lUv yOu i wAnT u nOe

Wednesday, February 29, 2012

mencukupkanSAYA


entah rasa ini. entah rasa ini. entah perasaaan ini.
entah rasanya bagaimana untuk dijelaskan dengan kata-kata
bagaimana mahu menaip  jelas supaya difahami
tak terluahnya kata dengan cantuman huruf-huruf tunggal
rasanya?
entah rasa ini.
perlahan.diam.selesa.sempurna.

entah bicaranya. entah kakunya jemari di atas papan kekunci
entah rasanya ini bagaimana?
mahu dijelaskan dengan kata.
tak tersusun rasanya. tak terjelas mungkin
tapi ini rasanya.
*sujud syukur pada ILAHI*


bela jiwa dengan rohani
jangan datarkan emosi
senyum pada setiap misteri
InsyaALLAH rahsia ALLAH lebih unik

~mencukupkan saya~
alhamdulillah

Tuesday, February 28, 2012

hatiINIrasa....

rasa terisi... alhamdulillah
rasa syukur dipanjatkan pada ALLAH
~sakit itu hadir dengan kebahagiaan~

redha.restu.ikhlas dan syukur
insyaALLAH rahsia ALLAH hadir dengan cara yang manis

diam.senyum.tunduk
kisahnya dann rasanya hanya mampu ditilik rahsia
jangan lalai, jangan alpa dan jangan melukakan

mungkin ini kisahnya yang menyuntik rasa namun khabarnya hanya pemilik rasa dapat mendetak rasa itu dengan perlahan sengan mimik muka yang tak kelihatan pada pandangan mata orang lain, senyum itu simpan dalam hati sendiri-sendiri... InsyaALLAH

Monday, February 27, 2012

bicaraPADAkerinduan

alhamdulillah..menjejak kembali ke UPM setelah tiga hari balik Bukit Beruntung
semangat yang dibawa pulang tak la sehebat mana tetapi makin menguat rasanya, insyaALLAH
sehari dua tiga kali menjengah khabar kedua emak ayah, dalam kerinduan pada bisikan kekuatan mereka
kerinduan pada saat melentokkan kepala di bahu emak dan melangsaikan rasa hati tidak selesa
kerinduan pada senyuman di sebalik mata ayah yang kurang cakap dan banyak jenakanya
kerinduan pada adik-adik sepupu yang mengusung buku meminta menyelesaikan kerja sekolah
kerinduan pada ibu-ibu dan bapa-bapa saudara yang sentiasa membisikan doa baut semuanya
iya.. dalam kerinduan menyenangkan dan rindu yang ikhlas..

mak menjawab dengan nada suara tawa yang perlahan dan sedikit jenaka
ayah menjawab dengan rasa keresahan terhadap tahap kesihatan
kedua mereka tahu gadis ini masih mengumpulkan kekuatan
kedua tahu gadis ini masih merubah diri dengan dorongan yang tak pernah putus
kedua mereka tahu anak gadis ini akan segera pulang dengan kekuatan
kedua mereka sangat mengenali diri gadis ini walaupun mereka jauh

abang dan kakak di sisi, mak njang dan keluarganya ada di tepi
alhamdulillah.. senyuman ini terdampar dengan kekuatan yang masih dikumpulkan
kekuatan yang pernah hilang dan pernah dirasai
syukur..

HADEQ di sisi dengan ledakan ketawa, dorongan dan kekuatan yang berpanjangan
terima kasih hadeq kerana hadir dalam hidup penuh cabaran
~kita adik-beradik sampai syurga kan?InsyaALLAH sis...ALLAH akan panjangkan ukhwah kita~
terima kasih buat teman sepermainan yang masih kunjungkan mesej dan panggilan telefon di gajet
tahniah yang akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi - doa ini tak pernah putus buatmu walaupun kita jarang bertemu
maaf dilontarkan buat yang mengerang kesakitan putus cinta, maaf kerana tak boleh berada depan mata dengan bisikan penuh makna serta mendakap lama supaya rasa selesa.. Jujurnya, berhenti dan tarik nafas perlahan serta lepaskan sakit itu perlahan-lahan dengan kekuatan yang pernah ada sebelum kehadiran 'si dia', mungkin jodohnya belum sampai.. Jangan menegakkan benang yang basah dan cakap masih menunggu 'si dia' yang melukakan, disini aq bicarakan sayang.. tangisan mu adalah satu kesakitan aq, jasad kita tak sama namun ukhwah ini mengeratkan kita
buat yang terkeliru dengan dua pilihan, lafazkan niat istikharah dan mintalah petunjuk.. Sahabatmu hanya bisa mengungkapkan kata serta tak mampu buat pilihan buatmu tetapi teman jangan lukakan hati orang yang menyayangi kita dan jangan beri harapan kalau tak boleh melunasinya.. Jangan mengecewakan orang dengan harapan palsu yang dibina atas kekalutan.

