lUv yOu i wAnT u nOe

Showing posts with label losingINmyWAY. Show all posts
Showing posts with label losingINmyWAY. Show all posts

Monday, April 2, 2012

everythingWILLbeFINE

in mood :) alhamdulillah 


for my friend *please wear a smile on your face*

...

i don't noe anything, yup every single thing dats happen around you
but, surely it was a thing dats hurt you mostly
maybe a sadness that i never see and never feel
everything will be fine
everything will be okay
like you always told me while i'm down
believe on HIS plan and keep pray for a guide
 never give up 
you still have me as you friend :) 

Thursday, March 29, 2012

antaraSAHABATdanKAWAN


~mereka tengah berbicara tetapi aq sedang menaip dengan pasang earfon~

ada seseorang tiba-tiba cakap pasal beza sahabat dan kawan, dan itu pesanan berunsurkan nasihat.. mungkin usia aq dah menjejak dewasa tetapi aq masih tak dapat beza antara dua perkataan ni dengan lebih mendalam.. seyesly, aq tak tahu pun yang ada beza untuk dua perkataan ni dan aq anggap sama je..

*fikir sekejap*

iya, aq punya banyak kawan dan alhamdulillah sepanjang bakal menginjak ke usia 22 tahun ni aq punya sahabat yang sangat aq hargai, sayangi dan kasihi.. part of mylife and i heart them, insyaALLAH mereka sahabat yang baik pada aq..


Sunday, March 25, 2012

melepaskanDULU

pernah berjalan satu hari dan melakukan aktiviti yang pernah disukai
satu hari suntuk keluar dengan melaksanakan aktiviti kegemaran ;)
~shopping~
tapi kali ni rasa tak semanis shopping seperti semester-semester lepas
walaupun banyak barang yang dihajati berada ditangan, tak rasa seronok jugak
apakah kena kali ini? pandang sekeliling
rungkai satu-satu helah yang jelas, terikat dengan keseronokan di sini
~disini~
betulkan niat di tengah orang ramai dan senyum sendiri
hilang rasa keraguan itu, rasa tersesak dalam orang ramai
~dulu~
kenangan yang membesarkan pengalaman sekarang
memori yang terukir kemas dalam simpanan dengan akal kesal yang masih tak berhenti
kalau dulu tak wujud? kalau dulu tak ada?
kalau dulu tak pernah bersua? kalau dulu tak pernah kenal?
kalau dulu tak pernah terikat perasaan manusia?
dan kalau dulu, aq bukan watak itu..
watak waktu dulu?
~aq bukan sekarang dan aq bukan hari ini~
aq bersyukur untuk dulu yang banyak menjadi aq sekarang
aq bersyukur untuk dulu yang membuatkan aq beringat
aq bersyukur untuk dulu yang buat aq kenali aq sekarang
aq bersyukur untuk dulu yang membina karekter baru
dan
~dulu yang menyakitkan akan aq jadikan panduan~

aq takut untuk melangkah ke hadapan
aq takut untuk sebuah janji 
aq takut untuk sebuah pengharapan
aq takut untuk sebuah kewajipan
dan aq takut aq tak mampu

tapi

aq tahu sampai masa aq kena jadi lebih berakhlak sebagai ganti dulu
aq tahu masa muda aq semakin suntuk
semakin tinggalkan aq untuk membaiki carik diri sendiri
aq mahu lepaskan dulu dan aq mahu hargai sekarang
aq mahu matang dan berhemah
aq mahu jadi manis untuk semua orang
aq mahu jadi yang baik untuk semua orang
sebab aq takut esok aq tak ada
aq takut dicerca kerana aq khianat di dunia

~far away to chase but i won't deny i need it~

.: mahar cinta - deevotes :.


Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Saturday, March 24, 2012

mimikMUKAsehat

schedule yang diupdate setiap hari

dengan muka yang sudah yakin 'sehat', pulang ke UPM di hantar.. beberapa hari lepas dijemput untuk ke hospital menyakini sakit yang mengurung diri :)
lima hari cuti dari dunia kampus, mata jadi gelap arah nak balik dah jejak kaki kembali menempuh beberapa sisa minggu semester empat berakhir.
masuk ke bilik, letak barang ke tempat asal. kemas satu-persatu sehingga terperasan catatan yang tercatat di 'schedule' yang ditinggal kosong dari hari khamis ke sabtu.
'semoga cepat sembuh.. :)' ark, terharu kat situ beberapa detik. 
~untunglah ada orang sayang, ingat dan rindu~

mr.x dengan my fav book 
sepanjang empat hari di rawang, ada resah gentar dengan charge hp tak bawa.. habesla mr.x kesayangan sudah habis battery, jangan rosak sambil buat perangai tak boleyh on.. banyak notes penting dalam gajet putih itu.. siyes sayang kot benda kecik yang penuh poket ni walaupun dah mcm oldskul  gayanya, tak macam samsung yang comeyh2 menari depan mata minta dibeli segera. *hold semester dulu*

take note yang dipantau setiap hari

10 assignment kot yang belum ditaip lengkap :) masih boleyh senyum ke? alhamdulillah sahabat yang sekumpulan telah proceed dengan proposal assignment *bila nak balik kampung ni?*. Balik dengan kesyukuran dengan note yang telah diphotostat oleh hadeq dan MC yang telah diserahkan kepada lecture, rasa sedikit lega dengan bantuan teman-teman yang memahami. alhamdulillah, semuanya diatur dengan bantuanNYA dan dengan kasihNYA yang melimpah-ruah. Syukur :)

..fate has been given, it depend to the owner to stay or to leave the fate..

meja study yang makin sarat dengan barang

setiap detik, ada yang makin banyak perubahan. semakin takut untuk melangkah, semakin kalut untuk pergi.
semakin ada senyum di bibir, semakin rasa banyak yang menyokong, dan semakin melewati zaman kanak-kanak yang sudah pergi, dewasa menyapa dengan mengharapkan pengorbanan yang perlu dituntuti.

cerita di PKU
cerita di HSerdang

cerita di PKU menyapa dengan beberapa kali aq pujuk doktor agar tak masukkan air, sakit kena cucuk dengan nurse sebelum masuk air dan nak tunggu tiga jam sampai air itu habis satu dugaan perasaan jugak. Doktor berkeras dengan senyuman dan aq terpaksa setuju, panggilan telefon awal pagi disapa oleh maknjang yang masih meng'update' kesihatan diri. talong temankan ke PKU, hampir dua jam sesi masukkan air tamat dan aq balik ke kolej berehat. abang mula resah dan malam dia datang dengan wajah kepenatan namun bibirnya masih menyapa dengan senyuman yang aq suka. 

en. ariff :) saya sayang awak banyak-banyak. 
terima kasih buat abang yang masih mahu melayan pelbagai aduan dan resah yang adiknya hamburkan dan dia masih tersenyum walaupun katuknya terjelas di sebalik wajahnya *gambar lama abang, siyes suka capture gambar bila dia drive*. abang hantar ke rumah mak njang dan beberapa kali dia pesan, macam-macam perkara yang aq sendiri nak senyum tapi alhamdulillah dia menjalankan amanah dengan baik walaupun dia ada komitmen lain. 9 jenis ubat, masuk menyapa kerongkong dengan keadaan tak selesa dan penat melayan pelbagai warna ubat. letak, pegang, letak, pegang dan mak njang marah baru telan. dah mula risau bapa saudara dan mak saudara di kampung dengan tahap kesihatan, mak ayah tak payah cerita.. selalunya aq yang call kedua mereka namun sejak sakit sampai dua tiga kali terlayar gambar mereka berdua di wajah mr.x.. risau apa gayanya anak mereka yang masih melurut sakit.. *rindunya nak jumpa mak ayah, nak dengar mereka berdua bagi beberapa nasihat di depan-depan dengan mimik muka penuh kasih sayang*

i'm da girl who are waiting a rainbow in the thunder that neever take place

semoga di beri kesihatan untuk hari-hari yang mendatang 

menaip sambil dengar lagu ni :) 
*just crop lirik untuk bahagian yang penting je*

