lUv yOu i wAnT u nOe

Showing posts with label hurtingME. Show all posts
Showing posts with label hurtingME. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

hanyaSEKEJAP

hanya sekejap tapi rasa sangat lama
iya, sangat lama..
kalau ditanya apa yang aq rasa sekarang?
adalah ketakutan yang berpanjangan
risau apa akan jadi untuk masa akan datang
"tak apa, aina kuat"
"tak la..aina baik tao"
"tak aina..itu masa lalu"
"insyaALLAH, ALLAH Maha Mengetahui niat hambaNYA"

"tolong aq, macam mana nak settlekan masalah ni?"
"i need you"
"giler buntu, bagi suggestion ckit"
"kenapa aq kena lalui semua ni?"
"tengah fikir betul tak yang kau cakap kat aq."
"untungla kau, ada orang sayang."

*menitis air mata*

hari-hari aq lalui dengan kesakitan, ada orang cakap aq mengeluh, mengalah dan merugut..
ada masa aq sapu air mata sendiri sebab aq tahu tak ada siapa dapat tolong aq hilangkan sakit ni
cuma dapat tolong ringankan rasanya dengan bacaan ayat al-Quran yang tak berhenti sampai aq terlena
mak ayah mula risaukan aq yang jauh di mata, kesibukan abang yang tak terhenti buat dia buntu cari jalan supaya dapat lapangkan masa dengan aq, kunjungan mesej doa dan kata semangat dari mak dan bapa saudara
aq menangis kat sini..
menangis bukan kecewa tetapi terharu dengan tanda mereka
kawan-kawan yang masih tepuk dan gosok bahu aq untuk kuat..
aq teringat, malam sakit yang desak
aq terlena dengan bacaan doa dari akhi, aq terjaga esok pagi talong usap lama kepala aq..
mungkin dy nampak wajah pucat aq di awal pagi..
berapa kerap aq nak menangis kerana ini?

bersedia kali ini aq nak lawan habis-habisan? mungkin juga aq tak mampu
akhi pesan banyak perkara, aq ikut yang aq mampu
satu malam, aq sangat sakit.. suara akhi sangat kepenatan
dy tanya banyak kali kesakitan yang menjerat tubuh tapi aq diam
aq tahan sampai terlena tapi aq tahu dy tahu aq sakit
dy bisikan doa dengan suaranya yang penat
~akhi, belum kita jadi yang halal...akhi dah teruk berkorban untuk aina~
macam mana nanti?
aina nak pejam mata lama-lama
tak mao susahkan siapa-siapa
akhi tak bagi, akhi cakap banyak semangat aina
jangan mengalah dan percaya ALLAH uji setakat kemampuan aina..
tapi akhi...
kalau ALLAH menjemput aina sebelum kita dihalalkan
janji jaga agama selalu, cintai ALLAH dan Rasul
jujurnya kasih ALLAH terasa dengan hidayah aina dibantu dengan kehadiran akhi
*subhanallah*

~sapu perlahan air jernih di pipi~

Sunday, March 25, 2012

melepaskanDULU

pernah berjalan satu hari dan melakukan aktiviti yang pernah disukai
satu hari suntuk keluar dengan melaksanakan aktiviti kegemaran ;)
~shopping~
tapi kali ni rasa tak semanis shopping seperti semester-semester lepas
walaupun banyak barang yang dihajati berada ditangan, tak rasa seronok jugak
apakah kena kali ini? pandang sekeliling
rungkai satu-satu helah yang jelas, terikat dengan keseronokan di sini
~disini~
betulkan niat di tengah orang ramai dan senyum sendiri
hilang rasa keraguan itu, rasa tersesak dalam orang ramai
~dulu~
kenangan yang membesarkan pengalaman sekarang
memori yang terukir kemas dalam simpanan dengan akal kesal yang masih tak berhenti
kalau dulu tak wujud? kalau dulu tak ada?
kalau dulu tak pernah bersua? kalau dulu tak pernah kenal?
kalau dulu tak pernah terikat perasaan manusia?
dan kalau dulu, aq bukan watak itu..
watak waktu dulu?
~aq bukan sekarang dan aq bukan hari ini~
aq bersyukur untuk dulu yang banyak menjadi aq sekarang
aq bersyukur untuk dulu yang membuatkan aq beringat
aq bersyukur untuk dulu yang buat aq kenali aq sekarang
aq bersyukur untuk dulu yang membina karekter baru
dan
~dulu yang menyakitkan akan aq jadikan panduan~

aq takut untuk melangkah ke hadapan
aq takut untuk sebuah janji 
aq takut untuk sebuah pengharapan
aq takut untuk sebuah kewajipan
dan aq takut aq tak mampu

tapi

aq tahu sampai masa aq kena jadi lebih berakhlak sebagai ganti dulu
aq tahu masa muda aq semakin suntuk
semakin tinggalkan aq untuk membaiki carik diri sendiri
aq mahu lepaskan dulu dan aq mahu hargai sekarang
aq mahu matang dan berhemah
aq mahu jadi manis untuk semua orang
aq mahu jadi yang baik untuk semua orang
sebab aq takut esok aq tak ada
aq takut dicerca kerana aq khianat di dunia

~far away to chase but i won't deny i need it~

.: mahar cinta - deevotes :.


Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Saturday, March 24, 2012

mimikMUKAsehat

schedule yang diupdate setiap hari

dengan muka yang sudah yakin 'sehat', pulang ke UPM di hantar.. beberapa hari lepas dijemput untuk ke hospital menyakini sakit yang mengurung diri :)
lima hari cuti dari dunia kampus, mata jadi gelap arah nak balik dah jejak kaki kembali menempuh beberapa sisa minggu semester empat berakhir.
masuk ke bilik, letak barang ke tempat asal. kemas satu-persatu sehingga terperasan catatan yang tercatat di 'schedule' yang ditinggal kosong dari hari khamis ke sabtu.
'semoga cepat sembuh.. :)' ark, terharu kat situ beberapa detik. 
~untunglah ada orang sayang, ingat dan rindu~

mr.x dengan my fav book 
sepanjang empat hari di rawang, ada resah gentar dengan charge hp tak bawa.. habesla mr.x kesayangan sudah habis battery, jangan rosak sambil buat perangai tak boleyh on.. banyak notes penting dalam gajet putih itu.. siyes sayang kot benda kecik yang penuh poket ni walaupun dah mcm oldskul  gayanya, tak macam samsung yang comeyh2 menari depan mata minta dibeli segera. *hold semester dulu*

take note yang dipantau setiap hari

10 assignment kot yang belum ditaip lengkap :) masih boleyh senyum ke? alhamdulillah sahabat yang sekumpulan telah proceed dengan proposal assignment *bila nak balik kampung ni?*. Balik dengan kesyukuran dengan note yang telah diphotostat oleh hadeq dan MC yang telah diserahkan kepada lecture, rasa sedikit lega dengan bantuan teman-teman yang memahami. alhamdulillah, semuanya diatur dengan bantuanNYA dan dengan kasihNYA yang melimpah-ruah. Syukur :)

..fate has been given, it depend to the owner to stay or to leave the fate..

meja study yang makin sarat dengan barang

setiap detik, ada yang makin banyak perubahan. semakin takut untuk melangkah, semakin kalut untuk pergi.
semakin ada senyum di bibir, semakin rasa banyak yang menyokong, dan semakin melewati zaman kanak-kanak yang sudah pergi, dewasa menyapa dengan mengharapkan pengorbanan yang perlu dituntuti.

cerita di PKU
cerita di HSerdang

cerita di PKU menyapa dengan beberapa kali aq pujuk doktor agar tak masukkan air, sakit kena cucuk dengan nurse sebelum masuk air dan nak tunggu tiga jam sampai air itu habis satu dugaan perasaan jugak. Doktor berkeras dengan senyuman dan aq terpaksa setuju, panggilan telefon awal pagi disapa oleh maknjang yang masih meng'update' kesihatan diri. talong temankan ke PKU, hampir dua jam sesi masukkan air tamat dan aq balik ke kolej berehat. abang mula resah dan malam dia datang dengan wajah kepenatan namun bibirnya masih menyapa dengan senyuman yang aq suka. 

en. ariff :) saya sayang awak banyak-banyak. 
terima kasih buat abang yang masih mahu melayan pelbagai aduan dan resah yang adiknya hamburkan dan dia masih tersenyum walaupun katuknya terjelas di sebalik wajahnya *gambar lama abang, siyes suka capture gambar bila dia drive*. abang hantar ke rumah mak njang dan beberapa kali dia pesan, macam-macam perkara yang aq sendiri nak senyum tapi alhamdulillah dia menjalankan amanah dengan baik walaupun dia ada komitmen lain. 9 jenis ubat, masuk menyapa kerongkong dengan keadaan tak selesa dan penat melayan pelbagai warna ubat. letak, pegang, letak, pegang dan mak njang marah baru telan. dah mula risau bapa saudara dan mak saudara di kampung dengan tahap kesihatan, mak ayah tak payah cerita.. selalunya aq yang call kedua mereka namun sejak sakit sampai dua tiga kali terlayar gambar mereka berdua di wajah mr.x.. risau apa gayanya anak mereka yang masih melurut sakit.. *rindunya nak jumpa mak ayah, nak dengar mereka berdua bagi beberapa nasihat di depan-depan dengan mimik muka penuh kasih sayang*

i'm da girl who are waiting a rainbow in the thunder that neever take place

semoga di beri kesihatan untuk hari-hari yang mendatang 

menaip sambil dengar lagu ni :) 
*just crop lirik untuk bahagian yang penting je*

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan


Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 

biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan

Wednesday, March 21, 2012

tusukanPERLAHAN

beberapa titis darah menitis di atas cadar putih
mengelap perlahan dengan telapak tangan yang sudah berona putih lesi
mengucap beberapa kali
pitam kepala tersa pening dan perit
sakitnya menusuk lagi
senyum pada beberapa orang kakitangan yang bertugas
menyapa pandangan mata yang seakan lesu
~semoga sakit ini segera hilang, kurang dan aq kuat~

