lUv yOu i wAnT u nOe

Monday, March 28, 2011

Sunday, March 27, 2011

mohonFAHAMentrySAYA!!!!!

inilah muka letih aku dan kawan-kawan untuk habiskan sem nie...penat sangat dengan pelbagai masalah yang datang..penat sangat-sangat dan boleh dikatakan setiap minggu kami akan berkumpul cerita kepenatan yang kami alami...tak pun kami ada sedikit masa jumpa cerita perihal yang sama<SAMA LAGI>
rasanya kalau mimik muka ni pun aku dan mereka jenuh buat tapi kenapa masih ada yang tak faham..jangan menekan kami lagi ya..aq penat dan rimas sangat dengan masalah yang jadi,dan sedang terjadi..Kami dah tak ada perasaan nak cerita atau dengar malahan pun pandang dia...Kami sedang sakit sebenarnya...
pedih kena tumbuk mesti tak sakit macam pedih hati sekarang rasanya...Baik tumbuk,sepak,terajang daripada bagi kami tanggung masalah ni..makan hati lagi dalam rasanya..Kenapa orang laen biarkan kami derita untuk tengok insan lain yang melukakan hati ni bahagia...

yup..aq nak marah..nak sekeh kepala orang laju-laju dengan terik telinga orang kuat-kuat ataupun aq nak stapler jer mulut yang banyak soal tu...Kalau kamu nak tau pasal seseorang kamu tanya dia sendiri..Kami bukanny PA dy okeyh...Dia ada mulut,dia akan cakap walaupun dia tak cakap dengan kami tapi dia akan cakap dengan kamu..

ni muka sangat fed-up dengan benda yang jadi..Sangat penat okeyh dan sangat menyampah..Rasa macam nak lari berganti-ganti pass masalah tersebut dan biarkan ada yang jadi juara..LAri-lari dan lari supaya tak ada masalah lagi...Tapi tak boleh buat semua itu...Kalau tak dah lama aq pass baton ni kat orang laen, tak la kami menaggung sakit yang amat sangat...

Kalau mau tengok muka tragis kami macam ni keep as the same ques..Lepas tu mesti ada cerita Hantu Cik Aina takmau balik Kolej 16 lepas nie sebab tekanan perasaan...geram tahap sangat cipan dan tenuk dan sekarang dengan pelbagai versi cerita yang jadi.."Don't blame me if I don't know you"

Ini peringatan je..dan amaran okeyh...Janagan tanya lagi pasal insan itu..Dy ada orang lain yang jaga dia dan semestinya bukan KAMI ni lagi..heheheheheh..Tak guna kita jaga orang yang tak hargai kita dan paling penting tak guna kita sayang orang yang tak pandai hargai kita..Kita yang sakit sendiri dan dia tak rasa apa-apa....Amaran je ya...bukan peringatan lagi, tak larat nak ingat-ingatkan lagi...

Aq pun akan buat muka sok tidak bersalah lepas ni dan enjoy hidup..huhuhuusangat seronaoknya hidup ini..Tak perlu kata apa-apa..Paling penting aq akan berlakon semua okeyh dan kalau ada yang tanya aq akan jawab 'no comment'...<---macam artiskan?????

Jangan terkejut ya..itu kenyataannya...Semua adalah catatan yang aq buat masa tertekan...kalau marah kat aq pun berlakon kata hepi okeyh dengan apa yang aq tulis ni..Aq tulis untuk suka-suka-suka-suka je..Kalau ada lagi yang tanya pasni...Aq akan buat dy menyesal tanya dah....

----->huhuhuhuhuhuhuhuhu-aq akan terus jadi aq kalau ada yang tak suka yang penting aq enjoy hidup aq kalau ada yang sakit hati tahap gaban dengan aq..aq nak berdikari la wei..Jangan nak sibuk hal aq<---ni ayat aq dengar dari seseorang yup..


Friday, March 18, 2011

kamuSEORANgyangKUAT

kadang-kadang kita rasah jatuh...
lemah dan tak berguna..rasa tak memberi manfaat kepada sesiapa...
kadang-kadang kita menangis begitu lama kerana kegagalan...
kita rasa tak mampu lagi nak melangkah...
rasa putus asa dan kecewa...
tapi kita terlupa saat kita gembira..
kita senyum dan menghabiskan masa dengan indah...
Pernah kita bersyukur walaupun hanya sekatika?
Hanya seketika?
Kalau kita jatuh cepat saja kita mengalah dan berputus asa..
Sedangkan waktu kita gembira, nada syukur kurang kedengaran...


