lUv yOu i wAnT u nOe

Showing posts with label newSTORY. Show all posts
Showing posts with label newSTORY. Show all posts

Monday, April 2, 2012

officially :)


alhamdulillah ♥

anything? anyone? apakah itu?
dipanjangkan syukur dan munajat pada ALLAH dengan setiap rahmat yang dikurniakan
alhamdulillah dengan kesakitan yang pernah datang 
masih terasa sakitnya kepahitan sebuah pengalaman
masih terasa peritnya meletakkan kepercayaan 
masih terasa air mata yang mengalir lesu di pipi
masih terasa pedihnya mata membengkak lama
dan masih terasa kekuatan yang sudah hilang

alhamdulillah ♥

seorang bertanya, seorang mengulas dan seorang menyokong
semuanya nampak gentar pada wajah
senyuman yang terukir terasa kurang kemas
wajah ceria terasa ada celanya yang nyata
pejam mata lama-lama
insyaALLAH..
mungkin ini harapan yang mahu dikhabarkan pada orang
mungkin ini satu kepercayaan yang menyusur perlahan
mungkin juga ini satu keyakinan yang menyerlah pada wajah

alhamdulillah ♥

boleyhkah kalau hari-hari lepas ini wajah ini terus mengukir senyuman
boleyhkan kalau setiap hari bibir ini meledakan ketawa perlahan
boleyhkan kalau nak cakap pasal masa depan mulai sekarang?
boleyhkah cuba membentuk peribadi mulai sekarang?
boleyhkan meletakkan target yang senang digapai?
insyaALLAH

alhamdulillah ♥

officially i'm _._._._._
restu ALLAH dan restu keluarga
menjaga sekeping hati dengan penuh amanah
insyaALLAH 
alhamdulillah

*kalau faham silalah senyum*

Sunday, April 1, 2012

shareAthing :)

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.



1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.


2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.


8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

iya *speechless* lagi


alhamdulillah..
dipermudahkan urusan ini  Ya ALLAH..sujud syukur mampu dilaksanakan menyatakan kesyukuran ini..
risau dan resah itu diusir pergi dengan beberapa kali pesanan bertandang dengan perlahan dan tenang..
yakinlah dengan perancangan ini dan harap dipermudahkan segalanya
dipermudahkan dengan cara yang manis dan indah dengan syariat ISLAM
disenangkan dengan restu-restu yang berkunjung tanpa henti
bisikan doa yang masih kukuh dalam pegangan dan harapan yang dipanjatkan
mengadu semuanya pada ALLAH dan minta semuanya pada ALLAH
dan syukur dipanjatkan kepada ALLAH atas satu kurnia yang sangat meruntun perasaan
iya, terkedu, terkedu dan terkedu yang mampu dilafazkan sehingga menitis air mata kesyukuran
moga berlandas pegangan ISLAM dalam hubungan dan restu yang dipanjangkan
insyaALLAH, bisikan doa akan terus dibicarakan padaNYA yang punya ketentuan

Friday, March 30, 2012

mengenangKISAH



menaip dalam satu rasa yang penuh selesa
iya, aq rasa aq tak tahu dan aq betul-betul cakap
aq baru dapat balik hidup aq dalam tempoh dua tiga bulan ni
kata orang di sekeliling tentang aq, mereka pandang aq dengan versi masing-masing
mereka ada pandangan 'siapa ainatul syahirah ashaari' sendiri dan bagaimana gadis itu.
sebab aq ni manusia yang tak dapat nak minta orang pandang aq dengan versi aq
aq hanya mampu iyakan setiap versi yang mereka pandang aq..
kerana aq rasa setiap hari aq buat khilaf, aq sangat-sangat berharap orang sekeliling dengan aq beri teguran
cakap salah yang aq buat dan tegurlah dengan versi masing-masing sebab aq tengah belajar terima kekurangan diri
aq tak marah dan aq tak akan melenting, ini memang satu yang aq cuba lakukan supaya aq jadi yang senang di mata semua orang
aq bukan niat nak puaskan hati semua orang tentang aq, aq cuma harap aq tak ada masalah dengan sesiapa
sebab aq takut esok aq tak ada dan tak mampu minta maaf lagi *okeyh, ayat klise lagi*
tapi jujurnya, itu satu sebabnya aq kerap cakap yang tolong tegur dan tolong maafkan salah aq
*point-kita tak sedar salah kita, dan orang sekeliling saja yang perasan salah yang kita buat*

