lUv yOu i wAnT u nOe

Thursday, December 1, 2011

diamDENGANtanda


~diamdengantanda~

saat jemariku menaip entry ini
wifi kolej sudah terputus dari talian
aq online tanpa henti
sehingga penat yang teramat sangat

assignment masih banyak menuntut tangan bekerja
cuti hujung minggu akan aq manfaatkan sebaiknya
teongok betapa kerapnya aq meng'update' blog
sehari kadang-kadang dua tiga entry
banyak yang terjadi disekeliling














~pembaca yang ku hargai~
kalau aq post lagu putus cinta
kalau aq post kisah sedih
kalau aq post sesuatu yang mengecewakan
maaf aq katakan..
aq bukan sedang melaluinya sekarang
aq hanya menulis berdasarkan pengalaman
persekitaran yang aq lalui

bila ku tulis kata indah cinta
bukan bererti aq sedang mengalaminya
aq suka tengok orang lain mesra merebah kasih
tapi aq hanya menulis secebis rasa yang lain rasakan

jika aq tulis sesuatu yang menyahut kerinduan
aq sedang mengalaminya sekarang
aq sedang kerinduan dengan seseorang
ingin ku jelaskan tulisan aq hanya satu cebisan
yang tidak menuntut apa-apa erti yang mendalam
hanya satu karangan panjang
yang aq sering gambarkan

sedang aq berusaha tempuh kisah-kisah yang akan datang
hanya secebis kenangan yang aq ingin tinggalkan
aq ingin berada di dunia ILAHI dengan tenang
mengurus kehidupan semampu insan
urusan peradaban yang aq karangkan

jika kamu hadam hasil aq garapkan
aq rasa kagum dengan dalam
bahasa ku taip merungkai bicara
kadang terpana sang mata lain
mengelirukan
apa yang aq sedang taip sekarang?

hanya satu perjalanan seorang insan
yang belum istimewa buat sesiapa
yang belum diiktiraf bahagia
kadang-kadang aq terluka
kadang-kadang aq gembira
dunia luas aq aq lantari dengan penuh ketabahan
seakan luas belum mampu aq genggam
seluas itu bukan anganku

aq hanya mahu pijak dibumi nyata
punya seseorang yang mampu ku harapkan
sentiasa disisi saat aq perlukan
aq tak mahu tangisan kedukaan
pasti letih tangan kesayangan ingin mengusirnya pergi
aq mahu tangisan kebahagiaan
yang lama ingin aq dapatkan
namun...
belum tercatat sekian untukku sekarang
usia melambai lama
aq ingin tahun ini sebelum tarikh penting
hadirnya dy yang ingin menggenggamku sayang
seakan aq berduka panjang
jauhnya yang aq kejarkan

masa mengulit mimpi sudah tak seindah dulu
hujung mata pasti ada titisan yang mengalir di awal pagi
aq ketakutan di dunia yang bakal berpenghujung akan datang

~diamdengantanya~