lUv yOu i wAnT u nOe

Monday, July 18, 2011

tanggungjawabLELAKIke?

assalamulaikum..
hari ni saya masih nak cakap tentang lumrah manusia it  mean kita buat dan jadi kebiasaan dan kebanyakan orang buat..
biar saya tanya dua soalan, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan..



SOALAN UNTUK LELAKI


Pernah tak kamu belanja girlfriend kamu sehari penuh tanpa dia pernah keluarkan duet satu sen pun?

SOALAN UNTUK PEREMPUAN

Pernah tak kamu minta boyfie kamu belikan sesuatu walaupun tak tahu keadaan kewangan dia?

saya bukan cakap pasal duit atau tanda kasih sayang sekarang..tetapi saya cakap pasal tanggungjawab dan perasaan bersalah kedua-dua belah pihak.. Ni bukan nak marah sesiapa atau buat orang marahkan saya..but when it come to responsibility it hurt another people feeling. Saya mula terfikir hal ini lebih serius bila mula mengerti erti tanggungjawab dan kasih sayang... Memang kasih sayang perlukan duit tapi itu tanggungjawab yang perlu ditunaikankah oleh seorang lelaki yang bukan berhak ke atas diri perempuan tersebut dan apakah hak perempuan tersebut menggunakan duet seorang lelaki yang bukan lagi sah miliknya.. Tolong fikirkan pernyataan ini dengan lebih mendalam..It was a important thing.


Kenapa saya kata dua-dua tak bertanggungjawab dalam hal ini walaupun perempuan yang guna duit lelaki?


kenapa lelaki pun bersalah? sedangkan dia hanya menurut kehendak perempuan tersebut.. okeyh..dia bersalah sebab guna duit tersebut yang patut disalurkan kepada ibu bapa dia? bersalah tak? bersalahkan? tak tunaikan tanggungjawab yang wajib dan belanja seseorang perempauan yang bukan sesiapa dengan dirinya.. it's okay klu nak belanja pelbagai tapi janganlupa tanggungjawab kepada keluarga juga.. Hak ibubapa kamu terhadap kamu pun kena tunaikan juga.. Boleh belanja tapi tunaikan tanggungjawab kamu dahulu..Tunaikan yang mana patut seperti tolong bagi duit sekolah adik-adik ke..beli keperluan dapur keluarga ke..atau apa-apa pun sebelum kamu habiskan duit kepada gadis yang bukan sesiapa lagi buat kamu..INI TANGGUNGJAWAB bukan sengaja saya tekankan


kenapa perempuan bersalah? kat sini boleyh terangkan secara banyak..saya perempuan dan saya pernah pegang rasa bersalah tu..lama juga rasa bersalah jugak bertapak dalam diri..saya sedar itu salah saya... saya detailkan kenapa perempuan perlu rasa bersalah bila guna duit seseorang lelaki yang belum tentu untuk kamu... sebabnya kamu mungkin terambil hak mak dia seperti baju yang kamu yang dia belikan..mungkin kalau duit itu disalurkan kepada emaknya mugkin lebih bermanfaat..mungkin baju yang dia belikan mengikut kehendak kamu tu membuka aurat secara amnyya dia juga menangung dosa bila kamu pakai..saham percuma..mungkin juga duit yang kamu guna dia nak beli barang penting yang lebih bermakna..kamu tak kasihan ke dia kerja penat-penat dan kamu makan duit tu secara percuma? tolongla rasa bersalah atas perbuatan kamu ni..kamu terfikir tak bila kamu dah ada anak nanti,anak2 akan abaikan semua tnggungjawab terhadap kamu?


rasa bersalah dalam diri mungkin boleh bawa perubahan bila kita akui salah tersebut..
sayangilah dengan hati bukan dengan material...