lUv yOu i wAnT u nOe

Showing posts with label karyaque. Show all posts
Showing posts with label karyaque. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

mimikMUKAsehat

schedule yang diupdate setiap hari

dengan muka yang sudah yakin 'sehat', pulang ke UPM di hantar.. beberapa hari lepas dijemput untuk ke hospital menyakini sakit yang mengurung diri :)
lima hari cuti dari dunia kampus, mata jadi gelap arah nak balik dah jejak kaki kembali menempuh beberapa sisa minggu semester empat berakhir.
masuk ke bilik, letak barang ke tempat asal. kemas satu-persatu sehingga terperasan catatan yang tercatat di 'schedule' yang ditinggal kosong dari hari khamis ke sabtu.
'semoga cepat sembuh.. :)' ark, terharu kat situ beberapa detik. 
~untunglah ada orang sayang, ingat dan rindu~

mr.x dengan my fav book 
sepanjang empat hari di rawang, ada resah gentar dengan charge hp tak bawa.. habesla mr.x kesayangan sudah habis battery, jangan rosak sambil buat perangai tak boleyh on.. banyak notes penting dalam gajet putih itu.. siyes sayang kot benda kecik yang penuh poket ni walaupun dah mcm oldskul  gayanya, tak macam samsung yang comeyh2 menari depan mata minta dibeli segera. *hold semester dulu*

take note yang dipantau setiap hari

10 assignment kot yang belum ditaip lengkap :) masih boleyh senyum ke? alhamdulillah sahabat yang sekumpulan telah proceed dengan proposal assignment *bila nak balik kampung ni?*. Balik dengan kesyukuran dengan note yang telah diphotostat oleh hadeq dan MC yang telah diserahkan kepada lecture, rasa sedikit lega dengan bantuan teman-teman yang memahami. alhamdulillah, semuanya diatur dengan bantuanNYA dan dengan kasihNYA yang melimpah-ruah. Syukur :)

..fate has been given, it depend to the owner to stay or to leave the fate..

meja study yang makin sarat dengan barang

setiap detik, ada yang makin banyak perubahan. semakin takut untuk melangkah, semakin kalut untuk pergi.
semakin ada senyum di bibir, semakin rasa banyak yang menyokong, dan semakin melewati zaman kanak-kanak yang sudah pergi, dewasa menyapa dengan mengharapkan pengorbanan yang perlu dituntuti.

cerita di PKU
cerita di HSerdang

cerita di PKU menyapa dengan beberapa kali aq pujuk doktor agar tak masukkan air, sakit kena cucuk dengan nurse sebelum masuk air dan nak tunggu tiga jam sampai air itu habis satu dugaan perasaan jugak. Doktor berkeras dengan senyuman dan aq terpaksa setuju, panggilan telefon awal pagi disapa oleh maknjang yang masih meng'update' kesihatan diri. talong temankan ke PKU, hampir dua jam sesi masukkan air tamat dan aq balik ke kolej berehat. abang mula resah dan malam dia datang dengan wajah kepenatan namun bibirnya masih menyapa dengan senyuman yang aq suka. 

en. ariff :) saya sayang awak banyak-banyak. 
terima kasih buat abang yang masih mahu melayan pelbagai aduan dan resah yang adiknya hamburkan dan dia masih tersenyum walaupun katuknya terjelas di sebalik wajahnya *gambar lama abang, siyes suka capture gambar bila dia drive*. abang hantar ke rumah mak njang dan beberapa kali dia pesan, macam-macam perkara yang aq sendiri nak senyum tapi alhamdulillah dia menjalankan amanah dengan baik walaupun dia ada komitmen lain. 9 jenis ubat, masuk menyapa kerongkong dengan keadaan tak selesa dan penat melayan pelbagai warna ubat. letak, pegang, letak, pegang dan mak njang marah baru telan. dah mula risau bapa saudara dan mak saudara di kampung dengan tahap kesihatan, mak ayah tak payah cerita.. selalunya aq yang call kedua mereka namun sejak sakit sampai dua tiga kali terlayar gambar mereka berdua di wajah mr.x.. risau apa gayanya anak mereka yang masih melurut sakit.. *rindunya nak jumpa mak ayah, nak dengar mereka berdua bagi beberapa nasihat di depan-depan dengan mimik muka penuh kasih sayang*

i'm da girl who are waiting a rainbow in the thunder that neever take place

semoga di beri kesihatan untuk hari-hari yang mendatang 

menaip sambil dengar lagu ni :) 
*just crop lirik untuk bahagian yang penting je*

