lUv yOu i wAnT u nOe

Saturday, March 24, 2012

mimikMUKAsehat

schedule yang diupdate setiap hari

dengan muka yang sudah yakin 'sehat', pulang ke UPM di hantar.. beberapa hari lepas dijemput untuk ke hospital menyakini sakit yang mengurung diri :)
lima hari cuti dari dunia kampus, mata jadi gelap arah nak balik dah jejak kaki kembali menempuh beberapa sisa minggu semester empat berakhir.
masuk ke bilik, letak barang ke tempat asal. kemas satu-persatu sehingga terperasan catatan yang tercatat di 'schedule' yang ditinggal kosong dari hari khamis ke sabtu.
'semoga cepat sembuh.. :)' ark, terharu kat situ beberapa detik. 
~untunglah ada orang sayang, ingat dan rindu~

mr.x dengan my fav book 
sepanjang empat hari di rawang, ada resah gentar dengan charge hp tak bawa.. habesla mr.x kesayangan sudah habis battery, jangan rosak sambil buat perangai tak boleyh on.. banyak notes penting dalam gajet putih itu.. siyes sayang kot benda kecik yang penuh poket ni walaupun dah mcm oldskul  gayanya, tak macam samsung yang comeyh2 menari depan mata minta dibeli segera. *hold semester dulu*

take note yang dipantau setiap hari

10 assignment kot yang belum ditaip lengkap :) masih boleyh senyum ke? alhamdulillah sahabat yang sekumpulan telah proceed dengan proposal assignment *bila nak balik kampung ni?*. Balik dengan kesyukuran dengan note yang telah diphotostat oleh hadeq dan MC yang telah diserahkan kepada lecture, rasa sedikit lega dengan bantuan teman-teman yang memahami. alhamdulillah, semuanya diatur dengan bantuanNYA dan dengan kasihNYA yang melimpah-ruah. Syukur :)

..fate has been given, it depend to the owner to stay or to leave the fate..

meja study yang makin sarat dengan barang

setiap detik, ada yang makin banyak perubahan. semakin takut untuk melangkah, semakin kalut untuk pergi.
semakin ada senyum di bibir, semakin rasa banyak yang menyokong, dan semakin melewati zaman kanak-kanak yang sudah pergi, dewasa menyapa dengan mengharapkan pengorbanan yang perlu dituntuti.

cerita di PKU
cerita di HSerdang

cerita di PKU menyapa dengan beberapa kali aq pujuk doktor agar tak masukkan air, sakit kena cucuk dengan nurse sebelum masuk air dan nak tunggu tiga jam sampai air itu habis satu dugaan perasaan jugak. Doktor berkeras dengan senyuman dan aq terpaksa setuju, panggilan telefon awal pagi disapa oleh maknjang yang masih meng'update' kesihatan diri. talong temankan ke PKU, hampir dua jam sesi masukkan air tamat dan aq balik ke kolej berehat. abang mula resah dan malam dia datang dengan wajah kepenatan namun bibirnya masih menyapa dengan senyuman yang aq suka. 

en. ariff :) saya sayang awak banyak-banyak. 
terima kasih buat abang yang masih mahu melayan pelbagai aduan dan resah yang adiknya hamburkan dan dia masih tersenyum walaupun katuknya terjelas di sebalik wajahnya *gambar lama abang, siyes suka capture gambar bila dia drive*. abang hantar ke rumah mak njang dan beberapa kali dia pesan, macam-macam perkara yang aq sendiri nak senyum tapi alhamdulillah dia menjalankan amanah dengan baik walaupun dia ada komitmen lain. 9 jenis ubat, masuk menyapa kerongkong dengan keadaan tak selesa dan penat melayan pelbagai warna ubat. letak, pegang, letak, pegang dan mak njang marah baru telan. dah mula risau bapa saudara dan mak saudara di kampung dengan tahap kesihatan, mak ayah tak payah cerita.. selalunya aq yang call kedua mereka namun sejak sakit sampai dua tiga kali terlayar gambar mereka berdua di wajah mr.x.. risau apa gayanya anak mereka yang masih melurut sakit.. *rindunya nak jumpa mak ayah, nak dengar mereka berdua bagi beberapa nasihat di depan-depan dengan mimik muka penuh kasih sayang*

i'm da girl who are waiting a rainbow in the thunder that neever take place

semoga di beri kesihatan untuk hari-hari yang mendatang 

menaip sambil dengar lagu ni :) 
*just crop lirik untuk bahagian yang penting je*

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan


Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 

biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan