lUv yOu i wAnT u nOe

Wednesday, November 30, 2011

standingOUTfromMYway!!


If you ever loved somebody put your hands up
If you ever loved somebody put your hands up
And now they're gone and you wish you could give them everything

kisahYANGtelahPADAM


ku teringat kisah kasih yang telah hilang
seorang teman suakan lagu yang membuatkan aq terdiam
kisah perkenalan diam yang menjadi umpatan
menjadi keji kehidupan
berakhir dengan satu kisah yang terpendam
seakan sukar menerima takdir yang telah diutus terkesan
mengambil masa lama untuk didiamkan
sudah tamat episod kisah kasih itu

buka buku baru dan lalui dengan tenang
sinarnya pasti terang
dalam menguis kisah yang perit di dalam
seakan sinar itu hilang dalam terang
warnanya yang kelabu
mendung dan hitam
tragik di sisi seorang insan

berduka diam
lama masa diperlukan
tenangkan hati yang seakan hilang
bawa jiwa untuk kembali pulang
senyum dan lihatlah awan
menyapa mata di bumi ciptaan TUHAN
seakan kau memegang kisah hadapan
coretkan kisah hati
diam dan kaku
jerih itu bukan tuntutan
belum menjanjikan apa-apa kebahagiaan

jangan kau kalah dengan takdir yang belum kau tahu
senyum dengan lihat cahaya yang membolosi mata terang
tenang dan bicara pada hati
belum terutus semua kasih yang kau inginkan
perancangan yang dikubur sendiri
terdiam bisu dan kelu
seakan tidak merelakan perkara yang terjadi diam

tutup mata
tarik nafas dalam
berteleku lama
sengihan senyuman biar karam
kau seakan faham
seindah kisah
belum sempurna tanpa ikatan
relakan dengan hati yang tenang
beroleh satu kisah mencoret hati
agar kau matang

menangis seakan tiada lagi yang penting
bukan kau gagal di dunia luas ini
hanya satu cebisan ditarik perlahan
senyum dan pandang ke depan
masih ada yang terindah menunggu tenang
jika kau perlu
peganglah satu kata yang diucapkan
'belum pasti apa yang belum terutus'
pengkhiran dalam kisah kasih bukan satu kesakitan dalam
hanya ubat sementara yang perlukan senyuman.

Tuesday, November 29, 2011

disISloveSTORY


"Love You Like A Love Song"
[Verse 1]
It's been said and done
Every beautiful thought's been already sung
And I guess right now here's another one
So your melody will play on and on, with the best of 'em
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A centerfold miracle, lyrical
You've saved my life again
And I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

[Verse 2]
Constantly, boy you played through my mind like a symphony
There's no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I've been rescued
I've been set free
I am hypnotized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are... And I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

[Bridge]
No one compares
You stand alone, to every record I own
Music to my heart that's what you are
A song that goes on and on

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

I love you...like a love song...


~klise~

mood layan lagu : selena gomez - love you like love song

masa berkira pulang ke kampus pagi tadi
aq rancak dengan abang nyanyikan lagu ni
suka rentak remix, hilangkan beban di kepala yang berselirat

~klise~



Monday, November 28, 2011

manfaatDIRI


iya..
aq sedang nazak kat sini
kata orang aq ni manusia tak menghargai
tak nampak apa di depan mata
aq sedang nazak di sini
cari jalan sendiri yang aq ingin lalui
aq masih berdiri kaku tengah orang ramai

ikut perancangan
abang mao hantar ku pulang petang ini
di tempat ku belajar
universiti luas itu
aq angguk setuju
tapi mataku bergenang
di sana aq masih rasa takut
saat mataku masah dengan air mata
aq ingin meminta sesiapa menolong aq
aq masih cuba tanggung sakit derita
perit yang menusuk tulang

sepanjang aq menempuh sakit
aq ingat seminggu ku pulang ke kampung
tangisan si tua kesayangan di awal malam
buat aq rasa bersalah
pesannya 'jangan melawan sakit yang orang berikan'
aq cuba mengelap titis yang mengalir di wajah itu
tapi di halangnya
katanya
'sakitnya bukan kerana aq, tapi kerana terluka ada yang mengkhianati gadisnya'
bila ku genggam tangannya erat sebelum ku terlena di apit mereka berdua
aq rasa ketakutan yang susah aq gambarkan
aq menangis dengan rasa bersalah

