lUv yOu i wAnT u nOe

Wednesday, June 29, 2011

shareCERPENmenangTIMEsekolah

RUANG RINDU PERMINTAAN HATI


Ilham Nur Hanani menarik perlahan buku dalam tenungan Hakeem,dia menarik kasar buku dari pegangan abangnya itu.Jejaka itu masih membatu,reaksinya itu mengundang rasa sakit hati Hanani lantas satu cubitan bermakna di hadiahkan di lengan jejaka itu yang sedikit terdedah.Dirinya ketawa suka bila wajah kembarnya itu sedikit berkerut dan reaksi wajah yang kelakar dipamerkan.
“Ibu,tengok Han ni,suka sangat kacau Kim..”Jejaka itu menggosok lengannya yang sedikit berbirat.Kulit putih bersihnya itu menunjukkan jelas kesan cubitan Hanani.
“Hanani..”Suara Puan Asyikin kedengaran perlahan dari dapur,dia memang teruji dengan sikap nakal Hanani yang sudah berusia 16 tahun itu,gadis itu lasak sejak kecil dan perangainya itu berlarutan hingga mencecah usia remaja.
“Kim ni Ibu..Han cuma minta balik buku Kim pinjam,tu pun nak mengadu..Kim nie..” Hanani menghampiri jejaka itu lantas telinga Ilham Muhammad Hakeem dipiatnya perlahan, bibirnya mencetus ketawa kecil.
“Han!!!”Suara dari Puan Asyikin kedengaran dekat dengan dirinya lantas Hanani menelan air liur pahit,tingkah nakalnya sebentar tadi dalam renungan ibunya itu.Pahit!!
“Erm…Han cuma nak menyakat Kim je..”Hanani menggaru kepalanya yang tidak gatal, peluh ketakutan mula menyusuri perlahan di tepi dahinya.
“Han,janganlah nakal sangat..Kim tak pernah naik tangan dengan Han,jangan sampai abang Han hilang sabar dengan peragai Han.”Puan Asyikin menghampiri gadis genit yang lincah itu lantas kepala anaknya itu diusap perlahan.
“Kim,Han minta maaf ya..”Buku dijemarinya disua ke arah jejaka itu namun tiada sambutan, Hanani kaku..Dia sedar banyak perkara ‘tragadis’ yang sering dirinya lakukan pada insan yang selalu berlembut dengan dirinya selama ini.
“Han janji Han takkan buat nakal lagi dengan Kim..”Bicara Hanani tulus,wajah Puan Asyikin dipandangnnya memohon simpati atas tingkah laku Hakeem yang berdiam diri itu.
“Kim nak keluar pergi study group dulu ya,Ibu.”Hakeem melangkah perlahan ke arah ibunya dan menyalami insan itu,satu senyuman nakal di bibirnya membuatkan Puan Asyikin mengerti.

Hanani menolak kasar kanvas lukisan di hadapannya,kerja rumah yang diberikan oleh Encik Zahid itu masih terbengkalai dan tarikh akhir kerja itu adalah pada minggu hadapan. Hanani menarik perlahan kanvas itu kembali lantas pensel yang terjatuh dari meja sebentar tadi dicapai kembali,jemarinya mengetuk perlahan meja menadakan gelodak perasaannya,satu idea tidak menyinggah masuk ke dalam kotak fantasinya.Satu coretan pun tidak terjelas di atas kanvas itu,dia rasa sedikit teruji atas mogok suara yang dilakukan oleh Hakeem.Nampaknya tingkahnya kali ini telah menyakitkan hati Hakeem yang sentiasa sabar itu.Hanani menyapu perlahan air matanya yang menitis perlahan,tiba-tiba dirasakan dirinya terlalu sensitif.
“Permohonan Kim lulus!”Suara sedikit terjerit itu menempuh cuping telinganya.
“Alhamdulillah,bila tarikh daftarnya?”Kedengaran suara Encik Ilham Nafiz bertanya dengan nada ceria.Hanani berasa kalut bila isu yang sedang dibincangkan di ruang tamu rumahnya itu difahami oleh dirinya.Hakeem akan belajar di  MRSM?
“Dua minggu lagi,sempat nak siapkan semua tak?”Soal Hakeem dalam nada teruja dari luar sedikit mengusik naluri Hanani,air mata itu mengalir lagi.
“Han,tengok ni.”Surat dalam tatapannya segera disua ke arah Hanani yang masih menutup sebahagian muka dengan tapak tangannya.
“Hmm..”Hanani membuka tangannya dan matanya lantas menatap Hakeem,air matanya menitis hebat.
“Han,kenapa ni?’Soal Hakeem tidak mengerti,surat itu diletakkan diatas meja.Jemarinya seinggah di bahu Hanani,dan air mata yang menitis itu disapu segera.
“Han sakit kat mana?Jangan la menangis teruk macam ni,Kim tengok pun takut.”Hakeem tertawa,dia cuba memujuk insan yang dia tidak tahu puncanya itu.
“Kim,tak pergi boleh tak?”Soal Hanani,suaranya masih ada nada tangisan.
“MRSM?”Soal Hakeem tidak mengerti.
“Ya,takkan Kim marah sangat dengan Han?”Soal Hanani terkedu,air mata yang masih mengalir itu diusap perlahan oleh abangnya.
“Han,Kim pergi sambung belajar bukan tinggalkan Han terus lagipun Kim dah pasang niat nak berdikari.”Hakeem berkata,matanya masih menatap wajah muram itu.
“Kim pun tahu Han susah kalau Kim tak ada.Han takut ni kali terakhir kita bercakap” Hanani mengelap air matanya yang masih bersisa itu,wajah kembarnya ditatap dalam.

