lUv yOu i wAnT u nOe

Sunday, February 19, 2012

buatSESEORANGyangAKUpanggilTEMAN


keping-keping hati?

ALLAH Maha Melihat, teman... Aq jujur menyatakan yang amarahmu tiada bertempat, dendammu tiada tersirat dan luka parahmu kerana kau punya dengki yang menguat. Aq tak mampu menarik kamu pulang kerana aq hanya mampu berdoa ALLAH bukakan hati dan lapangkan dadamu wahai teman, agar kau rasa nikmatnya mencintai ISLAM. Agar kau tahu yang kita tak mampu menandingi ALLAH, jujurnya aq tak bencikan kamu kerana kau juga makhluk seperti aq namun aq terluka dengan sikap dendam dan amarahmu yang mencipta beberapa lembah kesakitan yang mengunjung kepedihan.

Teman,
Jika kisah aq bukan dengan dirimu, maka kau redhalah kerana sudah tercatat ajal maut, jodoh, pertemuan sebelum kita diciptakan. Jika kau menginginkan, maka kau mintalah pada ALLAH, jangan minta pada aq kerana aq tak mampu memberikan sesuatu yang bukan milikku. Secebis kalbu yang tak punya penaungnya lagi kerana aq tak tahu siapa ADAMku nanti... Jika kau mahu, ujarlah pada ALLAH, pintalah padanya.. Aq akui aq bencikanmu kerana ALLAH dengan sikapmu yang terlalu melampaui hukum manusia.

Maaf aq sandarkan padamu teman, biarlah ukhwah yang pernah terjalin membuatkan kau sedar yang aq gadis biasa yang tak mahu menuntut apa-apa daripada kamu. Jujurnya, kesakitan yang kau hamparkan buatku mengundang sakit keluarga dan kerana berfikir kau punya keluarga juga.. Maka, aq tak mahu membalas dendam yang telah kau lakukan... Aq serahkan segalanya kepada ALLAH Yang Maha Mengetahui, Maha Adil dan Saksama atas segala perbuatan kau pada aq.. Aq bersyukur jika kau berubah menjadi yang menghargai dan melupakan dendam. Semoga ALLAH melindungimu dari segala kesakitan yang pernah kau berikan pada aq..