Saturday, March 17, 2012

diaDANdiaSERTAkenangan

letak pen dan masukkan buku dalam beg, tengok member kat sebelah dan senyum saat telinga masih menangkap bicara classmate yang berada di kerusi belakang dewan kuliah. Seriusly, sem ni aq banyak dengar apa orang cakap daripada aq bercerita..dan kalau bercerita tentang apa-apa pun surely aq akan cerita pada hadeq berbanding coursemate lain walaupun kami rapat dan selalu hangout sama-sama.. *masih terkedu*

a : aq tengah cuba dan cuba dan cuba
b : tak nampak pun effort yang kau buat selain dari aq dengar kau cakap kau cuba dan cuba
c : ntah, kalau setakat cakap dan tak buat..tak payah la sis
b : aq penat dah dengar kau cakap kau cuba tapi kau masih tak berubah pun
c : aq rasa no turning point dan no u-turn, tak payah cakap yang kau berhajat ke arah itu
a : seyes beb, aq try kot nak lupakan dy..siot betul dy tu..argh..giler ni..
c : dah surely kau gila pun, gila nak sayang dy yang nothing..
a : weh, mana ada nothing kot..kau tak kenal dy pun dan kau cakap dy nothing..menimbulkan amarah ni
c : nothing and nothing.. surely nothing sebab dy memang nothing..ntah la sis, kau besar panjang dah kot
b : kalau kau rasa yang stay tu buat kau hepi, stay lah beb tapi jangan menangis nanti cakap kat aq yang kau sangat kecewa apa akan dy buat
a : sis, ingat senang ke nak rempuh kenangan satu-persatu dan kau yakin yang dy dah memang tak ada untuk kau dan kau yakin dy tak bahagia dengan another girl. he just need you at all.
c : cerk, aq tak percaya ayat semua tu..takat nak main-main and test market lepas la.. kau tu percaya sangat dengan apa yang dy cakap..bangun la terima kenyataan, weyh..penat aq tengok kau camni...
a : test market dengan bajet hot? dy bukan macam tu kot, kau tak kenal dy pun.. jangan judge sesuka hati je.
b : lao dy tak test market, kau tak jadi mangsa dengan ayat-ayat dy kot.. cuba tengok, mana hilang semua semangat kau lepas dy pergi. perlu ke kau hipokrit?
a : (suara mengeluh) aq nak positif dan maafkan dy
b : tapi kenyataannya tak kan? kau tak mampu nak maafkan dy
a : beb, aq mampu la..aq tengah cuba
c : aq tunggu sampai kita grad, nak tengok cubaan kau berjaya ke tak
a : (rengusan berat) entah


(Seperti Dulu by UNGU)
Tiada guna kau kembali .Mengisi ruang hati ini.Semuanya telah berlalu .Bersama lukaku
Tiada guna kau berjanji .Untuk setia menemani .Hatiku yang tlah terluka .Karna dustamu
Semuanya telah berakhir .Antara hatiku dan hatimu .Takkan ada cinta .Seperti yang dulu
Semuanya telah berakhir .Antara diriku dan dirimu .Takkan ada rindu .Seperti yang dulu
Semuanya telah berakhir 


menjadi pendengar tu baik, tetapi bila dah jadi pendengar... rasa teringin nak selesaikan pulak masalah orang semua ni dan bayangkan kita kat tempat orang yang hadapi masalah tu, sebenarnya semua situasi yang jadi adalah rotation dan kebanyakan orang pernah rasa perasaan tersebut, maksud aq 'pernah melalui' ataupun 'pernah dengar cerita yang sama' ataupun 'pernah diminta nasihat untuk perkara yang sama'
dump dan dump 
ataupun 
dumb dan dumb
we meet da wrong person before we found da real one coz ALLAH want we appreciated da right one. 

dear sis, 
surely awak tak baca blog saya dan surely awak tak perasan yang saya dengar keluh-kesah yang awak gambarkan pada kawan-kawan..

sis,
dalam nada suara itu terkandung kerinduan yang dalam buat jejaka tersebut, mungkin jejaka yang pernah mencoret bahagia kat hati awak ataupun dy pernah jadi kekasih hati yang menggembirakan awak tapi sis seriusly you never need him at all... he never deserve for you, cara saya nasihat saya macam kejam tapi sis kalau awak masih hidup dalam kenangan dan pandang dy sebagai satu sebab awak pernah bahagia, awak akan terikat dan rasa dy perlukan awak sampai awak asyik mengeluh tanpa make a step to leave.. awak akan nampak he such a perfect person.

tak ada orang yang sempurna dalam hidup ini, termasuklah cinta yang pernah dy hujahkan pada awak. ikatan hati yang dy pernah hubungkan dan dari gayanya macam dy tinggalkan awak for another girl. Sis, a boy just want a fun not a serious relationship yang buat dy terikat dan buat dy rasa perlu berkorban untuk banyak benda. find ' a man' yang boleh fikir pasal masa depan yang dan rasa dy bersedia untuk tanggungjawab sebab kalau awak stay dengan a boy, awak akan rasa point awak hidup dalam 'love fairytale' tu antara awak dan dy sahaja. AWAK dan DY sahaja yang membuatkan awak rasa tak perlu tanggungjwab untuk menyatukan hati dengan ikatan yang menghalalkan.

