lUv yOu i wAnT u nOe

Showing posts with label familyISfirst. Show all posts
Showing posts with label familyISfirst. Show all posts

Friday, March 30, 2012

mengenangKISAH



menaip dalam satu rasa yang penuh selesa
iya, aq rasa aq tak tahu dan aq betul-betul cakap
aq baru dapat balik hidup aq dalam tempoh dua tiga bulan ni
kata orang di sekeliling tentang aq, mereka pandang aq dengan versi masing-masing
mereka ada pandangan 'siapa ainatul syahirah ashaari' sendiri dan bagaimana gadis itu.
sebab aq ni manusia yang tak dapat nak minta orang pandang aq dengan versi aq
aq hanya mampu iyakan setiap versi yang mereka pandang aq..
kerana aq rasa setiap hari aq buat khilaf, aq sangat-sangat berharap orang sekeliling dengan aq beri teguran
cakap salah yang aq buat dan tegurlah dengan versi masing-masing sebab aq tengah belajar terima kekurangan diri
aq tak marah dan aq tak akan melenting, ini memang satu yang aq cuba lakukan supaya aq jadi yang senang di mata semua orang
aq bukan niat nak puaskan hati semua orang tentang aq, aq cuma harap aq tak ada masalah dengan sesiapa
sebab aq takut esok aq tak ada dan tak mampu minta maaf lagi *okeyh, ayat klise lagi*
tapi jujurnya, itu satu sebabnya aq kerap cakap yang tolong tegur dan tolong maafkan salah aq
*point-kita tak sedar salah kita, dan orang sekeliling saja yang perasan salah yang kita buat*

ad seorang kawan tanya, aq iri hati pada dy ke?*senyum* kalau dulu aq rasa memang aq pernah iri hati dengan dy, kehidupan dy yang bagi aq penuh kebahagiaan
tapi sekarang aq rasa semua tu dah tak ada, aq fikir masak-masak.. renung diri sendiri dan fikir dan kerap fikir, aq tak ada lagi rasa itu
sebabnya aq mula belajar redha dengan ikhlas dan versi kebahagiaan aq dengan orang lain tak sama *hidup kita ditentukan sebelum kita lahir*
kalau boleyh, aq nak jadi yang matang.. yang orang respect aq dengan kemampuan yang aq ada dan aq tak berfikir untuk semua kesakitan lagi
kalau aq tak bergerak, aq takkan berubah dan aq asyik rasa aq betul dan kalau aq berubah tak ada kena-mengena dengan orang lain
aq berubah kerana ALLAH bagi jalan dan petunjuk dan mudahkan langkah aq nak bergerak ke arah lain.
aq harap arah itu yang lebih baik :)

simpanlah setiap moment kisah sebagai panduan, tak salah rasanya kalau kita berubah menjadi yang lebih baik
hidup kita tanggungjawab yang perlu kita lunasi dan belajarlah dari setiap perkara di persekitaran

-semoga ALLAH merahmati hidup awak, sahabat-

Saturday, March 24, 2012

mintaALLAHsayang

Ustaz » Kenapa kamu bercouple dengan dia???

Remaja » Sebab saya cintakan dia la ustaz ♥ 

Ustaz » Apa jadi kalau kamu tak couple dengan dia?? 

Remaja » Saya rasa hidup saya tak bermakna ustaz. saya sanggup mati untuk dia.

Ustaz » Boleh kamu tutup hidung dan mulut kamu untuk 15 minit?

Remaja » Ustaz ni gila ke? Mati la saya kalau macam tu.

Ustaz » ISLAM itu ibarat oksigen kepada manusia.. Tanpanya, kamu akan mati..
Bukankah ALLAH telah buktikan cinta NYA kepada seluruh manusia? Kamu sanggup mati untuk cinta manusia tapi sanggupkah kamu mati untuk pencipta cinta itu? 



Renung-renungkanlah..

p/s » Cinta ialah hadiah terbaik daripada Allah. Tetapi, patutkah kita lebih mencintai hadiah tersebut daripada pemberinya? Sama² muhasabah diri..
 