ad seorang kawan tanya, aq iri hati pada dy ke?*senyum* kalau dulu aq rasa memang aq pernah iri hati dengan dy, kehidupan dy yang bagi aq penuh kebahagiaan
tapi sekarang aq rasa semua tu dah tak ada, aq fikir masak-masak.. renung diri sendiri dan fikir dan kerap fikir, aq tak ada lagi rasa itu
sebabnya aq mula belajar redha dengan ikhlas dan versi kebahagiaan aq dengan orang lain tak sama *hidup kita ditentukan sebelum kita lahir*
kalau boleyh, aq nak jadi yang matang.. yang orang respect aq dengan kemampuan yang aq ada dan aq tak berfikir untuk semua kesakitan lagi
kalau aq tak bergerak, aq takkan berubah dan aq asyik rasa aq betul dan kalau aq berubah tak ada kena-mengena dengan orang lain
aq berubah kerana ALLAH bagi jalan dan petunjuk dan mudahkan langkah aq nak bergerak ke arah lain.
aq harap arah itu yang lebih baik :)

simpanlah setiap moment kisah sebagai panduan, tak salah rasanya kalau kita berubah menjadi yang lebih baik
hidup kita tanggungjawab yang perlu kita lunasi dan belajarlah dari setiap perkara di persekitaran

-semoga ALLAH merahmati hidup awak, sahabat-

Thursday, March 29, 2012

antaraSAHABATdanKAWAN


~mereka tengah berbicara tetapi aq sedang menaip dengan pasang earfon~

ada seseorang tiba-tiba cakap pasal beza sahabat dan kawan, dan itu pesanan berunsurkan nasihat.. mungkin usia aq dah menjejak dewasa tetapi aq masih tak dapat beza antara dua perkataan ni dengan lebih mendalam.. seyesly, aq tak tahu pun yang ada beza untuk dua perkataan ni dan aq anggap sama je..

*fikir sekejap*

iya, aq punya banyak kawan dan alhamdulillah sepanjang bakal menginjak ke usia 22 tahun ni aq punya sahabat yang sangat aq hargai, sayangi dan kasihi.. part of mylife and i heart them, insyaALLAH mereka sahabat yang baik pada aq..


Wednesday, March 28, 2012

kisahSEKEPINGhati

bagi hati pada yang punya
ini kisah sekeping hati.. yup, sekeping hati yang pernah kena hancur sampai jadi berkeping-keping lepas tu cebisannya masih tak mampu nak dikutip dan dicantum balik pada tempat asalnya sampai terfikir susahnya nak baikpulih semuanya dan kembali normal. masa nak baikpulih bukan bergantung pada tempoh tetapi lebih kepada cara tanggungjawab itu dilaksanakan untuk baikpulih sekeping hati.

a : *muka moody* 
b : kau kenapa weyh? teruk benar gayanya muka tu..
a : kenapa orang lain boleyh bahagia dan aq tak dapat rasa semua tu?
b : sapa cakap kau tak dapat rasa semua tu?
a : aq sendiri rasa yang aq tak bahagia, kenapa aq yang kena rasa semua ni?
b : apa rasa bahagia pada kau?
a : cuba kau tengok tu *jari menunjuk ke arah sepasang couple yang tengah bergurau*
b : itu bahagia bagi kau?
a : ya la, tengok..diaorang senyum dari tadi dan girl tu asyik senyum je.. bahagia kan?
b : kau kecilkan skopnya, bahagia ni bukan pada senyum.
a : kalau kau senyum tak maksud kau bahagia ke?
b : dear, kalau kau definisi bercinta tu bahagia macam couple tu.. kau kecilkan daya fikir kau.
a : sis, susah nak bahagia kan? i just need 'him' yang boleyh bahagiakan aq macam orang lain dapat tapi 
b : ... tapi kau tak dapat? sis, kau tutup hati kau kan?
a : sis, love is stupid when you noe da wrong person dan aq keep jumpa orang yang salah..
b : dear, kau tahu tak? 
a : tahu apa? *muka tak selesa dan kecewa*
b : bahagia tu letak dalam diri kita, maafkan kenangan dan senyum pada hari mendatang..insyaALLAH semua akan baik-baik.
a : sis, ingat senang ke nak positif dalam hidup?
b : make an effort dan kau akan rasa bahagia.
a : sis, hati aq berkeping hancur, sangat sakit dan sangat kecewa *menitis air mata*
b : dear, satu hari akan ada orang datang dan betulkan hati kau tapi kau kena simpan hati kau baik-baik sampai kau jumpa 'dia'.
a : ada ke, sis?
b : ada, dear..insyaALLAH..banyak berdoa kat ALLAH

kalau cakap dari hati seorang gadis, aq merasai kesakitan dia dengan hati berkeping hancur dan jadi cebisan kecil-kecil yang susah nak digamkan semula.. sakitnya susah nak diceritakan pada orangg untuk difahami tetapi sungguhnya meletakkan kebahagiaan pada hati itu perlu dengan sedikit azam yang kuat menyapa. sebagai seorang yang rapat dengan dy, aq mula berfikir cara nak hapuskan air mata yang sering keluar kerana sekeping hati yang dipermainkan dan dy kecewa di hadapan aq yang banyak meniupkan semangat kepada dirinya.. aq sayangkan dy sebagai kawan yang banyak bergurau senda tetapi dy tak mampu lupuskan kenangan lalu dengan kuat.

