lUv yOu i wAnT u nOe

Showing posts with label jiwaAKU. Show all posts
Showing posts with label jiwaAKU. Show all posts

Monday, April 2, 2012

officially :)


alhamdulillah 

anything? anyone? apakah itu?
dipanjangkan syukur dan munajat pada ALLAH dengan setiap rahmat yang dikurniakan
alhamdulillah dengan kesakitan yang pernah datang 
masih terasa sakitnya kepahitan sebuah pengalaman
masih terasa peritnya meletakkan kepercayaan 
masih terasa air mata yang mengalir lesu di pipi
masih terasa pedihnya mata membengkak lama
dan masih terasa kekuatan yang sudah hilang

alhamdulillah 

seorang bertanya, seorang mengulas dan seorang menyokong
semuanya nampak gentar pada wajah
senyuman yang terukir terasa kurang kemas
wajah ceria terasa ada celanya yang nyata
pejam mata lama-lama
insyaALLAH..
mungkin ini harapan yang mahu dikhabarkan pada orang
mungkin ini satu kepercayaan yang menyusur perlahan
mungkin juga ini satu keyakinan yang menyerlah pada wajah

alhamdulillah 

boleyhkah kalau hari-hari lepas ini wajah ini terus mengukir senyuman
boleyhkan kalau setiap hari bibir ini meledakan ketawa perlahan
boleyhkan kalau nak cakap pasal masa depan mulai sekarang?
boleyhkah cuba membentuk peribadi mulai sekarang?
boleyhkan meletakkan target yang senang digapai?
insyaALLAH

alhamdulillah 

officially i'm _._._._._
restu ALLAH dan restu keluarga
menjaga sekeping hati dengan penuh amanah
insyaALLAH 
alhamdulillah

*kalau faham silalah senyum*

Sunday, April 1, 2012

iya *speechless* lagi


alhamdulillah..
dipermudahkan urusan ini  Ya ALLAH..sujud syukur mampu dilaksanakan menyatakan kesyukuran ini..
risau dan resah itu diusir pergi dengan beberapa kali pesanan bertandang dengan perlahan dan tenang..
yakinlah dengan perancangan ini dan harap dipermudahkan segalanya
dipermudahkan dengan cara yang manis dan indah dengan syariat ISLAM
disenangkan dengan restu-restu yang berkunjung tanpa henti
bisikan doa yang masih kukuh dalam pegangan dan harapan yang dipanjatkan
mengadu semuanya pada ALLAH dan minta semuanya pada ALLAH
dan syukur dipanjatkan kepada ALLAH atas satu kurnia yang sangat meruntun perasaan
iya, terkedu, terkedu dan terkedu yang mampu dilafazkan sehingga menitis air mata kesyukuran
moga berlandas pegangan ISLAM dalam hubungan dan restu yang dipanjangkan
insyaALLAH, bisikan doa akan terus dibicarakan padaNYA yang punya ketentuan

Saturday, March 24, 2012

mintaALLAHsayang

Ustaz » Kenapa kamu bercouple dengan dia???

Remaja » Sebab saya cintakan dia la ustaz ♥ 

Ustaz » Apa jadi kalau kamu tak couple dengan dia?? 

Remaja » Saya rasa hidup saya tak bermakna ustaz. saya sanggup mati untuk dia.

Ustaz » Boleh kamu tutup hidung dan mulut kamu untuk 15 minit?

Remaja » Ustaz ni gila ke? Mati la saya kalau macam tu.

Ustaz » ISLAM itu ibarat oksigen kepada manusia.. Tanpanya, kamu akan mati..
Bukankah ALLAH telah buktikan cinta NYA kepada seluruh manusia? Kamu sanggup mati untuk cinta manusia tapi sanggupkah kamu mati untuk pencipta cinta itu? 



