lUv yOu i wAnT u nOe

Monday, November 28, 2011

manfaatDIRI


iya..
aq sedang nazak kat sini
kata orang aq ni manusia tak menghargai
tak nampak apa di depan mata
aq sedang nazak di sini
cari jalan sendiri yang aq ingin lalui
aq masih berdiri kaku tengah orang ramai

ikut perancangan
abang mao hantar ku pulang petang ini
di tempat ku belajar
universiti luas itu
aq angguk setuju
tapi mataku bergenang
di sana aq masih rasa takut
saat mataku masah dengan air mata
aq ingin meminta sesiapa menolong aq
aq masih cuba tanggung sakit derita
perit yang menusuk tulang

sepanjang aq menempuh sakit
aq ingat seminggu ku pulang ke kampung
tangisan si tua kesayangan di awal malam
buat aq rasa bersalah
pesannya 'jangan melawan sakit yang orang berikan'
aq cuba mengelap titis yang mengalir di wajah itu
tapi di halangnya
katanya
'sakitnya bukan kerana aq, tapi kerana terluka ada yang mengkhianati gadisnya'
bila ku genggam tangannya erat sebelum ku terlena di apit mereka berdua
aq rasa ketakutan yang susah aq gambarkan
aq menangis dengan rasa bersalah

sebelum ku pulang ke kota besar
beberapa kali bahuku dipegang,matanya menusuk dalam
'jangan melawan amarah orang'
bila ku pandang wajahnya lagi, dy senyum seakan memberi ku bahagia
aq ada bicara aq tak mampu lawan seorang
mana mungkin sakit yang ku bawa mengheret orang lain?
dy senyum lama..
kedua orang tuaku masih ada di situ, saat aq menangis aq tak mahu pulang
aq rasa seakan sakit ini akan buat aq rasa terbuang
kata merekara 'tempoh berubat' perlukan kesakitan
aq menangis perlahan, dengan tanganku ketar sejuk sebelum pulang

aq pulang ke dunia besar
penolakan pertama yang ku terima
besar dan hebat dari teman-teman
ku jangka itu terjadi
jadi ku senyum sendiri, menangis saat ku di bilik kecil
hujan basahi pipi aq aq tambahnya tragis
aq plih jalan sunyi
mahu melangkah sendiri
aq tahu ada pelbagai anggapan akan datang lagi
tapi..
aq gagahi diri..
menolak semua yang aq mungkin akan terjadi

selepas dua bulan sakit yang ku deritai
sakitnya makin teruk, makin ditolak ke tepi
pesan pengubatnya 'awak akan rasa ditolak ke tepi'
aq cuba bawa diri
supaya masih ada lagi yang masih mahukan aq disisi
saat aq mimpi hitam di tengah malam
ku takut lalu ku bangun tatap skrin kecil di tangan
aq tak tahu pada siapa harus ku pinta pertolongan
aq mahukan mak ayahku disisi
pegang tanganku dan buat aq rasa selesa
buat aq punya sesiapa
tapi aq risau tangisan itu ku dapat

aq pilih jalan berseorangan
belum pernah aq lakukan sendiri sebelum ini
aq takut semua benci aq
tapi sekarang nyatanya di depan mata
semua seakan menolak aq
'tempoh berubat' belum tamat
aq nazak di sini
takut dan risau

akhir sekali selepas dihentam beberapa orang
abang batalkan niat
aq di bawa berjalan,tenangkan fikiran
mataku masih berair sekarang
aq dah tak punya kekuatan
munajat kepada ALLAH
cerita sakit perit yang ku rasa
aq takut
bicaraku pada abang
aq mahu ke dunia lain
sudah tak sanggup dikutuk orang
sudah penah dicerca hina
aq tak nak semua ni terjadi

abang nyata amarah dengan bicaraku
dy pandang aq lama, seakan memberi aq kekuatan
dy hanya punya aq sebagai darah daging
demam panas mengunjung datang
seakan merelakan aq tidak pulang ke bangunan besar itu
aq takut lagi
mahu memandang mata-mata lain yang memarahi aq
yang menolak kerana sakit yang orang lain tak dapat rasa
aq masih diam di sini
meminta simpati pun bukan

aq bukan sengaja mencari benci

tapi teman,
saat kau baca ini kau pasti merasa apa yang cuba aq sampaikan
saat kau cuba memahami kau takkan dapat jawapan
saat aq menulis ini  aq tengah memandang insan yang buat aq rasa tenang
ketenangan yang hilang akibat aq yang tak berdaya
jika saat kau tak bertemu mataku lagi
jangan kau risau apa yang akan jadi selepas ini
mataku berair kerana ku takut kehilangan kamu
mataku suka lihat kamu ketawa gembira
tapi kini sakit itu buat aq kaku ingin bermesra
doakan 'tempoh perubatan' ini tamat segera
aq ingin jadi gadis yang di sukai dahulu
tapi aq tak mampu bila ku lihat wajhku di cermin kini
mana corak bahagia yang cuba ku nyatakan
aq inginkan kamu teman
biarku nyatakan
sakit pelik yang ku alami tak tercapai akal kamu mahu cerobohi
aq sendiri masih bingung sedrastik perkara ini terjadi