Thursday, March 8, 2012

ayah..TERIMA KASIH :)

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


bila baca semua tu, menitis air mata..

teringat kisah aq dan ayah :) 


ayah seorang yang penyabar dalam banyak hal, banyak bertolak ansur dan selalu memberi peluang untuk membela diri.. Saat aq sakit, ayah akan ada dengan membaca zikir dekat dengan telinga aq supaya aq kuat. Aq teringat saat aq mahu menduduki peperiksaan, ayah akan melakukan Solat Hajat untuk memudahkan urusan anaknya dengan berdoa lama, ayah akan baca yaasin apabila esoknya aq akan ujian. Ayah sering berikan yang terbaik walaupun dalam keadaan yang biasa, ayah memberi senyuman pada wajah pucat aq  yang sakit, ayah masih bergurau senda walaupun aq asyik mengadu sudah tak larat menempuh sakit itu. Senyuman manis yang mesra di bibir ayah seakan kekuatan untuk aq, sungguh aq terharu punya ayah yang penyayang dan mencukupkan keperluan aq dan abang.

ayah, adik sangat sayangkan ayah.. teringat bibir ayah mengukir senyuman saat aq mendapat keputusan peperiksaan yang boleh diketogerikan cemerlang, ucapan tahniah dan hadiah sebagai penghargaan untuk usaha yang aq lakukan. Ayah akan temankan setiap kali aq buat kerja sekolah, dari tadika sampai ke tingkatan enam atas.. ayah teman dan tolong menceritakan apa yang aq tak faham walaupun ayah tak mahir dalam bidang itu, ayah cuba untuk memudahkan aq dalam pelbagai urusan. Aq teringat ayah menggunting dan menyimpan keratan akhbar dengan info-info untuk aq siapkan folio sewaktu sekolah. Ayah tolong gamkan kertas-kertas yang siap aq potong sambil menaya perkara yang masih belum cukup.

aq tak mahir matematik dan ayah banyak menolong menyelesaikan, dari mengira sehingga darab bahagi ayah tolong menggunakan pelbagai cara untuk aq faham konsep matematik dengan mudah.. Bermula dengan biji saga ke bilangan gula-gula untuk aq fahami bahagi, ayah tolong tunjukkan.. Saat aq sudah terlena dengan buku-buku kerja sekolah yang banyak, ayah biarkan aq lena dan akan dukung aq dan letakkan di bilik. Esoknya, bangun pagi ayah aq tolong menyelesaikan lagi semua kerja sekolah yang belum selesai.. Terima kasih, Ayah :)

dua bulan aq sakit dalam perhitungan semua perkara, setiap malam ayah dan mak lakukan solat sunat supaya aq kembali pulih dengan semangat yang mereka kunjungkan.. Beruntungnya aq punya mereka berdua yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik, dengan senyuman dan ketawa yang menyapa telinga serta gurauan mesra pengikat kasih sayang keluarga kami.. Ayah akan duduk di sebelah aq sambil mengukir senyuman dengan pesanan supaya tak putuskan zikir walaupun pelbagai kesakitan yang datang..

Ayah,
terima kasih untuk tanggungjawab dan kasih sayang yang ayah berikan, kalau dihitung.. tak mampu adik nak balas, adik mampu doakan ayah sentiasa sihat dan selalu menjadi pelindung untuk adik, menjadi senyuman untuk adik ukirkan.. Sungguh terasa rindu pada ayah dan mak apabila adik berada jauh dari mak ayah tetapi adik ingat ayah pesan semua ini untuk buat adik lebih dewasa... Tak mampu mengucapkan beratnya rasa bersalah yang pernah adik kunjungkan buat ayah dan mak runsingkan, terlalu bersalah untuk semua kesakitan yang adik berikan.. Adik tahu yang ayah akan runsing dengan adik yang terlalu manja untuk setiap perkara walaupun adik sudah menjejak ke usia 20-an, ayah selalu anggap adik sebagai anak kecil yang terlalu di jaga supaya tak disakiti oleh sesiapa.

