lUv yOu i wAnT u nOe

Thursday, March 8, 2012

i'mDAgirlUSEtoBE

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." 
[Imam Nawawi]


mengenali aq sebagai gadis yang masih mentah di dunia ini membuatkan aq rasa terlalu asing untuk sebuah pertemuan yang aq pernah harapkan. Ketenangan terasa menetap di dalam hati sendiri dengan cara yang unik dan istimewa ini. Seakan hati rasa penuh terisi dengan semangat yang sering di hantarkan supaya aq meneruskan setiap kesakitan yang masih bersisa dan mengunjung datang.. alhamdulillah YA ALLAH dengan membawa aq pulang saat aq masih sihat untuk menjalankan amanahMU... Gentar hati aq rasakan setiap detik apabila aq mula terlupa dan terleka dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh keluarga. Bisikan kekuatan yang tak pernah surut dengan doa yang tak pernah berhenti buat aq, tangisan itu bukan tangisan kelukaan tetapi tangisan bersyukur yang aq disayangi keluarga dengan sepenuh hati. Membantu aq bangun saat aq ditimpa kesakitan dan membantu aq pulang ke pangkal jalan kembali dengan pelbagai pesanan yang tak pernah putus... ALHAMDULILLAH..
Namun aq rasa terkilan, selama mana kamu perlu berdendam pada aq, selama mana mahu kamu agihkan perasaan sakit hati itu kepada aq dan berapa tempohnya kamu akan menyakiti aq sedangkan aq sudah pergi tanpa memutarkan apa-apa janji.. Redhakah aq dengan kesakitan ini? Kamu berniat menghancurkan hidup aq dengan segala kesakitan yang aq lalui *laporan Polis lama masih dalam simpanan selepas aq tarik hari itu agar kamu boleh bebas selesa seperti orang lain tetapi dendam kamu masih belum selesai rasanya, perlu ke aq dendamkan kamu dan rosakkan hidup kamu sedangkan aq tahu kamu harapan keluarga.* (menyisip waktu yang telah pergi)
Damailah hati dan teruskan perjalanan ini walaupun hanya dua tiga titis air mata mampu mengalir akibat kesakitan yang menusuk ini, biarkan semua pergi dengan senyuman dan aq tak tahu bahasa mana harus aq khabarkan yang aq terkilan dengan cara yang kamu lakukan.

Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah.  Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak  mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..