sis,
hidup kita bukan untuk 'everyone' tetapi untuk 'someone' yang memang menghargai kita dengan nada yang awak rasa selesa dan awak rasa bahagia dengan caranya. Tunggu tu boleyh, tapi awak mao ke dy balik pada awak selepas dy terima banyak kelukaan oleh orang  lain dan mengadu dy rasa bersalah tinggalkan awak? dan awak akan rasa "yes, he need me at all".. bukan macam tu sis, he never need u..dy tak perlukan awak tetapi dy perlukan 'kedunguan' awak untuk dimanipulasi. sorry for perkataan 'dungu'..surely, lao dy tahu dan dy perasan, he never leaves you dan bagi awak rasa sakit sorang-sorang tunggu dy.

dear unknown sis,
rasa dikhianati tu sakit dan rasa disayangi itu manis tetapi jarang sekali sayang itu dibalas tanpa dikhianati. Kalau awak rasa susah sangat nak lepaskan dy, awak mula perlahan-lahan dengan buang sesuatu yang buat awak teringat pada dy..mybe padam gambar dy dalam hp or lappy, lepas tu move pada barang yang buat awak teringat pada dy..macam baju, jam or apa2 awak tengok buat awak ingat dy (ingat yang dy menyakiti awak), lepastu ni part yang penting..
minta pada ALLAH dengan bisikan doa dan teruskan dengan Solat Sunat Hajat, minta parents doakan awak cepat lupakan dy sebab doa mak ayah ni lebih mustajab..give a try.. lepas tu belajar redha dengan ikhlas, bila benda tu jadi ikhlas awak akan rasa manisnya dugaan yang awak dapat dan ingatla yang "ALLAH takkan uji manusia lebih dari kemampuan hambaNYA"..ikhlas dan redha.

sis,
semoga awak jumpa orang yang hargai awak dan jagalah hati baik-baik dan jangan luka lagi.. semoga awak akan jumpa kekasih halal bukan 'kekasih yang adat halalkan'.. gambete and smile..


.: bicara emak - mak tak pernah lukakan hati anak mak dan tak ada orang pun dapat lukakannya, lukakan hati anak mak macam lukakan hati mak :.

.: bicara ayah : cukuplah sayang ayah sebagai lelaki yang wajib dan rindu pada ayah kan dapat pahala, belum lagi ayah serahkan tanggungjawab ayah pada mana-mana lelaki untuk jaga anak ayah :.

mungkinINIsebabTERJADI

~selsema yang berterusan~

ada baca dalam buku La Tahzan warna hitam baru-baru ni, tinta penulisnya menyatakan yang 'selsema menunjukkan diri dalam tekanan ataupun masalah yang cuba dirungkaikan'. Senyum pada malam yang gelap dan berharap diri masih kuat untuk menolak semua yang pernah menjadi sebuah memori yang sukar ditinggalkan dengan senang dan bibir kaku dengan senyuman yang masih dirasakan merodok hati orang yang melihat..senyuman yang 'sakit' dan anak mata 'suka' tergambar jelas supaya diri tak rebah lagi, tak jatuh lagi dan tak terkenang lagi

~khabarkan pada angin yang aq sudah mahu berdiri tanpa pandang belakang lagi~

fokus on assignment, ainatul syahirah ashaari "ingat amanah dan harapan keluarga"

koflikAPAini?????

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Tentang Rasa by Astrid

serius serabut sangat, asyek typo dan mengeluh..assignment masih dalam perangkaan dan kepenatan yang terserlah di wajah dengan banyak perkara yang belum langsai, tumpang sedikit kekuatan supaya masih kuat dengan semua yang akan terus datang rempuh dan gangguan perasaan yang agak berserabut dan agak klise dengan banyak perkara yang bukan-bukan..

kata seorang teman, lagu yang diminati menunjukkan kisah yang kita lalui? betul ke? mungkin juga ataupun mungkin juga kebetulan..

apakah ini? merepek yang tidak-tidak..

jangan lemaskan semua yang jadi dan kuatkan diri, YA ALLAH
kecelaruan akan bermula dan bertempoh :'(

Wednesday, March 14, 2012

senduPADAwajah

~menutup buku~

bangun pagi dengan nada yang kurang motivasi, minggu ini..
pertama kali sejak jejak kaki ke kampus, ini pertama kali rasa lost tanpa sebab..
yup, tanpa sebab..
terasa hati balik ke kampung tanpa disedari dan minda di tinggal di Rawang tanpa di bawa pulang ke kampus.
senyap sunyi saat mata menyapa atmosfera gelap di awal pagi
kerinduan yang sukar ditanggungi, rindu untuk mengadu lagi..
sudah lama rasanya hilang dipupuk masa kesibukan sehingga tiada ruang untuk mengadu
kelu lidah mengatur aduan dan harapan supaya dirahmati, mentafsir rasa hati
kerinduan ini dilempiaskan sekadar mampu dengan tuntutan subuh menjelma
bersyukur doa sebelum tidur dimakbul Ilahi, hanya untuk mengadu padaNYA..