Renung-renungkanlah..

p/s » Cinta ialah hadiah terbaik daripada Allah. Tetapi, patutkah kita lebih mencintai hadiah tersebut daripada pemberinya? Sama² muhasabah diri..
 

mimikMUKAsehat

schedule yang diupdate setiap hari

dengan muka yang sudah yakin 'sehat', pulang ke UPM di hantar.. beberapa hari lepas dijemput untuk ke hospital menyakini sakit yang mengurung diri :)
lima hari cuti dari dunia kampus, mata jadi gelap arah nak balik dah jejak kaki kembali menempuh beberapa sisa minggu semester empat berakhir.
masuk ke bilik, letak barang ke tempat asal. kemas satu-persatu sehingga terperasan catatan yang tercatat di 'schedule' yang ditinggal kosong dari hari khamis ke sabtu.
'semoga cepat sembuh.. :)' ark, terharu kat situ beberapa detik. 
~untunglah ada orang sayang, ingat dan rindu~

mr.x dengan my fav book 
sepanjang empat hari di rawang, ada resah gentar dengan charge hp tak bawa.. habesla mr.x kesayangan sudah habis battery, jangan rosak sambil buat perangai tak boleyh on.. banyak notes penting dalam gajet putih itu.. siyes sayang kot benda kecik yang penuh poket ni walaupun dah mcm oldskul  gayanya, tak macam samsung yang comeyh2 menari depan mata minta dibeli segera. *hold semester dulu*

take note yang dipantau setiap hari

10 assignment kot yang belum ditaip lengkap :) masih boleyh senyum ke? alhamdulillah sahabat yang sekumpulan telah proceed dengan proposal assignment *bila nak balik kampung ni?*. Balik dengan kesyukuran dengan note yang telah diphotostat oleh hadeq dan MC yang telah diserahkan kepada lecture, rasa sedikit lega dengan bantuan teman-teman yang memahami. alhamdulillah, semuanya diatur dengan bantuanNYA dan dengan kasihNYA yang melimpah-ruah. Syukur :)

..fate has been given, it depend to the owner to stay or to leave the fate..

meja study yang makin sarat dengan barang

setiap detik, ada yang makin banyak perubahan. semakin takut untuk melangkah, semakin kalut untuk pergi.
semakin ada senyum di bibir, semakin rasa banyak yang menyokong, dan semakin melewati zaman kanak-kanak yang sudah pergi, dewasa menyapa dengan mengharapkan pengorbanan yang perlu dituntuti.

cerita di PKU
cerita di HSerdang

cerita di PKU menyapa dengan beberapa kali aq pujuk doktor agar tak masukkan air, sakit kena cucuk dengan nurse sebelum masuk air dan nak tunggu tiga jam sampai air itu habis satu dugaan perasaan jugak. Doktor berkeras dengan senyuman dan aq terpaksa setuju, panggilan telefon awal pagi disapa oleh maknjang yang masih meng'update' kesihatan diri. talong temankan ke PKU, hampir dua jam sesi masukkan air tamat dan aq balik ke kolej berehat. abang mula resah dan malam dia datang dengan wajah kepenatan namun bibirnya masih menyapa dengan senyuman yang aq suka. 

en. ariff :) saya sayang awak banyak-banyak. 
terima kasih buat abang yang masih mahu melayan pelbagai aduan dan resah yang adiknya hamburkan dan dia masih tersenyum walaupun katuknya terjelas di sebalik wajahnya *gambar lama abang, siyes suka capture gambar bila dia drive*. abang hantar ke rumah mak njang dan beberapa kali dia pesan, macam-macam perkara yang aq sendiri nak senyum tapi alhamdulillah dia menjalankan amanah dengan baik walaupun dia ada komitmen lain. 9 jenis ubat, masuk menyapa kerongkong dengan keadaan tak selesa dan penat melayan pelbagai warna ubat. letak, pegang, letak, pegang dan mak njang marah baru telan. dah mula risau bapa saudara dan mak saudara di kampung dengan tahap kesihatan, mak ayah tak payah cerita.. selalunya aq yang call kedua mereka namun sejak sakit sampai dua tiga kali terlayar gambar mereka berdua di wajah mr.x.. risau apa gayanya anak mereka yang masih melurut sakit.. *rindunya nak jumpa mak ayah, nak dengar mereka berdua bagi beberapa nasihat di depan-depan dengan mimik muka penuh kasih sayang*

i'm da girl who are waiting a rainbow in the thunder that neever take place

semoga di beri kesihatan untuk hari-hari yang mendatang 

menaip sambil dengar lagu ni :) 
*just crop lirik untuk bahagian yang penting je*

