lUv yOu i wAnT u nOe

Thursday, June 30, 2011

ANNISA - realitiSEORANGkawan

Sejak mula cuti semester ni, aq dah mula aktiviti jadi 'addicted to televison show', semua cerita boleh kata akan aq cuba layan untuk hilangkan kebosanan malam lagipun pagi sampai petang aq kerja. Dalam seminggu mesti penuh cerita yang memang aq tengok.Disebabkan balik Kedah jadi, kelender bermula pada hari Ahad, oh sungguh excited bila dapat cuti hari Jumaat...Okeyh, sudah keluar topik.Tapi satu cerita yang buat aq terkedu banyak-banyak kali kat TV3, Slot Samarinda Annisa yang kisah empat orang kawan yang buka satu perniagaan. Kisah ni penuh tragis dengan setiap orang main tikam belakang antara satu sama lain. Satu perspektif baru kisah mengenai kawan bila masuk dunia korporat yang hilang semua nilai persahabatan.


Ada empat watak utama :
Rozita Che Wan - Balkis
Faradhiya - Shila
Aida Aris - Sara
Fiza Elite - Ana


Episod yang terbaru iaitu semalam 29 Jun 2011 baru sampai plot perkembangan maksudnya mungkin dalam dua tiga hari lagi mungkin dah sampai konflik sebab plotnya dah mula nampak prakonflik.
Cerita ni digarap dengan nilai persahabatan yang tinggi pada permulaan cerita, dalam kalangan empat orang ni seorang je baru kahwin iaitu Ana jadi isteri kepada Farid dan tiga orang lagi masih solo iaitu Ana, Sophie dengan Balkis. Tapi bila masuk beberapa episod Ana mula hilang dari cerita sebab sakit dan cerita antara tiga orang sahabat tanpa Ana mula dengan konflik kematian seorang staff yang dituduh melesapkan wang syarikat dan sisi gelap Shila mula  kelihatan apabila dia yang menjadi dalang dengan kehilangan wang syarikat dan dilantik sebagai Pengurus Kewangan. Cerita dikembangkan lagi dengan  perkahwinan Balkis dengan Imran tanpa pengetahuan Ana, untuk tutup rahsia nie Imaran diupah untuk menjadi suami lakonan Balkis. Dalam satu cerita terdapat satu nilai daripada persahabatan empat peneraju Annisa iaitu 'tikam belakang kawan'

Idea penulis skrip mungkin untuk mengarap satu realiti kehidupan menjadi seorang kawan yang dikhianati ataupun menyakiti kawan lain untuk kepuasan diri sendiri, walaupun persahabatan ni penuh kasih sayang mungkin juga ada perasaan tidak selesa antara satu sama lain dan menyebabkan beberapa sifat yang perlu dielak sebagai sahabat tidak dapat di halang daripada terjadi. Menjadi sahabat memerlukan kejujuran yang tinggi dan paling aq terkedu bila part tikam kawan mungkin sebab aq pernah rasa sakitnya seorang kawan tikam belakang seorang kawan lagi untuk jaga kepentingan sendiri.

Mungkin ada segelintir yang pernah rasa pengalaman ditikam kawan sebab hanya yang bertuah je dapat rasa perkara ni terjadi, mungkin peristiwa ditikam kawan dijadikan pengajaran supaya kita tidak melakukan perkara yang sama terhadap sahabat lain. Persahabatan diletakkan dengan nilai kejujuran dan mana-mana hubungan juga perlu dimulakan dengan kejujuran, dijaga dengan kejujuran serta berterusan dengan kejujuran kerana sekali kita berlaku tidak jujur,hubungan itu mula tercalar dan susah untuk dibaiki semula.
Biar hubungan itu dijaga dengan redha Allah dan dilimpahi kasih yang berterusan, jika kamu punya seorang sahabat. Jagalah dengan sepenuhnya tanpa mengkhianatinya kerana Allah anugerahkan seorang insan yang bermakna dalam hidupmu.

PEJAM MATA : andai khilafku masih belum dimaafkan kerana tidak sempurna sebagai sahabat, ku doa dari jauh agar di sudut hatimu masih teringat kenangan saat kita bergelak ketawa bersama dan berkongsi air mata menempuh kehidupan ini.

