lUv yOu i wAnT u nOe

Sunday, May 6, 2012

hanyaSEKEJAP

hanya sekejap tapi rasa sangat lama
iya, sangat lama..
kalau ditanya apa yang aq rasa sekarang?
adalah ketakutan yang berpanjangan
risau apa akan jadi untuk masa akan datang
"tak apa, aina kuat"
"tak la..aina baik tao"
"tak aina..itu masa lalu"
"insyaALLAH, ALLAH Maha Mengetahui niat hambaNYA"

"tolong aq, macam mana nak settlekan masalah ni?"
"i need you"
"giler buntu, bagi suggestion ckit"
"kenapa aq kena lalui semua ni?"
"tengah fikir betul tak yang kau cakap kat aq."
"untungla kau, ada orang sayang."

*menitis air mata*

hari-hari aq lalui dengan kesakitan, ada orang cakap aq mengeluh, mengalah dan merugut..
ada masa aq sapu air mata sendiri sebab aq tahu tak ada siapa dapat tolong aq hilangkan sakit ni
cuma dapat tolong ringankan rasanya dengan bacaan ayat al-Quran yang tak berhenti sampai aq terlena
mak ayah mula risaukan aq yang jauh di mata, kesibukan abang yang tak terhenti buat dia buntu cari jalan supaya dapat lapangkan masa dengan aq, kunjungan mesej doa dan kata semangat dari mak dan bapa saudara
aq menangis kat sini..
menangis bukan kecewa tetapi terharu dengan tanda mereka
kawan-kawan yang masih tepuk dan gosok bahu aq untuk kuat..
aq teringat, malam sakit yang desak
aq terlena dengan bacaan doa dari akhi, aq terjaga esok pagi talong usap lama kepala aq..
mungkin dy nampak wajah pucat aq di awal pagi..
berapa kerap aq nak menangis kerana ini?

bersedia kali ini aq nak lawan habis-habisan? mungkin juga aq tak mampu
akhi pesan banyak perkara, aq ikut yang aq mampu
satu malam, aq sangat sakit.. suara akhi sangat kepenatan
dy tanya banyak kali kesakitan yang menjerat tubuh tapi aq diam
aq tahan sampai terlena tapi aq tahu dy tahu aq sakit
dy bisikan doa dengan suaranya yang penat
~akhi, belum kita jadi yang halal...akhi dah teruk berkorban untuk aina~
macam mana nanti?
aina nak pejam mata lama-lama
tak mao susahkan siapa-siapa
akhi tak bagi, akhi cakap banyak semangat aina
jangan mengalah dan percaya ALLAH uji setakat kemampuan aina..
tapi akhi...
kalau ALLAH menjemput aina sebelum kita dihalalkan
janji jaga agama selalu, cintai ALLAH dan Rasul
jujurnya kasih ALLAH terasa dengan hidayah aina dibantu dengan kehadiran akhi
*subhanallah*

~sapu perlahan air jernih di pipi~