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan


Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 

biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan

Saturday, March 10, 2012

awayWITHdaDAY

there will a shadow following you
and you keep harsh it to go away
it..never gone..and never leave
then? blame yourself again
why it keeping follow 
always make you wanna to cry

shadow like history
a past that you never forget
a past make you growth
a past that make you feel warm
and
a past build yourself today

past..and..gone
it harsh 
it hurt
it pain
remove..
it unacceptable

  gonna to make a change? start now and never repeat it again

Friday, March 2, 2012

mungkinDUGArasa

~rasa dilema yang sangat kuat saat ini ~

menitip waktu setiap hari, membilang satu persatu dengan rancangan yang ada dalam fikiran
banyak yang perlu dilangsaikan, kata orang perlu bertenang sebelum buat keputusan
senyum pada cermin dan cakap diri sangat kuat untuk semua yang telah ditetapkan
cuba senyum pada setiap orang yang menyapa datang, mesranya senyuman untuk satu persahabatan
berdetak satu-satu masa, pejam mata erat dan bayangkan masa depan...
apa akan jadi buat sedikit waktu nanti? masa depan dan kenyataan yang harus dilunasi
sekarang dalam waktu di lema, di lema dengan banyak perkara...
Kata seorang teman, "biarkan di lema itu pergi perlahan-lahan supaya hati tak berganjak lagi."
dia senyum sewaktu berbicara, matanya menatap wajah resah aq yang masih terjelas
senyumannya satu kekuatan saat itu, apabila aq tanya pendapatnya lagi untuk perkara rumit ini
dia senyum lagi dan kali ini aq rasakan anak matanya merobek setiap keresahan yang aq rasakan
dia tanya dengan wajah mesra yang kunjung, "aina sangat yakin ke? sangat-sangat yakin?"
jadi aq angguk, yakin dengan percaturan yang bakal aq lakukan setelah aq menetapkan keputusan
dua tiga hari, perancangan lama ini macam sedang di uji perlahan dengan satu-satu menyusup datang
menguji rasa hati mungkin, menetap berapa kuatnya diri ini menatapkan janji yang telah dilafazkan
mengira diri sendiri kuatnya untuk kali ini, restunya sudah ada namun benarkah kata orang..iya, benar rasanya 
"tempoh ini tempoh ujian supaya keputusan yang telah di buat dapat diuji dengan perancagan tempoh panjang ini."satu-satu halangan datang menyapa dengan mimik-mimik mesra, seakan tahu diri ini sedang bernaung rasa
seakan tahu yang diri ini sudah mencapai kata sepakat, menyapa dengan senyuman dan memberi perhatian
tolong jangan menyapa lagi, diri ini tak mahu di lema yang terlalu berat untuk menyelesaikannya

~YA ALLAH mudahkan urusan yang satu ini~

Thursday, February 23, 2012

doakanJADIkenyataan

buat seseorang ~ya, memang buat awak~
orang cakap dalam tempoh berpantang kena jaga betul-betul :)
InsyaALLAH, manuskrip ni pun macam baby yang baru lahir...
Karya yang tulus dari hati buat 'kau' yang pernah hadir sebentar
namun, ayat-ayat masih diperiksa rakan-rakan yang rapat untuk betulkan kesalahan tatabahasa ataupun ayat yang mungkin tak sedap di baca.
Ini part 1, baru cecah 192 muka surat dalam tempoh sebulan menaip dengan konsisten namun terpaksa diberhentikan sementara memikirkan banyak perkara yang harus dilunasi.
Alhamdulillah dipanjatkan dengan sokongan yang tak pernah berhenti, jika diizinkan mahu dipublishkan ke pasaran supaya dapat dihadam oleh orang lain sama
InsyaALLAH :) doakan untuk saya juga ya.
idea masih bersepah perlu dikutip perlahan-lahan supaya kisahnya tak klise :)