..JADILAH SAHABAT YANG MEMBERI BUNGA YANG WANGI UNTUK SAHABATNYA..

Wednesday, June 29, 2011

lelakiBERTANGGUNGJAWABla..

Ni adalah luahan seseorang yang rapat denganku, bicaranya selalu tegas dan yakin namun petang itu bicaranya sedikit kaku dan terkilan. Selalunya bibirnya senang mengatur bicara tentang insan yang membesar bersamanya itu namun kali ini bibirnya sedikit kaku,perlahan dan berat.

"Tanggungjawab seseorang lelaki berat ya?" Mungkin itu soalannya pada dasarnya namun pasti ada sesuatu yang menganggu hati kecilnya.
 Tanggungjawab sebagai anak
 Tanggungjawab kepada adik
 Tanggungjawab sebagai adik
 Tanggungjawab kepada isteri
 Tanggungjawab sebagai pemimpin

Mungkin petang itu baru baru dia terfikir beratnya tanggungjawab itu sejak dia berusia 20-an, dia sedar tanggungjawabnya bakal bertambah dalam beberapa tahun akan datang sedangkan tanggungjawabnya sebagai seorang anak masih belum mampu dia lakukan.


Tolong jawab soalan ini wahai lelaki sekalian : 
Adakah terlepas tanggungjawab kamu sebagai anak setelah bergelar seorang suami?

Tak pernah terlepas tanggungjawab itu sehingga nyawa terpisah dari tubuhmu, kamu akan terus bertanggungjawab menjaga keperluan kedua ibubapamu walaupun kamu sudah berkahwin tetapi cuba fikir sekarang berapa orang mampu cakap sayang mak ayah namun lebihkan seorang isteri dalam semua perkara daripada ibubapanya? Pasti banyak pada zaman sekarang, saya bukan menuding jari tapi cuba pandang sekeliling dan kamu tahu jawapannya... Hanya segelintir yang mampu jalankan tanggungjawab itu walaupun telah bergelar seorang bapa.

Tanggungjawab sebagai seorang lelaki berat kerana itu mereka diciptakan dengan kekuatan untuk menanggung segala perkara yang terjadi, tidak meraung menangis jika dirundang masalah, tidak terasa hati dengan perkara remeh,tidak suka bergantung pada orang lain.

Jika dia dilahirkan sebagai seorang abang, dia bertanggungjawab menjaga adiknya.
Jika dia dilahirkan sebagai seorang adik dia masih bertanggunjawab untuk menjaga kakaknya.

Kamu insan yang diciptakan dengan kekuatan, jadi kamu harus kuat untuk jalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan.
Jangan lupa, tanggungjawab kamu sebagai seorang anak tidak pernah selesai.

shareCERPENmenangTIMEsekolah

RUANG RINDU PERMINTAAN HATI


Ilham Nur Hanani menarik perlahan buku dalam tenungan Hakeem,dia menarik kasar buku dari pegangan abangnya itu.Jejaka itu masih membatu,reaksinya itu mengundang rasa sakit hati Hanani lantas satu cubitan bermakna di hadiahkan di lengan jejaka itu yang sedikit terdedah.Dirinya ketawa suka bila wajah kembarnya itu sedikit berkerut dan reaksi wajah yang kelakar dipamerkan.
“Ibu,tengok Han ni,suka sangat kacau Kim..”Jejaka itu menggosok lengannya yang sedikit berbirat.Kulit putih bersihnya itu menunjukkan jelas kesan cubitan Hanani.
“Hanani..”Suara Puan Asyikin kedengaran perlahan dari dapur,dia memang teruji dengan sikap nakal Hanani yang sudah berusia 16 tahun itu,gadis itu lasak sejak kecil dan perangainya itu berlarutan hingga mencecah usia remaja.
“Kim ni Ibu..Han cuma minta balik buku Kim pinjam,tu pun nak mengadu..Kim nie..” Hanani menghampiri jejaka itu lantas telinga Ilham Muhammad Hakeem dipiatnya perlahan, bibirnya mencetus ketawa kecil.
“Han!!!”Suara dari Puan Asyikin kedengaran dekat dengan dirinya lantas Hanani menelan air liur pahit,tingkah nakalnya sebentar tadi dalam renungan ibunya itu.Pahit!!
“Erm…Han cuma nak menyakat Kim je..”Hanani menggaru kepalanya yang tidak gatal, peluh ketakutan mula menyusuri perlahan di tepi dahinya.
“Han,janganlah nakal sangat..Kim tak pernah naik tangan dengan Han,jangan sampai abang Han hilang sabar dengan peragai Han.”Puan Asyikin menghampiri gadis genit yang lincah itu lantas kepala anaknya itu diusap perlahan.
“Kim,Han minta maaf ya..”Buku dijemarinya disua ke arah jejaka itu namun tiada sambutan, Hanani kaku..Dia sedar banyak perkara ‘tragadis’ yang sering dirinya lakukan pada insan yang selalu berlembut dengan dirinya selama ini.
“Han janji Han takkan buat nakal lagi dengan Kim..”Bicara Hanani tulus,wajah Puan Asyikin dipandangnnya memohon simpati atas tingkah laku Hakeem yang berdiam diri itu.
“Kim nak keluar pergi study group dulu ya,Ibu.”Hakeem melangkah perlahan ke arah ibunya dan menyalami insan itu,satu senyuman nakal di bibirnya membuatkan Puan Asyikin mengerti.