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan


Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 

biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan

versiKITA



katanya, sepintas lalu sahaja.. berbisik seperti angin jauh yang menyapa
terkadang versi dia dan versi aq macam langit dan bumi
kisahnya jauh dan berpaksi pada pegangan yang dia yakini
jadi versi dia lebih detail, tersusun dan lebih manis dari aq yang versi sendiri
mungkin versi aq hanya ayat naungan sendiri, pengalaman yang banyak aq pelajari
dan versi dia berdasarkan sakit perit yang pernah dia lalui
bahasa dia lebih hemah tinggi dan tersusun sendiri seakan diam terdengar
malah versi aq ikut sedap hati nak keluar, ikut mana ayat dulu tergambar dan terus terjun dari bibir
versi kelat dan versi apakah itu? nasihat aq mungkin agak pedih
tapi versi nasihat dia manis, dengan ayat terselit ketawa di hujung kata

satu orang satu versi dan satu orang satu cara
boleh pilih sama ada batu.pasir. atau .api,
mungkin dia versi pasir yang seakan golongan tanah yang tenang
tak pernah dia mengiyakan soalan kendiri versi aq
aq versi mana?

= bila nak berubah versi ni, aina? =

Thursday, March 22, 2012

pandangPADAdia


~pulp~

pen jatuh dari pegangan, mengutip kembali alat tulis itu dan tersenyum pada beberapa mata yang memandang penuh tanda tanya dengan senyuman di bibirnya.
"nampak ceria hari ini, ada apa-apa ke?" soalan pertama setelah kuliah awal semester bermula, dia hanya menggeleng dengan senyuman lagi.
dia meletakkan senyuman di bibirnya pada setiap wajah yang ditemuinya, menyapa mesra semampu dirinya terhadap insan-insan yang dikenali.
"sehat tak kau? asyek senyum je." persoalan dengan nada sedikit mengusik membuatkan dia hanya tersenyum lagi, menggeleng lagi.
apa yang ada padanya setelah kuliah berdetik tiga minggu, dia masih tersenyum dengan senyuman sama.
"kau ni ada yang tak kena ke?" ada suara lain pula yang menyapa dia, namun dia masih lagi mengekalkan senyuman yang sama.
seolah-olah ada sesuatu di wajahnya yang sukar ditafsir, apa yang terjadi sepanjang dia cuti semester?
senyuman yang sama dan helah diamnya yang menjadi tanda tanya pada banyak orang.
mungkin dia sahaja yang punya jawapan senyuman mesra yang menyapa dan ledakan ketawa yang kurang..
pembawakan diri yang berbeza mungkin untuk tunjuk dia matang, tetapi itu semua dia saja yang punya percaturan.

wish.I.AM


apa ada pada kisah itu? apa yang istimeawanya kisah itu
menekur jemari sendiri.tutup mata rapat-rapat. senyuman tak terukir.
menjalar sekeping hati yang robek.parah. berdarah dan terkesan calarnya.
pedih menekan seakan seluruh saraf. sakitnya perit dan mendukakan.
itu bicara kenangan yang telah pergi. kekuatan yang cuba dipacu sendiri.
semakin mengusai diri. urat saraf rasa longlai kembali. satu-satu mencuit diri.
menggugat perasaan sendiri. kekuatan yang sudah tegar berderai sendiri.
hilang dan runtuh satu-persatu. menekur jemari lagi. duduk dan mengutip lagi
entah ke berapa kali. berada di tempat yang sama dan mengutip kekuatan yang sama
entah berapa kali lagi harus melalui sakit yang sama.melalui detik yang sama
fobia.trauma.paranoid

Wednesday, March 21, 2012

tusukanPERLAHAN

beberapa titis darah menitis di atas cadar putih
mengelap perlahan dengan telapak tangan yang sudah berona putih lesi
mengucap beberapa kali
pitam kepala tersa pening dan perit
sakitnya menusuk lagi
senyum pada beberapa orang kakitangan yang bertugas
menyapa pandangan mata yang seakan lesu
~semoga sakit ini segera hilang, kurang dan aq kuat~

Tuesday, March 20, 2012

letakSENYUMtawaDANniat


dahi disapa tangan perlahan
panas mendidih terasa meragut kerongkong
pedih dan sakit
jatuh pengsan jatuh
sakit yang mewakili tubuh
mata memejam erat dengan blanket ditarik kuat
kerongkong tak selesa
dua tiga panggilan di terima
merisik khabar dan kekuatan bermukim
kalau nanti pagi badan masih diasak waktu
abang sedia untuk bawa ke bangunan berbau kimia kuat
kerinduan ini dengan keperitan
munajat pada ALLAH supaya aq kuat


Saturday, March 17, 2012

mungkinINIsebabTERJADI

~selsema yang berterusan~

ada baca dalam buku La Tahzan warna hitam baru-baru ni, tinta penulisnya menyatakan yang 'selsema menunjukkan diri dalam tekanan ataupun masalah yang cuba dirungkaikan'. Senyum pada malam yang gelap dan berharap diri masih kuat untuk menolak semua yang pernah menjadi sebuah memori yang sukar ditinggalkan dengan senang dan bibir kaku dengan senyuman yang masih dirasakan merodok hati orang yang melihat..senyuman yang 'sakit' dan anak mata 'suka' tergambar jelas supaya diri tak rebah lagi, tak jatuh lagi dan tak terkenang lagi

~khabarkan pada angin yang aq sudah mahu berdiri tanpa pandang belakang lagi~

fokus on assignment, ainatul syahirah ashaari "ingat amanah dan harapan keluarga"

koflikAPAini?????

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Tentang Rasa by Astrid

serius serabut sangat, asyek typo dan mengeluh..assignment masih dalam perangkaan dan kepenatan yang terserlah di wajah dengan banyak perkara yang belum langsai, tumpang sedikit kekuatan supaya masih kuat dengan semua yang akan terus datang rempuh dan gangguan perasaan yang agak berserabut dan agak klise dengan banyak perkara yang bukan-bukan..

kata seorang teman, lagu yang diminati menunjukkan kisah yang kita lalui? betul ke? mungkin juga ataupun mungkin juga kebetulan..

apakah ini? merepek yang tidak-tidak..

jangan lemaskan semua yang jadi dan kuatkan diri, YA ALLAH
kecelaruan akan bermula dan bertempoh :'(

sekaliINI

bolehkah?

berjanji pada diri sendiri dan tak akan pandang lagi semua yang pernah jadi tetapi tipu diri sendiri susah untuk dilakukan, sampai bila dan bagaimana perkara tersebut akan berulang dan berulang serta kenangan menari-nari perlahan di hadapan mata dengan penuh perasaan tanpa berhenti mengejek dan mempersendakan diri.

untuk sekali ini
letakkan ego pada diri
kalau sakit itu kebahagiaan yang menyenangkan
kalau ada sedikit waktu untuk menjelaskan

Friday, March 16, 2012

behaveASagirl

*senyum di bibir*

mata masih memandang ke arah dua gadis itu sebelum bergerak meninggalkan fakulti, dengan barisan senyuman yang masih belum lupus di bibir... apakah yang sebenarnya? dialog antara mereka berdua :

A: kau rasa untung dapat dia?
B: mesti lah, best girl win ~senyum bangga~
A: perlu ke kau berebut dengan kaum kau sendiri?
B: tu semua dugaan juga nak uji cinta aq kat dia~masih senyum sambil jemari menekan gajet di tangan~
A: dugaan?maksud kau?~muka blur~
B: ya la, nak tengok betapa teguh cinta kami
A: kau rasa berbaloi bergaduh dengan girl untuk menangkan boyfie kau?
B: mesti lah..dah boyfriend aq, mesti aq menangkan dia..aq sayang dia kot, takkan nak bagi kat orang lain pulak.
A: kau rasa untung dapat dia?
B: mestilah sebab ada compete nak dapatkan dia, kiranya aq ni paling untung la dapat dia.. a best girl win
A: fungsi kau cakap macam tu?
B: nak nyatakan aq menang, hebat dan kuat sebab dapat dia dari perempuan tu..
A: bangga ke? ~ada senyum sinis~
B: semestinya sebab aq dapat dia dam perempuan tu kalah ~senyum makna~
A: boyfie kau buat apa masa kau gaduh dengan perempuan tu?
B: dia rileks je~ pandang muka kawan dia dengan wajah pelik~


senyuman tu masih kekal pada wajah aq sampai aq balik kolej dan aq fikir sendiri, apa itu pergaduhan rebutkan seorang lelaki yang masih bergantung pada duet PTPTN dan kadang-kadang sampai tak makan sebab duet dah habis, survive dengan megi *ni tak condemn orang yang makan megi sebagai makanan ruji setiap hari* dan seorang perempuan sanggup menangkan lelaki tersebut dengan sebab :sayang:.. mungkin akal aq tak terjangkau dengan pengertian cinta mereka namun dari sudut psikologi sebenarnya reaksi di atas lebih kepada tunjuk siapa hebat dan rebutkan lelaki tu dan da best point " girl tu sacrifice bergaduh dengan kaum sendiri untuk defend lelaki tersebut." Please girl behave yourself dan jangan nampak desperate sangat dalam mencari teman, behave and behave sebab kalau kau tak mahu jaga kelakuan kau macam mana orang nak respect kau as a girl, berebut dan berebut tu tak ke mana.. okayh,,,jum fikir kejap