Sunday, November 27, 2011

artOFfriendshipBYsomeONEdatInoe



~art of friendship~

"sometimes..being a friend means mastering the art of timing. There is time to silence, a time to let go and allow people hurt themselves into their own destiny. And a time to prepared to pick up the pieces when its all over"




assalamualaikum..
art of friendship, ada seseorang yang bagi pada aq semalam 
katanya 'satu masa tiba saat kita perlu lepaskan orang'
dy seorang yang bagi aq berpengalaman
selalu berkongsi kisah yang dy lalui
kadang-kadang aq terkelu 
cara dy dapatkan kekuatan untuk tempuh dugaan itu
dy positif bagi aq

kadang-kadang aq membaca mesej-mesej yang dy hantarkan
kadang-kadang dy suakan beberapa buah lagu untuk aq hadam
kadang-kadang dy usaha cari motivasi untuk aq sedar tentang kehidupan
dy banyak membantu dalam diam
cari lah sesibuk masa sengkang
mesej pendek kunjung datang
hanya tanya perkhabaran
senyum di bibir terukir diam
dia yang aq kira sebagai seorang teman 
yang tak pernah bersua muka

bila ku tanya apa erti art of friendship yang dy maksudkan
dy menjelaskan dgn cra yg bkn aq terima
katanya "teman sekadar ada"
maksudnya?
aq bersoal kembali


sometimes..being a friend means mastering the art of timing.


kawan yang bergantung kepada masa, siapa kata tempoh waktu yang panjang mengikat kemesraan
bergantung kepada kepentingan seseorang itu juga
masa bukan kayu ukur kepada sesebuah perkenalan sebenarnya.


There is time to silence,


kadang-kadang ada juga waktu menjadi kawan kita kena diam
kena bagi kawan lain ruang
mungkin ruang untuk diri sendiri.


a time to let go and allow people hurt themselves into their own destiny


ada juga perlu bagi masa untuk kawan belajar sendiri apa yang mereka tak pernah beljar
bagi mereka rasa sakit
bagi mereka rasa pengalaman untuk belajar tentang kehidupan
kehidupan yang kita sendiri yang tak dapt ungkapkan

And a time to prepared to pick up the pieces when its all over

kawan juga perlu bersedia saat kawannya yang lain terluka
itu ertinya kawan?
macam tak percayakan daripada art of friendship tu
tapi aq suka ungkapan yang tercatat itu

bila aq tanya sampai bila dy akan bagi semangat untuk aq kuat tempuh kehidupan
dy jwb senang "bila awk da bahagia,sy takkan ada dengan awak lagi"
aq tanya lagi "awak cakap awak kawan saya?"
dy kembali bereaksi
"saya hanya selesa jadi kawan waktu sukar sahaja"
tapi? kenapa ya?
"saya selesa macam ni,bukan dengan awak seorang tapi dengan teman yang lain juga"
noktah disitu



