lUv yOu i wAnT u nOe

Showing posts with label sengal. Show all posts
Showing posts with label sengal. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

wish.I.AM


apa ada pada kisah itu? apa yang istimeawanya kisah itu
menekur jemari sendiri.tutup mata rapat-rapat. senyuman tak terukir.
menjalar sekeping hati yang robek.parah. berdarah dan terkesan calarnya.
pedih menekan seakan seluruh saraf. sakitnya perit dan mendukakan.
itu bicara kenangan yang telah pergi. kekuatan yang cuba dipacu sendiri.
semakin mengusai diri. urat saraf rasa longlai kembali. satu-satu mencuit diri.
menggugat perasaan sendiri. kekuatan yang sudah tegar berderai sendiri.
hilang dan runtuh satu-persatu. menekur jemari lagi. duduk dan mengutip lagi
entah ke berapa kali. berada di tempat yang sama dan mengutip kekuatan yang sama
entah berapa kali lagi harus melalui sakit yang sama.melalui detik yang sama
fobia.trauma.paranoid

Saturday, March 17, 2012

mungkinINIsebabTERJADI

~selsema yang berterusan~

ada baca dalam buku La Tahzan warna hitam baru-baru ni, tinta penulisnya menyatakan yang 'selsema menunjukkan diri dalam tekanan ataupun masalah yang cuba dirungkaikan'. Senyum pada malam yang gelap dan berharap diri masih kuat untuk menolak semua yang pernah menjadi sebuah memori yang sukar ditinggalkan dengan senang dan bibir kaku dengan senyuman yang masih dirasakan merodok hati orang yang melihat..senyuman yang 'sakit' dan anak mata 'suka' tergambar jelas supaya diri tak rebah lagi, tak jatuh lagi dan tak terkenang lagi

~khabarkan pada angin yang aq sudah mahu berdiri tanpa pandang belakang lagi~

fokus on assignment, ainatul syahirah ashaari "ingat amanah dan harapan keluarga"

Thursday, March 8, 2012

i'mDAgirlUSEtoBE

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." 
[Imam Nawawi]


mengenali aq sebagai gadis yang masih mentah di dunia ini membuatkan aq rasa terlalu asing untuk sebuah pertemuan yang aq pernah harapkan. Ketenangan terasa menetap di dalam hati sendiri dengan cara yang unik dan istimewa ini. Seakan hati rasa penuh terisi dengan semangat yang sering di hantarkan supaya aq meneruskan setiap kesakitan yang masih bersisa dan mengunjung datang.. alhamdulillah YA ALLAH dengan membawa aq pulang saat aq masih sihat untuk menjalankan amanahMU... Gentar hati aq rasakan setiap detik apabila aq mula terlupa dan terleka dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh keluarga. Bisikan kekuatan yang tak pernah surut dengan doa yang tak pernah berhenti buat aq, tangisan itu bukan tangisan kelukaan tetapi tangisan bersyukur yang aq disayangi keluarga dengan sepenuh hati. Membantu aq bangun saat aq ditimpa kesakitan dan membantu aq pulang ke pangkal jalan kembali dengan pelbagai pesanan yang tak pernah putus... ALHAMDULILLAH..
Namun aq rasa terkilan, selama mana kamu perlu berdendam pada aq, selama mana mahu kamu agihkan perasaan sakit hati itu kepada aq dan berapa tempohnya kamu akan menyakiti aq sedangkan aq sudah pergi tanpa memutarkan apa-apa janji.. Redhakah aq dengan kesakitan ini? Kamu berniat menghancurkan hidup aq dengan segala kesakitan yang aq lalui *laporan Polis lama masih dalam simpanan selepas aq tarik hari itu agar kamu boleh bebas selesa seperti orang lain tetapi dendam kamu masih belum selesai rasanya, perlu ke aq dendamkan kamu dan rosakkan hidup kamu sedangkan aq tahu kamu harapan keluarga.* (menyisip waktu yang telah pergi)
Damailah hati dan teruskan perjalanan ini walaupun hanya dua tiga titis air mata mampu mengalir akibat kesakitan yang menusuk ini, biarkan semua pergi dengan senyuman dan aq tak tahu bahasa mana harus aq khabarkan yang aq terkilan dengan cara yang kamu lakukan.

Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah.  Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak  mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..



Wednesday, March 7, 2012

akuSUKAdia....

'aq suka dy dowh..seyes suka, dah la cumel..mata aduyai comelnya..."


aq pandang lelaki yang berdiri dekat dengan tempat duduk di bas-stand fakulti, jejaka yang tinggi dan berkulit putih ^_^ dengan melekapkan earfon pada telinga..~karisma~
mungkin ala-ala macho jugak la..mungkin sebab kulitnya putih dan tinggi dia jadi tarikan dalam kawan-kawan aq yang berdiri sambil tunggu bas di situ. Dua tiga orang berbisik sambil memandang jejaka yang nampak khusyuk dengan alunan lagu menusuk telinga.

'aq suka mamat yang berdiri tadi tu, baju hijau ala-ala mata comel tu.'
kawan aq senyum, hari dah menginjak ke malam dan peristiwa tu bertapak lama dalam mindanya ~konsentrasi~. aq pandang wajah ketaksuban dy menceritakan perihal jejaka tersebut, nampak gayanya dy macam dah suka sangat dengan insan yang tak bernama tu.

'dah dua sem aq usha mamat tu kot. cumel'
aduh.. dah kes parah kalau macam tu, aq suka cara dy cerita tentang jejaka itu beberapa tempoh dan kadang-kadang bila terserempak jejaka itu automatik muka kawan aq akan merah menyala~dy dah pandai malu~. kadang-kadang aq perhati dy seakan jatuh cinta pada jejaka yang dy tak ketahui nama itu, ini aura cinta ke?

'...tapi aq tak terbayang nak kahwin dengan dy..."
hari itu aq tengok kawan aq agak berlainan bila bercerita perihal insan itu walaupun matanya bersinar seperti selalu namun kata-katanya itu seakan membuatkan aq keliru, dy admire lelaki itu sampai tiga sem dan dy cakap dy tak mao pun kahwin dengan lelaki itu

- erk, kenapa plak? bukan kau suka dy sangat ke?
+ suka tapi tak leyh bayang masa depan aq dengan dy...
- maksud kau?
+ yup la, dy comel, muka smart semua tapi boleh ke dy bimbing aq nanti
- (speechless)
+ ..jadi imam yang baik.
- owh, kau suka-suka je ke?
+ aset dy kat muka tapi agama dy?
- maksud kau?
+ kau nak kahwin dengan orang boleh bimbing kau ke atau kau bimbing orang tu? kita ni perempuan kot..
- mesti la yang bimbing aq, aq pun jalan bengkang-bengkok.. lao aq bimbing orang tu terus tak lurus la ^_^
+ sebab tu aq tak boleh bayang masa depan aq dengan dy (senyum manis)

baru aq dapat point lepas tu, suka tak semestinya jatuh cinta.. suka untuk mengagumi ja. tak ada rasa nak terus bawa ke jinjang pelamin..

.: aq memang tak pernah usha budak kampus UPM ni, ntah la,..no life bercinta satu kampus.. bayang plak lao couple kena marah dalam kelas, surely muka kita pun berbahang kot:.

Sunday, March 4, 2012

pejamMATArapatRAPAT

demam menyinggah perlahan pada tubuh
sakit kepala untuk dua tiga minit
~rasa tak selesa~
panas petang dibawa sampai ke malam

mimik muka seakannya bernada kosong
tugasan yang masih bertimbun perlu dilunasi segera
minggu depan dah start kuiz untuk subjek akhir universiti
perlu lunasi perkara yang satu ini lagi
buat berita, wawancara tokoh, buat iklan, analisa jurnal, tulis jurnal, kerja kumpulan, fikir event utk kelas, buat game untuk strategi komunikasi
kena banyak brainstorming, banyak minta pendapat dan banyak membaca
sem ni memaang kena banyak mintak tolong orang
nak wawancara kena minta, call, nego dengan tokoh..cari tarikh yang sesuai
record wawancara, tulis berita pasal wawancara, cari advantage tokoh
bab iklan masih belum proceed dengan storyboard, nak shooting lagi, editing video
seyes semuanya tak biasa nak buat, kena mula perlahan-lahan dan bagi yang terbaik
nak fikir tempat praktikal lagi..
seyes otak dah jammed

dua hari keluar bertemu atmosfera sesak luar dari kampus
Jalan TAR di jajah dengan wajah kepenatan saat pulang
mencari idea mungkin, releasedkan tensen sikit
*bawalah aq dengar ombak pantai*
menunggu hari cuti untuk melegakan sedikit masalah yaang berkurung di dalam kepala
dua tiga minggu lagi mungkin menjajah ke negeri ke sebelah
*membodek untuk pantai itu dan berjaya*
semoga perancangan ini dapat dilaksanakan
*thanx to maknjang yang sudah demam dan kerap menyapa panggilan anak saudara yang seorang ini*
pejam mata rapat-rapat dan kata akan kuat bernaung sendiri