Kamu sebenarnya kuat...bukan insan yang lemah..cuma bila diuji sedikit getir kamu lemah...
jatuh dan berputus asa..
Manusia tak akan gagal selama-lamanya..
ALLAH teteap bagi kejayaan kalau kita berusaha....
Jangan mengalah...rahmat ILAHI datang dengan pelbagai cara...
Bersabarlah...
Kamu seorang yang kuat...
Jangan lemah kerana kamu gagal untuk kali kedua...
Masih ada jalan untuk kamu berjaya...
Jangan putus asa ya...
Kamu seorang yang kuat...
Sangat kuat untuk diuji ILAHI...
ALLAH takkan uji kalau kamu tak mampu...
INSYAALLAH..disini bukan rezeki kamu...
pasti kamu akan dapat yang lebih baik lebih daripada ini..
Kamu berkorbanlah sedikit...
JANGAN PUTUS ASA DAN LEMAH....
KAMU SEORANG YANG KUAT...

Monday, March 14, 2011

sayaNInampakISLAMIKke?

"tak berani nak ajak aina keluar,macam alim-alim sikit"
"la..ingat aina tak layan lagu Punk Rock nie..."
"aina,maaf ya pakai baju macam nie...tak selesa ke?"
"kalau saya buat camni...camni..bla..bla...bla..hukum dia macam mana?"
"aina...kalau kita balik malam sikit boleh tak?"
"aina...kalau kita...bla...bla..bla..bla..."


itulah antara dialog harian yang saya sering dengar sejak jejak kaki ke universiti...
Even pernah chinese tanya saya pasal hukum agama...
Saya banyak khilaf sebenarnya,tak pandai sangat agama tapi saya ada pegangan agama...
Yang saya tak sangka ada seorang teman cakap "aina,awak islamik la..mesti alim ni"
Saya alim ke?
Saya islamik sangat ke?


Saya pernah terfikir suatu hari, imej yang saya bawa ni mencerminkan siapa saya sebenarnya...
macam orang tengok pakaian saya mereka akan tentukan peragai saya...
Contohnya kalau seorang perempuan yang pakai tudung dengan orang yang tak pakai tudung...
Orang tak kisah tau kalau orang yang freehair nie jejalan dengan lelaki tapi kalau yang pakai tudung yang jalan dengan lelaki??Mesti orang tengok slack kan?
Saya risau kalau ada perbuatan saya dinilai dari pakaian saya...
Ya,saya gadis bertudung dan expectation orang terhadap saya lebih tinggi...
Kalau saya bawa imej baik tapi kelakuan saya tak baik?
--->akan rosakkan semua gadis yang berimej baik dan kelakuan baik...




Beragama itu sekarang dijadikan ukuran...
Kalau kamu ada basic agama yang kuat (sekolah agama) tapi peragai macam orang yang tak ada basic agama...
Semua orang akan pandang orang yang jaga agama lain peragai macam kamu...
Contoh terdekat adalah adik saya, ada tiga orang semua sekolah agama dan seorang lelaki...
dan ada seorang lagi lelaki sekolah menengah biasa...Bila suruh imamkan solat adik-adik sepupu yang lain, yang sekolah agama tu disuruh berbanding adik sepupu saya yang sekolah menengah biasa...
Pasal tu saya cakap oarang yang bawa imej agama(maksud saya alim) akan lebih dihormati berbanding orang yang ada pegangan agama tapi bawa imej biasa...


