lUv yOu i wAnT u nOe

Sunday, March 4, 2012

pejamMATArapatRAPAT

demam menyinggah perlahan pada tubuh
sakit kepala untuk dua tiga minit
~rasa tak selesa~
panas petang dibawa sampai ke malam

mimik muka seakannya bernada kosong
tugasan yang masih bertimbun perlu dilunasi segera
minggu depan dah start kuiz untuk subjek akhir universiti
perlu lunasi perkara yang satu ini lagi
buat berita, wawancara tokoh, buat iklan, analisa jurnal, tulis jurnal, kerja kumpulan, fikir event utk kelas, buat game untuk strategi komunikasi
kena banyak brainstorming, banyak minta pendapat dan banyak membaca
sem ni memaang kena banyak mintak tolong orang
nak wawancara kena minta, call, nego dengan tokoh..cari tarikh yang sesuai
record wawancara, tulis berita pasal wawancara, cari advantage tokoh
bab iklan masih belum proceed dengan storyboard, nak shooting lagi, editing video
seyes semuanya tak biasa nak buat, kena mula perlahan-lahan dan bagi yang terbaik
nak fikir tempat praktikal lagi..
seyes otak dah jammed

dua hari keluar bertemu atmosfera sesak luar dari kampus
Jalan TAR di jajah dengan wajah kepenatan saat pulang
mencari idea mungkin, releasedkan tensen sikit
*bawalah aq dengar ombak pantai*
menunggu hari cuti untuk melegakan sedikit masalah yaang berkurung di dalam kepala
dua tiga minggu lagi mungkin menjajah ke negeri ke sebelah
*membodek untuk pantai itu dan berjaya*
semoga perancangan ini dapat dilaksanakan
*thanx to maknjang yang sudah demam dan kerap menyapa panggilan anak saudara yang seorang ini*
pejam mata rapat-rapat dan kata akan kuat bernaung sendiri


~dia bukan sesiapa jadi dia tak berhak untuk buat keputusan~
aq tak mengamalkan prinsip ni dalam hidup, setiap yang orang sekeliling aq bicarakan aq ambil peduli
aq ambil tahu dan aq usaha untuk menjaga hati setiap orang walaupun aq sendiri rasa kelam
aq masih fikir kata-katanya yang tajam menusuk rasa hati
sungguh aq hanya mahukan pengertian untuk setiap perkara yang aq mahu lunasi
tapi... sejak dua tiga detik 'persahabatan lama' ini seakan digugat oleh rasa yang aq tak fahami
seyes kawan, aq hanya perlukan pengertian dan aq akui bila semua diatur seperti yang di rancang
aq sendiri akan ceritakan satu persatu supaya kau rasa aq terlalu menghargai persahabatan
masa belum mengizinkan aq membongkar segalanya supaya aq lebih bersedia memikul tanggungjawab berat itu tetapi kau kuat mendesak sehingga aq rasa kau ugut persahabatan kita dengan perit perkataan
jangan terlalu kejam untuk aq kawan, sakitnya melorek luka yang dalam dan aq sakit apabila ternyiang-nyiang kata-kata kasar yang kau luahkan