~dia bukan sesiapa jadi dia tak berhak untuk buat keputusan~
aq tak mengamalkan prinsip ni dalam hidup, setiap yang orang sekeliling aq bicarakan aq ambil peduli
aq ambil tahu dan aq usaha untuk menjaga hati setiap orang walaupun aq sendiri rasa kelam
aq masih fikir kata-katanya yang tajam menusuk rasa hati
sungguh aq hanya mahukan pengertian untuk setiap perkara yang aq mahu lunasi
tapi... sejak dua tiga detik 'persahabatan lama' ini seakan digugat oleh rasa yang aq tak fahami
seyes kawan, aq hanya perlukan pengertian dan aq akui bila semua diatur seperti yang di rancang
aq sendiri akan ceritakan satu persatu supaya kau rasa aq terlalu menghargai persahabatan
masa belum mengizinkan aq membongkar segalanya supaya aq lebih bersedia memikul tanggungjawab berat itu tetapi kau kuat mendesak sehingga aq rasa kau ugut persahabatan kita dengan perit perkataan
jangan terlalu kejam untuk aq kawan, sakitnya melorek luka yang dalam dan aq sakit apabila ternyiang-nyiang kata-kata kasar yang kau luahkan


Tuesday, December 20, 2011

senyumDIRI

saat mata minta dilelapkan.hati masih pedih
menanggung sakit yang bukan kepalang
mahu dipadam setiap sakit yang merantai hati
namun.tak mampu untuk melaksanakannya
satu dua.nasihat dikutip dari teman
kaku jemari menaip bicara jiwa
aq kaku disini. biar sakit itu dileteri
aq mahu berdiri kaku
menelan madah yang tercipta
hilanglah~
esok bukan hari untuk sesakkan jiwa

Monday, November 28, 2011

manfaatDIRI


iya..
aq sedang nazak kat sini
kata orang aq ni manusia tak menghargai
tak nampak apa di depan mata
aq sedang nazak di sini
cari jalan sendiri yang aq ingin lalui
aq masih berdiri kaku tengah orang ramai

ikut perancangan
abang mao hantar ku pulang petang ini
di tempat ku belajar
universiti luas itu
aq angguk setuju
tapi mataku bergenang
di sana aq masih rasa takut
saat mataku masah dengan air mata
aq ingin meminta sesiapa menolong aq
aq masih cuba tanggung sakit derita
perit yang menusuk tulang

sepanjang aq menempuh sakit
aq ingat seminggu ku pulang ke kampung
tangisan si tua kesayangan di awal malam
buat aq rasa bersalah
pesannya 'jangan melawan sakit yang orang berikan'
aq cuba mengelap titis yang mengalir di wajah itu
tapi di halangnya
katanya
'sakitnya bukan kerana aq, tapi kerana terluka ada yang mengkhianati gadisnya'
bila ku genggam tangannya erat sebelum ku terlena di apit mereka berdua
aq rasa ketakutan yang susah aq gambarkan
aq menangis dengan rasa bersalah

sebelum ku pulang ke kota besar
beberapa kali bahuku dipegang,matanya menusuk dalam
'jangan melawan amarah orang'
bila ku pandang wajahnya lagi, dy senyum seakan memberi ku bahagia
aq ada bicara aq tak mampu lawan seorang
mana mungkin sakit yang ku bawa mengheret orang lain?
dy senyum lama..
kedua orang tuaku masih ada di situ, saat aq menangis aq tak mahu pulang
aq rasa seakan sakit ini akan buat aq rasa terbuang
kata merekara 'tempoh berubat' perlukan kesakitan
aq menangis perlahan, dengan tanganku ketar sejuk sebelum pulang

aq pulang ke dunia besar
penolakan pertama yang ku terima
besar dan hebat dari teman-teman
ku jangka itu terjadi
jadi ku senyum sendiri, menangis saat ku di bilik kecil
hujan basahi pipi aq aq tambahnya tragis
aq plih jalan sunyi
mahu melangkah sendiri
aq tahu ada pelbagai anggapan akan datang lagi
tapi..
aq gagahi diri..
menolak semua yang aq mungkin akan terjadi