tersungkurnya dy seperti bawa diri aq sekali sebab aq merasakan air mata yang sering tumpah dengan kekuatan yang sukar dibentuk itu buat dy sering pasrah dan kalah denga tuntutan rasa. bagaimana bahagia pada aq? kalau dulu, kenalilah aq dari kisah dulu dan orang akan cakap senangnya jadi aq sekarang, cukup susah sebenarnya mencari bahagia dan aq merasai kasih itu dengan mencintaiNYA.. beberapa bibir berbicara, 'untungnya jadi, aina', 'bahagianya jadi, aina'.. siapa kata untungnya jadi aq? senangnya jadi aq dan bahagianya jadi aq..

kalau dihitung menjadi aq mungkin hidup kamu lebih manis sebab aq manusia yang banyak khilaf, yang banyak salah dan banyak kesakitan yang aq rasakan, namun bibir aq cuba mengukir senyuman semampu boleh supaya aq lebih positif, supaya tak ada orang simpati dengan aq dan aq takut menyusahkan banyak orang jadi 'senyuman itu hanya bahagia yang aq gambarkan'..


sis, 
mencari kekasih halal itu banyak caranya dan satu cara yang manis adalah berdoa pada ALLAH selalu supaya kamu jumpa orang yang betul dan tak salah lagi..  mencari 'jodoh' tu macam mencari keperluan kita dan kerap kali aq cakap sis, cari pemilik tulang rusuk kamu yang boleh menjadi imam pada sebuah perkahwinan tetapi kamu kerap cakap kamu tetap nak dia yang tengah bahagia dengan orang lain. 

sis, 
lelaki yang akan jaga kamu adalah lelaki yang takkan menyakiti hati kamu walaupun dengan tidak sengaja dan dia membuatkan kamu rasa bahagia bila kamu dengan dia. dia kan buat kamu tenang walaupun dia hanya cakap 'ya' setiap kali kamu bercerita dan kamu selesa dengan dia seadanya. bukan bermaksud dia perlu jadi perfect dalam semua segi tetapi yang melengkapkan kekurangan yang kamu punya dan kamu melengkapkan kekurangan yang dia punya sebab perkahwinan itu melengkapkan antara pasangan.

sis, 
kamu bukan orang pertama yang cakap untung jadi aq yang bahagia... kamu tahu kisahnya dan kamu tahu jalan aq pernah lalui dan kamu kerap kata aq tak faham perasaan kamu, iya sis memang susah nak faham perasaan kamu tetapi sis, tengok kamu terluka buat aq nak menangis sama walaupun kamu cakap aq tak faham perasaan kamu.. sis, aq kerap pesan yang 'hargai bukan bererti siksa diri sendiri'.. 

much need you and luv u my sis
-ur lovely friend-

Tuesday, March 27, 2012

persepsiITUkepercayaan

persepsi sebenarnya dibentuk berdasarkan kepercayaan yang kita punya
versi ini. versi itu. dan macam-macam versi kisah kita yang orang lain dengar dan orang lain tolong judgekan untuk kita sampai kita tak mampu menggelakan dan berdiri depan mereka dan jelaskan perkara sebenar sebab kita tak mampu dan tak berkuasa menarik hati mereka untuk mereka percaya. sungguh susah untuk menjelaskan persepsi kita tentang sesuatu perkara kepada orang lain yang mempunyai kepercayaan yang telah dipegang. semuanya bergantung pada berapa banyak kepercayaan yang ada dan versi cerita yang mereka dapat. persepsi tu sebenarnya kepercayaan yang kita sendiri tahu kayu pengukurnya.

banyak perkara yang jadi adalah sebab persepsi dan cara kita laksanakan persepsi itu sendiri. sebagai contoh, kita akan anggap seseorang itu baik pada pertemuan pertama dan itu persepsi pertama yang takkan berubah sampai kita berkenalan dengan orang tu, selidik hal orang tu dan menjalankan hubungan dengan orang tu. persepsi pertama mungkin akan berubah dengan situasi, keadaan dan atmosfera kisah itu, mungkin orang tu akan jadi sangat berbeza dengan persepsi kita untuk satu-satu tuntutan yang kita tak mampu nak jelaskan sebabnya dan sebenarnya kita tak mampu pun tahu sebab persepsi itu sendiri.


nak mengubah persepsi mungkin dapat dilakukan dengan membina personaliti baru tapi susah sebenarnya nak ubah pandangan orang tentang kita sebab manusia tak perfect, kita tak mampu jadi sangat sempurna jadi.. senangkan diri dengan apa yang kita punya walaupun persepsi orang tentang kita adalah berbeza dan susah nak terima kenyataan orang tentang kita..


dear sis :)
alhamdulillah for a long conversation, sebenarnya rindu sangat nak cakap banyak-banyak macam tu pada awak sebabnya dah lama rasanya kita tak berkongsi kisah macam tu..bukan rasanya terlalu lama tetapi memang lama, kita bawa haluan masing-masing dan kita jadi orang asing untuk satu tempoh yang panjang.. sis, jangan ubah persepsi itu selagi mampu dan peganglah semampu awak sebab saya tahu awak sangat kuat untuk pegang kepercayaan itu :)
insyaALLAH, nanti kita cakap banyak-banyak lagi yup.. surely, alhamdulillah dan saya sayangkan persahabatan kita dan berharap saya mampu betulkan kesalahan yang pernah jadi.. anything, surely u still have me..

