lUv yOu i wAnT u nOe

Saturday, March 10, 2012

kenapaSTATUSdiFB??

erk...

bergantung pada fungsi 'in relationship' tu sendiri kepada penggunanya. Aq tak kisahkan orang yang masih gunakan in relationship with 'someone' who means couple dy.. tp skg couple dah advance, dah guna 'engaged' dan ada jugak yang guna 'married'..(terkeluar tajuk)..

Sebenarnya jujur dari pandangan aq sendiri mengenai 'engaged di fb' adalah satu tanggungjawab kedua-dua pihak yang bermaksud mereka berdua ada komitmen ke arah perkahwinan...Dalam erti kata lain, gadis itu dalam perhubungan yang serius dan mean dy kena belajar jadi 'wife' since dy pakai status 'tunang orang' tersebut dan sebenarnya ada beberapa perkara yang terlintas pada fikiran aq dengan 'status' tersebut apabila ada beberapa artikel yang aq baca. Bertunang itu simple dan hanya dengan persetujuan yang kita nyatakan tanpa sedar...


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
B
ATASAN PERGAULAN SEMASA BERTUNANG
Syariat Islam membenarkan lelaki melihat perempuan yang menjadi pilihan hatinya untuk dijadikan isteri dengan:
1)mengenalinya dengan lebih jelas
2)mengetahui tahap keteguhan agamanya
3)mengetahui tahap pemikiran dan emosinya
4)mengetahui hal-hal peribadi yang lain


Kelonggaran ini dibenarkan oleh Islam dengan syarat bahawa kedua-dua pihak memang sudah membuat azam untuk merapatkan hubungan bagi memastikan perkahwinan mereka kelak dapat dibina di atas persefahaman dan keserasian yang teguh.


Perbuatan ini pula tidak dengan tujuan untuk memenuhi dorongan nafsu jahat sehingga berlaku maksiat.Oleh itu batasan pergaulan yang diizinkan oleh Islam hendaklah dipatuhi. Batas utama ialah bahawa Islam hanya membolehkan:
a) lelaki melihat perempuan pada muka dan dua tapak tangan dan tidak boleh bersentuhan
b) pertemuan yang sopan dan ditempat yang terpelihara daripada gejala sosial dan maksiat.
c) Pertemuan antara lelaki dan perempuan bertunang hendaklah ditemani mahramnya.
d) Pertemuan itu tidak terlalu kerap sehingga menimbulkan fitnah


Islam melarang perlakuan berdua-duaan,berkhalwat dan bergaul bebas, pergi kesana kemari seperti yang berlaku dalam masyarakat hari ini kerana perbuatan itu haram dan boleh mendatangkan banyak keburukan kepada diri, keluaraga, dan masyarakat.Dengan kata2 lain kelonggaran yang diberikan oleh Islam itu untuk memastikan bahawa bakal suami isteri itu akan dapat meletakkan asas kebahgiaan rumahtangga berdasarkan nilai agama dan kemanusiaan yang tulen bukan sahaja berdasarkan penilaian nafsu, tetapi dengan penilaian hati yang luhur dan ikhlas, rela menerima kehadiran antara kedua belah pihak.


Suatu perisiwa telah berlaku di zaman Rasulallah SAW, iaitu Al-Mughirah B. Syu’bah telah meminang seorang perempuan untuk dikawininya, lalu Rasulallah SAW bertanya kepadanya, adakah engkau melihatnya??jawabnya: tidak!kemudian baginda bersabda yang bermaksud:


Erti: Lihatlah ia kerana perbuatan itu lebih wajar untuk mengukuhkan pertalian antara kamu berdua


Dalam peristiwa lain Rasulallah SAW bersabda:


Apabila ada diantara kamu meminang perempuan, maka jika ia dapat melihat kepadanya akan perkara yang mendorong untuk mengahwininya hendaklah dilakukan.


PERINGATAN PERGAULAN BEBAS
1) Islam mengaharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempauan bukan mahram seperti yang berlaku pada masa sekarang kerana perbuatan itu termasuk dalam maksiat.
2) Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi salah satu punca gejala sosial dikalangan remaja dan maksiat yang berleluasa.
3) Jauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dimana2 sahaja kamu berada, kamu akan terselamat daripada jebak gejala sosial dan maksiat.
4) Patuhi adab pergaulan yang diizinkan oleh Islam dan jaga maruah kamu sebagai seorang Islam.
(sumber : batasan bertunang)

sudah banyak terkeluar tajuk ni...