selepas dua bulan sakit yang ku deritai
sakitnya makin teruk, makin ditolak ke tepi
pesan pengubatnya 'awak akan rasa ditolak ke tepi'
aq cuba bawa diri
supaya masih ada lagi yang masih mahukan aq disisi
saat aq mimpi hitam di tengah malam
ku takut lalu ku bangun tatap skrin kecil di tangan
aq tak tahu pada siapa harus ku pinta pertolongan
aq mahukan mak ayahku disisi
pegang tanganku dan buat aq rasa selesa
buat aq punya sesiapa
tapi aq risau tangisan itu ku dapat

aq pilih jalan berseorangan
belum pernah aq lakukan sendiri sebelum ini
aq takut semua benci aq
tapi sekarang nyatanya di depan mata
semua seakan menolak aq
'tempoh berubat' belum tamat
aq nazak di sini
takut dan risau

akhir sekali selepas dihentam beberapa orang
abang batalkan niat
aq di bawa berjalan,tenangkan fikiran
mataku masih berair sekarang
aq dah tak punya kekuatan
munajat kepada ALLAH
cerita sakit perit yang ku rasa
aq takut
bicaraku pada abang
aq mahu ke dunia lain
sudah tak sanggup dikutuk orang
sudah penah dicerca hina
aq tak nak semua ni terjadi

abang nyata amarah dengan bicaraku
dy pandang aq lama, seakan memberi aq kekuatan
dy hanya punya aq sebagai darah daging
demam panas mengunjung datang
seakan merelakan aq tidak pulang ke bangunan besar itu
aq takut lagi
mahu memandang mata-mata lain yang memarahi aq
yang menolak kerana sakit yang orang lain tak dapat rasa
aq masih diam di sini
meminta simpati pun bukan

aq bukan sengaja mencari benci

tapi teman,
saat kau baca ini kau pasti merasa apa yang cuba aq sampaikan
saat kau cuba memahami kau takkan dapat jawapan
saat aq menulis ini  aq tengah memandang insan yang buat aq rasa tenang
ketenangan yang hilang akibat aq yang tak berdaya
jika saat kau tak bertemu mataku lagi
jangan kau risau apa yang akan jadi selepas ini
mataku berair kerana ku takut kehilangan kamu
mataku suka lihat kamu ketawa gembira
tapi kini sakit itu buat aq kaku ingin bermesra
doakan 'tempoh perubatan' ini tamat segera
aq ingin jadi gadis yang di sukai dahulu
tapi aq tak mampu bila ku lihat wajhku di cermin kini
mana corak bahagia yang cuba ku nyatakan
aq inginkan kamu teman
biarku nyatakan
sakit pelik yang ku alami tak tercapai akal kamu mahu cerobohi
aq sendiri masih bingung sedrastik perkara ini terjadi



Monday, August 22, 2011

budakBUATaqPANAS


assalamualaikum...
benda ni jadi dalam dua tiga hari lepas..
sebenarnya kisah ni dah lama jadi..
alo,alo..aq memang malas nak layan sangat bila fikir dia kadak-kanak baru kenal dunia.
tapi bila sampai sound aq dalam fb memang pasal la budak tu..suka-suka dy je..
alang-alang nak cari gaduh..jum cari gaduh puas-puas..
lagipun dah lama aq tak baran dengan orang ni..
sila la..kalau statement dy betul kira terharu la jugak..
tapi kalau takat nak suka-suka memang salah la...
sakit betul la..
bila pulak hari tu banyak kerja...lagi superb aq punya angin..


bila fikir balik...malas da nak ambik tao agenda budak-budak tak mature ni..lepas ni jangan nak kata aq kacau bf hg lgi la..dua-dua aq dah remove..thanx sebab putuskan persahabatan ni sekali..kamu sangat superb dupper  sweet..siyes tak pernah jumpa girl yang control bf dy sampai macam tu sekali sampai  fb fb pun dy nk tolong reply msg...pastu sound bf dlm msg tu skali..bljar2 la mslh personal jangan nak bagi semua orang tao..kalau nak gaduh-gaduh msg la kt hfon..jangan sampai awk tu menyesal kemudian hari sudah la..p/s : kalau kamu baca,amek2 terasa la ya..