lelaki buat rileks bila perempuan berebutkan dia? pada persepsi sebagai gadis apa ya? kalau dari segi psikologi aq sendiri, dari pandangan aq.." a boy just test market" dan dy nak bagtao a girl deserve to protect him, i mean protect him from those 'stupid thing.' Patutnya lelaki jadi pelindung, tapi sekarang dah terbalik pulak.. girl tu agresif bagai macam ' da boy tu dy punya.'..Aduh, tak payah nak cakap ' he mine', sampai bila-bila pun 'he never be yours' sebab syurga lelaki tu masih kat keredhaan mak dy. Those word just mencipta perasaan ja, jangan lalai for those thing..surely fikir pasal diri sendiri dan amanah yang keluarga telaha bagi..laksanakan dengan baik dan tak payah berebut ya sebab ~jodoh kita dan dicatat semasa kita berusia 4 bulan dalam kandungan ibu kita~
tapi...kalau berharap pada cinta, mintalah pada ALLAH dengan solat hajat dan iringi dengan istikharah sebab CINTA HALAL itu lebih indah.. 

.:jaga hati baik-baik dan mencari redha ALLAH:.

Wednesday, March 14, 2012

~pergi~

akhirnya...
i'm off for everything
every single thing even it was a hurt moment
i choose to leave everything
every single thing

thanx for those always be beside me
those word
those thing 
those smile
i rather to go than stay with fake smile

aTAKENday


~selamat hari lahir~

siyesly niat di hati just nak wish  'a hepi birthday' for a guy.. yup, a guy as a friend
but..dalam dua tiga minit lepas hantar mesej tu, ada nombor baru masuk.. a girl =) got da point?
'jangan ganggu dy lagi.. i aspect u have died..' ~diam.terkedu.diam~
apakah ni? marah-marah pulak, tak fahamnya..untuk ke berapa kalinya, di serang lagi oleh seorang 'girl'
*boleh pengsan kah?*
aduh..kenangan bawalah dia pergi jauh-jauh sebab aq just nak wish birthday n hope for a'thanx'..
bila dah mula berbalas mesej dengan cara dy marah aq macam nak bf dy, i just use a simple word 'may ALLAH bless u'
then dy reply , ' i dont need it at all'... *diam* apakah tak mao kasih sayang ALLAH? tak faham
bila aq reply lagi, "perlu ke a girl defence a boy that got nothing on it?
" dengan bangganya dy reply, " i not defend a boy but MY BOYFRIEND." *senyum sambil geleng kepala*
~ya, memang officially ur BOYFRIEND~
i dun need him at all, surely dun need him at all because he was nothing on me..
aq just nak wish, bila pandang mesej lama-lama rasa nak ketawa pulak sebab dah lewat pukul 12 malam pun.. a boy mengadu pada girl tu pasl msg bufsday aq.
girl tu balas lagi 'u such a pretend girl.' apakah kali ini? dengan sambungan mesej 'KARMA around and watch out'
apa ni? last mesej dy reply 'sok ada date'..aduh, date? tak payah la.. tak bawa kesan apa-apa pun kat aq sebab..
i more believe 'KEKASIH HALAL' date, halal itu lebih indah... i dun need a date for relationship but i need REDHA ALLAH for everything i do..

