lUv yOu i wAnT u nOe

Sunday, March 11, 2012

leavingMEANaTHING


hoping...
if the sea will dry and the moon never show the face again that I have adore
it mean the world will last
last forever and there will be no more tears and smiles on my face
and i will leaving everything..
every single thing that make me growth and survive
when the day I can't open up my eyes again and say 'Alhamdulillah'
time will came maybe in a couple moment
close my eyes and smiles with Syahadah
hoping...

kata orang, mengingati mati itu satu tanggungjawab sendiri dan bagi aq sendiri untuk mengingati mati tu rutin yang perlu aq lakukan setiap hari... Mungkin sebentar lagi, esok mahupun lusa aq akan pergi meninggalkan semua ini.. Semua yang fana dan lakonan dunia semata-mata.. Apa akan jadi selepas aq tiada? Aq belum sempat membalas jasa kedua ibu bapa, belum selesai menjahit carik-carik dosa yang aq lakukan, belum puas membaiki diri dan mungkin juga terlalu 'muda' untuk meninggalkan dunia yang belum sampai suku abad aq diami namun hatiku berkocak lama atas sebuah 'kematian' .Yakinlah yang kematian itu PASTI walaupun kita belum bersedia, walaupun kita belum penat di atas bumi ini :) MATI itu PASTI


Maaf aq utuskan buat insan yang pernah aq sakiti hatinya, pernah melukakan mahupun mengecewakan... Maaf atas sebuah kelukaan yang aq pernah iringkan dan maaflah jika lidah aq mengatur kata yang menyakitkan hati sehingga tersimpan kemas dendam.. Maaf aq ujarkan sekiranya tingkahku yang terlalu menghampakan dan mungkin juga mengguris luka.. Maaf pada mana-mana insan yang telah aq coret lukanya sehingga dalam mahupun sedikit menguris hati.. Maaf aq khabarkan, jika ini titipan yang terakhhir..Maafkanlah setiap satu kesalahan yang aq lakukan yang menyebabkan kamu terluka, maaf ya jika aq pernah termarah, tertengking, tertinggi suara, tercakap kasat, terjanji mahupun membuatkan kamu benci mengenali aq yang masih terlalu biasa untuk dihormati, dikagumi mahupun di puji.. 

Terima kasih pada insan-insan yang pernah hadir dalam hidup dengan pelbagai kerenah yang membahagiakan mahupun mencoret luka panjang... Terima kasih kerana kehadiran itu membuatkan aq menjadi 'sempurna' sebagai hambaNYA.. Memberikan aq rasa dihargai dengan kasih sayang yang pernah kamu kunjungkan.. Terlalu ramai untuk aq jelaskan semuanya dengan nama namun terima kasih mampu aq tautkan supaya kamu mengingati aq sekiranya mata aq tak dapat menyapa kamu lagi..Terima kasih

~Berusahalah untuk meminta maaf kepada orang sebelum tidur, mana tahu kesalahan kamu lakukan akan menyebabkan kamu perit nanti~
~berhati-hatilah dengan air mata orang teraniya dan doa orang yang dizalimi~
~seseorang takkan bahagia apabila memegang dendam di dalam hati..Astaufirullahu-azim~

Tekadkan hati untuk kehidupan
Maafkan setiap salah aq, semoga ALLAH merahmati hidupmu..ameen