entahRASAhati


lorek-lorek hati mula ditinggalkan pergi dengan perlahan
detik demi detik seakan mengejek masa yang sudah pergi
air mata sudah hilang kesannya pada wajah, senyum mesra ini?
di tanya beberapa kali untuk rasa sakit itu... kuatkah sisa rasa yang masih ada?
menjejak satu satu rasa yang perit, melukis kisah biasa
gadis biasa yang menjalani kisah biasa.. keajaibannya? 
mungkin rahsia yang belum kunjung tiba
insan di sekeliling melihat perubahan yang makin positif
alhamdulillah, resah sudah tak keluar dari bibir yang sama
jiwa ini? kosong rasa semakin terisi.. 
cuba menolak satu satu rasa yang masih dimahukan
apakah rasanya ini?

belas belas rasa yang makin hilang, fokus pada komitmen
satu satu tanggungjawab seakan datang menyapa perlahan
senyuman yang seakan dilorek lama dengan bibir beku tanpa kata
rasa yang seakan mahu pergi jauh itu dilurut kembali
supaya kuat dan tegas menangi semuanya dengan tenang,
biar tangisan selepas ini tangisan kegembiran 
kocekan hati yang dijelajah perlahan, perit menahan sakit ini
apa rasa hati sekarang?

Sunday, February 26, 2012

bibit-bibitRASA

assalamualaikum..
saaat menaip di keyboard, dengan suasana yang selesa
hujan menyapa petang tadi dengan renyai-renyai sepanjang perjalanan dari Selayang ke Bukit Beruntung
alhamdulillah..
satu-satu hari masih ada dengan redha ALLAH yang tak berhenti..
berharap semua ini berpanjangan
ameen
esok akan melangkah kaki ke UPM kembali, hanya cuti tiga hari
kalau semester lepas aq habeskan masa hujung minggu dengan keluar tanpa motif
tapi sem ni alhamdulillah, aq panjatkan syukur pada ALLAH sebab tetapkan hati..
aq harap kalau tak ada kerja, tiap-tiap minggu aq akan jejakkan kaki ke Bukit Beruntung, supaya aq tak tersesat lagi dengan perkara yang tak berfaedah..insyaALLAH
kalau ditanya kenapa aq sudah jauh dari pergaulan? maaflah.. aq ada satu sebab
sebab yang insyaALLAH satu masa semua orang akan tahu
bukan dalam masa terdekat ini..biarlah rahsia atas sebab itu..
ramai yang beranggapan 'rahsia' ini yang buat aq jadi orang lain, bukan sebenarnya
sebelum semua ini terjadi aq dah tahu sisip diri aq yang teruk..
aq mahu jalan pulang supaya aq kuat dengan keyakinan yang aq pupuk sendiri

Friday, February 24, 2012

bisikanRASA

alhamdulillah...
terima kasih ya ALLAH

Thursday, February 23, 2012

doakanJADIkenyataan

buat seseorang ~ya, memang buat awak~
orang cakap dalam tempoh berpantang kena jaga betul-betul :)
InsyaALLAH, manuskrip ni pun macam baby yang baru lahir...
Karya yang tulus dari hati buat 'kau' yang pernah hadir sebentar
namun, ayat-ayat masih diperiksa rakan-rakan yang rapat untuk betulkan kesalahan tatabahasa ataupun ayat yang mungkin tak sedap di baca.
Ini part 1, baru cecah 192 muka surat dalam tempoh sebulan menaip dengan konsisten namun terpaksa diberhentikan sementara memikirkan banyak perkara yang harus dilunasi.
Alhamdulillah dipanjatkan dengan sokongan yang tak pernah berhenti, jika diizinkan mahu dipublishkan ke pasaran supaya dapat dihadam oleh orang lain sama
InsyaALLAH :) doakan untuk saya juga ya.
idea masih bersepah perlu dikutip perlahan-lahan supaya kisahnya tak klise :)

Tuesday, February 21, 2012

comel.SWEET.terkedu


sangat comel
insyaALLAH, harap keredhaan ALLAH

***
*** DERAP TASBIH CINTA ***

Rabbi..
Jika cintaku Kau ciptakan untuknya,tabahkan hatinya,
 teguhkan iman nya,sucikan cintanya,lembutkan rindunya..

Rabbi..

Jika hatiku Kau ciptakan untuknya, penuhi hatinya dgn kasih Mu,
terangi langkahnya dengan nur Mu,
bisikkan kedamaian dalam kegalauan,
temani dia dlm kesepian..

Rabbi..

Kutitipka...cintaku padaMu untuknya..
Resapkan rinduku pada rindunya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya
satukan hidupku dan hidupnya dlm cinta Mu

sebab,sungguh aku mencintainya karena Mu..

Subhanallah..
***

Monday, February 20, 2012

semesterEMPAT

sesuatu di sebalik ini
tiga kelas pada hari pertama semester empat 
harap dipermudahkan semester ini dengan iringan doa orang-orang tersayang...
dah dapat dua tiga assignment yang boleh tahan tough jugak..

tertarik dengan gambar ni 
permudahkan semua perancangan, YA ALLAH
aq takut, risau dan gentar dengan perkara yang sedang bermain di fikiran
**jadikan ini penguat semangat**

Sunday, February 19, 2012

buatSESEORANGyangAKUpanggilTEMAN


keping-keping hati?

ALLAH Maha Melihat, teman... Aq jujur menyatakan yang amarahmu tiada bertempat, dendammu tiada tersirat dan luka parahmu kerana kau punya dengki yang menguat. Aq tak mampu menarik kamu pulang kerana aq hanya mampu berdoa ALLAH bukakan hati dan lapangkan dadamu wahai teman, agar kau rasa nikmatnya mencintai ISLAM. Agar kau tahu yang kita tak mampu menandingi ALLAH, jujurnya aq tak bencikan kamu kerana kau juga makhluk seperti aq namun aq terluka dengan sikap dendam dan amarahmu yang mencipta beberapa lembah kesakitan yang mengunjung kepedihan.

Teman,
Jika kisah aq bukan dengan dirimu, maka kau redhalah kerana sudah tercatat ajal maut, jodoh, pertemuan sebelum kita diciptakan. Jika kau menginginkan, maka kau mintalah pada ALLAH, jangan minta pada aq kerana aq tak mampu memberikan sesuatu yang bukan milikku. Secebis kalbu yang tak punya penaungnya lagi kerana aq tak tahu siapa ADAMku nanti... Jika kau mahu, ujarlah pada ALLAH, pintalah padanya.. Aq akui aq bencikanmu kerana ALLAH dengan sikapmu yang terlalu melampaui hukum manusia.

Maaf aq sandarkan padamu teman, biarlah ukhwah yang pernah terjalin membuatkan kau sedar yang aq gadis biasa yang tak mahu menuntut apa-apa daripada kamu. Jujurnya, kesakitan yang kau hamparkan buatku mengundang sakit keluarga dan kerana berfikir kau punya keluarga juga.. Maka, aq tak mahu membalas dendam yang telah kau lakukan... Aq serahkan segalanya kepada ALLAH Yang Maha Mengetahui, Maha Adil dan Saksama atas segala perbuatan kau pada aq.. Aq bersyukur jika kau berubah menjadi yang menghargai dan melupakan dendam. Semoga ALLAH melindungimu dari segala kesakitan yang pernah kau berikan pada aq..

aTHINGofMINE



16hb feb 2012

getar, resah dan mati kata... berbincang serius ke fasa baru dalam hidup.

ya ALLAH, sujud syukur mampu aq lakukan atas semua yang telah diaturkan
restu dan redha ILAHI aq harap untuk memudahkan semua yang telah dirancang
InsyaALLAH, jagalah kisah agar dalam lindungan kasih dan halalkan sesuatu yang telah direncana


~dear bakal kekasih halal~
terima kasih atas lamaran penuh berhemah
panjatkan doa semoga kisah ini direstu ILAHI

Saturday, February 18, 2012

murabbiCINTA


letakkan jari di atas api lilin - saiful islam (murrabi cinta)

alhamdulillah... hari makin menginjak membawa aq ke dewasa, malam-malam hari buat aq makin tersendu sendiri... alhamdulillah, harapnya kasih ILAHI tak putus dan Nur ini berterusan.