Wednesday, June 29, 2011

shareCERPENmenangTIMEsekolah

RUANG RINDU PERMINTAAN HATI


Ilham Nur Hanani menarik perlahan buku dalam tenungan Hakeem,dia menarik kasar buku dari pegangan abangnya itu.Jejaka itu masih membatu,reaksinya itu mengundang rasa sakit hati Hanani lantas satu cubitan bermakna di hadiahkan di lengan jejaka itu yang sedikit terdedah.Dirinya ketawa suka bila wajah kembarnya itu sedikit berkerut dan reaksi wajah yang kelakar dipamerkan.
“Ibu,tengok Han ni,suka sangat kacau Kim..”Jejaka itu menggosok lengannya yang sedikit berbirat.Kulit putih bersihnya itu menunjukkan jelas kesan cubitan Hanani.
“Hanani..”Suara Puan Asyikin kedengaran perlahan dari dapur,dia memang teruji dengan sikap nakal Hanani yang sudah berusia 16 tahun itu,gadis itu lasak sejak kecil dan perangainya itu berlarutan hingga mencecah usia remaja.
“Kim ni Ibu..Han cuma minta balik buku Kim pinjam,tu pun nak mengadu..Kim nie..” Hanani menghampiri jejaka itu lantas telinga Ilham Muhammad Hakeem dipiatnya perlahan, bibirnya mencetus ketawa kecil.
“Han!!!”Suara dari Puan Asyikin kedengaran dekat dengan dirinya lantas Hanani menelan air liur pahit,tingkah nakalnya sebentar tadi dalam renungan ibunya itu.Pahit!!
“Erm…Han cuma nak menyakat Kim je..”Hanani menggaru kepalanya yang tidak gatal, peluh ketakutan mula menyusuri perlahan di tepi dahinya.
“Han,janganlah nakal sangat..Kim tak pernah naik tangan dengan Han,jangan sampai abang Han hilang sabar dengan peragai Han.”Puan Asyikin menghampiri gadis genit yang lincah itu lantas kepala anaknya itu diusap perlahan.
“Kim,Han minta maaf ya..”Buku dijemarinya disua ke arah jejaka itu namun tiada sambutan, Hanani kaku..Dia sedar banyak perkara ‘tragadis’ yang sering dirinya lakukan pada insan yang selalu berlembut dengan dirinya selama ini.
“Han janji Han takkan buat nakal lagi dengan Kim..”Bicara Hanani tulus,wajah Puan Asyikin dipandangnnya memohon simpati atas tingkah laku Hakeem yang berdiam diri itu.
“Kim nak keluar pergi study group dulu ya,Ibu.”Hakeem melangkah perlahan ke arah ibunya dan menyalami insan itu,satu senyuman nakal di bibirnya membuatkan Puan Asyikin mengerti.

Hanani menolak kasar kanvas lukisan di hadapannya,kerja rumah yang diberikan oleh Encik Zahid itu masih terbengkalai dan tarikh akhir kerja itu adalah pada minggu hadapan. Hanani menarik perlahan kanvas itu kembali lantas pensel yang terjatuh dari meja sebentar tadi dicapai kembali,jemarinya mengetuk perlahan meja menadakan gelodak perasaannya,satu idea tidak menyinggah masuk ke dalam kotak fantasinya.Satu coretan pun tidak terjelas di atas kanvas itu,dia rasa sedikit teruji atas mogok suara yang dilakukan oleh Hakeem.Nampaknya tingkahnya kali ini telah menyakitkan hati Hakeem yang sentiasa sabar itu.Hanani menyapu perlahan air matanya yang menitis perlahan,tiba-tiba dirasakan dirinya terlalu sensitif.
“Permohonan Kim lulus!”Suara sedikit terjerit itu menempuh cuping telinganya.
“Alhamdulillah,bila tarikh daftarnya?”Kedengaran suara Encik Ilham Nafiz bertanya dengan nada ceria.Hanani berasa kalut bila isu yang sedang dibincangkan di ruang tamu rumahnya itu difahami oleh dirinya.Hakeem akan belajar di  MRSM?
“Dua minggu lagi,sempat nak siapkan semua tak?”Soal Hakeem dalam nada teruja dari luar sedikit mengusik naluri Hanani,air mata itu mengalir lagi.
“Han,tengok ni.”Surat dalam tatapannya segera disua ke arah Hanani yang masih menutup sebahagian muka dengan tapak tangannya.
“Hmm..”Hanani membuka tangannya dan matanya lantas menatap Hakeem,air matanya menitis hebat.
“Han,kenapa ni?’Soal Hakeem tidak mengerti,surat itu diletakkan diatas meja.Jemarinya seinggah di bahu Hanani,dan air mata yang menitis itu disapu segera.
“Han sakit kat mana?Jangan la menangis teruk macam ni,Kim tengok pun takut.”Hakeem tertawa,dia cuba memujuk insan yang dia tidak tahu puncanya itu.
“Kim,tak pergi boleh tak?”Soal Hanani,suaranya masih ada nada tangisan.
“MRSM?”Soal Hakeem tidak mengerti.
“Ya,takkan Kim marah sangat dengan Han?”Soal Hanani terkedu,air mata yang masih mengalir itu diusap perlahan oleh abangnya.
“Han,Kim pergi sambung belajar bukan tinggalkan Han terus lagipun Kim dah pasang niat nak berdikari.”Hakeem berkata,matanya masih menatap wajah muram itu.
“Kim pun tahu Han susah kalau Kim tak ada.Han takut ni kali terakhir kita bercakap” Hanani mengelap air matanya yang masih bersisa itu,wajah kembarnya ditatap dalam.