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan


Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 

biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan

Thursday, March 22, 2012

pandangPADAdia


~pulp~

pen jatuh dari pegangan, mengutip kembali alat tulis itu dan tersenyum pada beberapa mata yang memandang penuh tanda tanya dengan senyuman di bibirnya.
"nampak ceria hari ini, ada apa-apa ke?" soalan pertama setelah kuliah awal semester bermula, dia hanya menggeleng dengan senyuman lagi.
dia meletakkan senyuman di bibirnya pada setiap wajah yang ditemuinya, menyapa mesra semampu dirinya terhadap insan-insan yang dikenali.
"sehat tak kau? asyek senyum je." persoalan dengan nada sedikit mengusik membuatkan dia hanya tersenyum lagi, menggeleng lagi.
apa yang ada padanya setelah kuliah berdetik tiga minggu, dia masih tersenyum dengan senyuman sama.
"kau ni ada yang tak kena ke?" ada suara lain pula yang menyapa dia, namun dia masih lagi mengekalkan senyuman yang sama.
seolah-olah ada sesuatu di wajahnya yang sukar ditafsir, apa yang terjadi sepanjang dia cuti semester?
senyuman yang sama dan helah diamnya yang menjadi tanda tanya pada banyak orang.
mungkin dia sahaja yang punya jawapan senyuman mesra yang menyapa dan ledakan ketawa yang kurang..
pembawakan diri yang berbeza mungkin untuk tunjuk dia matang, tetapi itu semua dia saja yang punya percaturan.

Saturday, March 17, 2012

diaDANdiaSERTAkenangan

letak pen dan masukkan buku dalam beg, tengok member kat sebelah dan senyum saat telinga masih menangkap bicara classmate yang berada di kerusi belakang dewan kuliah. Seriusly, sem ni aq banyak dengar apa orang cakap daripada aq bercerita..dan kalau bercerita tentang apa-apa pun surely aq akan cerita pada hadeq berbanding coursemate lain walaupun kami rapat dan selalu hangout sama-sama.. *masih terkedu*

a : aq tengah cuba dan cuba dan cuba
b : tak nampak pun effort yang kau buat selain dari aq dengar kau cakap kau cuba dan cuba
c : ntah, kalau setakat cakap dan tak buat..tak payah la sis
b : aq penat dah dengar kau cakap kau cuba tapi kau masih tak berubah pun
c : aq rasa no turning point dan no u-turn, tak payah cakap yang kau berhajat ke arah itu
a : seyes beb, aq try kot nak lupakan dy..siot betul dy tu..argh..giler ni..
c : dah surely kau gila pun, gila nak sayang dy yang nothing..
a : weh, mana ada nothing kot..kau tak kenal dy pun dan kau cakap dy nothing..menimbulkan amarah ni
c : nothing and nothing.. surely nothing sebab dy memang nothing..ntah la sis, kau besar panjang dah kot
b : kalau kau rasa yang stay tu buat kau hepi, stay lah beb tapi jangan menangis nanti cakap kat aq yang kau sangat kecewa apa akan dy buat
a : sis, ingat senang ke nak rempuh kenangan satu-persatu dan kau yakin yang dy dah memang tak ada untuk kau dan kau yakin dy tak bahagia dengan another girl. he just need you at all.
c : cerk, aq tak percaya ayat semua tu..takat nak main-main and test market lepas la.. kau tu percaya sangat dengan apa yang dy cakap..bangun la terima kenyataan, weyh..penat aq tengok kau camni...
a : test market dengan bajet hot? dy bukan macam tu kot, kau tak kenal dy pun.. jangan judge sesuka hati je.
b : lao dy tak test market, kau tak jadi mangsa dengan ayat-ayat dy kot.. cuba tengok, mana hilang semua semangat kau lepas dy pergi. perlu ke kau hipokrit?
a : (suara mengeluh) aq nak positif dan maafkan dy
b : tapi kenyataannya tak kan? kau tak mampu nak maafkan dy
a : beb, aq mampu la..aq tengah cuba
c : aq tunggu sampai kita grad, nak tengok cubaan kau berjaya ke tak
a : (rengusan berat) entah