selesai menghadam 'Murrabi Cinta' setelah beberapa hari menghadap hari-hari cuti di kampung, berat hati nak balik ke kampus dan menghadap beberapa buah buku, kuliah, tugasan kuliah, kuiz dan peperiksaan... harap kekuatan ini masih bersisa dengan bisikan doa milik kedua ibu bapa.. InsyaAllah.

menyelak satu-satu halaman yang tercatat olahan idea santai milik Ustaz Hazrizal membuka sedikit rasa hati yang pernah mengalah dan pernah kecewa, dan sekarang aq bersyukur tak terikat perasaan pada mana-mana lelaki untuk memburu sebuah ikatan yang bernama 'cinta' yang disimpul dengan perkataan 'couple'... Alhamdulillah, semuanya aq hadam baik isi buku itu dengan lafaz syukur beberapa kali. Cukup sudah kisah kenangan yang pernah yang aq lalui, kenapa tiba-tiba isu ini dikembalikan lagi? Nak bercinta ke? Nak jatuh hati lagi ke?Nak lagi ke???

Tercatat tulisan yang berulang- ulang kali dalam buku berkulit merah jambu pada beberapa bab yang berbeza. "letakkan jari di atas api lilin"... kenapa dengan 'api lilin' dan 'letak jari'? apa yang kena mengena dengan kisah cinta? Saiful Islam kaitkan keberanian menjalin perasaan cinta boleh dilakukan setelah berjaya letakkan kesepuluh jemari tangan pada api lilin dan rasakan kesakitan akibat panas api tersebut kerana perhubungan yang tidak halal itu mengundang murka ALLAH.. Nauzubillah, ceteknya ilmu aq selama ini dengan perkataan dan perasaan 'cinta' itu sendiri..

Beberapa kali Saiful Islam olahkan idea miliknya mudah difahami dengan meletakkan beberapa contoh persoalan yang mudah di hadam baik oleh pembaca, dan bahasa yang mudahnya menjentik rasa hati agar faham semua ayat-ayat yang saling melengkapi dengan unsur santai, bagaimana Saiful Islam coretkan tentang menolak perasaan cinta dengan satu tindakan yang kita sendiri tak mampu lakukan dengan 'meletakkan jemari di atas api lilin'... Tulisan santai yang hadir dengan beberapa situasi berbeza sebenarnya membuatkan kita terfikir mencari 'Cinta Halal' apabila sampai waktunya, serahkan pada ALLAH yang sudah menentukan segalanya dengan panjatkan doa supaya ikhlas dengan setiap yang diberikan... InsyaALLAH..

Sanggup bercinta?? 'Letakkan jemari atas api lilin?' berani?
Semoga 'Cinta Kekasih Halal' itu utusan terindah,insyaALLAH

Monday, February 6, 2012

bingkisan buat MUHAMMAD ~


hari-hari aku dikelilingi insan-insan yang membakar semangat dengan beberapa kata unsur nasihat di bibir kemas
dengan lirikan zikir supaya aku kembali kepada  hukum alam yang menguji sebuah kekuatan yang sudah hampir musnah
akibat dendam dengki manusia yang lupa punya Yang Berkuasa di atas sana sudah menilik setiap satu amalan manusia
aq taipkan entry ini buat dia yang mereka kenali sebagai 'muhammad' yang muncul sebagai seorang teman rapat jauh di mata
sebab aku tahu dia tak mungkin baca coretan panjang yang aku taipkan buatnya yang sangat sederhana dalam kehidupan

setiap satu berita yang terjadi aku khabarkan kepadanya dengan hanya satu mesej pendek yang membuatkan kami hanya bersahabat
tanpa pernah bertemu dan aku selesa menceritakan setiap satu yang jadi dalam tempoh lima tahun, dua tahun aku hilang tanpa menghubunginya
aku menjaga hati seseorang yang pernah aku sayang agar hubungan yang aku jalani itu berada di landasan yang betul dengan redha ALLAH
ALLAH merencana sebaiknya buat manusia, hubungan tersebut putus dengan situasi yang menyentakkan dan membuatkan hidup aku perit
untuk dijalani dan menatap atmosfera alam dengan kejam sebuah rasa yang tak mampu aku kunjungkan (maafkan aku atas kesakitan yang berlangsung,
aku percaya redha ALLAH untuk sebuah pertemuan dan jalani hidup ini dengan landasan ISLAM yang aku anuti agar aku kembali pulang menghadap ALLAH
selayaknya hamba. Aku tak baik seperti wanita solehah yang telah dijanjikan syurga, compang -camping amalan yang aku lakukan dengan sedikit rasa lalai
yang menjerat hati sehingga aku melakukan kesalahan yang aku tak dapat maafkan sehingga hari ini, linangan air mata taubat yang aku jadikan
kekuatan untuk aku tempuhi hari-hari yang bakal berpenghujung pada bila-bila masa, mungkin dosaku masih terlalu banyak aku lakukan dengan sengaja
sehingga aku takut untuk aku kembali kepada ALLAH saat dia menjemput aku pulang dengan janji siksaan kubur berat yang telah difirmankan.)