~sisip pagi~
rasa kehilangan, dengan wajah tanpa baris senyuman..
cerita pasal semalam, tertutup diam..alhamdulillah masih beri aq kesabaran dengan herdik manusia.
aq rasa tenang mampir disamping mereka dengan senyuman mesra lagi, tanpa terjelas keresahan..
mungkin ini ujian mendatang mentafsir bicara gadis berusia 19 tahun itu, aq perlu lebih matang..
menolak bukannya bergaduh kerana 'a boy'..
a boy is differ from a man
i dun need a boy to complicated my life and i prefer a man
jadi,kalau nak berhajat bergaduh for a boy.. sori to say, tak berminat sikit pun

~gajet putih~
menyapa perlahan dengan beberapa pesanan yang cuba membuatkan aq tenang
barisan yang disusun dengan nada berhemah dan seakan memberi kekuatan
berdiri di atas satu percaturan, sebab tanggungjawab yang di pegang membuatkan diri rasa mempunyai penaung yang suka membuatkan bibir seakan tak pernah hilang garis senyuman.

~suara kekuatan~
suara emak menyapa dengan beberapa pesan supaya tak mengalah dengan tuntutan perasaan manusia
ketenangan terasa dengan bibir itu melafazkan zikir perlahan supaya aq tak menangis dengan rasa kosong yang sedang aq hadapi
beberapa pesanan ringkas dengan nada suara yang mengukir tergambar dengan senyuman
keduanya jauh dengan pesanan yang sangat membahagiakan
semoga rasa kosong ini segera hilang

'time to use a smile again'

~pergi~

akhirnya...
i'm off for everything
every single thing even it was a hurt moment
i choose to leave everything
every single thing

thanx for those always be beside me
those word
those thing 
those smile
i rather to go than stay with fake smile

Thursday, March 8, 2012

buatmuTEMAN II


terima kasih kamu, terima kasih dan terima kasih KAMU~~~
sangat-sangat terima kasih, sedarlah utaian kasih itu sudah terurai kerana tiada kedewasaan yang kita pegang
terima kasih untuk sebuah pengalaman yang ingin aq lupakan dan terima kasih atas ugutan yang belum penat kamu kunjungkan
TERIMA KASIH KAMU atas dendamnya kamu terhadap diriku yang masih belum ada noktahnya
sangat TERIMA KASIH kerana masih beranggapan yang aq masih berhutang dengan kamu
TERIMA KASIH ya..aq tak marah dan aq tak sedih dengan kesakitan yang kamu kunjungkan
aq tak terkilan, aq tak punya kuasa untuk mengubah semuanya dan aq tak penat dengan kesakitan yang dalam
jujurnya aq sudah pasrah dengan rancangan musibah yang kamu ingin jayakan.. tahniah jika itu yang kamu cari dalam hidup
saat mata aq terpejam dengan kekuasaan keegoan yang kamu pegang, mengertilah yang aq tak marah namun jika sesuatu yang ditanggungi aq dirasai orang yang aq sayangi
aq lepaskan tanggungjawab itu untuk kamu menjawab di Masyar dan jangan kamu panggil aq untuk pohon maaf
jangan panggil aq dengan panggilan memohon maaf di sana, aq tak mampu menjawab semuanya lagi.. noktah di sini
untuk kamu, balaslah sebanyak mana dendam yang kamu simpan tetapi ingatlah aq lunasi di sini dengan redha
maaflah untuk sebuah kenyataan yang perit aq luahkan
kalau kamu rasa kebahagiaan kamu adalah penderitaan aq dan itu cara kamu bahagia.. jujur aq terpaksa redha
~carilah kebahagiaan kamu, teman~
insyaALLAH kamu akan rasa bahagia yang kamu impikan.

.:penat menaip di saat banyak assignment, satu-satu aq bebaskan hidup bahagia dan aq tak mahu satu-satu orang yang pernah hadir dalam hidup aq sebagai teman merasa sakit seperti aq rasakan... biarlah teman bahagia dan senyum gembira dan aq belajar redha dengan ikhlas:.

~pinjamkan aq kekuatan YA ALLAH, detikkan waktu sehingga nafas terakhir dengan keimanan~

Sunday, March 4, 2012

pejamMATArapatRAPAT

demam menyinggah perlahan pada tubuh
sakit kepala untuk dua tiga minit
~rasa tak selesa~
panas petang dibawa sampai ke malam

mimik muka seakannya bernada kosong
tugasan yang masih bertimbun perlu dilunasi segera
minggu depan dah start kuiz untuk subjek akhir universiti
perlu lunasi perkara yang satu ini lagi
buat berita, wawancara tokoh, buat iklan, analisa jurnal, tulis jurnal, kerja kumpulan, fikir event utk kelas, buat game untuk strategi komunikasi
kena banyak brainstorming, banyak minta pendapat dan banyak membaca
sem ni memaang kena banyak mintak tolong orang
nak wawancara kena minta, call, nego dengan tokoh..cari tarikh yang sesuai
record wawancara, tulis berita pasal wawancara, cari advantage tokoh
bab iklan masih belum proceed dengan storyboard, nak shooting lagi, editing video
seyes semuanya tak biasa nak buat, kena mula perlahan-lahan dan bagi yang terbaik
nak fikir tempat praktikal lagi..
seyes otak dah jammed