Tuesday, August 16, 2011

diamSAYAbukanMENGALAH

assalamulaikum..dah lama tak update blog, malas sangat nak menaip dan  menghadap komputer..
mata jadi cepat pedih bulan-bulan puasa ni..Okeyh, tinggal lagi 12 hari kerja pastu siapkan diri maw balik UPM..
siyes rindu UPMer dah, budak-budak comm bach 2010/2011 dan paling rindu mesti la talong, tangah,tachiq dan diqmyra.. okeyh..aq tgh lepas rindu sekarang..hehehe
balik pada topik hari nie - 'diam bukan bermakna kalah'

selalunya kalau kita mengalami situasi geram kat orang mesti kita marah dia balik kan? rasa macam nak belasah dy berkali-kali je kan? kalau boleh nak tampar berkali-kali untuk lepaskan geram tu.. Dan memang lumrah kita kalau marah memang akan bagi respon. Kalau bergaduh mulut, sama-sama lawan maki balik, kalau bertumbuk mestilah bertumbuk sampai berdarah-darah baru puas hati.. Itu cara masing-masing nak lepaskan geram, orang yang suka lawan balik marah ni adalah orang yang agresif.

Kalau fikir balik kan? bergaduh-gaduh lepas tu nanti baik balik kan? Normal sangat kalau bergaduh pastu marah-marah. Aq pun manusia biasa kalau aq geram, sakit hati atau tak puas hati memang aq reflex dengan cepat contohnya ayat ataupun bahasa badan. Kalau paling biasa aq geram kat orang, tengah best-best sembang aq terus blah dari tempat tu. Itu kira terasa sikit la tu, paling sikit.. Kalau tak tahan sangat aq memang terus marah bertubi-tubi tapi tak pernah la lagi aq belajar naik tangan kalau aq marah. I'm a girl,right? Marah pun kena bersopan jugak..hehehe*jangan bajet sangat*

Kalau bergaduh-bergaduh lepas tu orang yang kita gaduh tak ada reaksi? Maksudnya dy kalah ke? Kalau dari fikiran yang irang tengah bengang confirm dy cakap "tak berani la tu". Sebenarnya kalau diam bukan maksudnya dy kalah tapi dy sedang bersabar, tak salah kalau dy nak marah tetapi orang yang diam waktu bergaduh dan kena hentam teruk-teruk ni ada dua jenis ; diam sebab sabar , diam sebab bengang sangat. Kan elok je kalu diam kerana bersabar, dapat pahala jugak tu..

lepas ni kalau terasa marah, tolong la jangan tunjuk okeyh...kamu tak kalah pun...

Thursday, July 21, 2011

brokenISwayOFlove











orang tak rasa sakitnya macam mana..
tolong jangan decide apa yang jadi sebenarnya...
hanya aq dan dia tahu perkara yang sebenar...
nothing worth for making hypothesis if you not get into the situation...


Monday, July 11, 2011

kauMEMANGplastik

lumrah manusia kan? kena jadi hipokrit...
sangat2 lumrah kan? 
kalau tak jadi plastik tak bleh hidup ke?
ni secara amnya semua orang ada sifat plastik a.k.a hipokrit dalam diri...
biasa kan? cuma antara hipokrit menyerlah dengan tak menyerlah je..
kenapa tiba2 bincang pasal hipokrit ni?
dari dulu lagi ingat nak buat entry ni,tapi tangan malas nak menaip..

hypocreate mean a person who pretends to be what he is not

banyak situasi yang terjadi yang menyerlahkan sifat hipokrit ni...
semua orang kalu boleh cuba jadi hipokrit supaya dia diterima oleh orang lain..
mungkin secara biasanya nampak klise..
tapi orang yang selalu amalkan hipokrit ni memang sangat fake...
dia cuba nampak baik pada setiap keadaan walaupun keadaan sebenarnya tak..

awak sangat plastik

kalau nak plastik sendiri2 is okey tapi ni tak...
menyusahkan orang dengan peragai plastik tu..
nak main berangkai2 pulak ajak jadi plastik..
tak adil buat kat orang macam tu...


Tuesday, June 28, 2011

maafSAYAtakSUKAorangSENGAL+sombonk

masa mula-mula nak remove friend kt fb rasa mcam bersalah juga..
tapi bila fikir balik,kalau remove pun mesti tak bawa kesan bagi orang yang sengal tu..
jadi aq decide remove dua manusia kat fb aq dengan jayanya...
tapi sebelum tu ku buat survey dlu...
mana tau kalau apa yang aq buat ni salah ke..
bila fikir balik, no use simpan orang macam ni dalam friendlist..
aq decide 'remove' a.k.a unfriend


tq sebab pernah jdi kawan dalam masa 4 tahun..
kawan masa kamu susah je..
masa senang kamu kawan dengan orang lain..
is time to leave the sengal person as you..