lUv yOu i wAnT u nOe

Monday, March 19, 2012

kisahDANkasih


nombor yang tertera di layar gajet putih itu membuatkan bibir hanya mampu menggaris senyuman nipis sebelum gajet itu dipekup ke telinga, sudah lama suara dy tak mengjengah ke cuping telinga aq.. Rasanya hampir setahun juga aq dan dy saling tak berhubung, salamnya di sapa dengan suara yang tergambar keresahan dan keperitan.. Dy rakan yang sama-sama menuntut ilmu di zaman persekolahan beberapa tahun yang telah pergi.

dy : letih la weyh, asyek bergaduh benda yang sama.. Kalau tiap-tiap hari boleyh sakit hati jugak, remeh betul
aq : apa yang remehnya? dah dua tiga tahun kot hang dengan dy.. tiba-tiba keluaq letih pulak, awatnya?
dy : dy tak faham aq, ntah la weyh.. serabut benar kepala aq nak fikir.. asyek gaduh-gaduh dan gaduh..
aq : gaduh tu la best, romantik apa (aq sengaja menyakat memandangkan suaranya sudah bertukar tekanan)
dy : cerk, kalau tiap-tiap hari tak ada romantiknya dah la.. naek meluat ada la, meluat sangat *suara rengusan*
aq : cuba cita satu-satu apa yang jadi?
dy : ntah la weyh, asyek gaduh ja.. kadang-kadang sampai setiap hari dan sebab perkara yang bodo-bodo ja pun.. tak serasi kot.
aq : *diam* tak serasi? dah nak masuk tiga tahun baru nak timbul isu serasi ka?
dy : ya lah.. lau serasi tak adanya bergaduh kan?
aq : emmm.. sapa kata?
dy : bagi aq kalau tak bergaduh maksudnya faham dan kalau bergaduh maksudnya tak faham
aq : okay3.. aq dapat point hang dah.. hang nak bagi tau yang bila bergaduh tu tak serasi dan tak bergaduh tu serasi?
dy : mestilah, lao serasi tak adanya bergaduh.
aq : cuba hang fikir balik, selama ni.. hang dengan dy ada gaduh jugak dan hang tak pernah kata penat, tiba-tiba penat tu yang buat aq pelik..
dy : mungkin dah lama sangat, dah tak ada manisnya kot *mengeluh*
aq : ajak la dy kawen cepat, kawen nanti mesti best sebab pegang tanggungjwab
dy : tak mau la aq, muda lagi kot.. ada ka patut hang suh aq kawen *nada suara pelik*
aq : hang bercinta untuk apa?
dy : *diam*
aq : betulkan niat weyh, lao hang nak kawen dengan dy..hang takkan rasa pelik-pelik macam ni dan bersangka baik
dy : aq tak tau la weyh.. doakan aq la ya, ni mesej duk masuk ni.. nak gaduh balik la ni.. erk *talian dimatikan*


lepas aq matikan panggilan, aq dapat satu point kat sini dan isunya adalah isu niat.. kalau ikut dari kisahnya, mereka bercinta pada pandangan pertama dan mereka sangat sweet bila bersama.. tapi bila dah sampai dua tiga tahun mesti akan ada masalah dan itu adalah perkara yang normal kalau bergaduh ataupun nak bermasam muka sebagai proses mengenali pasangan, jujurnya bagi aq letakkan niat pada permulaan hubungan sebab niat tu sebagai objektif untuk sesebuah hubungan sama ada kita pegang objektif itu untuk dicapai ataupun di buang.

serius susah nak bagitau macam mana susahnya nak tolong bila dah melibatkan konflik dengan orang yang kita kenal sebab kita tahu tahap penerimaan dan penolakan dy terhadap nasihat yang kita sampaikan. Tapi kalau secara universalnya, pasangkan niat yang betul dan belajar untuk kukuhkan niat supaya setiap maslah yang jadi kita akan pandukan niat tu balik, okeyh.. sebagai contoh pada permulaan hubungan just nak test market, dan tu pointnya.. sebab tu orang yang test market ni akan bajet dua tiga bulan je untuk ada pasangan sebab nak dapatkan orang lain pulak. Kalau dari caranya, memang betullah sebab dy capai niat ataupun target dy. Tapi cuba tanya orang yang bercinta lima enam tahun yang dah kawen, macam mana mereka dapat kawen selepas banyak pergaduhan yang mungkin berlaku sewaktu dalam hubungan dan mereka dapat kawen dan tetap sweet? mesti letak pada niat kan?

untuk sesiapa :) letakkan niat untuk hubungan yang kamu sedang lalui dan berjuang untuk niat tersebut tetapi jagalah batas-batas yang sememangnya perlu supaya niat itu dipermudahkan..

..gambate and smile..may ALLAH bless u always, dear friend..