sebelum ku pulang ke kota besar
beberapa kali bahuku dipegang,matanya menusuk dalam
'jangan melawan amarah orang'
bila ku pandang wajahnya lagi, dy senyum seakan memberi ku bahagia
aq ada bicara aq tak mampu lawan seorang
mana mungkin sakit yang ku bawa mengheret orang lain?
dy senyum lama..
kedua orang tuaku masih ada di situ, saat aq menangis aq tak mahu pulang
aq rasa seakan sakit ini akan buat aq rasa terbuang
kata merekara 'tempoh berubat' perlukan kesakitan
aq menangis perlahan, dengan tanganku ketar sejuk sebelum pulang

aq pulang ke dunia besar
penolakan pertama yang ku terima
besar dan hebat dari teman-teman
ku jangka itu terjadi
jadi ku senyum sendiri, menangis saat ku di bilik kecil
hujan basahi pipi aq aq tambahnya tragis
aq plih jalan sunyi
mahu melangkah sendiri
aq tahu ada pelbagai anggapan akan datang lagi
tapi..
aq gagahi diri..
menolak semua yang aq mungkin akan terjadi

selepas dua bulan sakit yang ku deritai
sakitnya makin teruk, makin ditolak ke tepi
pesan pengubatnya 'awak akan rasa ditolak ke tepi'
aq cuba bawa diri
supaya masih ada lagi yang masih mahukan aq disisi
saat aq mimpi hitam di tengah malam
ku takut lalu ku bangun tatap skrin kecil di tangan
aq tak tahu pada siapa harus ku pinta pertolongan
aq mahukan mak ayahku disisi
pegang tanganku dan buat aq rasa selesa
buat aq punya sesiapa
tapi aq risau tangisan itu ku dapat

aq pilih jalan berseorangan
belum pernah aq lakukan sendiri sebelum ini
aq takut semua benci aq
tapi sekarang nyatanya di depan mata
semua seakan menolak aq
'tempoh berubat' belum tamat
aq nazak di sini
takut dan risau

akhir sekali selepas dihentam beberapa orang
abang batalkan niat
aq di bawa berjalan,tenangkan fikiran
mataku masih berair sekarang
aq dah tak punya kekuatan
munajat kepada ALLAH
cerita sakit perit yang ku rasa
aq takut
bicaraku pada abang
aq mahu ke dunia lain
sudah tak sanggup dikutuk orang
sudah penah dicerca hina
aq tak nak semua ni terjadi

abang nyata amarah dengan bicaraku
dy pandang aq lama, seakan memberi aq kekuatan
dy hanya punya aq sebagai darah daging
demam panas mengunjung datang
seakan merelakan aq tidak pulang ke bangunan besar itu
aq takut lagi
mahu memandang mata-mata lain yang memarahi aq
yang menolak kerana sakit yang orang lain tak dapat rasa
aq masih diam di sini
meminta simpati pun bukan

aq bukan sengaja mencari benci

tapi teman,
saat kau baca ini kau pasti merasa apa yang cuba aq sampaikan
saat kau cuba memahami kau takkan dapat jawapan
saat aq menulis ini  aq tengah memandang insan yang buat aq rasa tenang
ketenangan yang hilang akibat aq yang tak berdaya
jika saat kau tak bertemu mataku lagi
jangan kau risau apa yang akan jadi selepas ini
mataku berair kerana ku takut kehilangan kamu
mataku suka lihat kamu ketawa gembira
tapi kini sakit itu buat aq kaku ingin bermesra
doakan 'tempoh perubatan' ini tamat segera
aq ingin jadi gadis yang di sukai dahulu
tapi aq tak mampu bila ku lihat wajhku di cermin kini
mana corak bahagia yang cuba ku nyatakan
aq inginkan kamu teman
biarku nyatakan
sakit pelik yang ku alami tak tercapai akal kamu mahu cerobohi
aq sendiri masih bingung sedrastik perkara ini terjadi