dua hari keluar bertemu atmosfera sesak luar dari kampus
Jalan TAR di jajah dengan wajah kepenatan saat pulang
mencari idea mungkin, releasedkan tensen sikit
*bawalah aq dengar ombak pantai*
menunggu hari cuti untuk melegakan sedikit masalah yaang berkurung di dalam kepala
dua tiga minggu lagi mungkin menjajah ke negeri ke sebelah
*membodek untuk pantai itu dan berjaya*
semoga perancangan ini dapat dilaksanakan
*thanx to maknjang yang sudah demam dan kerap menyapa panggilan anak saudara yang seorang ini*
pejam mata rapat-rapat dan kata akan kuat bernaung sendiri


~dia bukan sesiapa jadi dia tak berhak untuk buat keputusan~
aq tak mengamalkan prinsip ni dalam hidup, setiap yang orang sekeliling aq bicarakan aq ambil peduli
aq ambil tahu dan aq usaha untuk menjaga hati setiap orang walaupun aq sendiri rasa kelam
aq masih fikir kata-katanya yang tajam menusuk rasa hati
sungguh aq hanya mahukan pengertian untuk setiap perkara yang aq mahu lunasi
tapi... sejak dua tiga detik 'persahabatan lama' ini seakan digugat oleh rasa yang aq tak fahami
seyes kawan, aq hanya perlukan pengertian dan aq akui bila semua diatur seperti yang di rancang
aq sendiri akan ceritakan satu persatu supaya kau rasa aq terlalu menghargai persahabatan
masa belum mengizinkan aq membongkar segalanya supaya aq lebih bersedia memikul tanggungjawab berat itu tetapi kau kuat mendesak sehingga aq rasa kau ugut persahabatan kita dengan perit perkataan
jangan terlalu kejam untuk aq kawan, sakitnya melorek luka yang dalam dan aq sakit apabila ternyiang-nyiang kata-kata kasar yang kau luahkan


ceritaMENDESAKhati


bertenang seperti ini? mungkinkah?