Jemarinya yang kebiruan ditatap dalam pandangan kabur,Hanani meraup wajahnya yang terasa kurang bermaya.Sejak akhir-akhir ini,pening kepalanya mula melarat.Kepalanya rasa berpinar sebelum dirinya rebah di lantai Dataran Perhimpunan hari Ahad itu.
“Saya tak sangka Han sakit macam ni,”Suara Puan Asyikin kedengaran perlahan dari anak telinga Hanani,matanya cuba dihala ke arah tirai yang menutupi segenap ruang tempat dirinya berbaring.
“Harapannya macam mana?”Suara Encik Ilham Nafiz kedegaran pula,Hanani menekan dadanya yang terasa sempit.Kalut,terasa nafasnya bagai mahu berhenti saat itu.
“Urgent!!!”Suara itu hilang dari pendengaran gadis itu,nafasnya dilepas berat seketika matanya memandang beberapa doktor mula mengelilingi dirinya.Kelam.

Suara mendayu milik Hakeem membacakan Surah Yassin kedengaran memenuhi ruangan kecil itu,deraian air yang menuruni pipinya dibiarkan.Wajah yang sudah ditutup dengan kain putih jarang dengan nada pucat itu dipandang sipi oleh anak matanya,gadis itu telah membawa sebahagian dirinya. Ilham Nur Hanani telah pergi dalam keadaan yang mendesakkan tanpa sebarang harapan petunjuk tentang penyakit Injap Jantung Tersumbat yang dihadapi itu. Dirinya tidak menyangka seminggu selepas dirinya mengambil keputusan ke MRSM telah memisahkan dirinya dan kembarnya buat selamanya.Gadis itu milik Ilahi.

‘Han nak sangat jadi Interior Designer,tapi Kim tengoklah…Lukisan Han selalu sangat tersangkut.Tak pernah keluar idea macam Kim buat,rasanya Kim yang kena sambung impian Han kalau apa-apa jadi dengan Han’

Suara itu masih ternyiang-nyiang di telinganya,suara gadis cilik yang suka menyakat.Allah meminjamkan ‘hatinya’ itu hanya selama 16 tahun.Pelan rumah dalam pegangan tangannya ditatap sebelum ditolak sedikit kertas besar itu supaya gambaran jelas dapat ditilik sebelum sebarang perubahan dapat dibuat bagi projek mega itu.Ilham Muhammad Hakeem memandang foto yang dibingkaikan yang diletakkan disii notebook miliknya.Wajah insan yang telah meninggalkan dirinya selama 8 tahun itu ditatap dengan senyuman.

‘Han,Kim capaikan impian Han.Han satu-satunya ‘jiwa’ yang selalu menemani Kim walau bagaimanapun kesusahan dan kepayahan yang Kim terpaksa tempuh,Kim tunaikan semuanya supaya impian adik kesayangan Kim tetap ada disisi walaupun jasadnya sudah diambil Ilahi.’

“YA ALLAH,cucurilah rahmat ke atas roh adikku,Ilham Nur Hanani Binti Ilham Nafiz. Tempatlah dirinya bersama-sama golongan yang beramal soleh..AMIN’