Sunday, November 27, 2011

artOFfriendshipBYsomeONEdatInoe



~art of friendship~

"sometimes..being a friend means mastering the art of timing. There is time to silence, a time to let go and allow people hurt themselves into their own destiny. And a time to prepared to pick up the pieces when its all over"




assalamualaikum..
art of friendship, ada seseorang yang bagi pada aq semalam 
katanya 'satu masa tiba saat kita perlu lepaskan orang'
dy seorang yang bagi aq berpengalaman
selalu berkongsi kisah yang dy lalui
kadang-kadang aq terkelu 
cara dy dapatkan kekuatan untuk tempuh dugaan itu
dy positif bagi aq

kadang-kadang aq membaca mesej-mesej yang dy hantarkan
kadang-kadang dy suakan beberapa buah lagu untuk aq hadam
kadang-kadang dy usaha cari motivasi untuk aq sedar tentang kehidupan
dy banyak membantu dalam diam
cari lah sesibuk masa sengkang
mesej pendek kunjung datang
hanya tanya perkhabaran
senyum di bibir terukir diam
dia yang aq kira sebagai seorang teman 
yang tak pernah bersua muka

bila ku tanya apa erti art of friendship yang dy maksudkan
dy menjelaskan dgn cra yg bkn aq terima
katanya "teman sekadar ada"
maksudnya?
aq bersoal kembali


sometimes..being a friend means mastering the art of timing.


kawan yang bergantung kepada masa, siapa kata tempoh waktu yang panjang mengikat kemesraan
bergantung kepada kepentingan seseorang itu juga
masa bukan kayu ukur kepada sesebuah perkenalan sebenarnya.


There is time to silence,


kadang-kadang ada juga waktu menjadi kawan kita kena diam
kena bagi kawan lain ruang
mungkin ruang untuk diri sendiri.


a time to let go and allow people hurt themselves into their own destiny


ada juga perlu bagi masa untuk kawan belajar sendiri apa yang mereka tak pernah beljar
bagi mereka rasa sakit
bagi mereka rasa pengalaman untuk belajar tentang kehidupan
kehidupan yang kita sendiri yang tak dapt ungkapkan

And a time to prepared to pick up the pieces when its all over

kawan juga perlu bersedia saat kawannya yang lain terluka
itu ertinya kawan?
macam tak percayakan daripada art of friendship tu
tapi aq suka ungkapan yang tercatat itu

bila aq tanya sampai bila dy akan bagi semangat untuk aq kuat tempuh kehidupan
dy jwb senang "bila awk da bahagia,sy takkan ada dengan awak lagi"
aq tanya lagi "awak cakap awak kawan saya?"
dy kembali bereaksi
"saya hanya selesa jadi kawan waktu sukar sahaja"
tapi? kenapa ya?
"saya selesa macam ni,bukan dengan awak seorang tapi dengan teman yang lain juga"
noktah disitu



Friday, November 25, 2011

kitaBUKANsiapaSIAPA


assalamualaikum..
masa makin cepat sekarang..
kelip-kelip da cukup seminggu ~isnin ke ahad~
minggu ni cuti tiga hari!! serang rawang!

balik kepada topik..kita bukan siapa-siapa..
sebenarnya realiti hidup ni kita hanya berseorang, hidup seorang dan mneghadapinya sendiri..
kita hanya ada satu yang kekal->Maha Pencipta yang tak pernah tinggalkan kita lalui hidup berseorangan.
hidup ni kita kadang-kadang berharap sentiasa seseorang yang ada mendengar keluh-kesah kita..
tapi takkan semua akan seperti yang kita inginkan..
percaya tak? kita hanya seorang dan bukan sesiapa buat setiap orang..
kdang-kadang kita berharap jadi yang bermakna buat orang lain tapi..
hakikatnya bukan.. dia juga berseorang..sama seperti kita..
semuanya berseorang di atas dunia ni..diam dan beku..
kenapa perlu rasa sedih?
setiap orang adalah seorang yang tak bawa apa-apa makna..

sebenarnya entri ni bukan entri kecewa..
ni entri kenyataan apa yang aq rasakan, iya..tentang hakikat kehidupan..
senyum selalu dan hadapinya dengan tenang..
semuanya akan baik-baik..