kadang-kadang...
kita seakan terlupa yang kita perlu buat banyak pilihan dalam kehidupan
bermula dari bangun pagi sampai tidur balik, banyak yang kita perlu buat pilihan
banyak sangat yang harus diuji dan dibuat keputusan
kadang-kadang orang tak faham sebab pilihan itu yang kita buat
sebab kadang-kadang ini yang mendesak rasa ini
dilema yang mencengkam segenap rasa hati dan hari
kadang-kadang ini yang membuatkan banyak orang terluka
semua yang kita buat sebenarnya tak dapat beri kepuasan kepada semua orang
sekurang-kurangnya kita kena cuba bagi yang terbaik untuk semua orang
~~~untuk semua orang
masa kelu lidah mati untuk berkata-kata
hati merintih perlahan dengan percaturan yang berat untuk dilaksanakan
melunasi tanggungjawab yang sedang di genggam kini
hanya minta untuk difahami setiap yang aq ambil tindakan
tak mampu untuk memuaskan hati setiap pihak namun aq cuba supaya aq tak terkorban
derap langkah kini nampak jalan namun diatur halangan satu-persatu supaya di gugat rasa
sakit, pedihnya meresapi setiap urat nadi, nafas diatur susah walaupun udaranya dirasakan cukup
cukuplah untuk aq meminta agar memahami yang aq sering bertelaku di sini dengan jawapan ini
kadang-kadang ini buat semua masalah rasa sukar diatasi dengan singkat
aq pejamkan mata lama, entahla..
bukan ini satu permintaan namun ini yang diharapkan
bukan satu kesalahan jika ini mendamaikan semuanya
kadang-kadang yang kadang-kadang menyetakkan

Monday, February 27, 2012

entahRASAhati


lorek-lorek hati mula ditinggalkan pergi dengan perlahan
detik demi detik seakan mengejek masa yang sudah pergi
air mata sudah hilang kesannya pada wajah, senyum mesra ini?
di tanya beberapa kali untuk rasa sakit itu... kuatkah sisa rasa yang masih ada?
menjejak satu satu rasa yang perit, melukis kisah biasa
gadis biasa yang menjalani kisah biasa.. keajaibannya? 
mungkin rahsia yang belum kunjung tiba
insan di sekeliling melihat perubahan yang makin positif
alhamdulillah, resah sudah tak keluar dari bibir yang sama
jiwa ini? kosong rasa semakin terisi.. 
cuba menolak satu satu rasa yang masih dimahukan
apakah rasanya ini?

belas belas rasa yang makin hilang, fokus pada komitmen
satu satu tanggungjawab seakan datang menyapa perlahan
senyuman yang seakan dilorek lama dengan bibir beku tanpa kata
rasa yang seakan mahu pergi jauh itu dilurut kembali
supaya kuat dan tegas menangi semuanya dengan tenang,
biar tangisan selepas ini tangisan kegembiran 
kocekan hati yang dijelajah perlahan, perit menahan sakit ini
apa rasa hati sekarang?

Saturday, December 31, 2011

hatiMAKayah

~ada sendu di wajah itu, garis tua terpamer jelas, ada sedih di gundah itu~

menginjak ke alam dewasa sedikit meledakan perasaan, baru terkesan nilai kasih sayang keduanya.
masa seakan membalas dendam-dendam dosa semalam, aq terkaku mengusir sepi
wajah sirna menjengah mindaku, keduanya yang aq sayang. masa menolak ke tepi. aq kebuntuan
sudah berbulan aq disakiti, wajah itu mengunjung memberi senyuman. aq bangun menolak badai.
seakan aq melukis garis keresahan di wajah keduanya. masa mempamit kembali.
jiwa tenang berkocak. kekuatan yang bersarang aq tarik kembali, mengarik jiwa itu.
pelbagai salah aq dasarkan. menutup taubat pada ILAHI. wajah orang tuaku menyapa mata.
memberi aq banyak makna, sakit yang aq dalangi. puas mereka cari penawarnya.
belum berjumpa. sakit anak gadis mereka menusuk rasa. tangisan ibu kedengaran perlahan.
seakan terluka nasib si bongsu kesayangan dijahati orang, doa tak puas ibu kunjungkan.
lidah ayah tak berhenti zikir dialunkan, agar si bongsu lena tanpa igauan. desah malam menganggu lena.
tangan dicapai dibawa ke pelukan. si anak ketakutan, banyak duka dilorekkan buat gadis kesayangan.
bila mata gadis menjengah alam, sisa air mata tersekat keluar, sudah penat dia menangis.
tidak terhenti sakit yang kunjung. ayah ibu duduk di sisi, mengulam ayat satu-persatu.
abang,kakak, adik menyising khabar insan ceria dihambat rasa. didurjana manusia tak berguna.
tiap tangan menyapu air mata, seakan memberi semangat yang padam, bumi lencun sudah takrif.
si gadis belum sembuh dengan takdir. si tua tak berhenti bermunajat, agar dendam kesumat manusia hilang.
seakan nada mengurung dosa, hati hitam tak mampu dipulih.merencana hidup seorang manusia

"bila orang jahat, balas lah dengan kebaikan"

aq sendu saat melihat kolam mata mak bergenang kerana sakit yang aq hadapi.
aq terluka saat terlihat wajah gembira ayah sudah tak kunjung tiba.
aq bersalah atas duka yang aq punya, tapi kalau masa boleh diputar??

aq pulang memeriahkan walimatuurus abang, aq pulang dengan senyuman. bibir pucat lesi mencium pipi emak tiada kehangatan. saat aq daratkan senyuman, adik-adik mempamer kegembiraan. mereka tahu apa aq hidapi, mereka tahu berapa jenis ubat aq galasi, aq telan payah. mereka yang masih di sekolah tahu betapa kakak mereka terluka. mereka tahu aq bukan gadis sihat yang ceria dulu. bila masa seakan tiba, aq genggam tangan emak, aq daratkan kepala di bahu emak, aq senyum lama. aq takut satu masa aq sudah tak mampu lakukan semua itu lagi. bila masa mengundang tika, aq duduk di hadapan ayah, aq berbicara lama, membuat lawak biasa, aq bergurau -senda, aq takut masa suntuk aq tak mampu membalas semua pengorbanan mereka. aq duduk di tengah adik-adik, bersenyum ketawa, senyuman aq hadiahkan buat mereka, mereka tahu bibir pucat setiap masa ini akan tiada pada bila-bila masa, mereka tahu satu masa sudah tiada suara marah buat mereka. seakan aq menyendiri dalam keriuhan. tangisan berlagu panjang, tapi sekarang air mata sudah tidak mampu keluar lagi. sudah kering barangkali. sisa-sisa hujung semester aq ingin tamatkan, mungkin esok lusa ALLAH menjemput aq pulang.