Hanani menolak kasar kanvas lukisan di hadapannya,kerja rumah yang diberikan oleh Encik Zahid itu masih terbengkalai dan tarikh akhir kerja itu adalah pada minggu hadapan. Hanani menarik perlahan kanvas itu kembali lantas pensel yang terjatuh dari meja sebentar tadi dicapai kembali,jemarinya mengetuk perlahan meja menadakan gelodak perasaannya,satu idea tidak menyinggah masuk ke dalam kotak fantasinya.Satu coretan pun tidak terjelas di atas kanvas itu,dia rasa sedikit teruji atas mogok suara yang dilakukan oleh Hakeem.Nampaknya tingkahnya kali ini telah menyakitkan hati Hakeem yang sentiasa sabar itu.Hanani menyapu perlahan air matanya yang menitis perlahan,tiba-tiba dirasakan dirinya terlalu sensitif.
“Permohonan Kim lulus!”Suara sedikit terjerit itu menempuh cuping telinganya.
“Alhamdulillah,bila tarikh daftarnya?”Kedengaran suara Encik Ilham Nafiz bertanya dengan nada ceria.Hanani berasa kalut bila isu yang sedang dibincangkan di ruang tamu rumahnya itu difahami oleh dirinya.Hakeem akan belajar di  MRSM?
“Dua minggu lagi,sempat nak siapkan semua tak?”Soal Hakeem dalam nada teruja dari luar sedikit mengusik naluri Hanani,air mata itu mengalir lagi.
“Han,tengok ni.”Surat dalam tatapannya segera disua ke arah Hanani yang masih menutup sebahagian muka dengan tapak tangannya.
“Hmm..”Hanani membuka tangannya dan matanya lantas menatap Hakeem,air matanya menitis hebat.
“Han,kenapa ni?’Soal Hakeem tidak mengerti,surat itu diletakkan diatas meja.Jemarinya seinggah di bahu Hanani,dan air mata yang menitis itu disapu segera.
“Han sakit kat mana?Jangan la menangis teruk macam ni,Kim tengok pun takut.”Hakeem tertawa,dia cuba memujuk insan yang dia tidak tahu puncanya itu.
“Kim,tak pergi boleh tak?”Soal Hanani,suaranya masih ada nada tangisan.
“MRSM?”Soal Hakeem tidak mengerti.
“Ya,takkan Kim marah sangat dengan Han?”Soal Hanani terkedu,air mata yang masih mengalir itu diusap perlahan oleh abangnya.
“Han,Kim pergi sambung belajar bukan tinggalkan Han terus lagipun Kim dah pasang niat nak berdikari.”Hakeem berkata,matanya masih menatap wajah muram itu.
“Kim pun tahu Han susah kalau Kim tak ada.Han takut ni kali terakhir kita bercakap” Hanani mengelap air matanya yang masih bersisa itu,wajah kembarnya ditatap dalam.

Jemarinya yang kebiruan ditatap dalam pandangan kabur,Hanani meraup wajahnya yang terasa kurang bermaya.Sejak akhir-akhir ini,pening kepalanya mula melarat.Kepalanya rasa berpinar sebelum dirinya rebah di lantai Dataran Perhimpunan hari Ahad itu.
“Saya tak sangka Han sakit macam ni,”Suara Puan Asyikin kedengaran perlahan dari anak telinga Hanani,matanya cuba dihala ke arah tirai yang menutupi segenap ruang tempat dirinya berbaring.
“Harapannya macam mana?”Suara Encik Ilham Nafiz kedegaran pula,Hanani menekan dadanya yang terasa sempit.Kalut,terasa nafasnya bagai mahu berhenti saat itu.
“Urgent!!!”Suara itu hilang dari pendengaran gadis itu,nafasnya dilepas berat seketika matanya memandang beberapa doktor mula mengelilingi dirinya.Kelam.

Suara mendayu milik Hakeem membacakan Surah Yassin kedengaran memenuhi ruangan kecil itu,deraian air yang menuruni pipinya dibiarkan.Wajah yang sudah ditutup dengan kain putih jarang dengan nada pucat itu dipandang sipi oleh anak matanya,gadis itu telah membawa sebahagian dirinya. Ilham Nur Hanani telah pergi dalam keadaan yang mendesakkan tanpa sebarang harapan petunjuk tentang penyakit Injap Jantung Tersumbat yang dihadapi itu. Dirinya tidak menyangka seminggu selepas dirinya mengambil keputusan ke MRSM telah memisahkan dirinya dan kembarnya buat selamanya.Gadis itu milik Ilahi.

‘Han nak sangat jadi Interior Designer,tapi Kim tengoklah…Lukisan Han selalu sangat tersangkut.Tak pernah keluar idea macam Kim buat,rasanya Kim yang kena sambung impian Han kalau apa-apa jadi dengan Han’

Suara itu masih ternyiang-nyiang di telinganya,suara gadis cilik yang suka menyakat.Allah meminjamkan ‘hatinya’ itu hanya selama 16 tahun.Pelan rumah dalam pegangan tangannya ditatap sebelum ditolak sedikit kertas besar itu supaya gambaran jelas dapat ditilik sebelum sebarang perubahan dapat dibuat bagi projek mega itu.Ilham Muhammad Hakeem memandang foto yang dibingkaikan yang diletakkan disii notebook miliknya.Wajah insan yang telah meninggalkan dirinya selama 8 tahun itu ditatap dengan senyuman.

‘Han,Kim capaikan impian Han.Han satu-satunya ‘jiwa’ yang selalu menemani Kim walau bagaimanapun kesusahan dan kepayahan yang Kim terpaksa tempuh,Kim tunaikan semuanya supaya impian adik kesayangan Kim tetap ada disisi walaupun jasadnya sudah diambil Ilahi.’

“YA ALLAH,cucurilah rahmat ke atas roh adikku,Ilham Nur Hanani Binti Ilham Nafiz. Tempatlah dirinya bersama-sama golongan yang beramal soleh..AMIN’

Tuesday, June 28, 2011

maafSAYAtakSUKAorangSENGAL+sombonk

masa mula-mula nak remove friend kt fb rasa mcam bersalah juga..
tapi bila fikir balik,kalau remove pun mesti tak bawa kesan bagi orang yang sengal tu..
jadi aq decide remove dua manusia kat fb aq dengan jayanya...
tapi sebelum tu ku buat survey dlu...
mana tau kalau apa yang aq buat ni salah ke..
bila fikir balik, no use simpan orang macam ni dalam friendlist..
aq decide 'remove' a.k.a unfriend


tq sebab pernah jdi kawan dalam masa 4 tahun..
kawan masa kamu susah je..
masa senang kamu kawan dengan orang lain..
is time to leave the sengal person as you..

Wednesday, June 15, 2011

terfikirDENGANsenyuman

tak kira lelaki ke perempuan mesti perasaan perempuan golongan yang sensitif..sensitif bukan nya maksud manja dan menggedik okeyh...tapi kenapa perempuan akan menangis walaupun hal remeh dilakukan oleh sahabat atau boyfie?



Suka meletakkan harapan yang tinggi.

