sama-sama..
"awat abang hampa tak sama muka dengan hampa?"
"muka dia macam ayah hampa banyak"
"hampa tak ada pun iras-iras mak ka ayah hampa"
dan aq balik rumah tanya mak ayah lagi pasal apa muka aq tak ikut gene mereka..
Jawapan mak ayah yang aq ingat sampai sekarang...
"DARAH DALAM BADAN ADIK TU DARAH MAK AYAH JUGA,DARAH KITA SAMA...MUKA TAK SAMA PUN TAK PA TAPI DARAH KITA SAMA"
aq tanya lagi...kenapa muka abang aq ada iras ayah..sedangkan aq???
tak ada pun...
mak pegang muka aq waktu tu,dekat dengan mak...
"MATA ADIK MACAM MATA AYAH"
yey..aq terlompat..confirm aq memang anak ayah..bukan macam kawan-kawan aq selalu kata tu...
"ALIS MATA MACAM MAK"
dah lengkapkan?aq memang anak mak dengan ayah..tiada persoalan lagi..

masuk sekolah menengah...
"kulit hampa putih semacam..abang hampa biasa ja"
kali ni memang aq marah kawan-kawan aq...
kenapa persoal benda tu...sejak kecik lagi aq selalu dirudung duka...
"aina...awak ni lahir kat mana?"
ni kawan yang mula-mula kenal dengan aq awal tahun masa form 2 camtu...
'aina memang anak mak ayah'
dy tersenyum tengok aq...
hahahahah...aq tersalah tafsir soalan pula...
soalan kalau aq lahir, mak ayah aq..abang aq...
memang aq akan sensitif lama-lama...
aq memang anak mak ayah okeyh...

dan di alam universiti...
ada dua percanggahan..
seorang kawan tanya..."aina,awak ada keturunan arab ke?"
aq tengok muka dy pelik,rasa nak tergelak lama-lama..
hidung aq tak muncung la,hang tak nampak ke?
aq dengan keturunan arab???
aq tak layan pun persoalan tu...
dan...lagi dan lagi

kedua gambar ni mungkin boleh menguatkan hipotesis tersebut


aq pun duduk sembang-sembang dengan kawam-kawan
dan soalan kali nie lebih detail @ dalam...
"aina,kulit aina ikut sapa? ayah mak aina kulit biasa ja"
-----KULIT----->warna kulit...
aq senyum dan dengan penuh senyuman aq kata
"ayah aina putih sebenarnya,tapi asyik maen panas...kulit dah gelap..."
seyes..ayah aq memang putih, semua kata macam tu....
"mak aina bukan gelap pun..pipi mak masih memerah sampai sekarang(tanpa blusher)"
betul, mak aq pun putih..bila kena cahaya matahari...muka mak merah menyala<---bukti saya memang anak mak dan ayah...

JAWAPANNYA
----->Ainatul Syahirah binti Ashaari adalah anak kepada En. Ashaari b Saad dan Pn. Ramblah bt Ibrahim dan satu-satunya adik kepada Mohd Ariff Fahmi bin Ashaari...
...aq bukan keturunan Bosnia,Arab ataupun anak anagkat mahupun pelarian...
..sekarang muka aq dah hampir sama dengan iras mak dan ayah..
.muka aq dah memang seiras dengan abang<tak percaya?rujuk gambar di atas>.
---ITULAH REALITINYA---