lUv yOu i wAnT u nOe

Saturday, July 30, 2011

hatiAISbatu

orang kata hati perempuan macam kerak nasi..
tapi bagi aku hati perempuan macam ais batu
masa mula-mula tulis tajuk rasa ada je tak kena..okeyh..kenapa perlu ais? bukan air? hehehe..suka-suka je kan...kalau pakai air nampak mengalir tapi kalau pakai ais nampak macam beku, padat dan keras...

*mood = aku*


normal sangat bagi aq kalau mood sesorang manusia berubah...kalau tak ada perasaan, tak berubah dan asyik dengan mood yang sama..mesti pelik kan?
aq pun macam tu..kadang2 aq jadi seorang yang sangat garang, jadi emosional,lemah,kecewa dan sedih.. tu lumrah sebgai manusia,...Tak ada manusia yang hidup hepi sepanjang hidup....ada ke? pelik la..kecuali dia tu memang jenis tak fikir semua perkara dengan mendalam...pikir semua benda tak pernah jadi..mungkin juga...

gadis?wanita?perempuan? semua tu perkataan yang berbeza tetapi adalah yang sama...
...emosional...
betapa tegasnya seorang gadis, kasar dan tidak sopan..dia mesti berubah kalau kena pada orangnya,,
betapa emosionalnya seorang gadis dia boleh jadi kuat pada orang yang kena dengan mentalitinya...
betapa gembiranya hatinya dia boleh jatuh keran seorang lelaki yang dia sayang...
betapa dia seorang yang pendiam, dia akan cakap banyak pada orang yang dia suka...dia simpan dalam hati...

sekeras-kerans hati gadis, ada juga pencairnya...membuat dia kadang-kadang jatuh dalam dunia sendiri dan air mata...kalau rasa berkuasa, silalah pilih satu hati dan hancurkannya dalam satu saat..dia akan kenang sepanjang hayat...
kalau seorang lelaki katakan seorang gadis kejam tapi cuba pandang saat dia kecewa? dia hanya lemah dalam air mata untuk bina sedikit kekuatan...

Thursday, July 21, 2011

brokenISwayOFlove











orang tak rasa sakitnya macam mana..
tolong jangan decide apa yang jadi sebenarnya...
hanya aq dan dia tahu perkara yang sebenar...
nothing worth for making hypothesis if you not get into the situation...


Wednesday, July 20, 2011

beruntungKERANAkauWANITA


"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
antara yang banyak, hanya satu yang indah
sejak dua tiga menjak ni, sering sangat saya berbicara tentang tanggungjawab, wanita, lelaki dan kasih sayang... Kerap juga terdengar makin kuat bisikan halus yang mendamaikan dalam hari-harian.. Suara bacaan ayat ALLAH dengan penuh kekusyukan...

JIKA HARI INI KU MAHU BERUBAH.
Sejak balik cuti semester kali ni, banyak sangat yang berlaku...takdir ILAHI makin indah dengan nada perlahan dan mengasyikkan...INI manisnya cinta ISLAM... Di usia semakin dewasa baru terasa manisnya dalam dakapan kasih ILAHI...Mendamaikan, sangat mendamaikan..
Jika dulu saya masih tak faham kenapa sesuatu hukum dicipta ILAHI, tidak setuju dengan sesuatu tapi sekarang mula fikir sedikit demi sedikit dengan bantuan mak ayah.. 
jadilah gadis yang menjaga adabmu kerana cermin ibubapmu..

masih ingat dengan bicara ayah malam itu, sedikit perlahan beransur ingatan, desakan air mata tak mau keluar buat aku terkedu lama bicara penuh makna ayah.Tegurannya ringkas dan sedikit lembut dan mendesak jiwa remaja untuk mendalami maksud tersebut.
"bahagia menjadi seorang gadis yang menjaga agamanya, ayah tegur kerana sayang...kerana peduli dan tanggungjawab ayah..Cuba fikirkan tingkahlaku adik tak sebagai wanita Islam, tak menjaga sembahyang, tak menutup aurat..Ayah sembahyang dan jaga agama sebanyak mana syurga tu jauh kerana tanggungjawab pada anak tak dilaksanakan dengan tegas"
 ayah jarang nak bercakap banyak kalau tiada apa-apa hal yang  merungsingkan hati tuanya, kadang-kadang bila saya sendiri... Saya mula terfikir bicara ayah dengan perlahan, sedihkan? ayah jaga solat, menjaga agama tapi anaknya merosakkan impiannya ke syurga dengan tingkah melampuai batas.. 


ni lagu yang sangat sentuh perasaan saya bila dengar, sutera kasih yang mendamaikan jiwa...
JADILAH GADIS YANG BAHAGIAKAN DIRI DENGAN KASIH ILAHI


Monday, July 18, 2011

tanggungjawabLELAKIke?

assalamulaikum..
hari ni saya masih nak cakap tentang lumrah manusia it  mean kita buat dan jadi kebiasaan dan kebanyakan orang buat..
biar saya tanya dua soalan, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan..