saat aq cuba merenung ke langit, menatap mungkin esok mata aq tak mampu aq buka lagi. mungkin gelak ketawa aq sudah hilang dari bumi. aq bermunajat sendiri, harap kekuatan bersisa ini belum tamat tempohnya. satu kesakitan yang aq rasakan, seluruh saraf rasa lumpuh seketika. aq ketakutan. sakit lagi yang harus aq terima. seri wajah aq sudah hilang. banyak orang hadir mencoret luka, kesakitan dan kekecewaan. aq pernah bersalah, tapi aq tak pernah menghukum manusia. aq tahu berat beban yang aq galasi ini, lebih berat mak ayah rasakan. lebih parah luka yang mereka tanggung.

~seakan mendung hari ini tidak akan ditunda ributnya esok~
-sebelum mata menutup terus, aq memohon kemaafan. mungkin khilaf dosaku banyak menguris rasa, merencana duka. aq hanya ingin nikmati sisa-sisa jangkaan ini dengan tenang tanpa sebarang kesakitan-

Wednesday, December 21, 2011

musimMEMAAFKAN

sedari.masa telan masa.wajah berubah rona
perlahan menginjak waktu. terkedu dengan kesahihan
asyik fikirkan orang. jiwa mati. jaga diri sendiri
hidup masing-masing. ayat tamat. langit mendap
seakan masa berputar. pengalaman. jejak depan mata
kutip satu-persatu kesalahan. terkena diri sendiri
memang hukum alam. salah kena hukuman
biar yang berdusta terima kesakitan. biar hati tenang
hilang satu-satu kisah. mematangkan diri. salah
baca rasa hati diri. belajar kesalahan tercatat
pijak kebahagiaan orang lain. satu-satu hati perit
mana rasa salah itu. hati keras. jiwa beku
jalani hidup ni dengan perlahan. pandang depan
hati terkedu. fikir layaknya jiwa. sepi
kisah semalam. depan mata. terhidang kesalahan
rasa kaku. satu-persatu terbalas. depan mata
duduk lesu. rasa bersalah. hati manusia. akan terluka
tapi masih lupa. mengejar yang tak peroleh
lupa yang ada dikendongan. belajar menghargai
maafkan kesalahan. renung salah sendiri
belajar tinggal kenangan dan hadapi hidup baru
biar salah terus mengikuti. salah itu perbaiki diri
senyum.pandang ke depan. minta hati tulus
bersih hati. panjat doa. hilangkan dendan yang  bersarang

~aq maafkan kau~
aq maafkan salah yang kau buat. aq doa sakit aq cepat sembuh
aq doa dendam yang tersimpan terlupus hilang
aq nak jalani hidup tanpa kenal kau
semoga kau juga dapat pengajaran
kalau masa boleh diubah pun
aq tak berniat untuk ubah. kalau kau tak bagi kesakitan
aq tak pernah dapat pengajaran
aq tak pernah puas menjelajah kesalahan
sekarang aq tertunduk lesu. pandang kisah padam
semoga kau cepat hilang dalam hidup aq
~aq maafkan kau~

Tuesday, December 20, 2011

senyumDIRI

saat mata minta dilelapkan.hati masih pedih
menanggung sakit yang bukan kepalang
mahu dipadam setiap sakit yang merantai hati
namun.tak mampu untuk melaksanakannya
satu dua.nasihat dikutip dari teman
kaku jemari menaip bicara jiwa
aq kaku disini. biar sakit itu dileteri
aq mahu berdiri kaku
menelan madah yang tercipta
hilanglah~
esok bukan hari untuk sesakkan jiwa

Saturday, October 22, 2011

bisuTANPAkata

malam merangkak ke pagi..
siksa sakit masih berlanjutan
tanpa henti
tanpa belas kasihan

hati pecah la..
sakit ini panjang dan menyakitkan
mana mungkin merungkai sakit ini
di dada sesak
sakit
derita 
dewasa yang menyakitkan
menolak ke tepi semua derita
 
masih disini 
cuba merungkai esok 
aq hanya untuk disakiti

YA ALLAH,
berikan aq sedikit bahagia
mana lupakan aq dengan kesakitan
tabahkan hati kecil yang dah tak berdaya
tunaikan aq laksanakan tanggungjwab keluarga

-aq kecewa,letih,terluka,sakit-

--aq sendiri,aq rebah tanpa sempat berbicara--

Friday, September 9, 2011

sakitSAYAawakTERLUKA

Day after day
Time pass away
And I just can´t get you off my mind
Nobody knows ... I hide it inside
I keep on searching but I can´t find
The courage to show ...
To letting you know ...
I´ve never felt so much love before
And once again I´m thinking about
Taking the easy way out ...

CHORUS:
But if I let you go
I will never know
What my life would be
Holding you close to me
Will I ever see
You smiling back at me
How will I know?
If I let you go ...


Night after night
I hear myself sayin´
Why can´t this feeling just fade away?
There´s no one like you ...
You speak to my heart...
It´s such a shame we´re worlds apart ...
I´m too shuy to ask ...
I´m too proud to lose
But sooner or later I gotta choose
And once again I´m thinking aboutTaking the easy way out ...

CHORUS

Once again I´m thinking about ....
Taking the easy way out ....

CHORUS 

Wednesday, August 3, 2011

terdiamUNTUKhariINI


lidah terkelu untuk memohon maaf
bibir bisu untuk berbicara
terdiam sepi dalam ramai manusia
ini mungkin pengakhirannya
memaknakan sebuah kasih sayang


masa seakan terhenti bila detik itu berlalu
aku terpaku dihadapan skrin PC
lama dan terdiam
air mata mengalir perlahan di khalayak
ku lemah dengan ugutan cinta


tunjukkan jalan untuk aku langkah ke hadapan
dunia seakan ketawa tiada nada
diperlekehkan untuk kali keberapa
di duga di bulan suci
seakan ku disumpah cerca hina dengan terbisu


ku hormatnya untuk masa depan
selerakkan satu-satu cebisan hati
menjadi kecil dan malu di dunia sendiri
mungkin ku terlupa
aku hanya perlu terkelu sebagai insan biasa
menangis dan redha

i'm leaving from your heart
i do leaving from your day
i totally broken with your word
----mysadnesswillpayforyourego---