iya,kenyataan aq mungkin juga salah bila aq kata kita berseorang
kita punya mak ayah bukan?
adik-beradik yang sentiasa ada..
tapi?
fikir sebentar, apa motif kita belajar di satu tempat tanpa mereka semua?
untuk berdikari kan?
sebab? satu masa kita mesti berseorang juga tanpa mereka yang selalu dengan kita..
kehidupan ni memang rasa meriah tapi kita tetap berseorangan..
pejam mata dan tidur panjang..

keluh-kesah yang tiada penghujung menguatkan perasaan
kita berseorang dengan masalah yang berpanjangan
tapi kita punya pendengar setia
kita punya bahu yang sudi dipinjamkan
kita punya mulut bernas bebutir nasihat
kita punya tangan yang kuat memimpin kita bangun
kita juga punya mata yang segenap menatap dengan kekuatan
kita punya semuanya untuk kita kuat..

~bertemu~

Wednesday, November 23, 2011

sejenakSAKIT

assalamulaikum...
masuk minggu kesepuluh di UPM..
penat lelah untuk sem ni akan berakhir dalam tempoh sebulan lebih lagi..
banyak orang disekeliling mula bicara tentang perubahan ketara aq..
ya..pasal diri aq..
agaknya aq sekarang dah tak macam dulu, dah macama lain..
riuh dan kepoh bukan lagi sebati dalam hidup aq..
aq lebih selesa diam bisu dan biar orang yang nilai diri aq sendiri..
mungkin aq penat dan selesa macam ni..
kenapa ya?
sejak dua menjak, kalau menjengah ke laman mukabuku..
banyak status 'menyerah' tercatat di situ..



beberapa kali air mata menitis saat hujan lebat, langkah kaki dari kafe ke kolej mungkin tak sampai 100 langkah..
masa terbaik lepaskan tekanan, beban dan kesakitan..
ya..parah yang aq simpan sendiri..
"kadang-kadang tak semua orang ada waktu kita kesusahan"
"kadang-kadang tak semua masalah boleh dikongsi orang"

pedih, penat lelah hilang bila tangisan tu dibawa ke lena yang sedikit sakit..
apa yang ada pada pandangan mata orang kadang-kadang tak menjernihkan perasaan sendiri..
aq ingat perit ni aq kongsi dengan yang terdekat..
yang aq biasa melepaskan duka tapi sampai bila harus aq bergantung..
perit ni untuk uji minda, kekuatan aq..
insyaALLAH..
masih yang boleh pinjamkan telinga, bahu dan kekuatan..


masuk hari ni, hari kedua aq hadapi 'sonotron therapy'.
yup..i need somebody beside me
keep smile and tell 'everything will be fine'
but no one was there to make i'm feel better
*tears*

~sakit boleh dikongsi orang tapi peritnya ditangggung sendiri~

hari pertama di PKU, 
amek no..tggu angka giliran selama 15 sebelum dipanggil..
check-up n kena suggest ke bhgian terapi.
~there no one with me~

hari kedua di PKU
jalan kaki dari kolej ke PKU, maybe dalam 1 km kot (ambil masa 20minit)
amek no, tnggu 10minit sebelum terapi
15minit je terapi..
therapist tu da kenal aq pun..
he call me 'syahirah'
okay, tu salah kad matrik tulis nama belakang aq..
lepas terapi, auch..sakitnya..
dy ada pesan makan protein banyak ckit..
*on diet*
jalan turun dari PKU..
sengal sangat,mungkin kesan terapi tu..
*tahan perit* 
~there still no one beside me~

esok..
insyaALLAH last day for da therapy..
hope everything will fine..
da xlarat nak g PKU jumpa therapist tu lg..
*malu dengan dy da*