Friday, March 23, 2012

currentlyFINDdaREASONS


gain more and learn more
stated of you know more
(sila klik link di atas)



mesinMEMORI

sebanyak masa yang ada. sebaris senyuman yang muncul
kaku pada cermin. mimik muka sendiri dengan pelik
senyuman yang pelik. agak pelik mungkin
dia opera diri sendiri. menenggelam semua yang dia pasti
bibir terkunci sendiri. meragau-ragau satu mesin memori
yang mungkin dia pernah kesali dan pernah dia hargai
tetapi mesin itu tiada butang balik ke masa silam untuk dituntuti
jadi. dia hanya mampu cakap dia mengeluh dalam diam
dia senyum seakan tanda kepuasan. tapi.
siapa dapat baca hatinya yang tak mampu mengukir girang
dia hanya punya cerita versi dia sendiri yang tak mampu dirobek anak mata orang lain
dia.dan versi dia.dan aq hanya dapat teka.
apa kisah dia sendiri? mana mesin memori

Tuesday, March 20, 2012

letakSENYUMtawaDANniat


dahi disapa tangan perlahan
panas mendidih terasa meragut kerongkong
pedih dan sakit
jatuh pengsan jatuh
sakit yang mewakili tubuh
mata memejam erat dengan blanket ditarik kuat
kerongkong tak selesa
dua tiga panggilan di terima
merisik khabar dan kekuatan bermukim
kalau nanti pagi badan masih diasak waktu
abang sedia untuk bawa ke bangunan berbau kimia kuat
kerinduan ini dengan keperitan
munajat pada ALLAH supaya aq kuat


Friday, March 16, 2012

behaveASagirl

*senyum di bibir*

mata masih memandang ke arah dua gadis itu sebelum bergerak meninggalkan fakulti, dengan barisan senyuman yang masih belum lupus di bibir... apakah yang sebenarnya? dialog antara mereka berdua :

A: kau rasa untung dapat dia?
B: mesti lah, best girl win ~senyum bangga~
A: perlu ke kau berebut dengan kaum kau sendiri?
B: tu semua dugaan juga nak uji cinta aq kat dia~masih senyum sambil jemari menekan gajet di tangan~
A: dugaan?maksud kau?~muka blur~
B: ya la, nak tengok betapa teguh cinta kami
A: kau rasa berbaloi bergaduh dengan girl untuk menangkan boyfie kau?
B: mesti lah..dah boyfriend aq, mesti aq menangkan dia..aq sayang dia kot, takkan nak bagi kat orang lain pulak.
A: kau rasa untung dapat dia?
B: mestilah sebab ada compete nak dapatkan dia, kiranya aq ni paling untung la dapat dia.. a best girl win
A: fungsi kau cakap macam tu?
B: nak nyatakan aq menang, hebat dan kuat sebab dapat dia dari perempuan tu..
A: bangga ke? ~ada senyum sinis~
B: semestinya sebab aq dapat dia dam perempuan tu kalah ~senyum makna~
A: boyfie kau buat apa masa kau gaduh dengan perempuan tu?
B: dia rileks je~ pandang muka kawan dia dengan wajah pelik~


senyuman tu masih kekal pada wajah aq sampai aq balik kolej dan aq fikir sendiri, apa itu pergaduhan rebutkan seorang lelaki yang masih bergantung pada duet PTPTN dan kadang-kadang sampai tak makan sebab duet dah habis, survive dengan megi *ni tak condemn orang yang makan megi sebagai makanan ruji setiap hari* dan seorang perempuan sanggup menangkan lelaki tersebut dengan sebab :sayang:.. mungkin akal aq tak terjangkau dengan pengertian cinta mereka namun dari sudut psikologi sebenarnya reaksi di atas lebih kepada tunjuk siapa hebat dan rebutkan lelaki tu dan da best point " girl tu sacrifice bergaduh dengan kaum sendiri untuk defend lelaki tersebut." Please girl behave yourself dan jangan nampak desperate sangat dalam mencari teman, behave and behave sebab kalau kau tak mahu jaga kelakuan kau macam mana orang nak respect kau as a girl, berebut dan berebut tu tak ke mana.. okayh,,,jum fikir kejap

lelaki buat rileks bila perempuan berebutkan dia? pada persepsi sebagai gadis apa ya? kalau dari segi psikologi aq sendiri, dari pandangan aq.." a boy just test market" dan dy nak bagtao a girl deserve to protect him, i mean protect him from those 'stupid thing.' Patutnya lelaki jadi pelindung, tapi sekarang dah terbalik pulak.. girl tu agresif bagai macam ' da boy tu dy punya.'..Aduh, tak payah nak cakap ' he mine', sampai bila-bila pun 'he never be yours' sebab syurga lelaki tu masih kat keredhaan mak dy. Those word just mencipta perasaan ja, jangan lalai for those thing..surely fikir pasal diri sendiri dan amanah yang keluarga telaha bagi..laksanakan dengan baik dan tak payah berebut ya sebab ~jodoh kita dan dicatat semasa kita berusia 4 bulan dalam kandungan ibu kita~
tapi...kalau berharap pada cinta, mintalah pada ALLAH dengan solat hajat dan iringi dengan istikharah sebab CINTA HALAL itu lebih indah.. 

.:jaga hati baik-baik dan mencari redha ALLAH:.

Wednesday, March 14, 2012

senduPADAwajah

~menutup buku~

bangun pagi dengan nada yang kurang motivasi, minggu ini..
pertama kali sejak jejak kaki ke kampus, ini pertama kali rasa lost tanpa sebab..
yup, tanpa sebab..
terasa hati balik ke kampung tanpa disedari dan minda di tinggal di Rawang tanpa di bawa pulang ke kampus.
senyap sunyi saat mata menyapa atmosfera gelap di awal pagi
kerinduan yang sukar ditanggungi, rindu untuk mengadu lagi..
sudah lama rasanya hilang dipupuk masa kesibukan sehingga tiada ruang untuk mengadu
kelu lidah mengatur aduan dan harapan supaya dirahmati, mentafsir rasa hati
kerinduan ini dilempiaskan sekadar mampu dengan tuntutan subuh menjelma
bersyukur doa sebelum tidur dimakbul Ilahi, hanya untuk mengadu padaNYA..

~sisip pagi~
rasa kehilangan, dengan wajah tanpa baris senyuman..
cerita pasal semalam, tertutup diam..alhamdulillah masih beri aq kesabaran dengan herdik manusia.
aq rasa tenang mampir disamping mereka dengan senyuman mesra lagi, tanpa terjelas keresahan..
mungkin ini ujian mendatang mentafsir bicara gadis berusia 19 tahun itu, aq perlu lebih matang..
menolak bukannya bergaduh kerana 'a boy'..
a boy is differ from a man
i dun need a boy to complicated my life and i prefer a man
jadi,kalau nak berhajat bergaduh for a boy.. sori to say, tak berminat sikit pun

~gajet putih~
menyapa perlahan dengan beberapa pesanan yang cuba membuatkan aq tenang
barisan yang disusun dengan nada berhemah dan seakan memberi kekuatan
berdiri di atas satu percaturan, sebab tanggungjawab yang di pegang membuatkan diri rasa mempunyai penaung yang suka membuatkan bibir seakan tak pernah hilang garis senyuman.

~suara kekuatan~
suara emak menyapa dengan beberapa pesan supaya tak mengalah dengan tuntutan perasaan manusia
ketenangan terasa dengan bibir itu melafazkan zikir perlahan supaya aq tak menangis dengan rasa kosong yang sedang aq hadapi
beberapa pesanan ringkas dengan nada suara yang mengukir tergambar dengan senyuman
keduanya jauh dengan pesanan yang sangat membahagiakan
semoga rasa kosong ini segera hilang

'time to use a smile again'

aTAKENday


~selamat hari lahir~

siyesly niat di hati just nak wish  'a hepi birthday' for a guy.. yup, a guy as a friend
but..dalam dua tiga minit lepas hantar mesej tu, ada nombor baru masuk.. a girl =) got da point?
'jangan ganggu dy lagi.. i aspect u have died..' ~diam.terkedu.diam~
apakah ni? marah-marah pulak, tak fahamnya..untuk ke berapa kalinya, di serang lagi oleh seorang 'girl'
*boleh pengsan kah?*
aduh..kenangan bawalah dia pergi jauh-jauh sebab aq just nak wish birthday n hope for a'thanx'..
bila dah mula berbalas mesej dengan cara dy marah aq macam nak bf dy, i just use a simple word 'may ALLAH bless u'
then dy reply , ' i dont need it at all'... *diam* apakah tak mao kasih sayang ALLAH? tak faham
bila aq reply lagi, "perlu ke a girl defence a boy that got nothing on it?
" dengan bangganya dy reply, " i not defend a boy but MY BOYFRIEND." *senyum sambil geleng kepala*
~ya, memang officially ur BOYFRIEND~
i dun need him at all, surely dun need him at all because he was nothing on me..
aq just nak wish, bila pandang mesej lama-lama rasa nak ketawa pulak sebab dah lewat pukul 12 malam pun.. a boy mengadu pada girl tu pasl msg bufsday aq.
girl tu balas lagi 'u such a pretend girl.' apakah kali ini? dengan sambungan mesej 'KARMA around and watch out'
apa ni? last mesej dy reply 'sok ada date'..aduh, date? tak payah la.. tak bawa kesan apa-apa pun kat aq sebab..
i more believe 'KEKASIH HALAL' date, halal itu lebih indah... i dun need a date for relationship but i need REDHA ALLAH for everything i do..

