lUv yOu i wAnT u nOe

Wednesday, July 20, 2011

beruntungKERANAkauWANITA


"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
antara yang banyak, hanya satu yang indah
sejak dua tiga menjak ni, sering sangat saya berbicara tentang tanggungjawab, wanita, lelaki dan kasih sayang... Kerap juga terdengar makin kuat bisikan halus yang mendamaikan dalam hari-harian.. Suara bacaan ayat ALLAH dengan penuh kekusyukan...

JIKA HARI INI KU MAHU BERUBAH.
Sejak balik cuti semester kali ni, banyak sangat yang berlaku...takdir ILAHI makin indah dengan nada perlahan dan mengasyikkan...INI manisnya cinta ISLAM... Di usia semakin dewasa baru terasa manisnya dalam dakapan kasih ILAHI...Mendamaikan, sangat mendamaikan..
Jika dulu saya masih tak faham kenapa sesuatu hukum dicipta ILAHI, tidak setuju dengan sesuatu tapi sekarang mula fikir sedikit demi sedikit dengan bantuan mak ayah.. 
jadilah gadis yang menjaga adabmu kerana cermin ibubapmu..

masih ingat dengan bicara ayah malam itu, sedikit perlahan beransur ingatan, desakan air mata tak mau keluar buat aku terkedu lama bicara penuh makna ayah.Tegurannya ringkas dan sedikit lembut dan mendesak jiwa remaja untuk mendalami maksud tersebut.
"bahagia menjadi seorang gadis yang menjaga agamanya, ayah tegur kerana sayang...kerana peduli dan tanggungjawab ayah..Cuba fikirkan tingkahlaku adik tak sebagai wanita Islam, tak menjaga sembahyang, tak menutup aurat..Ayah sembahyang dan jaga agama sebanyak mana syurga tu jauh kerana tanggungjawab pada anak tak dilaksanakan dengan tegas"
 ayah jarang nak bercakap banyak kalau tiada apa-apa hal yang  merungsingkan hati tuanya, kadang-kadang bila saya sendiri... Saya mula terfikir bicara ayah dengan perlahan, sedihkan? ayah jaga solat, menjaga agama tapi anaknya merosakkan impiannya ke syurga dengan tingkah melampuai batas.. 


ni lagu yang sangat sentuh perasaan saya bila dengar, sutera kasih yang mendamaikan jiwa...
JADILAH GADIS YANG BAHAGIAKAN DIRI DENGAN KASIH ILAHI