SOALAN UNTUK LELAKI


Pernah tak kamu belanja girlfriend kamu sehari penuh tanpa dia pernah keluarkan duet satu sen pun?

SOALAN UNTUK PEREMPUAN

Pernah tak kamu minta boyfie kamu belikan sesuatu walaupun tak tahu keadaan kewangan dia?

saya bukan cakap pasal duit atau tanda kasih sayang sekarang..tetapi saya cakap pasal tanggungjawab dan perasaan bersalah kedua-dua belah pihak.. Ni bukan nak marah sesiapa atau buat orang marahkan saya..but when it come to responsibility it hurt another people feeling. Saya mula terfikir hal ini lebih serius bila mula mengerti erti tanggungjawab dan kasih sayang... Memang kasih sayang perlukan duit tapi itu tanggungjawab yang perlu ditunaikankah oleh seorang lelaki yang bukan berhak ke atas diri perempuan tersebut dan apakah hak perempuan tersebut menggunakan duet seorang lelaki yang bukan lagi sah miliknya.. Tolong fikirkan pernyataan ini dengan lebih mendalam..It was a important thing.


Kenapa saya kata dua-dua tak bertanggungjawab dalam hal ini walaupun perempuan yang guna duit lelaki?


kenapa lelaki pun bersalah? sedangkan dia hanya menurut kehendak perempuan tersebut.. okeyh..dia bersalah sebab guna duit tersebut yang patut disalurkan kepada ibu bapa dia? bersalah tak? bersalahkan? tak tunaikan tanggungjawab yang wajib dan belanja seseorang perempauan yang bukan sesiapa dengan dirinya.. it's okay klu nak belanja pelbagai tapi janganlupa tanggungjawab kepada keluarga juga.. Hak ibubapa kamu terhadap kamu pun kena tunaikan juga.. Boleh belanja tapi tunaikan tanggungjawab kamu dahulu..Tunaikan yang mana patut seperti tolong bagi duit sekolah adik-adik ke..beli keperluan dapur keluarga ke..atau apa-apa pun sebelum kamu habiskan duit kepada gadis yang bukan sesiapa lagi buat kamu..INI TANGGUNGJAWAB bukan sengaja saya tekankan


kenapa perempuan bersalah? kat sini boleyh terangkan secara banyak..saya perempuan dan saya pernah pegang rasa bersalah tu..lama juga rasa bersalah jugak bertapak dalam diri..saya sedar itu salah saya... saya detailkan kenapa perempuan perlu rasa bersalah bila guna duit seseorang lelaki yang belum tentu untuk kamu... sebabnya kamu mungkin terambil hak mak dia seperti baju yang kamu yang dia belikan..mungkin kalau duit itu disalurkan kepada emaknya mugkin lebih bermanfaat..mungkin baju yang dia belikan mengikut kehendak kamu tu membuka aurat secara amnyya dia juga menangung dosa bila kamu pakai..saham percuma..mungkin juga duit yang kamu guna dia nak beli barang penting yang lebih bermakna..kamu tak kasihan ke dia kerja penat-penat dan kamu makan duit tu secara percuma? tolongla rasa bersalah atas perbuatan kamu ni..kamu terfikir tak bila kamu dah ada anak nanti,anak2 akan abaikan semua tnggungjawab terhadap kamu?


rasa bersalah dalam diri mungkin boleh bawa perubahan bila kita akui salah tersebut..
sayangilah dengan hati bukan dengan material...




Friday, July 15, 2011

doaSEORANGkekasih


assalamulaikum...
sejak dua tiga empat menjak ni dah jatuh cinta banyak sangat dengan lagu ni..
siap boleh main hafal2 lagi macam hafal lagu westlife time ribena dulu..
maksud dalam yang bawa banyak makna..
kalau dulu abang suka sangat lagu kasih kekasih..
sekarang aq pulak dah addicted lagu nie...