~dear girl~
may ALLAH bless u always with HIS love
i forgive every single thing u think and judge about me :)

Tuesday, March 13, 2012

SubhanallahAKUmencintainya


Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku



Monday, March 12, 2012

ameenKANdoa



"Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita" 
[Imam Shafie]

it not okay to love those that may hurt your feeling

menatap skrin dengan mata yang pedih,
menyentuh dahi sendiri yang masih panas 
menahan sinus yang membuatkan tekak terasa perit
selera makan yang berkurangan
susut tubuh bakal menjelma lagi? mungkin?

seakan usia mentadbir kata, menyambut huluran doa berpanjangan
redhakan setiap perjalanan yang mungkin panjang lagi
meniti diri sendiri di atas jalan yang seakan rumit
hadir dengan senyuman kekuatan yang cuba diukir supaya tak lenyap
harga sebuah kasih sayang?
seakan menghitung kisah sendiri... apa kisahnya dua tiga tahun lagi?
beberapa renungan yang dirasakan merusik hati
beberapa huluran yang membuatkan bibir tersenyum beku
'i'm love to be taken by your way'


DIA anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu ALLAH ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi terakhir bagiku
restu Allah ku mencintai kamu
Ku pinang kau dengan bismillah
(Ku Pinang Kau dengan Bismillah - Rossa ft Ungu)


naungan yang seakan semakin kuat 
hadirkan restu dalam mencari sebuah tautan yang memintal hati
hadir yang bergema perlahan, menitip nasihat yang tak pernah putus
siapa aq padanya?

Wednesday, March 7, 2012

akuSUKAdia....

'aq suka dy dowh..seyes suka, dah la cumel..mata aduyai comelnya..."


aq pandang lelaki yang berdiri dekat dengan tempat duduk di bas-stand fakulti, jejaka yang tinggi dan berkulit putih ^_^ dengan melekapkan earfon pada telinga..~karisma~
mungkin ala-ala macho jugak la..mungkin sebab kulitnya putih dan tinggi dia jadi tarikan dalam kawan-kawan aq yang berdiri sambil tunggu bas di situ. Dua tiga orang berbisik sambil memandang jejaka yang nampak khusyuk dengan alunan lagu menusuk telinga.

'aq suka mamat yang berdiri tadi tu, baju hijau ala-ala mata comel tu.'
kawan aq senyum, hari dah menginjak ke malam dan peristiwa tu bertapak lama dalam mindanya ~konsentrasi~. aq pandang wajah ketaksuban dy menceritakan perihal jejaka tersebut, nampak gayanya dy macam dah suka sangat dengan insan yang tak bernama tu.

'dah dua sem aq usha mamat tu kot. cumel'
aduh.. dah kes parah kalau macam tu, aq suka cara dy cerita tentang jejaka itu beberapa tempoh dan kadang-kadang bila terserempak jejaka itu automatik muka kawan aq akan merah menyala~dy dah pandai malu~. kadang-kadang aq perhati dy seakan jatuh cinta pada jejaka yang dy tak ketahui nama itu, ini aura cinta ke?

'...tapi aq tak terbayang nak kahwin dengan dy..."
hari itu aq tengok kawan aq agak berlainan bila bercerita perihal insan itu walaupun matanya bersinar seperti selalu namun kata-katanya itu seakan membuatkan aq keliru, dy admire lelaki itu sampai tiga sem dan dy cakap dy tak mao pun kahwin dengan lelaki itu

- erk, kenapa plak? bukan kau suka dy sangat ke?
+ suka tapi tak leyh bayang masa depan aq dengan dy...
- maksud kau?
+ yup la, dy comel, muka smart semua tapi boleh ke dy bimbing aq nanti
- (speechless)
+ ..jadi imam yang baik.
- owh, kau suka-suka je ke?
+ aset dy kat muka tapi agama dy?
- maksud kau?
+ kau nak kahwin dengan orang boleh bimbing kau ke atau kau bimbing orang tu? kita ni perempuan kot..
- mesti la yang bimbing aq, aq pun jalan bengkang-bengkok.. lao aq bimbing orang tu terus tak lurus la ^_^
+ sebab tu aq tak boleh bayang masa depan aq dengan dy (senyum manis)

baru aq dapat point lepas tu, suka tak semestinya jatuh cinta.. suka untuk mengagumi ja. tak ada rasa nak terus bawa ke jinjang pelamin..

