lUv yOu i wAnT u nOe

Saturday, February 18, 2012

murabbiCINTA


letakkan jari di atas api lilin - saiful islam (murrabi cinta)

alhamdulillah... hari makin menginjak membawa aq ke dewasa, malam-malam hari buat aq makin tersendu sendiri... alhamdulillah, harapnya kasih ILAHI tak putus dan Nur ini berterusan.

selesai menghadam 'Murrabi Cinta' setelah beberapa hari menghadap hari-hari cuti di kampung, berat hati nak balik ke kampus dan menghadap beberapa buah buku, kuliah, tugasan kuliah, kuiz dan peperiksaan... harap kekuatan ini masih bersisa dengan bisikan doa milik kedua ibu bapa.. InsyaAllah.

menyelak satu-satu halaman yang tercatat olahan idea santai milik Ustaz Hazrizal membuka sedikit rasa hati yang pernah mengalah dan pernah kecewa, dan sekarang aq bersyukur tak terikat perasaan pada mana-mana lelaki untuk memburu sebuah ikatan yang bernama 'cinta' yang disimpul dengan perkataan 'couple'... Alhamdulillah, semuanya aq hadam baik isi buku itu dengan lafaz syukur beberapa kali. Cukup sudah kisah kenangan yang pernah yang aq lalui, kenapa tiba-tiba isu ini dikembalikan lagi? Nak bercinta ke? Nak jatuh hati lagi ke?Nak lagi ke???

Tercatat tulisan yang berulang- ulang kali dalam buku berkulit merah jambu pada beberapa bab yang berbeza. "letakkan jari di atas api lilin"... kenapa dengan 'api lilin' dan 'letak jari'? apa yang kena mengena dengan kisah cinta? Saiful Islam kaitkan keberanian menjalin perasaan cinta boleh dilakukan setelah berjaya letakkan kesepuluh jemari tangan pada api lilin dan rasakan kesakitan akibat panas api tersebut kerana perhubungan yang tidak halal itu mengundang murka ALLAH.. Nauzubillah, ceteknya ilmu aq selama ini dengan perkataan dan perasaan 'cinta' itu sendiri..

Beberapa kali Saiful Islam olahkan idea miliknya mudah difahami dengan meletakkan beberapa contoh persoalan yang mudah di hadam baik oleh pembaca, dan bahasa yang mudahnya menjentik rasa hati agar faham semua ayat-ayat yang saling melengkapi dengan unsur santai, bagaimana Saiful Islam coretkan tentang menolak perasaan cinta dengan satu tindakan yang kita sendiri tak mampu lakukan dengan 'meletakkan jemari di atas api lilin'... Tulisan santai yang hadir dengan beberapa situasi berbeza sebenarnya membuatkan kita terfikir mencari 'Cinta Halal' apabila sampai waktunya, serahkan pada ALLAH yang sudah menentukan segalanya dengan panjatkan doa supaya ikhlas dengan setiap yang diberikan... InsyaALLAH..

Sanggup bercinta?? 'Letakkan jemari atas api lilin?' berani?
Semoga 'Cinta Kekasih Halal' itu utusan terindah,insyaALLAH