Kadang-kadang sesetengah perkara kita meletakkan harapan yang tinggi seperti hadiah untuk sambutan ulangtahun daripada insan terdekat dengan kita, mengharap sahabat meluangkan banyak masa bersama dan sebagainya. Kadang-kadang meletakkan harapan tinggi untuk sesuatu perkara boleh membuatkan kita lebih sensitif terhadap perkara tersebut walaupun pada pandangan orang lain adalah remeh. Okeyh, saya bagi contoh lagi ya..Contohnya kita selalu sangat berharap dia akan cakap 'I miss U' sampai bila-bila tetapi bila sehari dia tak cakap kita dah mula touching pelbagai. 

p/s : Jangan letak harapan tinggi kalau sayang air mata okeyh. 

Memberi 105% kepercayaan

Perkara biasa untuk meletakkan kepercayaan pada orang yang kita kenal..Takkan la kita nak jadi manusia yang fikir kita perfect dan tak payah percaya dengan everything yang orang buatkan?Tetapi perempuan suka meletakkan kepercayaan yang tinggi kepeda insan yang disayangi dan dia sentiasa berharap kepercayaan yang dia bagi pun di bals balik,pasal tu lah perempuan mudah menangis walaupun hal remeh. Contohnya, kalau kamu dah berjanji nak keluar dengannya tetapi last minute tak boleh keluar,confirm berjurai2 air mata yang keluar.

p/s : Jangan la jadi dungu sangat nak percaya kat orang senang-senang okeyh

Saturday, June 4, 2011

apa ADA pada BICARA seorang LELAKI

dah lama sangat rasanya tak update blog...
bila mengadap laptop buka catatan baru mula la tak tahu nak tulis apa...
tengah lepak-lepak,borak-borak dengan kawan-kawan..
tiba-tiba keluar satu soalan 
"suka lelaki yang cakap 'sayang awak' setiap hari ke? yang kadang-kadang je cakap?

 ---> SETIAP HARI CAKAP SAYANG


Ala, kalau setiap hari cakap sayang kamu tu maksudnya mesti dia ada benda yang disorokkan. Konon-konon bajet nak sembunyi something la macam dia suka perempuan lain ke, dia tengah ada something dengan perempuan lain ke, dia konon-konon ambik hati cakap macam tu ala semacho lelaki korea. Perempuan suka sangat kalau lelaki cakap 'sayang' setiap hari tapi masalahnya kat bibir dia tu sama dengan hati ke? Tolong jawab please??? Ada yang just nak ambik hati je, nak bagi perempuan tu syok kat dia seumur hidup..Ala senang cerita dia nak bagi perempuan tu tak syak wasangka apa salah yang dia tengah buat dan akan buat.


 ---> BILA JUMPA BARU CAKAP SAYANG

Ada juga sesetengah lelaki yang suka cakap 'saya sayang kamu' time jumpa je, kalau mesej ke call ke memang tak terdengar ataupun tak wujud perkataan tu. Apa hal? Terlupa ke perkataan tu bila tak duduk depan mata? ada pelbagai niat di sebalik ungkapan bila jumpa sebenarnya, ada yang memang betul-betul rindu pelbagai ada juga yang sayang tapi tak terluah bila mesej or call nie...Keadaan ni wujud bila ada depan mata baru boleh cakap dengan feeling...Mesra kan?

 ---> CAKAP BILA RASA PERLU

Jenis ni no comment la..Suka hati dia nak cakap sayang..Time mesej, call, jumpa...Kadang-kandang tak cakap sayang langsung tak dengar sampai berhari-hari tapi kalau dah start luahkan perasaan sehari penuh dengar je perkataan 'sayang' tu...Macam non-stop da..Jenis ni susah nak tafsir, tapi lelaki jenis ni memang sangat rileks dalam hubungan...Suka hentam suka hati je,kalau dia nak marah..Terus sound direct ja,tak ada nak berbudi bahasa sangat...Confused kan?

Tapi biasalah..manusia kadang-kadang tak hargai apa yang dia ada..dah lelaki tu sayang ada cara sendiri..Terima je la..Kalau tak sanggup jangan nak mula ikat janji...Jangan nak mengada-ngada cakap 'awak ni tak sweet la'..Ceerk!!!Demand