.: aq memang tak pernah usha budak kampus UPM ni, ntah la,..no life bercinta satu kampus.. bayang plak lao couple kena marah dalam kelas, surely muka kita pun berbahang kot:.

Sunday, March 4, 2012

ceritaMENDESAKhati


bertenang seperti ini? mungkinkah?


kadang-kadang...
kita seakan terlupa yang kita perlu buat banyak pilihan dalam kehidupan
bermula dari bangun pagi sampai tidur balik, banyak yang kita perlu buat pilihan
banyak sangat yang harus diuji dan dibuat keputusan
kadang-kadang orang tak faham sebab pilihan itu yang kita buat
sebab kadang-kadang ini yang mendesak rasa ini
dilema yang mencengkam segenap rasa hati dan hari
kadang-kadang ini yang membuatkan banyak orang terluka
semua yang kita buat sebenarnya tak dapat beri kepuasan kepada semua orang
sekurang-kurangnya kita kena cuba bagi yang terbaik untuk semua orang
~~~untuk semua orang
masa kelu lidah mati untuk berkata-kata
hati merintih perlahan dengan percaturan yang berat untuk dilaksanakan
melunasi tanggungjawab yang sedang di genggam kini
hanya minta untuk difahami setiap yang aq ambil tindakan
tak mampu untuk memuaskan hati setiap pihak namun aq cuba supaya aq tak terkorban
derap langkah kini nampak jalan namun diatur halangan satu-persatu supaya di gugat rasa
sakit, pedihnya meresapi setiap urat nadi, nafas diatur susah walaupun udaranya dirasakan cukup
cukuplah untuk aq meminta agar memahami yang aq sering bertelaku di sini dengan jawapan ini
kadang-kadang ini buat semua masalah rasa sukar diatasi dengan singkat
aq pejamkan mata lama, entahla..
bukan ini satu permintaan namun ini yang diharapkan
bukan satu kesalahan jika ini mendamaikan semuanya
kadang-kadang yang kadang-kadang menyetakkan

Friday, March 2, 2012

mungkinDUGArasa

~rasa dilema yang sangat kuat saat ini ~

menitip waktu setiap hari, membilang satu persatu dengan rancangan yang ada dalam fikiran
banyak yang perlu dilangsaikan, kata orang perlu bertenang sebelum buat keputusan
senyum pada cermin dan cakap diri sangat kuat untuk semua yang telah ditetapkan
cuba senyum pada setiap orang yang menyapa datang, mesranya senyuman untuk satu persahabatan
berdetak satu-satu masa, pejam mata erat dan bayangkan masa depan...
apa akan jadi buat sedikit waktu nanti? masa depan dan kenyataan yang harus dilunasi
sekarang dalam waktu di lema, di lema dengan banyak perkara...
Kata seorang teman, "biarkan di lema itu pergi perlahan-lahan supaya hati tak berganjak lagi."
dia senyum sewaktu berbicara, matanya menatap wajah resah aq yang masih terjelas
senyumannya satu kekuatan saat itu, apabila aq tanya pendapatnya lagi untuk perkara rumit ini
dia senyum lagi dan kali ini aq rasakan anak matanya merobek setiap keresahan yang aq rasakan
dia tanya dengan wajah mesra yang kunjung, "aina sangat yakin ke? sangat-sangat yakin?"
jadi aq angguk, yakin dengan percaturan yang bakal aq lakukan setelah aq menetapkan keputusan
dua tiga hari, perancangan lama ini macam sedang di uji perlahan dengan satu-satu menyusup datang
menguji rasa hati mungkin, menetap berapa kuatnya diri ini menatapkan janji yang telah dilafazkan
mengira diri sendiri kuatnya untuk kali ini, restunya sudah ada namun benarkah kata orang..iya, benar rasanya 
"tempoh ini tempoh ujian supaya keputusan yang telah di buat dapat diuji dengan perancagan tempoh panjang ini."satu-satu halangan datang menyapa dengan mimik-mimik mesra, seakan tahu diri ini sedang bernaung rasa
seakan tahu yang diri ini sudah mencapai kata sepakat, menyapa dengan senyuman dan memberi perhatian
tolong jangan menyapa lagi, diri ini tak mahu di lema yang terlalu berat untuk menyelesaikannya

~YA ALLAH mudahkan urusan yang satu ini~

Thursday, March 1, 2012

kuasaSEORANG'gadis'


pada mulanya aq hanya berniat untuk menulis tentang sifat 'playgirl' seorang gadis tetapi masa tengah cari info, terdetik dengan 'ujian wanita buat lelaki'. Beberapa sumber cuba dicari untuk ditokok-tambah idea supaya isinya jelas dan kukuh dan difahami berdasarkan fakta yang nyata.

pernah dengar tak tentang 'wanita merupakan satu ujian di atas dunia'?
mana ujiannya? mana dugaannya? mana kekalahannya?