Encik Ashaari bin Saad, terima kasih untuk setiap keringatmu membesarkan adik.. Terima kasih menjadi tangan yang menyapu air mata saat adik menangis, menjadi senyuman saat adik gembira, menjadi pendorong semangat supaya adik tabah.. Terima Kasih, ayah..

~Ya ALLAH, jagalah orang tuaku dengan rahmat kasih sayang-Mu, panjangkan umur mereka dan murahkan rezeki keluarga kami.. Bimbinglah kami menjadi orang yang beriman dan dalam NUR ISLAM ~


Saturday, March 3, 2012

makAYAH,,, TERIMAkasih




KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK




» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.

» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.

» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.

» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.

» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.

» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.





Tetapi





» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.

» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.

» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.

» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.

» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.

» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.



Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka, siapalah kita.



Monday, January 2, 2012

gudLUCKaina~~

gudluck dear

insyaALLAH
do very well, girl

Sunday, November 13, 2011

tahniahBUATkamu

assalamualaikum..

semalam 11.11.11 tarikh cantik buat kawen eh..hehehe
tahniah buat abg sy yg dh menamatkan zaman bujangnya..
lepas majlis akad nikah















dengan sekali lafaz, alhamdulillah..
abang dah jadi suami orang
sy dpt kakak da..
hehe
lepas ijabkabul


















~alhamdulillah~







Saturday, March 5, 2011

AFthankYOUkamu

sakit badan belum mau tunjuk sembuh, muka pucat lesi memang tak payah sorok...
kritikalnya minggu nie,kelas terpaksa tak pergi...
perut asyik sakit dan kembung je....
kepala asyik pening je...
LETIH
mau nangis lama-lama, tak larat dah rasanya nak tahan sakit ni..
kak long, kak ngah, kak chik dan adeq mira asyik datang bilik tengok...
saya dah segan nie...malu sangat sebab selalunya sakit nie sehari dua je tapi sekarang dah seminggu...
nak tabahkan hati juga tamau mengadu kat AF...

akhirnya,pukul 10 malam hari khamis saya call AF..
suara tak larat tu dah buat AF risau,terus dy tanya mau balik Rawang ke?
saya mengiyakan terus..saya nak rehat,saya tak kuat sangat dengan sakit kali ni...
11 pagi Jumaat AF sampai dengan senyuman, dia tahu saya bukannya larat...
dia pancing minat saya bersembang tanya pasal kolej, kuliah dan kawan-kawan...
saya senyum saja...senyum lama pastu saya mula bercerita dari A sampai Z apa yang jadi sepanjang saya tak jumpa dia...
AF suka bagi saya cakap banyak dan dia akan angguk kepala saja...dengar, dengar dan dengar...
Dia jarang nak bagi saya pendapat apa yang patut saya buat kalau alami apa-apa situasai tapi dia selalu suruh saya fikir sendiri apa yang patut saya buat...diam,diam dan diam...

saya khabar semua kisah luka yang saya lalui, saya nak menangis bila kenangkan semua yang berlaku... AF cuma diam dan tengok saya yang tertunduk masa bercerita.
"emonya adik" perlahan suara dia saya dengar namun saya bercerita lagi...masa tu saya rasa saya mau pukul orang untuk lepaskan geram...
"DIA tahu apa yang terbaik"
saya diam,menghela nafas perlahan, saya nak menangis dan geram saat tu...
AF..tolong la bagi saya buat something untuk lepaskan geram saya...
AF jenguk muka saya masa dia tengah drive lepas tu dia kata "Jum makan kat BK"
saya tersengih...memang saya tengah lapar...





saya makan dengan kenyang lepas tu mulut say tak bising lagi...
AF bagi saya waktu bertenang sebab masa pilih menu saya buat sendiri, saya minta extra lagi...
minum pun saya mau large punya..dia angguk bagi je...
saya tak habis makan pun AF tak marah, dia tolong habiskan burger tu.. saya rasa perut AF senak kenyang lepas keluar dari BK tu...
saya yang order banyak tapi AF lagi kenyang dari saya...


nie la AF..tq abang..kamu kurniaan ILAHI yang saya sayang sejak lahir

nie muka pucat lesi saya dengan hilang mata sebelah...