Tuesday, November 15, 2011

tears


assalamulaikum..
' mind your own business'


pernah tak kalau kau tegur orang pastu orang tu cakap 'mind your own business'?
mesti bengang kan? sebenarnya konsep nak tegur orang ni banyak cara, banyak jenis dan banyak perkara yang perlu amek tau sebelum nak tegur orang tu..
sebab manusia ni lahir, dibesarkan dan cara hidup dia berbeza..
kalau maen nak tegur cara hidup kita memang masalah la sikit, contoh senang pasal pakaian..
kalau kita tak suka orang tu pakai something, boleh ke kita terus sembur tak tentu pasal je?
tak kan?
kalau hidup dia memang macam tu, parents dy terima macam tu sapa kau nak ubah-ubah hidup dy? kan?
mean, kalau kau nak dia ikut cara kau memang salah la..
sebagai contoh..aq la..
aq ni dalam kategori keras kepala sikit, kalau orang main nak tegur-tegur suka hati dia memang jalan la..
langsung tak makan saman..
kecuali mak ayah,abang n family yang tegur..
psikologi, kalau main hentam dengan bahasa kesat langsung tak jalan..
sebabnya? family aq da treat aq macam tu..
macam tu jugak la kalau nak tegur orang, kalau tegur main hentam kormo je memang masalah sikit..
kata orang 'terlajak perahu boleh berundur, kalau terlajak kata buruk padahnya'
sebenarnya teguran adalah bersifat nasihat, bukan bersifat amaran,arahan atau paksaan..
kalau tegur dengan kasar memang susah nak terima kan?
kita ni manusia, ada emosi..
kadang-kadang kita rasa kita je betul pasal tu apa kita cakap kita rasa bagus..
tapi kita kadang-kadang terlepas pandang perkara-perkara yang jadi dalam persekitaran..
maaf memang boleh neautralkan keadaan..
tapi bisa kata?
mind your own word!!

Sunday, November 13, 2011

tahniahBUATkamu

assalamualaikum..

semalam 11.11.11 tarikh cantik buat kawen eh..hehehe
tahniah buat abg sy yg dh menamatkan zaman bujangnya..
lepas majlis akad nikah















dengan sekali lafaz, alhamdulillah..
abang dah jadi suami orang
sy dpt kakak da..
hehe
lepas ijabkabul


















~alhamdulillah~







Monday, November 7, 2011

redha!!!INSYAALLAH


If You Find Someone

That Can Love You Right
I Won’t Stand In Your Way
I Won’t Even Fight, No
I Won’t forget
I’ll Always Remember You



assalamualaikum... sejak dua tiga menjak ni saya asyik citer pasal 'aq'.. sekarang saya akan mula citer balik mengenai apa, mengapa dan kenapa..kalau  dulu pandangan saya selalu dari sisi ketiga tetapi tiba-tiba saya menulis dengan pandangan dan mata hati sendiri..saya bukan menulis untuk berkongsi tetapi lebih kepada meluahkan perasaan tentang apa yang saya rasa.. 


balik kepada topik "redha,InsyaALLAH"
kalau dari sudut pandangan, rasanya ni lebih kepada perasaan. Pernah tak awak rasa sayang orang yang tak sayangkan awak? Pernah tak awak letakkan harapan pada orang yang langsung tak berpaling pada awak? dan pernah tak awak menangis sakit bila orang yang awak sayang disayangi oleh orang lain? Tak pun, pernah tak awak cakap awak nak tinggalkan dia tapi awak tak mampu?



If You Find Someone

That Can Love You Right
I Won’t Even Fight,
No I Won’t Forget I’ll Always Remember You
Like The Sun Will Rise
As The Seasons Change
I Will Walk Through Life
Til The Very End, No I Won’t Regret
I’ll Always Remember You, Remember You, Rember You
I Won’t Forget I’ll Always Remember You



rasanya kalau awak mengalami situasi yang saya nyatakan dia atas, cuba dengar lagu Dato' Siti Nurhaliza featuring Sean Kingston - Remember You. Liriknya sangat menusuk perasaan, dia redha dan mendoakan untuk insan yang dia sayang bahagia dengan cara insan itu sendiri. Kadang-kadang kita suka fikir, bila kita tak ada untuk insan yang kita sayang, he/she cannot survive...but you damn wrong!! maybe bila awak tak ada, otaknya tak ada serabut sangat fikir macam mana nak balas perasaan yang dia tak mampu tu. Kalau awak sayang, simpan perasaan tu, never lets he/she noe it.. biar dia selesa dengan awak..


