lUv yOu i wAnT u nOe

Wednesday, March 14, 2012

senduPADAwajah

~menutup buku~

bangun pagi dengan nada yang kurang motivasi, minggu ini..
pertama kali sejak jejak kaki ke kampus, ini pertama kali rasa lost tanpa sebab..
yup, tanpa sebab..
terasa hati balik ke kampung tanpa disedari dan minda di tinggal di Rawang tanpa di bawa pulang ke kampus.
senyap sunyi saat mata menyapa atmosfera gelap di awal pagi
kerinduan yang sukar ditanggungi, rindu untuk mengadu lagi..
sudah lama rasanya hilang dipupuk masa kesibukan sehingga tiada ruang untuk mengadu
kelu lidah mengatur aduan dan harapan supaya dirahmati, mentafsir rasa hati
kerinduan ini dilempiaskan sekadar mampu dengan tuntutan subuh menjelma
bersyukur doa sebelum tidur dimakbul Ilahi, hanya untuk mengadu padaNYA..

~sisip pagi~
rasa kehilangan, dengan wajah tanpa baris senyuman..
cerita pasal semalam, tertutup diam..alhamdulillah masih beri aq kesabaran dengan herdik manusia.
aq rasa tenang mampir disamping mereka dengan senyuman mesra lagi, tanpa terjelas keresahan..
mungkin ini ujian mendatang mentafsir bicara gadis berusia 19 tahun itu, aq perlu lebih matang..
menolak bukannya bergaduh kerana 'a boy'..
a boy is differ from a man
i dun need a boy to complicated my life and i prefer a man
jadi,kalau nak berhajat bergaduh for a boy.. sori to say, tak berminat sikit pun

~gajet putih~
menyapa perlahan dengan beberapa pesanan yang cuba membuatkan aq tenang
barisan yang disusun dengan nada berhemah dan seakan memberi kekuatan
berdiri di atas satu percaturan, sebab tanggungjawab yang di pegang membuatkan diri rasa mempunyai penaung yang suka membuatkan bibir seakan tak pernah hilang garis senyuman.

~suara kekuatan~
suara emak menyapa dengan beberapa pesan supaya tak mengalah dengan tuntutan perasaan manusia
ketenangan terasa dengan bibir itu melafazkan zikir perlahan supaya aq tak menangis dengan rasa kosong yang sedang aq hadapi
beberapa pesanan ringkas dengan nada suara yang mengukir tergambar dengan senyuman
keduanya jauh dengan pesanan yang sangat membahagiakan
semoga rasa kosong ini segera hilang

'time to use a smile again'