(Seperti Dulu by UNGU)
Tiada guna kau kembali .Mengisi ruang hati ini.Semuanya telah berlalu .Bersama lukaku
Tiada guna kau berjanji .Untuk setia menemani .Hatiku yang tlah terluka .Karna dustamu
Semuanya telah berakhir .Antara hatiku dan hatimu .Takkan ada cinta .Seperti yang dulu
Semuanya telah berakhir .Antara diriku dan dirimu .Takkan ada rindu .Seperti yang dulu
Semuanya telah berakhir 


menjadi pendengar tu baik, tetapi bila dah jadi pendengar... rasa teringin nak selesaikan pulak masalah orang semua ni dan bayangkan kita kat tempat orang yang hadapi masalah tu, sebenarnya semua situasi yang jadi adalah rotation dan kebanyakan orang pernah rasa perasaan tersebut, maksud aq 'pernah melalui' ataupun 'pernah dengar cerita yang sama' ataupun 'pernah diminta nasihat untuk perkara yang sama'
dump dan dump 
ataupun 
dumb dan dumb
we meet da wrong person before we found da real one coz ALLAH want we appreciated da right one. 

dear sis, 
surely awak tak baca blog saya dan surely awak tak perasan yang saya dengar keluh-kesah yang awak gambarkan pada kawan-kawan..

sis,
dalam nada suara itu terkandung kerinduan yang dalam buat jejaka tersebut, mungkin jejaka yang pernah mencoret bahagia kat hati awak ataupun dy pernah jadi kekasih hati yang menggembirakan awak tapi sis seriusly you never need him at all... he never deserve for you, cara saya nasihat saya macam kejam tapi sis kalau awak masih hidup dalam kenangan dan pandang dy sebagai satu sebab awak pernah bahagia, awak akan terikat dan rasa dy perlukan awak sampai awak asyik mengeluh tanpa make a step to leave.. awak akan nampak he such a perfect person.

tak ada orang yang sempurna dalam hidup ini, termasuklah cinta yang pernah dy hujahkan pada awak. ikatan hati yang dy pernah hubungkan dan dari gayanya macam dy tinggalkan awak for another girl. Sis, a boy just want a fun not a serious relationship yang buat dy terikat dan buat dy rasa perlu berkorban untuk banyak benda. find ' a man' yang boleh fikir pasal masa depan yang dan rasa dy bersedia untuk tanggungjawab sebab kalau awak stay dengan a boy, awak akan rasa point awak hidup dalam 'love fairytale' tu antara awak dan dy sahaja. AWAK dan DY sahaja yang membuatkan awak rasa tak perlu tanggungjwab untuk menyatukan hati dengan ikatan yang menghalalkan.

sis,
hidup kita bukan untuk 'everyone' tetapi untuk 'someone' yang memang menghargai kita dengan nada yang awak rasa selesa dan awak rasa bahagia dengan caranya. Tunggu tu boleyh, tapi awak mao ke dy balik pada awak selepas dy terima banyak kelukaan oleh orang  lain dan mengadu dy rasa bersalah tinggalkan awak? dan awak akan rasa "yes, he need me at all".. bukan macam tu sis, he never need u..dy tak perlukan awak tetapi dy perlukan 'kedunguan' awak untuk dimanipulasi. sorry for perkataan 'dungu'..surely, lao dy tahu dan dy perasan, he never leaves you dan bagi awak rasa sakit sorang-sorang tunggu dy.