Pernah saya tanya adik sepupu saya (perempuan), kenapa along tak pakai jubah dengan tudung labuh? alongkan sekolah agama... Dia jawab "tak sanggup nak bawa imej yang sangat alim sedangkan dalam dada kosong,insyaALLAH kalau dah ready along akan pegang imej tu dengan ilmu"
Saya fikir saat itu, gadis yang berusia 13 tahun fikir sedalam tu sedangkan orang lain sanggup bawa imej agama tapi rosakkan imej ISLAM itu secara sengaja...
Saya tanya lagi.."Along,kenapa tak belajar pakai purdah?"
Dia jawab "Agama tu dalam hati,pegangan dan amalan bukan pakaian"
Tapi pada pandangan saya ramai yang nilai agama seseorang berdasarkan pakaian...
Saya tanya soalan lain pula "Kalau kita tahu hukum kita tak jaga macam mana?"
Dia tarik nafas perlahan dan kata "Agama tu amalan bukan ditunjukkan atau dipamerkan"
Saya memang betul-betul terkedu dengan jawapan gadis muda itu...


Tapi saya masih pegang "orang yang belajar sekolah agama lebih dihormati"
Tapi semua tu punah bila saya sedara sebenarnya orang yang cintakan Islam adalah orang yang jaga Islam..
saya juga belajar yang sedalam mana ilmu kita tapi kita tak amalkan mksudnya kita hanya tiada apa-apa...
Ramai otang boleh cakap hukum ni,hukum tu,hukum-hukum..dosa pahala dan sebagainya...
Tapi hanya sebilangan yang tahu hukum berdoaa elakkannya...


Jadi kesimpulannya...ilmu agama di dada bukan dipamerkan...
Agama itu satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...
JAGALAH AGAMA KITA

Sunday, March 13, 2011

ainaKENAlupaSEMUA

saya bagi awak cepat terlupa kisah sedih

*wink wink*

 kamu comel bila senyum...
jum kita senyum...

ketawa sekali yup....
sangat sweet...



meh kita mulakan langkah ya...

 dan 



serta 





Friday, March 11, 2011

sayaLETIHdipersalahkan

malam dah menyinggah saat ni...
Lepas main hujan tengahari tadi sambil makan aiskrim...>terbaeklah<
kepala rasa sangat menyucuk-nyucuk..>sakit sangat<
balik kepada topik....




nampaknya krisis ni tak habis lagi...
semester dah nak habis pun tapi perkara ni belum nak tamat rasanya...
"jangan peduli apa orang cakap"
saya nak sangat bagitau saya bukan 'seorang' di dunia ni, ramai sangat disekeliling...
tapi paling sakit hati bila kita dipersalahkan atas apa yang kita tak buat...
dan orang yang buat kesalahan dibetulkan dan diiyakan...
saya penat sangat okeyh...
Lepas ni jangan tanya pasal dia kat saya @ kami lagi...
!!!we are over!!!
tamat maksudnya dah tak ada apa-apa lagi...
tak ada apa-apa ya...
PENAT SANGAT...


kenapa asyik tanya 
"kenapa dia tak pergi meeting ni?"
"kenapa biar dia jalan sorang?"
"kenapa tak balik kuliah sesama lagi?
"kenapa dah tinggal lima bukan enam?"
"kenapa dia pergi tempat yang kami dah tak ada?"
"kenapa dia jalan dengan orang laen?"
"apa hubungan dia dengan mamat tu?"


tolonglah saya bukan PA dia untuk jawab semua tu...
Dia ada jawapannya, apa kata pergi tanya dia sendiri!!!
Banyak sangat kerja yang saya kena buat dari jaga dia
---because we not belong each other lagi----
=we NOT!!!=
tolong faham lepas baca entry ni...
Saya harap sangat jangan tanya pasal dia kat kami lagi...
Kami dah cukup terluka bila orang pandang kami dengan mata tak puas hati...
Kami penat tutup semua salah yang dia buat...
Kami sangat penat nak jaga hati dia lagi...
Kami sangat penat okeyh...
Janganlah buat kami bertambah sakit hati dengan dia....
Kalau dia nak diamkan diri ataupun jauhkan dari kami
Itu pilihan dia...
Dia rasa sangat selesa tanpa kami...
Jadi..tanya dia semua yang kamu tak puas hati bukan kami...
--KAMI TAK ADA JAWAPANNYA--


saya tahu kamu akan baca entry nie...saya nak cakap dengan kamu...
saya memang nak jumpa kamu untuk settlekan hal nie...
tapi saya sangat sibuk...
kamu,thank pernah jadi kawan terbaik saya...
saya bahagia kalau kamu bahagia...
saya doakan kamu yang terbaik tempuh hari tanpa saya
dan saya sangat penay nak jaga kamu lagi..
-we not belong to each other-
lagi....
kamu boleh marah saya dan bencikan saya...
kamu...haq dan batil akan buat hidup ini puas untuk dinikmati...
saya doa kamu bahagia dengan dia yang kamu pilih...
saya malas dah nak cakap saya sangat penat sebab...
saya amat penat...


