lUv yOu i wAnT u nOe

Monday, March 14, 2011

sayaNInampakISLAMIKke?

"tak berani nak ajak aina keluar,macam alim-alim sikit"
"la..ingat aina tak layan lagu Punk Rock nie..."
"aina,maaf ya pakai baju macam nie...tak selesa ke?"
"kalau saya buat camni...camni..bla..bla...bla..hukum dia macam mana?"
"aina...kalau kita balik malam sikit boleh tak?"
"aina...kalau kita...bla...bla..bla..bla..."


itulah antara dialog harian yang saya sering dengar sejak jejak kaki ke universiti...
Even pernah chinese tanya saya pasal hukum agama...
Saya banyak khilaf sebenarnya,tak pandai sangat agama tapi saya ada pegangan agama...
Yang saya tak sangka ada seorang teman cakap "aina,awak islamik la..mesti alim ni"
Saya alim ke?
Saya islamik sangat ke?


Saya pernah terfikir suatu hari, imej yang saya bawa ni mencerminkan siapa saya sebenarnya...
macam orang tengok pakaian saya mereka akan tentukan peragai saya...
Contohnya kalau seorang perempuan yang pakai tudung dengan orang yang tak pakai tudung...
Orang tak kisah tau kalau orang yang freehair nie jejalan dengan lelaki tapi kalau yang pakai tudung yang jalan dengan lelaki??Mesti orang tengok slack kan?
Saya risau kalau ada perbuatan saya dinilai dari pakaian saya...
Ya,saya gadis bertudung dan expectation orang terhadap saya lebih tinggi...
Kalau saya bawa imej baik tapi kelakuan saya tak baik?
--->akan rosakkan semua gadis yang berimej baik dan kelakuan baik...




Beragama itu sekarang dijadikan ukuran...
Kalau kamu ada basic agama yang kuat (sekolah agama) tapi peragai macam orang yang tak ada basic agama...
Semua orang akan pandang orang yang jaga agama lain peragai macam kamu...
Contoh terdekat adalah adik saya, ada tiga orang semua sekolah agama dan seorang lelaki...
dan ada seorang lagi lelaki sekolah menengah biasa...Bila suruh imamkan solat adik-adik sepupu yang lain, yang sekolah agama tu disuruh berbanding adik sepupu saya yang sekolah menengah biasa...
Pasal tu saya cakap oarang yang bawa imej agama(maksud saya alim) akan lebih dihormati berbanding orang yang ada pegangan agama tapi bawa imej biasa...


Pernah saya tanya adik sepupu saya (perempuan), kenapa along tak pakai jubah dengan tudung labuh? alongkan sekolah agama... Dia jawab "tak sanggup nak bawa imej yang sangat alim sedangkan dalam dada kosong,insyaALLAH kalau dah ready along akan pegang imej tu dengan ilmu"
Saya fikir saat itu, gadis yang berusia 13 tahun fikir sedalam tu sedangkan orang lain sanggup bawa imej agama tapi rosakkan imej ISLAM itu secara sengaja...
Saya tanya lagi.."Along,kenapa tak belajar pakai purdah?"
Dia jawab "Agama tu dalam hati,pegangan dan amalan bukan pakaian"
Tapi pada pandangan saya ramai yang nilai agama seseorang berdasarkan pakaian...
Saya tanya soalan lain pula "Kalau kita tahu hukum kita tak jaga macam mana?"
Dia tarik nafas perlahan dan kata "Agama tu amalan bukan ditunjukkan atau dipamerkan"
Saya memang betul-betul terkedu dengan jawapan gadis muda itu...


Tapi saya masih pegang "orang yang belajar sekolah agama lebih dihormati"
Tapi semua tu punah bila saya sedara sebenarnya orang yang cintakan Islam adalah orang yang jaga Islam..
saya juga belajar yang sedalam mana ilmu kita tapi kita tak amalkan mksudnya kita hanya tiada apa-apa...
Ramai otang boleh cakap hukum ni,hukum tu,hukum-hukum..dosa pahala dan sebagainya...
Tapi hanya sebilangan yang tahu hukum berdoaa elakkannya...


Jadi kesimpulannya...ilmu agama di dada bukan dipamerkan...
Agama itu satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...
JAGALAH AGAMA KITA