seorang gadis/ wanita/ perempuan mempunyai sembilan nafsu dan  satu akal, betul tak?
iya kan? dan lelaki pula ada satu nafsu dan sembilan akal dan atas sebab itu lelaki menjadi imam dalam kehidupan.

“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” [Surah an-Nisa, ayat 34]

Daripada Ibn Umar, katanya: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Ketua adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Kaum lelaki pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Perempuan adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan akan ditanya kepemimpinannya. (Orang suruhan) adalah pemimpin (penjaga) hartanya dan dia juga akan ditanya mengenai penjagaannya. Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya kepemimpinannya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

dah terbukti dengan ayat al-Quran dan Hadith lagi yang kepimpinan lelaki sebagai khalifah tetapi dasarnya wanita itu ujian bagi seorang lelaki.

Dari Usamah bin Zaid, Rosulullah shollallahu’alaihi wasallam bersabda: “Tidak pernah kutinggalkan sepeninggalku godaan yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki selain daripada godaan wanita.”

godaan bagaimana yang dimaksudkan? wanita hadir dengan pelbagai teknik untuk menyekat sesuatu, kalau tak percaya cuba tengok persekitaran dengan godaan yang wanita lakukan *kaum sendiri lebih memahami sebenarnya* walaupun wanita diklafikasikan sebagai kaum yang lemah tetapi teknik-teknik kelemahan itu yang boleh mengusarkan hati seorang lelaki termasuklah mentaliti seseorang lelaki terhadap sesuatu perkara.

beberapa perkara telah terjadi sepanjang aq melatari hidup sebagai gadis...
cuba tilik kiri kanan, cuba pandang semua yang jadi dengan bersebab
~playgirl?? tangguh dulu isu itu..
cuba, cuba pandang apa jadi pada seseorang lelaki kerana seorang gadis..tilik dan diam

-sanggup bergaduh dengan kawan baik sebab nak pertahankan seorang gadis.
-sanggup tolak keluarga kerana seorang gadis yang disayangnya
-sanggup ubah cara diri yang dipegang lama kerana seorang gadis
-sanggup bergolak-bergadai kerana ingin memenuhi hati seorang gadis
-sanggup tolak ego sebab bagi gadis pijak kepala
-sanngup senyum pura-pura sebab nak nampak gembira walaupun terluka

banyak lagi yang 'sanggup' lelaki lakukan kerana seorang gadis

Wahai saudariku, mintalah pertolongan kepada Allah, agar kita tidak menjadi wanita penebar fitnah. Jadilah wanita mulia yang dapat mencetak generasi sholih untuk kejayaan agama islam, dan untuk keselamatanmu di akhirat kelak. Dengan apakah kita melakukannya wahai saudariku? Yaitu dengan mempelajari diinul islam yang haq, sesuai Al-Qur’an, As-Sunnah, dan pemahaman salafussholih, mengenai bagaimana beraqidah, bermanhaj, berakhlak, bermuamalah, berhijab/berpakaian syar’i, dan lain-lain dari seluruh aspek kehidupan kita.

Sumber : http://muslimah.or.id/akhlak-dan-nasehat/wanita-sebagai-ujian.html
http://hatiwanita.wordpress.com/2011/10/13/lelaki-sebagai-khalifah-allah-di-muka-bumi-ini/
http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=638&kategori=12

Monday, February 27, 2012

entahRASAhati


lorek-lorek hati mula ditinggalkan pergi dengan perlahan
detik demi detik seakan mengejek masa yang sudah pergi
air mata sudah hilang kesannya pada wajah, senyum mesra ini?
di tanya beberapa kali untuk rasa sakit itu... kuatkah sisa rasa yang masih ada?
menjejak satu satu rasa yang perit, melukis kisah biasa
gadis biasa yang menjalani kisah biasa.. keajaibannya? 
mungkin rahsia yang belum kunjung tiba
insan di sekeliling melihat perubahan yang makin positif
alhamdulillah, resah sudah tak keluar dari bibir yang sama
jiwa ini? kosong rasa semakin terisi.. 
cuba menolak satu satu rasa yang masih dimahukan
apakah rasanya ini?

belas belas rasa yang makin hilang, fokus pada komitmen
satu satu tanggungjawab seakan datang menyapa perlahan
senyuman yang seakan dilorek lama dengan bibir beku tanpa kata
rasa yang seakan mahu pergi jauh itu dilurut kembali
supaya kuat dan tegas menangi semuanya dengan tenang,
biar tangisan selepas ini tangisan kegembiran 
kocekan hati yang dijelajah perlahan, perit menahan sakit ini
apa rasa hati sekarang?