--->entry ni bukan unsur maki-maki tapi penjelasan yang sebenar<---\
-->kalau ada sesiapa yang sakit hati dengan saya atau nak dapatkan penjelasan tentang entry ni boleh jumpa saya, saya kan jelaskan perkara dengan detail...saya sangat penat nak jaga hati lagi....
>IT'S ALRIGHT iT'S OKAY<

beriSATUpengalamanINDAHbuatku

mood hari ni masih dalam terkawal..
mau menangis tapi air mata macam dah hilang...
mau rasa sedih dan beku, hati terasa mau pecah...
sakitnya tanggung kesedihan...jadi, saya hanya mau senyum je...
katakan saya sangat-sangat-sangat kuat..
hakikat diri saja yang tahu saya sangat-sangat-sangat taklarat lagi...
saya sesak kali ni, saya tak okeyh...
saya mau menangis kali nie bila terdengar lagu N'ysnc<lagu lama>
Saya mula tenangkan diri kali ni...
Hanya sedikit nafas yang panjang dan dalam akan buat saya okeyh..

You're probably gonna start a fight.
I know this can't be right.
Hey baby come on, 
I loved you endlessly,
When you weren't there for me.
So now it's time to leave and make it alone
I know that I can't take no more 
It ain't no lie

Saya dalam mood mau layan lagu sedih je untuk bulan nie...
Sejak masuk tahun nie...
Mood gembira saya hanya boleh dibilang dengan jari...
Saya tengah kecewa...
Tengah sedih...
Tengah terluka...
Kalau saya cakap saya penat itu perkara biasa rasanya,...
Cukup biasa...
Saya mehu melangkah bila saya punya kekuatan...
Saya mungkin bukan gadis ini lagi...
Saya akan jadi seorang yang sudah terbiasa untuk dilukai...
Saya selalu terfikir....
"KALAULAH...."
....menghargai saya sedikit
....cakap mengasihi saya seadanya
....mendongak ke langit fikir perkara yang indah yang dilalui bersama saya
....mengerti betapa kasih saya
....beri sedikit kekuatan kepada saya saat saya sedih terluka
....tersenyum untuk beri saya semangat...
tapi,
itu semua hanya "KALAULAH" seperti yang saya fikir..
......saya hanya gadis yang menghargai walaupun tidak dihargai......


Wednesday, March 9, 2011

taBOLEHcoklatLAGI??

IBS (Irritable Bowel Syndrome)

Tuesday, March 8, 2011

sayaSAYANGdanHARGAIkamu

baru je selesai makmal..<ceh,bilal budak comm ada makmal?>
makmal untuk komputer derh..~ngeh3..
mood sangat hepi bertambah suka walaupun sangat penat minggu ni lepas dapat assignment giler2 gempak
saya akan usaha buat yang the best..
minggu ni alhamdulillah tiada lagi kelas yang saya tak pergi<sangat sehat lepas dapat mood rumah>
dan kelas berjalan seperti biasa...ALHAMDULILLAH...


pagi bermula dengan dikejutkan Ikin @ Tachiq patu pergi kelas dengan Nina @ Talong dan Myra @ Adik...
Sangat hepi...borak begitu lama sampai bus stand dengan mereka bertiga...
Lama rasanya kita tak borak bersama-sama walaupun semalam pun pergi kelas sesama...
Orang cakap kalau sayang tiap-tiap hari rindu kan?
Kenapa saya sangat jiwang ya?
Makan tengahari di FEP dengan sangat hepi...
hepi...hepi...dan...hepi...
hehehehehehehe...<----panjangnya daya ketawa...

kami memang suka ambik gambar-adik sbg photographer-

we belong to each other 

 kamu sangat awesome..

talong dan tangah buli saya!!!

saya sayang kamu semua macam adik-beradik...

hari saya terasa indah hari ni...ALHAMDULILLAH...
selalunya saya seorang pergi kelas dan dengar lecture bagi kuliah...
pastu balik kejap lepak kat billik...
pastu pergi kelas semula...
tapi hari ni seharian daya habiskan masa dengan mereka...
saya sangat hepi..
kamu...kamu...kamu...kamu...


I DAMN LOVE U...

credit tu tachiq
'kita cakap fon sebelah-sebelah ya..'
'jum kita kutuk saya yang bandul...'

credit to tangah
'chantaknya kamu hari ni...'
'yeh ada salary lagi'

hehehe...tq ya 
Noramanina bt Md Yusof, Nur Fazreena bt Hamdan, Nurasyikin bt Ramli dan Wan Nur Syazmira bt Suhaimi...




Monday, March 7, 2011

artikelITUbuatSAYAterdudukSEDIH

malam..sekarang sangat malam..hmpir ke pagi..dah pukul 1.30pagi saat saya buat entry nie...
hati saya..entahla..minggu ujian kasih ILAHI lagi...




air mata saya dah hampir kurang dah saya ada baca pasal artikel KESIHATAN pagi tadi..
saya tak tau apa yang jadi dalam badan saya sebenarnya..bila baca artikel tu...
lagi...lagi...dan...lagi...
macam terkena kat diri sendiri...
saya sakit ke? tahap kritikal ke?
tapi bila saya check doktor asyik cakap benda yang sama...
tak ada apa-apalah, cuma gastrik biasa...
rasanya malas sangat nak pergi check lagi tahap kesihatan saya..
mesti dapat jawapan yang sama juga...
tapi kat artikel tu ada tulis ---> jumpa doktor kalau ada simptom-simptom tu...
boleh tak saya cakap saya malas dan saya sehat?
hakikatnya saya je tahu apa yang jadi kat diri saya...
saya mau buat medical check-up hari tu tapi masih tak sempat...
malas pun ada banyak sangat saya kena berjalan untuk ke satu bahagian ke satu bahagian...
ambik darah, buat urine test pastu masuk x-ray lagi...
tunggu filem tu siap..dua tiga jam tu jumpa doktor dan jawapan doktor tu sama..
" awak sangat sehat"
apa kepentingan saya check kalau tahap kesihatan saya masih sama...
banyak kali saya buat ujian darah,banyak sangat darah yang saya derma untuk semua uji kaji tu...
dan jawapannya sangat lega "saya sehat"...
saya sangat fed-up untuk pergi klinik or hospital lagi buat medical check-up..MUKTAMAD...
kalau sakit lepas ni pun saya akan ambik painkiller je...
saya okey dan perut saya okeyh...
tak ada kena mengena dengan +_____ usus+ okeyh...
tapi...IBS tu apa???



saya doakan saya dapat habiskan belajar dan balas jasa mak ayah saya..
saya nak sehat dan kuat, saya tak mau gaduh dengan sapa-sapa lagi...
saya malas nak pikir hal remeh-temeh lagi...
insyaALLAH..semua yang ditentukan adalah yang terbaik..

Saturday, March 5, 2011

AFthankYOUkamu

sakit badan belum mau tunjuk sembuh, muka pucat lesi memang tak payah sorok...
kritikalnya minggu nie,kelas terpaksa tak pergi...
perut asyik sakit dan kembung je....
kepala asyik pening je...
LETIH
mau nangis lama-lama, tak larat dah rasanya nak tahan sakit ni..
kak long, kak ngah, kak chik dan adeq mira asyik datang bilik tengok...
saya dah segan nie...malu sangat sebab selalunya sakit nie sehari dua je tapi sekarang dah seminggu...
nak tabahkan hati juga tamau mengadu kat AF...

akhirnya,pukul 10 malam hari khamis saya call AF..
suara tak larat tu dah buat AF risau,terus dy tanya mau balik Rawang ke?
saya mengiyakan terus..saya nak rehat,saya tak kuat sangat dengan sakit kali ni...
11 pagi Jumaat AF sampai dengan senyuman, dia tahu saya bukannya larat...
dia pancing minat saya bersembang tanya pasal kolej, kuliah dan kawan-kawan...
saya senyum saja...senyum lama pastu saya mula bercerita dari A sampai Z apa yang jadi sepanjang saya tak jumpa dia...
AF suka bagi saya cakap banyak dan dia akan angguk kepala saja...dengar, dengar dan dengar...
Dia jarang nak bagi saya pendapat apa yang patut saya buat kalau alami apa-apa situasai tapi dia selalu suruh saya fikir sendiri apa yang patut saya buat...diam,diam dan diam...

