lUv yOu i wAnT u nOe

Thursday, March 1, 2012

kuasaSEORANG'gadis'


pada mulanya aq hanya berniat untuk menulis tentang sifat 'playgirl' seorang gadis tetapi masa tengah cari info, terdetik dengan 'ujian wanita buat lelaki'. Beberapa sumber cuba dicari untuk ditokok-tambah idea supaya isinya jelas dan kukuh dan difahami berdasarkan fakta yang nyata.

pernah dengar tak tentang 'wanita merupakan satu ujian di atas dunia'?
mana ujiannya? mana dugaannya? mana kekalahannya?
seorang gadis/ wanita/ perempuan mempunyai sembilan nafsu dan  satu akal, betul tak?
iya kan? dan lelaki pula ada satu nafsu dan sembilan akal dan atas sebab itu lelaki menjadi imam dalam kehidupan.

“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” [Surah an-Nisa, ayat 34]

Daripada Ibn Umar, katanya: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Ketua adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Kaum lelaki pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Perempuan adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan akan ditanya kepemimpinannya. (Orang suruhan) adalah pemimpin (penjaga) hartanya dan dia juga akan ditanya mengenai penjagaannya. Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya kepemimpinannya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

dah terbukti dengan ayat al-Quran dan Hadith lagi yang kepimpinan lelaki sebagai khalifah tetapi dasarnya wanita itu ujian bagi seorang lelaki.

Dari Usamah bin Zaid, Rosulullah shollallahu’alaihi wasallam bersabda: “Tidak pernah kutinggalkan sepeninggalku godaan yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki selain daripada godaan wanita.”

godaan bagaimana yang dimaksudkan? wanita hadir dengan pelbagai teknik untuk menyekat sesuatu, kalau tak percaya cuba tengok persekitaran dengan godaan yang wanita lakukan *kaum sendiri lebih memahami sebenarnya* walaupun wanita diklafikasikan sebagai kaum yang lemah tetapi teknik-teknik kelemahan itu yang boleh mengusarkan hati seorang lelaki termasuklah mentaliti seseorang lelaki terhadap sesuatu perkara.

beberapa perkara telah terjadi sepanjang aq melatari hidup sebagai gadis...
cuba tilik kiri kanan, cuba pandang semua yang jadi dengan bersebab
~playgirl?? tangguh dulu isu itu..
cuba, cuba pandang apa jadi pada seseorang lelaki kerana seorang gadis..tilik dan diam

-sanggup bergaduh dengan kawan baik sebab nak pertahankan seorang gadis.
-sanggup tolak keluarga kerana seorang gadis yang disayangnya
-sanggup ubah cara diri yang dipegang lama kerana seorang gadis
-sanggup bergolak-bergadai kerana ingin memenuhi hati seorang gadis
-sanggup tolak ego sebab bagi gadis pijak kepala
-sanngup senyum pura-pura sebab nak nampak gembira walaupun terluka

banyak lagi yang 'sanggup' lelaki lakukan kerana seorang gadis

Wahai saudariku, mintalah pertolongan kepada Allah, agar kita tidak menjadi wanita penebar fitnah. Jadilah wanita mulia yang dapat mencetak generasi sholih untuk kejayaan agama islam, dan untuk keselamatanmu di akhirat kelak. Dengan apakah kita melakukannya wahai saudariku? Yaitu dengan mempelajari diinul islam yang haq, sesuai Al-Qur’an, As-Sunnah, dan pemahaman salafussholih, mengenai bagaimana beraqidah, bermanhaj, berakhlak, bermuamalah, berhijab/berpakaian syar’i, dan lain-lain dari seluruh aspek kehidupan kita.

Sumber : http://muslimah.or.id/akhlak-dan-nasehat/wanita-sebagai-ujian.html
http://hatiwanita.wordpress.com/2011/10/13/lelaki-sebagai-khalifah-allah-di-muka-bumi-ini/
http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=638&kategori=12