dear unknown sis,
rasa dikhianati tu sakit dan rasa disayangi itu manis tetapi jarang sekali sayang itu dibalas tanpa dikhianati. Kalau awak rasa susah sangat nak lepaskan dy, awak mula perlahan-lahan dengan buang sesuatu yang buat awak teringat pada dy..mybe padam gambar dy dalam hp or lappy, lepas tu move pada barang yang buat awak teringat pada dy..macam baju, jam or apa2 awak tengok buat awak ingat dy (ingat yang dy menyakiti awak), lepastu ni part yang penting..
minta pada ALLAH dengan bisikan doa dan teruskan dengan Solat Sunat Hajat, minta parents doakan awak cepat lupakan dy sebab doa mak ayah ni lebih mustajab..give a try.. lepas tu belajar redha dengan ikhlas, bila benda tu jadi ikhlas awak akan rasa manisnya dugaan yang awak dapat dan ingatla yang "ALLAH takkan uji manusia lebih dari kemampuan hambaNYA"..ikhlas dan redha.

sis,
semoga awak jumpa orang yang hargai awak dan jagalah hati baik-baik dan jangan luka lagi.. semoga awak akan jumpa kekasih halal bukan 'kekasih yang adat halalkan'.. gambete and smile..


.: bicara emak - mak tak pernah lukakan hati anak mak dan tak ada orang pun dapat lukakannya, lukakan hati anak mak macam lukakan hati mak :.

.: bicara ayah : cukuplah sayang ayah sebagai lelaki yang wajib dan rindu pada ayah kan dapat pahala, belum lagi ayah serahkan tanggungjawab ayah pada mana-mana lelaki untuk jaga anak ayah :.

mungkinINIsebabTERJADI

~selsema yang berterusan~

ada baca dalam buku La Tahzan warna hitam baru-baru ni, tinta penulisnya menyatakan yang 'selsema menunjukkan diri dalam tekanan ataupun masalah yang cuba dirungkaikan'. Senyum pada malam yang gelap dan berharap diri masih kuat untuk menolak semua yang pernah menjadi sebuah memori yang sukar ditinggalkan dengan senang dan bibir kaku dengan senyuman yang masih dirasakan merodok hati orang yang melihat..senyuman yang 'sakit' dan anak mata 'suka' tergambar jelas supaya diri tak rebah lagi, tak jatuh lagi dan tak terkenang lagi

~khabarkan pada angin yang aq sudah mahu berdiri tanpa pandang belakang lagi~

fokus on assignment, ainatul syahirah ashaari "ingat amanah dan harapan keluarga"

koflikAPAini?????

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Tentang Rasa by Astrid

serius serabut sangat, asyek typo dan mengeluh..assignment masih dalam perangkaan dan kepenatan yang terserlah di wajah dengan banyak perkara yang belum langsai, tumpang sedikit kekuatan supaya masih kuat dengan semua yang akan terus datang rempuh dan gangguan perasaan yang agak berserabut dan agak klise dengan banyak perkara yang bukan-bukan..

kata seorang teman, lagu yang diminati menunjukkan kisah yang kita lalui? betul ke? mungkin juga ataupun mungkin juga kebetulan..

apakah ini? merepek yang tidak-tidak..

jangan lemaskan semua yang jadi dan kuatkan diri, YA ALLAH
kecelaruan akan bermula dan bertempoh :'(

Friday, March 16, 2012

behaveASagirl

*senyum di bibir*

mata masih memandang ke arah dua gadis itu sebelum bergerak meninggalkan fakulti, dengan barisan senyuman yang masih belum lupus di bibir... apakah yang sebenarnya? dialog antara mereka berdua :