saya khabar semua kisah luka yang saya lalui, saya nak menangis bila kenangkan semua yang berlaku... AF cuma diam dan tengok saya yang tertunduk masa bercerita.
"emonya adik" perlahan suara dia saya dengar namun saya bercerita lagi...masa tu saya rasa saya mau pukul orang untuk lepaskan geram...
"DIA tahu apa yang terbaik"
saya diam,menghela nafas perlahan, saya nak menangis dan geram saat tu...
AF..tolong la bagi saya buat something untuk lepaskan geram saya...
AF jenguk muka saya masa dia tengah drive lepas tu dia kata "Jum makan kat BK"
saya tersengih...memang saya tengah lapar...





saya makan dengan kenyang lepas tu mulut say tak bising lagi...
AF bagi saya waktu bertenang sebab masa pilih menu saya buat sendiri, saya minta extra lagi...
minum pun saya mau large punya..dia angguk bagi je...
saya tak habis makan pun AF tak marah, dia tolong habiskan burger tu.. saya rasa perut AF senak kenyang lepas keluar dari BK tu...
saya yang order banyak tapi AF lagi kenyang dari saya...


nie la AF..tq abang..kamu kurniaan ILAHI yang saya sayang sejak lahir

nie muka pucat lesi saya dengan hilang mata sebelah...

Wednesday, March 2, 2011

perluSATUpengakuan??


...start the hurt way...
Friends are like roses...you have to look out for the pricks!
Sorry I forgot to tell you.....That as my friend you must be true.

"Friendship is delicate as a glass, once broken it can be fixed but there will always be cracks" 

hati saya masih berdarah dan terluka...iya,saya manusia yang tak suka berpura-pura seolah-olah semua ini tak pernah berlaku dan saya bukan gadis yang hipokrit..saya mempunyai cara saya juga...saya juga suka bercerita tentang masalah saya pada orang sekeliling,minta pendapat dari pelbagai sudut.. saya suka menyelidik dan saya suka imbang guna pemikiran saya sendiri (iya yang tak matang) namun saya jujur dan saya tahu entry lepas-lepas ada yang membutakan orang yang terasa..tapi saya rasa saya berhak bersuar di blog saya <BLOG SAYA>... saya bukan gadis yang suka berlagak saya okay padahal hati saya hancur dan saya tak suka cakap saya okay kalau saya tak okay...saya jujur dengan cara saya, saya pernah hadapi situasi meninggalkan serta ditinggalkan oleh seorang sahabat dan saya selalu ingat pengajaran itu...saya selalu beringat tentang hal tersebut dan berharap perkara tersebut tidak berulang lagi... 

Usia saya dah hampir 21 tahun dan semestinya bukan usia untuk bergaduh ala budak-budak,merajuk-rajuk serta tak mau kawan dua tiga minggu camtu... Saya juga ada perspektif saya sendiri..Ini secara universal, saya buat entry ni secara universal kepada seseiapa yang pernah jadi kawan saya...saya tak nyatakan nama sesiapa dan tujukan kepada sesiapa sebab saya malas nak fikir nak tambah musuh dalam hidup saya hanya di sebabkan pandangan dari sebelah sisi sahaja, saya dah letih.. Saya datang sini nak membina ukhwah yang berpanjang serta diingati sepanjang usia serta belajar elok-elok dan dapat keputusan yang cemerlang untuk emak ayah...

