lUv yOu i wAnT u nOe

Thursday, April 26, 2012

bisikRASA

mungkin sebab dy juga baca buku itu, dy faham rasa aq..
dy tahu hati aq yang takut kehilangan
mesej awal pagi dan panggilan telefon di awal subuh
dengar nada ketawanya buat aq selesa
'jangan risau, akhi tetap sayang aina'
rasa terhenti dua tiga kali
dy balik dari masalah dengan nada ketawa
buat aq tak risau
kadang-kadang resah aq dy diam
dy perlukan masa

mana mungkin 24jam dy dengan aq
sedangkan tiada lagi ikatan yang menghalalkan kami
dy dan aq, hanya sekali bertemu
sekali sahaja.. dan di depan keluarga aq
agak sedikit awkward bila bertemu dy di hadapan keluarga
ya..dy pertama yang datang dengan niat ikhlas
dipersetujui keluarga dan dengan bekalan doa mereka agar ikatan hati kami dapat dihalalkan
kadang-kadang banyak yang aq fikir
dy dan aq bagi langit dengan bumi
air mata menitis memikirkan betapa tak layaknya aq menjadi pendampingnya
dy seorang yang tenang..
meluahkan kata dengan nada gembira
agar aq akan kuat di bawah pimpinannya kelak

dy seakan dapat membaca setiap laku aq
kadang-kadang aq kecewa, dy kunjungkan panggilan
buat aq tertawa dan buat aq tenang
saat aq sangat penat menguruskan tugasan, 
dy juga tetap bagi semangat agar aq siapkan semuanya
dengan sedikit bantuan, maklumat tambahan..
dy juga banyak kerja tetapi dy masih boleh membantu
hanya dua tiga kata sahaja
aq menyambung kembali kerja yang terbengkalai

dy 'anugerah' dalam hidup aq
kalau aq menangis waktu dy telefon, dy akan diam
cuba bisikan doa untuk aq kuat
buat beberapa gurauan supaya aq tenang
kepenatan terjelas di suaranya,
memberi banyak waktu dalam hari-hari aq
kunjungkan panggilan, mesej-mesej kekuatan
kadang-kadang bersoal tentang tugasan aq
dy banyak bercerita, bagi aq senyuman

ya ALLAH, permudahkan hubungan kami 
dekatkan hati kami
lindungi hubungan ini daripada hasad dengki manusia
teguhkan ISLAM dalam diri kami
agar kami saling mencintai keranaMU
agar kami mengasihi keranaMU