A: kau rasa untung dapat dia?
B: mesti lah, best girl win ~senyum bangga~
A: perlu ke kau berebut dengan kaum kau sendiri?
B: tu semua dugaan juga nak uji cinta aq kat dia~masih senyum sambil jemari menekan gajet di tangan~
A: dugaan?maksud kau?~muka blur~
B: ya la, nak tengok betapa teguh cinta kami
A: kau rasa berbaloi bergaduh dengan girl untuk menangkan boyfie kau?
B: mesti lah..dah boyfriend aq, mesti aq menangkan dia..aq sayang dia kot, takkan nak bagi kat orang lain pulak.
A: kau rasa untung dapat dia?
B: mestilah sebab ada compete nak dapatkan dia, kiranya aq ni paling untung la dapat dia.. a best girl win
A: fungsi kau cakap macam tu?
B: nak nyatakan aq menang, hebat dan kuat sebab dapat dia dari perempuan tu..
A: bangga ke? ~ada senyum sinis~
B: semestinya sebab aq dapat dia dam perempuan tu kalah ~senyum makna~
A: boyfie kau buat apa masa kau gaduh dengan perempuan tu?
B: dia rileks je~ pandang muka kawan dia dengan wajah pelik~


senyuman tu masih kekal pada wajah aq sampai aq balik kolej dan aq fikir sendiri, apa itu pergaduhan rebutkan seorang lelaki yang masih bergantung pada duet PTPTN dan kadang-kadang sampai tak makan sebab duet dah habis, survive dengan megi *ni tak condemn orang yang makan megi sebagai makanan ruji setiap hari* dan seorang perempuan sanggup menangkan lelaki tersebut dengan sebab :sayang:.. mungkin akal aq tak terjangkau dengan pengertian cinta mereka namun dari sudut psikologi sebenarnya reaksi di atas lebih kepada tunjuk siapa hebat dan rebutkan lelaki tu dan da best point " girl tu sacrifice bergaduh dengan kaum sendiri untuk defend lelaki tersebut." Please girl behave yourself dan jangan nampak desperate sangat dalam mencari teman, behave and behave sebab kalau kau tak mahu jaga kelakuan kau macam mana orang nak respect kau as a girl, berebut dan berebut tu tak ke mana.. okayh,,,jum fikir kejap

lelaki buat rileks bila perempuan berebutkan dia? pada persepsi sebagai gadis apa ya? kalau dari segi psikologi aq sendiri, dari pandangan aq.." a boy just test market" dan dy nak bagtao a girl deserve to protect him, i mean protect him from those 'stupid thing.' Patutnya lelaki jadi pelindung, tapi sekarang dah terbalik pulak.. girl tu agresif bagai macam ' da boy tu dy punya.'..Aduh, tak payah nak cakap ' he mine', sampai bila-bila pun 'he never be yours' sebab syurga lelaki tu masih kat keredhaan mak dy. Those word just mencipta perasaan ja, jangan lalai for those thing..surely fikir pasal diri sendiri dan amanah yang keluarga telaha bagi..laksanakan dengan baik dan tak payah berebut ya sebab ~jodoh kita dan dicatat semasa kita berusia 4 bulan dalam kandungan ibu kita~
tapi...kalau berharap pada cinta, mintalah pada ALLAH dengan solat hajat dan iringi dengan istikharah sebab CINTA HALAL itu lebih indah.. 

.:jaga hati baik-baik dan mencari redha ALLAH:.

Wednesday, March 14, 2012

senduPADAwajah

~menutup buku~

bangun pagi dengan nada yang kurang motivasi, minggu ini..
pertama kali sejak jejak kaki ke kampus, ini pertama kali rasa lost tanpa sebab..
yup, tanpa sebab..
terasa hati balik ke kampung tanpa disedari dan minda di tinggal di Rawang tanpa di bawa pulang ke kampus.
senyap sunyi saat mata menyapa atmosfera gelap di awal pagi
kerinduan yang sukar ditanggungi, rindu untuk mengadu lagi..
sudah lama rasanya hilang dipupuk masa kesibukan sehingga tiada ruang untuk mengadu
kelu lidah mengatur aduan dan harapan supaya dirahmati, mentafsir rasa hati
kerinduan ini dilempiaskan sekadar mampu dengan tuntutan subuh menjelma
bersyukur doa sebelum tidur dimakbul Ilahi, hanya untuk mengadu padaNYA..