Saya letih, penat dan saya dah tak larat lagu nak berlakon dengan orang sekeliling tentang diri saya...SAYA TAK HIPOKRIT...Kalau tak puas hati tentang saya terus jumpa saya, cakap depan-depan itu lebih baik daripada cerita hal saya pada orang lain serta ditokok tambah yang menyebabkan perkara tersebut terus berpanjangan..Saya juga ada hati dan perasaa bukan untuk disakiti dan dimusnahkan kepercayaan, saya tak pernah nak bina tembok antara sesiapa yang saya tak marah dan saya sakit hati tapi banyak orang akan jadi 'silent enemy' saya sebab dengar cerita tentang satu keadaan atau pertelingkahan dengan seseorang daripada sebelah pihak sahaja dan dia akan terus membenci saya dengan perasaan yang saya sendiri tak dapat ungkapkan (kenapa nak benci saya walaupun saya tak pernah sakitkan hati awak?) saya kadang-kadang keliru sebenarnya kenapa situasi ni kkena jadi... Saya bertelingkah dengan insan lain tapi orang lain yang lebih-lebih marah saya <tolong fahamkan saya apa fungsi perasaan itu sebenarnya?>


saya nak higlightkan yang salah stu sebab pergaduhan akan berpanjangan adalah tak adil bila kita buat kesimpulan awal tentang perkara tersebut dan terus salahkan dia sedangkan perkara sebenarnya adalah berlainan dengan versi satu pihak dan versi kedua-dua belah pihak.. Tolong jangan nak buat keputusan dengan benci seseorang sebab dengar cerita sebelah pihak saja <guna akal fikiran untuk tafsir bukan hati>...Saya banyak kali terima situasi ni sebab ada orang lain akan benci saya sebab dia rapat dengan orang yang saya tengah ada krisis dan selepas dia dengar penjelesan kedua-dua belah pihak baru dia faham kenapa kami berdua buat tindakan itu...tahu tak? setiap manusia ada nilai penipuan dalam diri mereka <jangan pandang kiri kanan sebab awak pun sama ada juga nilai dan berpotensi jadi penipu>...Orang menipu selalunya untuk kepentingan diri sendiri agar tidak disalahkan (untuk protect diri sendiri dari di serang)...Saya pun pernah buat benda tu untuk tutup kesalahan tapi maaflah saya bukan suka putar belit cerita dari dulu, saya cakap benda yang betul walaupun perkara tu salah saya sebab saya sedar manusia tak lepas dari buat kesilapan... Beza manusia adalah yang mengaku kesilapan dan meletakkan  kesilapan atas bahu orang lain (pilihlah mana salah satu, pasti ada kebaikannya)



saya berharap yang saya lebih matang selepas ni..menjadi gadis yang sentiasa kuat dan bersabar dengan dugaan ILAHI sebab saya perca ya ini semua tempoh untuk menjadi dewasa...Saya seorang gadis biasa yang sangat biasa dengan keadaan yang selalu lalui kerana saya dibesarkan dengan cara yang berbeza dengan orang lain.. Saya sering menjdi yang cepat terpengaruh namun ada eamai orang yang selalu nasihatkan saya dan buat saya sedar salah saya yang perlu saya betulkan...

saya sayang mak,ayah,abang<Ariff Fahmi>,semua family saya<ramai sangat nak tulis nama>, ,bakal kak ipar saya <Nur Leeyana> sahabat-sahabat saya yang sering ada di sisi saya mendamaikan hati saya dan membuat saya tersenyum hadapi hidup..
saya sayangkan mySIBLINGheartGIRL sangat-sangat (myra,nieyna,eqin,reen,bedah,farhah,farah,zue)
---->perkenalan dengan kamu semua buat saya jadi sangat mensyukuri anugerah terindah dalam hidup saya..sering ada saat saya sakit-tolong belikan makanan, buatkan air, check keadaan saya, senyum bila saya ketawa dan menangis bersama saat saya sedih, pesan banyak perkara yang saya selalu buat salah...
KAMU ANUGERAH ILAHI,TERIMA KASIH heartGIRL




Tuesday, March 1, 2011

menjagaHATI

okeyh2..jangan salah faham bila dengar lagu nie...
nie bukan lagu break dengan BF yup..
i'm still in love,love and love with him<stop,jangan nak mengada2 kat sini>

lagu nie memang lagu faveret sejak kuar dulu lagi..seronok dengar muziknya...
masa dulu sangat suka dengar...
tapi sekarng dah faham maksudnya...
bila dah terima situasi ni...
...MENJAGA HATI...
saya tengah menjaga hati kan?
ya,hati kecil ni masih ada untuk memaafi namun luka parah berdarah pasti berulang kembali...
jangan tamak pada pandangan dunia okey,aina..
saya hanya akan berdiri disitu disaat kamu perlukan pelukan kerana sudah tiada lagi pelukan buatmu selepas ini..