Jemarinya yang kebiruan ditatap dalam pandangan kabur,Hanani meraup wajahnya yang terasa kurang bermaya.Sejak akhir-akhir ini,pening kepalanya mula melarat.Kepalanya rasa berpinar sebelum dirinya rebah di lantai Dataran Perhimpunan hari Ahad itu.
“Saya tak sangka Han sakit macam ni,”Suara Puan Asyikin kedengaran perlahan dari anak telinga Hanani,matanya cuba dihala ke arah tirai yang menutupi segenap ruang tempat dirinya berbaring.
“Harapannya macam mana?”Suara Encik Ilham Nafiz kedegaran pula,Hanani menekan dadanya yang terasa sempit.Kalut,terasa nafasnya bagai mahu berhenti saat itu.
“Urgent!!!”Suara itu hilang dari pendengaran gadis itu,nafasnya dilepas berat seketika matanya memandang beberapa doktor mula mengelilingi dirinya.Kelam.

Suara mendayu milik Hakeem membacakan Surah Yassin kedengaran memenuhi ruangan kecil itu,deraian air yang menuruni pipinya dibiarkan.Wajah yang sudah ditutup dengan kain putih jarang dengan nada pucat itu dipandang sipi oleh anak matanya,gadis itu telah membawa sebahagian dirinya. Ilham Nur Hanani telah pergi dalam keadaan yang mendesakkan tanpa sebarang harapan petunjuk tentang penyakit Injap Jantung Tersumbat yang dihadapi itu. Dirinya tidak menyangka seminggu selepas dirinya mengambil keputusan ke MRSM telah memisahkan dirinya dan kembarnya buat selamanya.Gadis itu milik Ilahi.

‘Han nak sangat jadi Interior Designer,tapi Kim tengoklah…Lukisan Han selalu sangat tersangkut.Tak pernah keluar idea macam Kim buat,rasanya Kim yang kena sambung impian Han kalau apa-apa jadi dengan Han’

Suara itu masih ternyiang-nyiang di telinganya,suara gadis cilik yang suka menyakat.Allah meminjamkan ‘hatinya’ itu hanya selama 16 tahun.Pelan rumah dalam pegangan tangannya ditatap sebelum ditolak sedikit kertas besar itu supaya gambaran jelas dapat ditilik sebelum sebarang perubahan dapat dibuat bagi projek mega itu.Ilham Muhammad Hakeem memandang foto yang dibingkaikan yang diletakkan disii notebook miliknya.Wajah insan yang telah meninggalkan dirinya selama 8 tahun itu ditatap dengan senyuman.

‘Han,Kim capaikan impian Han.Han satu-satunya ‘jiwa’ yang selalu menemani Kim walau bagaimanapun kesusahan dan kepayahan yang Kim terpaksa tempuh,Kim tunaikan semuanya supaya impian adik kesayangan Kim tetap ada disisi walaupun jasadnya sudah diambil Ilahi.’

“YA ALLAH,cucurilah rahmat ke atas roh adikku,Ilham Nur Hanani Binti Ilham Nafiz. Tempatlah dirinya bersama-sama golongan yang beramal soleh..AMIN’