Kata seorang teman, perasaan ni abstrak.. Tak mampu dipaksa, biarkan kita ikut flow, kalau kita mendesak kita akan kehilangan. Maksud saya bukan redha dan pasrah macam "i give up", awak still perlu ada dekat dengan insan itu, hargai dia, bagi perasaan sayang semampu yang dia boleh terima..teman saya juga kata "if you give more, you hurt more". Jadi, bagi la sedikit mampu dia terima, jangan bagi terlampau banyak, manjakan dia dengan setiap kesalahan yang di buat untuk buat dia terima awak. Awak, kalau nak sayangkan seseorang, sayangkan diri sendiri dulu. "Your life are your first priority". Kadang-kadang bila kita sayangkan seseorang kita lupa untuk jaga diri sendiri, kita lagi rela tengok dia lukakan hati kita semata-mata untuk tarik perhatian dia. It damn wrong!! 


Kata teman saya lagi, "kalau orang tu tak sayangkan kita, kita bagi la apa pun.. Dia takkan sayang kita, bagilah emas permata, intan semua..Kalau dia tak pandang kita, dia tetap tak pandang kita." Jangan berkecil hati dengan tindakkan dia sebab perasaan bukan objek yang boleh ditolak dan ditarik. Kata teman saya lagi, "kalau sayang, doa.. minta ALLAH bagi petunjuk..Istikharah supaya nampak keputusannya, ALLAH tahu untuk setiap dugaan yang DIA bagi dan setiap dugaan ada jalan penyelesaiaannya."




bagi pandangan saya, adalah perkara normal jika cinta ditolak, perasaan tidak diakui.. cuma, jangan terlalu berharap, kadang-kadang membiarkan orang yang kita sayang hidup dengan caranya sendiri merupakan kebahagiaan kepada kita juga 

never ask how you mean to him but ask how they appreciated your existed  


p/s : i was happy to noe you and i totally happy if you happy with your life..


Sunday, November 6, 2011

tutupMATAdanBEKUKANhati

assalamualaikum..
dah lama tak mencoret panjang..
nak kata sibuk kuliah, ada la jugak..
kadang-kadang penat tu melayar ke malam..
menjengah masa pagi dengan seribu kekalutan..
penat dan bernada gembira menahan kisah semester tiga..
HADEQ di sisi memberi semagat agar terus kuat,
sabar dan tabah dengan seribu dugaan yang menimpa..
penguat semangat di UPM
alhamdulillah, sem ni banyak seronoknya..
iya, belajar banyak benda baru..
berdikari dan berhak buat keputusan sendiri...
sem ni banyak habiskan masa berjalan-jalan, banyak kerenah perlu dilayan...
sakit dan penat di beban dalm tidur lama untuk mendapatkan masa rehat..
kalau dulu, aq gadis kuat beremosi, kini aq semakin matang..
menolak perlahan perasaan yang merugikan..
pesan terindah mewarnai hari-hari
muka-muka baru hadir dalam hidup
satu-persatu datang dengan agenda sendiri, 
ada yang mempamer duka
ada yang membawa gembira..
terkesan perilaku sekeliling kdang-kadang buat aq terdiam memikir aq antara mereka
aq mungkin juga mempamer duka, mungkin membawa gembira..
aq mungkin juga seorang yang biasa sahaja dalam kehidupan mereka..
aq mungkin juga berdiri kaku tanpa bicara untuk mereka..
ada di antara mereka yang bijak berkata-kata
ada yang senyap dengan pandangan mata

masa belum penting untuk aq membiasakan diri dengan perkara baru yang jadi..
aq mula pejam mata perlahan-lahan
kadang-kadang tersedu duka,
cuba mencari kekuatan yang sengenap hilang..
aq takkan jadi macam mereka
aq akan tetap jadi diri aq..
yang biasa dan cuba mencari diri dalam dunia yang menuntut banyak kesakitan
masa seakan percaya satu kesakitan yang dibalas dengan kebahagiaan..
namun, aq belum jumpa kebahagiaan seperti orang lain rasakan...
aq berharap suatu hari nanti, aq rasa perkara yang sama...
insyaALLAH..
doakan juga kebahagiaan aq..