lUv yOu i wAnT u nOe

Thursday, July 14, 2011

biarBERAKALkalauAWAKberilmu

Assalamualaikum....apa tu berilmu berakal????
Banyak situasi yang terjadi sekarang nak tunjuk setakat mana kita guna ilmu yang kita belajar untuk dihormati...
Biasa la manusia, ni adat semua..
Bila pandai,dapat anugerah macam-macam mula tunjuk bongkak..sombong dan sewaktu dengannya..
Itu tak masuk lagi bila cakap nak nampak dia je yang betul..
Krisis ni sebenarnya terjadi secara realiti...
Mula-mula malas nak panjangkan hujah pasal hal ni tapi sakit sangat jiwa nie tengok orang yang berilmu tetapi tak berakal..
Sebab tu kalu jadi apa-apa sekarang, saya lebih suka cakap dengan orang yang berpengalaman daripada orang yang kerja besar-besar dengan kelulusan sijil apa pelbagai tu...
Bila dia dah ada sijil apa-apa kadang-kadang dia mula lupa yang tempat yang dia pijak tetap sama tetapi yang berubah status pendidikan yang mula orang hormati...

Apa salahnya kalau cakap biar sedikit berakal,luah pandangan seperti seorang yang belajar...
Kalau belajar tinggi-tinggi, dapat jawatan besar bukan tiket untuk maki-maki orang sesuka hati...
Baik ke macam tu?
Pandang biar dua-dua mata bukan dengan hati sombong yang bongkak tu...
ALLAH bagi kamu pangkat besar untuk bersyukur bukan untuk berlagak sombong di dunia ni...
Hormat la orang bila berbicara..
Tak jatuh air muka kalau cakap baik-baik, tegur secara berhemah...
Krisis macam ni buat orang fikir yang pendidikan tu tiket seseorang tu jadi bongkak..
Ni bukan kali pertama perkara ni terjadi bila orang lulusan dari institusi marah-marah orang..
Boleh tengok banyak tempat,swasta? kerajaan? sama je dia punya pitching...
Sama je dia punya ayat "tak reti nak baca ke?dah tertulis kat situ"
"Pakailah akal sikit, ni tak...letak kat lutut ke?"

Soalnya, orang bertanya untuk penjelasan bukan untuk di maki cerca...
Jadi kalau awak tu berilmu sangat tolong guna akal sikit...
Sijil tu bukan tiket maki orang dan belagak kt bumi ALLAH ni...

EDUCATED IDIOT??? fikir pakai akal bukan pakai emosional...

jangan bongkak kat bumi ALLAH, jadilah manusia yang tahu bersyukur dan menghargai...
ALLAH jadikan manusia dengan kasih sayang, apa salahnya menjadi manusia yang tinggi kasih sayang..
Tak salah dan tak rugi...