lUv yOu i wAnT u nOe

Saturday, October 29, 2011

kisahMASAlampau

bicara orang..kuatlah..tabah tempuh cabaran
sakit itu dugaan
sakit tu tuntut kesabaran..

merasa sakit tu anugerah ALLAH
jatuh tertimpa pada badan sendiri
sakit sikit moga kuat
InsyaALLAH

Saturday, October 22, 2011

isHADEQ

assalamualaikum..hadeq!!!


..saya minta maaf sangat-sangat..
sepanjang masuk sem ni..banyak sangat yang saya bebani kamu berempat
kadang-kadang saya fikir adalah baik saya tanggung semua sendiri
saya tahu
sakit saya
derita saya
kecewa saya
waktu saya gembira
saya tahu saya mencorak luka yang banyak sepanjang tempoh persahabatan kita
saya minta maaf kalau tangisan panjang malam saya menganggu tidur kamu
tangisan saya yang memerlukan perangsang daripada kamu
kamu membawa saya mencari diri
cuba mengembirakan saya
pegang bahu dan cakap saya kuat
bagi semangat yang telah hilang
cuba buat saya tersenyum
kamu...kamu..kamu..kamu
sangat baik pada saya
saya tahu tanda kasih sayang kamu
sangat bermakna dalam hidup saya

masa saya sakit, menangis tanpa henti, jam dah menunjukkan pukul 1.00 pagi
kamu menjejak kaki ke bilik saya
basahkan tuala, letak atas dahi
ucap kata-kata semangat
bila lelah sakit saya belum berkurangan
kamu letakkan tangan dia tas dahi saya
mengukur suhu badan yang belum mahu turun
bila tekak saya menolak makanan
kamu bawa saya mencari sesuatu untuk ditelan
kamu paksa saya makan untuk mengalas perut
supaya sakit saya berkurangan
saya sangat hargai kehadiran kamu yang sentiasa bersusah-payah untuk saya
saya tahu saya banyak menyusahkan daripada menyenangkan hidup kamu-kamu berempat

tangis hujung malam, kadang-kadang sehingga ke awal pagi selalu menganggu tidur talong
saya tahu saya risaukan kamu talong..
saya tahu, sebab saya tengok garis risau di wajah kamu saat saya menangis ketakutan saat itu
saya menangis dalam kesakitan
saya menangis dalam kekecewaan
saya minta maaf susahkan kamu

saya tahu..wajah pucat saya risaukan tangah..
tangan kamu selalu menyapa di dahi saya saat saya tertidur..
kamu menyinggah sebelum ke kelas
hantar saya pulang ke bilik dengan hadeq yang lain sebelum kamu menyelesaikan kerja
saya terharu dengan tingkah kamu
saya banyak menyusahkan kamu..

saya tahu..saat saya hilang,murung dan kecewa
tachiq yang sibuk masih cuba bertanya khabar saya
berbicara dengan saya, sakit yang saya sedang tanggung
demam yang belum surut..
saya tahu kamu memberi masa kamu sibuk kepada saya
tingkah supaya saya ketawa..
saya banyak mencuri masa kamu..

saat saya jatuh,hilang dan kecewa...diqmyra ada di sisi
beroles kata semangat..
supaya saya bangun menghadapi hidup yang susah
pegangan tangan, senyuman bernada di wajah cuba memulihkan apa yang saya tanggunggi..
biacara kamu menyenangkan saya
buat saya fikir positif..
saya minta maaf...

saya tahu dalam dua tiga minggu belakangan ini saya menyakiti kamu semua
menyimpan duka sendiri
menyimpan sakit sendiri
saya taknak asyik curi masa kamu
banyak lagi komitmen yang kamu perlu lakukan
saya sudah banyak menyusahkan kamu

bisuTANPAkata

malam merangkak ke pagi..
siksa sakit masih berlanjutan
tanpa henti
tanpa belas kasihan

hati pecah la..
sakit ini panjang dan menyakitkan
mana mungkin merungkai sakit ini
di dada sesak
sakit
derita 
dewasa yang menyakitkan
menolak ke tepi semua derita
 
masih disini 
cuba merungkai esok 
aq hanya untuk disakiti

YA ALLAH,
berikan aq sedikit bahagia
mana lupakan aq dengan kesakitan
tabahkan hati kecil yang dah tak berdaya
tunaikan aq laksanakan tanggungjwab keluarga

-aq kecewa,letih,terluka,sakit-

--aq sendiri,aq rebah tanpa sempat berbicara--

Saturday, October 1, 2011

bersalahDENGANkesilapanLALU

myteddy,,chomot cici wif cumel neyney

assalamualaikum..
entry perasaan lagi... sejak dua tiga hari ni ada banyak sangat perkara yang terjadi..
MasyaALLAH..kadang-kadang rasa tangisan ni da tiada airmata..
tangisan ni hanya rasa bersalah sendiri...
tak sekuat yang aq gambarkan..
YA ALLAH, aq terkedu kali ni...
ingat semuanya akan selesai dengan cara yang baik..
yang indah..
yang senang dengan budi bicara manusia tapi kali ni aq sendiri yang terkaku sendiri..
dugaan ni menguji kesabaran dan ketabahan..
mata ni rasanya menahan sakit..air mata ni rasanya turun tanpa rela lagi...

budi bicaraku terasa pahit, terasa berpasir
aku hanya memohon pemahaman dan bukan ugutan
merasa bahagia mungkin menuntut sedikit kecederaan hati

p/s : sahabat bicara kerana sayang
       kasih bicara kerana risau
       jiwa bicara hanya mahu menunjukkan tanggungjawab


--awak, takdir ALLAH ini ada hikmahnya..kerana saya masih berakal maka saya masih menghormati awak sebagai seorang sahabat di bumi ILAHI ini.. kesalahan lalu sebagai penunjuk aras supaya kita berubah, ini bukan satu petikan bicara kata tapi tangisan hati seorang gadis dalam dilema--

--saya percaya yang awak membaca dalam diam catatan yang saya coretkan di sini--

= kerana saya masih menghormati awak, saya mengharapkan saya juga mendapat penghormatan yang sama=