aku merencana duka yang aku dapat sendiri, dengan luka panjang atas kesalahan dan aku dipermainkan oleh manusia yang kejam pada aku
sehingga sarafku seakan lumpuh untuk berfungsi, aku bangun buka mata dengan wajah yang sudah tak punya nada ceria dan mataku
semakin kabur untuk menatap bumi ALLAH, aku jadi takut sekiranya nikmat satu ini ditarik di saat aku masih belum bersedia dan aku tahu
tangisan lama yang terjadi hampir beberapa bulan menjadikan mata aku sakit dan urat mataku bengkak dan membuatkan pandangan semakin
kabur dan sakit kepala yang berpanjang sehingga aku menatap beberapa titis darah mula keluar daripada rongga telingaku dengan kerap
setiap kali aku menangis dengan desakan kejam manusia yang masih tak tahu penderitaan yang aku rasakan dengan rasa takut aku akan
pulang berjumpa ALLAH pada bila-bila masa sahaja, mungkin sebentar lagi ataupun esok lusa aku sudah tiada lagi untuk menatap bumi
setiap pagi aku bangun, mengucap syukur saat mata aku masih mampu dibuka walaupun tubuh aku makin sakit akibat saraf yang sudah
makin menyesak badanku dengan kepala yang makin memberat serta demam dan sinus mengunjugi hari-hariku tanpa henti, aku redha.


satu bulan seminggu dan aku ingat tarikhnya 11.12.11 saat mesej pendek muhammad tiba di gajet dengan keyakinan dia mahu membantu
mengingatkan aku tentang banyak perkara yang aku lupa setelah aku menjadi gadis yang mendiami bandar besar dengan pelbagai
desakan sosial yang menyebabkan ada beberapa perkara aku ikuti akibat nipisnya iman di dada aku sekan lupa yang Maha Melihat
tahu setiap yang aku lakukan dengan sengaja dan seakan lupa titi siratumustaqim itu terlalu nipis untuk aku seberangi jika amalan
aku sikit dengan compang-camping yang telah lakukan di atas pentas pinjaman ALLAH untuk manusia memilih haluan selepas mati
dari tarikh itu, aku dan muhammad yang bergelar sahabat baik selama empat tahun memulakan hari sebagai pasangan yang mencari redha ILAHI
ikatan yang dibatasi banyak perkara itu indah untuk aku jelaskan, kami tidak bertemu sebagai sepasang kekasih lain yang membisikan rindu
kami tidak bercakap telefon walaupun kami menetapkan hubungan kami istimewa dan tak pernah sekali pun kami mengucapkan rasa sayang
aku menjalani kisah dengan muhammad seindah mungkin dengan pelbagai pesanan yang kunjung tiba tentang pelbagai perkara yang
pernah aku lalaikan, bertanya khabar setiap hari dengan pesanan ringkas yang kadang-kadang aku pernah merindui dia yang terlalu sibuk
dengn rutin harian. Pertama yang aku rasakan apabila aku berada sebagai gadis yang istimewa buat jejaka yang sederhana dalam banyak perkara
adalah keredhaan yang muhammad selalu pesan padaku, keredhaan tentang sebuah kehidupan yang telah ALLAH aturkan untuk menguji manusia

satu sebulan seminggu, kami memilih untuk berpisah dan kembali sebagai teman baik dan yang aku rasakan saat itu adalah rasa kosong
dengan perhubungan yang banyak membuatkan aku sedar tentang banyak perkara, satu pertemuan dengan muhammad membuatkan
aku bersyukur dengan kisah yang aku pilih, dia menghormati aku sebagai seorang gadis dan pandangannya tak bertaut dengan mataku
aku hormati dia sebagai seorang jejaka yang baik, perpisahan yang dipilih setelah perbincangan berlangsung selama beberapa jam itu
membuatkan hubungan kami kini lebih erat sebagai teman, bukan isu keserasian yang menjadi punca dan bukan kerana ada orang ketiga
tetapi aku dan dia belum bersedia menaugi rasa ini terlalu lama dan mungkin satu hari kami akan lalai sebagai pasangan dan juga mungkin
aku dan dia makin menyayangi dan kami tiada jodoh, perpisahan dipilih dan berteman dengan selayaknya batasan yang telah ada.