~sisip pagi~
rasa kehilangan, dengan wajah tanpa baris senyuman..
cerita pasal semalam, tertutup diam..alhamdulillah masih beri aq kesabaran dengan herdik manusia.
aq rasa tenang mampir disamping mereka dengan senyuman mesra lagi, tanpa terjelas keresahan..
mungkin ini ujian mendatang mentafsir bicara gadis berusia 19 tahun itu, aq perlu lebih matang..
menolak bukannya bergaduh kerana 'a boy'..
a boy is differ from a man
i dun need a boy to complicated my life and i prefer a man
jadi,kalau nak berhajat bergaduh for a boy.. sori to say, tak berminat sikit pun

~gajet putih~
menyapa perlahan dengan beberapa pesanan yang cuba membuatkan aq tenang
barisan yang disusun dengan nada berhemah dan seakan memberi kekuatan
berdiri di atas satu percaturan, sebab tanggungjawab yang di pegang membuatkan diri rasa mempunyai penaung yang suka membuatkan bibir seakan tak pernah hilang garis senyuman.

~suara kekuatan~
suara emak menyapa dengan beberapa pesan supaya tak mengalah dengan tuntutan perasaan manusia
ketenangan terasa dengan bibir itu melafazkan zikir perlahan supaya aq tak menangis dengan rasa kosong yang sedang aq hadapi
beberapa pesanan ringkas dengan nada suara yang mengukir tergambar dengan senyuman
keduanya jauh dengan pesanan yang sangat membahagiakan
semoga rasa kosong ini segera hilang

'time to use a smile again'

~pergi~

akhirnya...
i'm off for everything
every single thing even it was a hurt moment
i choose to leave everything
every single thing

thanx for those always be beside me
those word
those thing 
those smile
i rather to go than stay with fake smile

Monday, March 12, 2012

ameenKANdoa



"Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita" 
[Imam Shafie]

it not okay to love those that may hurt your feeling

menatap skrin dengan mata yang pedih,
menyentuh dahi sendiri yang masih panas 
menahan sinus yang membuatkan tekak terasa perit
selera makan yang berkurangan
susut tubuh bakal menjelma lagi? mungkin?

seakan usia mentadbir kata, menyambut huluran doa berpanjangan
redhakan setiap perjalanan yang mungkin panjang lagi
meniti diri sendiri di atas jalan yang seakan rumit
hadir dengan senyuman kekuatan yang cuba diukir supaya tak lenyap
harga sebuah kasih sayang?
seakan menghitung kisah sendiri... apa kisahnya dua tiga tahun lagi?
beberapa renungan yang dirasakan merusik hati
beberapa huluran yang membuatkan bibir tersenyum beku
'i'm love to be taken by your way'


DIA anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu ALLAH ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi terakhir bagiku
restu Allah ku mencintai kamu
Ku pinang kau dengan bismillah
(Ku Pinang Kau dengan Bismillah - Rossa ft Ungu)


naungan yang seakan semakin kuat 
hadirkan restu dalam mencari sebuah tautan yang memintal hati
hadir yang bergema perlahan, menitip nasihat yang tak pernah putus
siapa aq padanya?

Saturday, March 10, 2012

kenapaSTATUSdiFB??

erk...

bergantung pada fungsi 'in relationship' tu sendiri kepada penggunanya. Aq tak kisahkan orang yang masih gunakan in relationship with 'someone' who means couple dy.. tp skg couple dah advance, dah guna 'engaged' dan ada jugak yang guna 'married'..(terkeluar tajuk)..

