lUv yOu i wAnT u nOe

Thursday, June 30, 2011

ANNISA - realitiSEORANGkawan

Sejak mula cuti semester ni, aq dah mula aktiviti jadi 'addicted to televison show', semua cerita boleh kata akan aq cuba layan untuk hilangkan kebosanan malam lagipun pagi sampai petang aq kerja. Dalam seminggu mesti penuh cerita yang memang aq tengok.Disebabkan balik Kedah jadi, kelender bermula pada hari Ahad, oh sungguh excited bila dapat cuti hari Jumaat...Okeyh, sudah keluar topik.Tapi satu cerita yang buat aq terkedu banyak-banyak kali kat TV3, Slot Samarinda Annisa yang kisah empat orang kawan yang buka satu perniagaan. Kisah ni penuh tragis dengan setiap orang main tikam belakang antara satu sama lain. Satu perspektif baru kisah mengenai kawan bila masuk dunia korporat yang hilang semua nilai persahabatan.


Ada empat watak utama :
Rozita Che Wan - Balkis
Faradhiya - Shila
Aida Aris - Sara
Fiza Elite - Ana


Episod yang terbaru iaitu semalam 29 Jun 2011 baru sampai plot perkembangan maksudnya mungkin dalam dua tiga hari lagi mungkin dah sampai konflik sebab plotnya dah mula nampak prakonflik.
Cerita ni digarap dengan nilai persahabatan yang tinggi pada permulaan cerita, dalam kalangan empat orang ni seorang je baru kahwin iaitu Ana jadi isteri kepada Farid dan tiga orang lagi masih solo iaitu Ana, Sophie dengan Balkis. Tapi bila masuk beberapa episod Ana mula hilang dari cerita sebab sakit dan cerita antara tiga orang sahabat tanpa Ana mula dengan konflik kematian seorang staff yang dituduh melesapkan wang syarikat dan sisi gelap Shila mula  kelihatan apabila dia yang menjadi dalang dengan kehilangan wang syarikat dan dilantik sebagai Pengurus Kewangan. Cerita dikembangkan lagi dengan  perkahwinan Balkis dengan Imran tanpa pengetahuan Ana, untuk tutup rahsia nie Imaran diupah untuk menjadi suami lakonan Balkis. Dalam satu cerita terdapat satu nilai daripada persahabatan empat peneraju Annisa iaitu 'tikam belakang kawan'

Idea penulis skrip mungkin untuk mengarap satu realiti kehidupan menjadi seorang kawan yang dikhianati ataupun menyakiti kawan lain untuk kepuasan diri sendiri, walaupun persahabatan ni penuh kasih sayang mungkin juga ada perasaan tidak selesa antara satu sama lain dan menyebabkan beberapa sifat yang perlu dielak sebagai sahabat tidak dapat di halang daripada terjadi. Menjadi sahabat memerlukan kejujuran yang tinggi dan paling aq terkedu bila part tikam kawan mungkin sebab aq pernah rasa sakitnya seorang kawan tikam belakang seorang kawan lagi untuk jaga kepentingan sendiri.

Mungkin ada segelintir yang pernah rasa pengalaman ditikam kawan sebab hanya yang bertuah je dapat rasa perkara ni terjadi, mungkin peristiwa ditikam kawan dijadikan pengajaran supaya kita tidak melakukan perkara yang sama terhadap sahabat lain. Persahabatan diletakkan dengan nilai kejujuran dan mana-mana hubungan juga perlu dimulakan dengan kejujuran, dijaga dengan kejujuran serta berterusan dengan kejujuran kerana sekali kita berlaku tidak jujur,hubungan itu mula tercalar dan susah untuk dibaiki semula.
Biar hubungan itu dijaga dengan redha Allah dan dilimpahi kasih yang berterusan, jika kamu punya seorang sahabat. Jagalah dengan sepenuhnya tanpa mengkhianatinya kerana Allah anugerahkan seorang insan yang bermakna dalam hidupmu.

PEJAM MATA : andai khilafku masih belum dimaafkan kerana tidak sempurna sebagai sahabat, ku doa dari jauh agar di sudut hatimu masih teringat kenangan saat kita bergelak ketawa bersama dan berkongsi air mata menempuh kehidupan ini.

..JADILAH SAHABAT YANG MEMBERI BUNGA YANG WANGI UNTUK SAHABATNYA..