buat muhammad,
terima kasih menjadi yang teristimewa dalam tempoh sebentar kerana sahabat itu lebih manis dari hubungan itu
terima kasih mengingatkan banyak perkara tentang ISLAM yang membuatkan banyak perkara yang jadi sekarang aku boleh fahami
konsep redha dengan ikhlas, istidraj yang pernah kita bincangkan dan mencintai yang penting dahulu menyayagi seorang insan yang
belum tentu lagi buat hidup kita. Semanis hubungan yang ALLAH berikan adalah senyuman banyak terdampar dibibir yang semakin pucat

aku makin meredhai setiap satu yang jadi kini dan aku berharap ALLAH tak pernah berhenti memberi aku peringatan tentang kesalahan
yang pernah aku lakukan kerana mencari redha ALLAH itu kewajipan setiap mahkluk yang ALLAH ciptakan dan aku berharap aku
menjadi gadis kuat pegangan agamanya dengan kesilapan yang pernah aku lakukan dan berharap sakit ini sebagai penghapus dosa
yang terlalu banyak pernah aku lakukan dan aku teringat pesan muhammad, "redhalah dengan setiap ALLAH berikan kerana ALLAH
sentiasa mencukupkan bagi orang yang tahu erti syukur."

~orang paling miskin di dunia walaupun kaya harta adalah orang menyimpan dendam dan menjadi pendendam serta membalas dendam~

kisahBUKANmimpi


saat jemari menaip entry, rasa getaran yang belum hilang dengan wajah yang seakan senang
kalau ini urusanNya yang terbaik, kurniakan kemudahan yang lancar agar kemampuan dapat terlaksana
beberpa detik yang berlalu bagai satu kisah yang menyakitkan hati yang dibalas dengan satu kurnia
aq teringat pesan muhammad, "redha dan ALLAH cukupkan apa yang kurang pada hambaNya"
buku La Tahzan biru banyak mengungkap secara dekat ke hati tentang kehidupan kita milik ALLAH
aq selalu dengar orang cakap pasal redha, syukur dan ikhlas tetapi aq tak pernah rasa nikmat semua perkataan tersebut..
dengan banyak dugaan yang datang, aq mula belajar redha dengan perlahan dan syukur aq rasakan untuk kesakitan yang datang dengan nikmat ikhlas yang meresap jiwa.
gabungan tiga perkataan dengan satu rasa yang tak pernah aq rasa sebelum ini...Alhamdulillah
belajar bertatih semula dalam mengenal Islam buat aq rasa dalam satu rasa kecintaan yang banyak
aq banyak mengalah, memprotes, tak puas hati dan selalu rasa tekanan dengan perkara remeh dengan redha itu aq jadi syukur
dengan kesakitan yang banyak itu buat aq rasa ikhlas nak terima ujian yang ALLAH bagi dengan kekuatan yang masih aq cuba kumpul

beberapa lama aq hanyut di dalam dunia moden buat aq tergeliat rasa beberapa kali sehingga banyak yang aq belajar aq rempuh
saat bibir terkaku tanpa kata dengan cuba menyusun kata-kata susunan kesalahan, aq rasa terlalu hina memijak dunia ALLAH
dengan nafas yang ALLAH pinjamkan tanpa dikenakan bayaran, hanya solat untuk menghargai pemberian ALLAH
dengan semua perkara yang hanya dipinjamkan sepatutnya buat aq lebih redha dan tak tersalah langkah lagi selepas ni
agar aq dikurnikan Nur Syahadah yang berpanjangan supaya aq kekal sayangkan ALLAH dan Rasullullah s.a.w

menitip mimpi yang punya jangkauan, luka sakit perit dan kepedihan bukan tragis kehidupan selagi aq syukur pada ALLAH
kenang-kenang satu-satu perkara agar jadi pengajaran dan tak jatuh pada tempat yang sama supaya luka perit hilang