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala




Thursday, July 14, 2011

biarBERAKALkalauAWAKberilmu

Assalamualaikum....apa tu berilmu berakal????
Banyak situasi yang terjadi sekarang nak tunjuk setakat mana kita guna ilmu yang kita belajar untuk dihormati...
Biasa la manusia, ni adat semua..
Bila pandai,dapat anugerah macam-macam mula tunjuk bongkak..sombong dan sewaktu dengannya..
Itu tak masuk lagi bila cakap nak nampak dia je yang betul..
Krisis ni sebenarnya terjadi secara realiti...
Mula-mula malas nak panjangkan hujah pasal hal ni tapi sakit sangat jiwa nie tengok orang yang berilmu tetapi tak berakal..
Sebab tu kalu jadi apa-apa sekarang, saya lebih suka cakap dengan orang yang berpengalaman daripada orang yang kerja besar-besar dengan kelulusan sijil apa pelbagai tu...
Bila dia dah ada sijil apa-apa kadang-kadang dia mula lupa yang tempat yang dia pijak tetap sama tetapi yang berubah status pendidikan yang mula orang hormati...

Apa salahnya kalau cakap biar sedikit berakal,luah pandangan seperti seorang yang belajar...
Kalau belajar tinggi-tinggi, dapat jawatan besar bukan tiket untuk maki-maki orang sesuka hati...
Baik ke macam tu?
Pandang biar dua-dua mata bukan dengan hati sombong yang bongkak tu...
ALLAH bagi kamu pangkat besar untuk bersyukur bukan untuk berlagak sombong di dunia ni...
Hormat la orang bila berbicara..
Tak jatuh air muka kalau cakap baik-baik, tegur secara berhemah...
Krisis macam ni buat orang fikir yang pendidikan tu tiket seseorang tu jadi bongkak..
Ni bukan kali pertama perkara ni terjadi bila orang lulusan dari institusi marah-marah orang..
Boleh tengok banyak tempat,swasta? kerajaan? sama je dia punya pitching...
Sama je dia punya ayat "tak reti nak baca ke?dah tertulis kat situ"
"Pakailah akal sikit, ni tak...letak kat lutut ke?"

Soalnya, orang bertanya untuk penjelasan bukan untuk di maki cerca...
Jadi kalau awak tu berilmu sangat tolong guna akal sikit...
Sijil tu bukan tiket maki orang dan belagak kt bumi ALLAH ni...

EDUCATED IDIOT??? fikir pakai akal bukan pakai emosional...

jangan bongkak kat bumi ALLAH, jadilah manusia yang tahu bersyukur dan menghargai...
ALLAH jadikan manusia dengan kasih sayang, apa salahnya menjadi manusia yang tinggi kasih sayang..
Tak salah dan tak rugi...

Monday, July 11, 2011

kauMEMANGplastik

lumrah manusia kan? kena jadi hipokrit...
sangat2 lumrah kan? 
kalau tak jadi plastik tak bleh hidup ke?
ni secara amnya semua orang ada sifat plastik a.k.a hipokrit dalam diri...
biasa kan? cuma antara hipokrit menyerlah dengan tak menyerlah je..
kenapa tiba2 bincang pasal hipokrit ni?
dari dulu lagi ingat nak buat entry ni,tapi tangan malas nak menaip..

hypocreate mean a person who pretends to be what he is not

banyak situasi yang terjadi yang menyerlahkan sifat hipokrit ni...
semua orang kalu boleh cuba jadi hipokrit supaya dia diterima oleh orang lain..
mungkin secara biasanya nampak klise..
tapi orang yang selalu amalkan hipokrit ni memang sangat fake...
dia cuba nampak baik pada setiap keadaan walaupun keadaan sebenarnya tak..

awak sangat plastik

kalau nak plastik sendiri2 is okey tapi ni tak...
menyusahkan orang dengan peragai plastik tu..
nak main berangkai2 pulak ajak jadi plastik..
tak adil buat kat orang macam tu...


Tuesday, July 5, 2011

missLIBRARIANdanSAYAjoinBLOGLISTcikZOEY

assalamulaikum..
dah rasa lama nak update blog tapi asyik malas nak fikir pasal entry ja..
Mungkin kalau saya ni blogger tegar tiap hari update..
PC online 24jam..nk kta layan fb pun xsangat tapi,...
Malas sangat nak update..mungkin sebab kerja kot...
Tapi dalam dua tiga hari lepas..saya ada sapa Cik Zoey kat fb..ada dua tiga kali juga saya printscreen

nasihat dari blogger zoey




kak zoey menjijak2 di blog saya

hari pula Miss Librarian buat satu status di sahabat blogger mintak link blogger dgn nama..jadi saya tinggalkan link kat situ

dalam dua tiga jam lepas tu Miss Librarian dah post entry di blog 


jarang dapat peluang nak chat dengan blogger yang femes..ada sesetengah blogger femes yang kerek...I LUV BOTH of you miss librarian and Cik Zoey...