Sebenarnya jujur dari pandangan aq sendiri mengenai 'engaged di fb' adalah satu tanggungjawab kedua-dua pihak yang bermaksud mereka berdua ada komitmen ke arah perkahwinan...Dalam erti kata lain, gadis itu dalam perhubungan yang serius dan mean dy kena belajar jadi 'wife' since dy pakai status 'tunang orang' tersebut dan sebenarnya ada beberapa perkara yang terlintas pada fikiran aq dengan 'status' tersebut apabila ada beberapa artikel yang aq baca. Bertunang itu simple dan hanya dengan persetujuan yang kita nyatakan tanpa sedar...


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
B
ATASAN PERGAULAN SEMASA BERTUNANG
Syariat Islam membenarkan lelaki melihat perempuan yang menjadi pilihan hatinya untuk dijadikan isteri dengan:
1)mengenalinya dengan lebih jelas
2)mengetahui tahap keteguhan agamanya
3)mengetahui tahap pemikiran dan emosinya
4)mengetahui hal-hal peribadi yang lain


Kelonggaran ini dibenarkan oleh Islam dengan syarat bahawa kedua-dua pihak memang sudah membuat azam untuk merapatkan hubungan bagi memastikan perkahwinan mereka kelak dapat dibina di atas persefahaman dan keserasian yang teguh.


Perbuatan ini pula tidak dengan tujuan untuk memenuhi dorongan nafsu jahat sehingga berlaku maksiat.Oleh itu batasan pergaulan yang diizinkan oleh Islam hendaklah dipatuhi. Batas utama ialah bahawa Islam hanya membolehkan:
a) lelaki melihat perempuan pada muka dan dua tapak tangan dan tidak boleh bersentuhan
b) pertemuan yang sopan dan ditempat yang terpelihara daripada gejala sosial dan maksiat.
c) Pertemuan antara lelaki dan perempuan bertunang hendaklah ditemani mahramnya.
d) Pertemuan itu tidak terlalu kerap sehingga menimbulkan fitnah


Islam melarang perlakuan berdua-duaan,berkhalwat dan bergaul bebas, pergi kesana kemari seperti yang berlaku dalam masyarakat hari ini kerana perbuatan itu haram dan boleh mendatangkan banyak keburukan kepada diri, keluaraga, dan masyarakat.Dengan kata2 lain kelonggaran yang diberikan oleh Islam itu untuk memastikan bahawa bakal suami isteri itu akan dapat meletakkan asas kebahgiaan rumahtangga berdasarkan nilai agama dan kemanusiaan yang tulen bukan sahaja berdasarkan penilaian nafsu, tetapi dengan penilaian hati yang luhur dan ikhlas, rela menerima kehadiran antara kedua belah pihak.


Suatu perisiwa telah berlaku di zaman Rasulallah SAW, iaitu Al-Mughirah B. Syu’bah telah meminang seorang perempuan untuk dikawininya, lalu Rasulallah SAW bertanya kepadanya, adakah engkau melihatnya??jawabnya: tidak!kemudian baginda bersabda yang bermaksud:


Erti: Lihatlah ia kerana perbuatan itu lebih wajar untuk mengukuhkan pertalian antara kamu berdua


Dalam peristiwa lain Rasulallah SAW bersabda:


Apabila ada diantara kamu meminang perempuan, maka jika ia dapat melihat kepadanya akan perkara yang mendorong untuk mengahwininya hendaklah dilakukan.


PERINGATAN PERGAULAN BEBAS
1) Islam mengaharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempauan bukan mahram seperti yang berlaku pada masa sekarang kerana perbuatan itu termasuk dalam maksiat.
2) Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi salah satu punca gejala sosial dikalangan remaja dan maksiat yang berleluasa.
3) Jauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dimana2 sahaja kamu berada, kamu akan terselamat daripada jebak gejala sosial dan maksiat.
4) Patuhi adab pergaulan yang diizinkan oleh Islam dan jaga maruah kamu sebagai seorang Islam.
(sumber : batasan bertunang)

sudah banyak terkeluar tajuk ni...