Friday, February 25, 2011

bicaraANAKbongsu

akhirnya..selepas hati saya panas dengan memikirkan pelbagai perkara...
akhirnya..saya sudah kembali tenang seperti biasa,semula dan terbiasa...
kenapa saya letak tajuknya "anak bongsu?"


sebenarnya tragedi yang lepas-lepas, peristiwa yang sudah terjadi dan insiden itu telah menyingah dalam diri...
saya jadi amarah dan sangat panas baran..sedangkan itu bukan sifat asal saya...
saya susah melatah dan bersabar sebelum ini...mak dengan ayah,dua-dua bukan panas baran dan cepat melenting...dan saya tak dididik dengan cara penuh tekanan...
mak dan ayah selalu nasihatkan saya..
pesan mcacam-macam serta tegur secara berhemah...
mak dan ayah tak pernah menghukum saya dan abang sehingga kami dewasa..
kami dididik dengan kasih sayang yang penuh dengan kehalusan...
rotan, tampar, sepak terajang bukan cara mak ayah.. malahan denda sekali pun...
tak pernah wujud dalam hidup kami kekasaran..dan saya boleh katakan..
saya akan menangis kalau tengok ada ibu bapa yang marah anak mereka di tempat orang ramai...
saya seorang yang sangat sensitif, mungkin persekitaran yang saya telah terbiasa selama 20 tahun lebih...
ya, saya anak bongsu...saya sangat rapat dengan keluarga...
usia remaja saya sebelum melangkah ke universiti hanya berada di rumah.. saya tiada kehidupan sosial, saya kurang dapat kebebasan dan saya tidak DIKONGKONG... tapi saya hanya selesa di rumah ditemani ke dua ibubapa yang selalu ada dengan saya...
saya dan abang tak pernah berpisah, iya..bila abang berusia 20 tahun dan saat itu saya baru berusia 17 tahun...
abang mendapat tawaran kerja di Selangor,saya menangis selepas abang dapat surat dan seminggu selepas abang berpindah ke Selangor, saya selalu tengok gambar abang...
abang sahabat saya dari kecil, kami suka berkongsi pelbagai perkara walaupun kami berlainan minat...

saya ingat..kalau nak pergi beli barang walaupun sebatang pen, ayah temankan walaupun remaja seusia saya sudah ada lesen untuk ke sana ke sini..pergi berteman dan keluar 'dating'...
saya..hidup saya penuh dengan ahli keluarga...
saya ada mak, ayah dan abang yang menjadi sahabat...
pendengar yang baik...
penasihat saya yang sangat baik...
buat saya tersenyum...
walaupun saya bukan dari keluarga senang dan mewah..sederhana itu buat saya bersyukur seadanya saya...
ayah hanya penoreh dan mak pula suri rumah...namun hidup kami penuh kegembiraan dan kasih sayang...
<saya menangis saat ini, merindui mak dan ayah...senyum mak ayah dan harapan mereka terhadap saya..>
saya pernah ingat, saya memberontak tentang sesuatu di usis remaja...saya merajuk tak dapat apa yang saya inginkan dan saya ingat, mak pegang bahu saya tenung mata saya lama...bicara dari mata mak buat saya insaf dan saya berjanji...saya akan ubah masa depan kelurga saya...
titip ayah buat saya hargai abang yang berkorban untuk saya...
'abang dapat sambung belajar tapi abang takmau..abang kata dia tahu adik dia boleh buat lagi baik...adik kena jadi contoh keluarga kita...tak payah jadi yang terbaik..cukuplah membanggakan mak,ayah,abang dan keluarga'

saya hanya seorang gadis yang penuh dengan perasaan emosional dan kasih sayang..iya, inilah Ainatul Syahirah Ashaari sebenarnya..dia bukan gadis pendendam dan panas baran, dia sudi mengalah dan dia akan senyum kalau itu menggembirakan orang lain...