lUv yOu i wAnT u nOe

Friday, March 9, 2012

mengenaliSEKEPINGhati

macam mana nak aturkan satu-satu kebahagiaan sendiri? atur sehingga rasa lega dengan semua yang kita punya  dalam menghitung hari menuju ke Pencipta untuk beberapa detik lagi...

mengenali sekeping hati yang tak pernah bertemu mata satu kebahagiaan 
~terima kasih untuk sebuah ukhwah yang senang dan tenang~

menjejak hari-hari ke dewasa memerlukan banyak kesabaran dan hati yang jitu
menuntut ilmu di atmosfera yang sama hampir dua tahun dan banyak pengalaman yang digarap, pelbagai jenais manusia yang ditemui dan pelbagai ragam yang telah diteladani.. alhamdulillah, syukur yang dapat dipanjatkan atas satu ketenangan yang KAU berikan padaku, Ya ALLAH..

~~~

menaip di atas keyboard dengan rasa yang kaku, dengan rasa yang seakan sukar untuk dititipkan untuk difahami oleh setiap mata yang membaca dan memahami ayat-ayat yang akan tersusun selepas bait-bait ini.


awak,
sukar untuk saya lafazkan rasa ini untuk satu janji yang akan dikotakan
sejujurnya terlalu sukar untuk memberitahu untuk bernaung atas rasa itu
namun, satu-satu rasa yang mengusik membuatkan saya rasa semakin kuat
beberapa kali dalam keresahan yang hadir ditenangkan dengan pesanan yang istimewa
pesanan biasa yang istimewa caranya
gugup rasa perasaan yang sedang berada dalam gelodak yang tak tentu arah

awak,
terima kasih atas kehadiran yang istimewa dan berhemah
izinkan saya belajar tentang tanggungjawab yang belum pernah saya ambil tahu
berikan saya waktu membaiki diri yang terlalu biasa untuk digandingkan dengan awak
restu yang datang berkunjung satu-persatu membuatkan saya makin takut
takut untuk sebuah kekecewaan mahupun janji yang bukan-bukan
saya tangguhkan perasaan yang pernah ada dengan satu persoalan

terima kasih awak :)
sudi membantu untuk banyak perkara yang saya tak tak tahu
sentiasa menasihati dan menegur dengan berhemah
menyatakan perkara dengan matang untuk setiap permasalahan
sediakan waktu walaupun sibuk dengan pelbagai urusan
menjawab pelbagai permasalahan yang kadang-kadang mengelirukan


~mengenali sekeping hati atas sebuah hubungan yang belum dihalalkan perlukan batasan, syukur kerana awak memahami banyak perkara tentang saya yang masih belajar... terima kasih kerana membenarkan tempoh bertenang sehingga yakin dan terima kasih kerana sentiasa menasihati dan menghulurkan pesanan untuk saya perbaiki diri setiap hari~