lUv yOu i wAnT u nOe

Monday, February 6, 2012

kisahBUKANmimpi


saat jemari menaip entry, rasa getaran yang belum hilang dengan wajah yang seakan senang
kalau ini urusanNya yang terbaik, kurniakan kemudahan yang lancar agar kemampuan dapat terlaksana
beberpa detik yang berlalu bagai satu kisah yang menyakitkan hati yang dibalas dengan satu kurnia
aq teringat pesan muhammad, "redha dan ALLAH cukupkan apa yang kurang pada hambaNya"
buku La Tahzan biru banyak mengungkap secara dekat ke hati tentang kehidupan kita milik ALLAH
aq selalu dengar orang cakap pasal redha, syukur dan ikhlas tetapi aq tak pernah rasa nikmat semua perkataan tersebut..
dengan banyak dugaan yang datang, aq mula belajar redha dengan perlahan dan syukur aq rasakan untuk kesakitan yang datang dengan nikmat ikhlas yang meresap jiwa.
gabungan tiga perkataan dengan satu rasa yang tak pernah aq rasa sebelum ini...Alhamdulillah
belajar bertatih semula dalam mengenal Islam buat aq rasa dalam satu rasa kecintaan yang banyak
aq banyak mengalah, memprotes, tak puas hati dan selalu rasa tekanan dengan perkara remeh dengan redha itu aq jadi syukur
dengan kesakitan yang banyak itu buat aq rasa ikhlas nak terima ujian yang ALLAH bagi dengan kekuatan yang masih aq cuba kumpul

beberapa lama aq hanyut di dalam dunia moden buat aq tergeliat rasa beberapa kali sehingga banyak yang aq belajar aq rempuh
saat bibir terkaku tanpa kata dengan cuba menyusun kata-kata susunan kesalahan, aq rasa terlalu hina memijak dunia ALLAH
dengan nafas yang ALLAH pinjamkan tanpa dikenakan bayaran, hanya solat untuk menghargai pemberian ALLAH
dengan semua perkara yang hanya dipinjamkan sepatutnya buat aq lebih redha dan tak tersalah langkah lagi selepas ni
agar aq dikurnikan Nur Syahadah yang berpanjangan supaya aq kekal sayangkan ALLAH dan Rasullullah s.a.w

menitip mimpi yang punya jangkauan, luka sakit perit dan kepedihan bukan tragis kehidupan selagi aq syukur pada ALLAH
kenang-kenang satu-satu perkara agar jadi pengajaran dan tak jatuh pada tempat yang sama supaya luka perit hilang