lUv yOu i wAnT u nOe

Sunday, April 29, 2012

kerisauanAWAK

*menangis*

sedikit tangisan, jam berdetik pukul empat pagi..
ya empat pagi, hanya nak cuba tidur sebab badan terlalu penat
kali ni aq rasa kekuatan aq dah tinggal hampir 0%, hampir kosong..
aq rasa dah hilang semua kekuatan yang aq selalu kumpul..
sakitnya ALLAH saja yang tao, aq pejam mata dan sekali lagi..
menyerang perlahan dan mula menyerang kuat, dan aq lelah..

maafkan saya...
betul-betul hilang kekuatan, dengan suara akhi yang sedikit penat
ada bisikan doa yang terjelas supaya aq kembali tenang
air mata betul menitis dengan laju, ya..ketakutan
dengan nada yang tak betul dan dengan sakit yang bersisa
aq melafazkan kata mengalah, iya..jam seakan berhenti
terdengar hembusan berat nafas akhi yang kepenatan
masih membaca beberapa barisan ayat al-quran buat aq lega
air mata terhenti, aq sapu perlahan dengan nafas yang kembali tenang
ketakutan itu berkunjung datang seolah-olah tak berhenti

"jangan matikan call, akhi temankan", nada suaranya kepenatan
aq rasa bersalah dengan ketakutan yang aq rasakan
dy tahu yang kesakitan itu masih memberat
dan dia tahu yang tangisan itu bakal memecahkan lagi
dan helaan nafasnya kedengaran perlahan,
aq terlena dan aq pejam mata
dia masih membisikan doa
kesakitan itu terasa berkurangan
ketakutan itu pergi..
namun, sekuat mana lagi aq mahu menolak kesakitan ini
semampu mungkin

akhi,
maafkan aina atas sebuah keresahan
kepenatan yang tak pernah hilang aina kunjungkan
membuatkan akhi selalu kerisauan
dan kadang-kadang nada ketawa akhi kepenatan
tugasan yang banyak perlu akhi langsaikan
masa aina memerlukan, akhi akan ada..
panggilan telefon yang lama
bercerita dan mencipta kisah kita
akhi, awak anugerah dari ALLAH dalam hidup aina
*sujud syukur tanda menghargai pemberian ALLAH*