APA ITU HATI?
--->Hati adalah salah satu organ tubuh manusia.

daripada hadis:

"Ketahuilah bahawa dalam jasad ada segumpal daging, jika ia baik maka seluruh jasad menjadi baik, tetapi jika ia rosak maka seluruh jasad akan menjadi rosak, ketahuilah segumpal daging itu adalah hati”. (HR. Bukhari Muslim)

dan dalam Al-Quran:

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada" (22:46)
--->Hati mempunyai fungsi untuk merasa (pusat dari emosi)

Al-Quran selalu mengaitkan dengan hati untuk sesuatu yang berkaitan dengan perasaan, emosi atau iman.

- hati boleh sakit (Al-Baqarah:10)
- hati boleh tertutup 
- hati boleh bersedih


sahabat itu hadir dengan pelbagai perkara yang tak dijangka dan tak rasa perlu dijelaskan keperluannya atas kehadiran itu namun erti sahabat hanya boleh tafsir dengan layar pandang sendiri seperti EQUATION
----> KELAKUAN + KEPERCAYAAN = NILAI
nilai boleh di istilah sebagai kelakuan seseorang yang disokong oleh kepercayaan contoh yang paling senang adalah NILAI yang kita lihat pada seseorang insan adalah berdasarkan KEPERCAYAAN kita terhadapnya (kasih sayang, cara menghargai,membahagiakan, berkepentingan) kepercayaan kita terhadap perasaan insan tersebut terhadap kita dan ditambah dengan KELAKUANnya terhadap kita..seperti contoh dia mengungkapkan sayang namun dia berkelakuan seperti tidak peduli terhadap kita. Di atas kedua aspek itu membentuk NILAI insan itu secara psikologinya...



NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :


Pertama:

Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita
dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan... 


Kedua:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat:
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau
engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima:
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia
suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk
kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepadaPenciptamu, 

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, 
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.


saya tengah sedih dengan kehilangan kekuatan ketika di uji gentir oleh ILAHI..
InsyaALLAH perkara tersebut akan beransur pulih sperti sedia kala sedikit waktu lagi...
mungkin ucapan maaf itu tak dapat pulihkan keadaan yang sebenarnya sudah keruh dengan marah-marah, caci-maki, luka berdarah, calar balar dan masih terguris...
ucapan maaf itu bakal menutup semua yang terjadi namun keadaan tidak akan pulih sperti sediakala...
Hanya akan bersua muka sahaja, seperti insan yang baru dikenali...Seperti tidak pernah wujud bibit mesra antara kita...Seperti tidak pernah ada hari indah yang pernah kita lalui...


Dua sisi yang saling berkaitan satu dengan lainnya.


Ya, antara Cinta dengan Persahabatan.

Mampukah kita membayangkan Persahabatan tanpa Cinta?
Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.Pada suatu hari, Persahabatan mula berpikir bahwa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi karena Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.
?Hhem mm mm? Seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku.? pikir si Persahabatan. Sejak hari itu, Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.
Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mulai bergaul rapat dengan Kecewa, Putus asa, Kemarahan dan Kebencian.
Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai.Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mulai memuakkan.Persahabatan menyadari bahwa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahwa Persahabatan sedang dalam kedukaan.
Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluapkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta.
Dipendekkan cerita, Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada pribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.


Moral:


Mampukah Persahabatan tanpa Cinta?

Mampukah Cinta tanpa Persahabatan?
Sering kali ditemui banyak orang yang coba memisahkan Persahabatan dan Cinta karena mereka berfikir, ?Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!?. Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara seorang pria dan wanita.
Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, di mana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah. Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perusak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda.
Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perusak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan. Buat teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan. Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.
Buat teman-teman yang sedang mengalami kekecewaan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! Tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta karena cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.
Buat teman-teman yang belum mengerti arti Persahabatan, 
cubalah memulai sebuah persahabatan. Dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.

Buat teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan. Renungkanlah;?

Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar??

Dan cobalah memahami arti persahabatan buat hidupmu. Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan.