lUv yOu i wAnT u nOe

Sunday, December 4, 2011

sedetikBERSAMAtemanLAMA

aq bersama seorang teman
punyai kisah yang seakan serupa
yang berbeza hanya gender kami berdua
aq si gadis dan dia si teruna
kami dewasa bersama
menadah kisah di bumi luas
bumi asing yang belum kami kenali
jauh di perantauan
aq punya seorang abang yang dekat di sisi
dy hanya seorang disini
menadah gelap gelita seorang sahaja
kadang-kadang suaranya bernada di telefon
bertanya khabar aq
sebagai seorang teman yang dulu mengusung buku yang sama ke kelas
seakan teman lama mula hilang
dy masih ada
walaupun jarak kami dahulunya jauh
kini kami masih di institusi yang berbeza
memegang perit untuk segulung ijazah
dy dan aq berbeza bidang
kami pernah menuntut bersama
subjek yang sama, guru yang sama untuk beberapa ketika
hari keputusan peperiksaan besar keluar
dy juga ada bersama
berkongsi keputusan dengan teman-teman yang lain
mengisi borang online memlilih institusi pengajian juga bersama
berkongsi keluh kesah bersama
terpisah agak lama
tiga tahun dalam perkiraan
tapi kami masih berteman walau sekian lama tak bertentang mata

kisah yang seakan sama
tapi deritanya tidak berkisah sama
diseblik mata tenang 
bibir penuh senyuman
kisahnya berbeza
mungkin juga dy seorang jejaka
peritnya boleh diselindungkan
aq seorang gadis yang banyak bercerita
dy banyak berdiam diri
mungkin dy cuba pinjamkan kekuatan yang aq hilang
kata teman
kami serasi bersama
nampak sesuai bila dipandang
tapi...
bagi aq dan dy,
kami teman sepermaianan
teman yang saling memerlukan
sahabat yang sukar dicari ganti
kami selesa berkongsi semua kisah duka bersama
kisah gembira juga tetap menjadi halwa telinga
tempoh perkenalan hampir sedekat
satu tempoh lama
panjang dan bermakna
seorang teman seperti aq
punya latar belakang hampir serupa
berkorban dan berjuang bersama untuk masa depan
~bicaramalam~