~dear girl~
may ALLAH bless u always with HIS love
i forgive every single thing u think and judge about me :)

Thursday, March 8, 2012

buatmuTEMAN II


terima kasih kamu, terima kasih dan terima kasih KAMU~~~
sangat-sangat terima kasih, sedarlah utaian kasih itu sudah terurai kerana tiada kedewasaan yang kita pegang
terima kasih untuk sebuah pengalaman yang ingin aq lupakan dan terima kasih atas ugutan yang belum penat kamu kunjungkan
TERIMA KASIH KAMU atas dendamnya kamu terhadap diriku yang masih belum ada noktahnya
sangat TERIMA KASIH kerana masih beranggapan yang aq masih berhutang dengan kamu
TERIMA KASIH ya..aq tak marah dan aq tak sedih dengan kesakitan yang kamu kunjungkan
aq tak terkilan, aq tak punya kuasa untuk mengubah semuanya dan aq tak penat dengan kesakitan yang dalam
jujurnya aq sudah pasrah dengan rancangan musibah yang kamu ingin jayakan.. tahniah jika itu yang kamu cari dalam hidup
saat mata aq terpejam dengan kekuasaan keegoan yang kamu pegang, mengertilah yang aq tak marah namun jika sesuatu yang ditanggungi aq dirasai orang yang aq sayangi
aq lepaskan tanggungjawab itu untuk kamu menjawab di Masyar dan jangan kamu panggil aq untuk pohon maaf
jangan panggil aq dengan panggilan memohon maaf di sana, aq tak mampu menjawab semuanya lagi.. noktah di sini
untuk kamu, balaslah sebanyak mana dendam yang kamu simpan tetapi ingatlah aq lunasi di sini dengan redha
maaflah untuk sebuah kenyataan yang perit aq luahkan
kalau kamu rasa kebahagiaan kamu adalah penderitaan aq dan itu cara kamu bahagia.. jujur aq terpaksa redha
~carilah kebahagiaan kamu, teman~
insyaALLAH kamu akan rasa bahagia yang kamu impikan.

.:penat menaip di saat banyak assignment, satu-satu aq bebaskan hidup bahagia dan aq tak mahu satu-satu orang yang pernah hadir dalam hidup aq sebagai teman merasa sakit seperti aq rasakan... biarlah teman bahagia dan senyum gembira dan aq belajar redha dengan ikhlas:.

~pinjamkan aq kekuatan YA ALLAH, detikkan waktu sehingga nafas terakhir dengan keimanan~

Tuesday, March 6, 2012

bekukanHATI

*sigh*


'kalau aq dah start bertunang, aq tak boleh patah balik. it's mean aq dah in serious relationship dan aq takkan patah balik pun and i gonna make it work until we got married.'

*sigh*

kata orang bab-bab hati ni masalah sikit, bukan~~~ masalah banyak jugak la kan?
sebenarnya bila someone dah ready for a serious relationship, mesti ada dugaan dan halangan
*okeyh, klisenya bunyi*
kenyataan, kata seseorang ' bila kita dah serious, mesti ada dugaan nak kacau-kacau hati sebab nak tengok dapat tak kita jaga hati baik-baik. Ujian dan dugaan itu pun daripada ALLAH.'

seriously,
aq cakap bagi kenyataan yang universal..

~ once kau dah decide, dah bagi harapan, dah ada keyakinan
...just go for it...
kau ingat bila kau dah bagi harapan, pastu dah ada persediaan kau boleh main confused2 lagi ke?
...bukan masanya lagi..
~once decide to a serious relationship with someone, make it as you wish before~

please!! kau jangan nak main-mainkan hati orang, kalau kau tak ready cakap tak ready dan kalau kau dah ready just say it out..surely kalau kau dah say it out mean kau dah ready for a next step

~i wish good luck for you, girl~


Sunday, March 4, 2012

ceritaMENDESAKhati


bertenang seperti ini? mungkinkah?


kadang-kadang...
kita seakan terlupa yang kita perlu buat banyak pilihan dalam kehidupan
bermula dari bangun pagi sampai tidur balik, banyak yang kita perlu buat pilihan
banyak sangat yang harus diuji dan dibuat keputusan
kadang-kadang orang tak faham sebab pilihan itu yang kita buat
sebab kadang-kadang ini yang mendesak rasa ini
dilema yang mencengkam segenap rasa hati dan hari
kadang-kadang ini yang membuatkan banyak orang terluka
semua yang kita buat sebenarnya tak dapat beri kepuasan kepada semua orang
sekurang-kurangnya kita kena cuba bagi yang terbaik untuk semua orang
~~~untuk semua orang
masa kelu lidah mati untuk berkata-kata
hati merintih perlahan dengan percaturan yang berat untuk dilaksanakan
melunasi tanggungjawab yang sedang di genggam kini
hanya minta untuk difahami setiap yang aq ambil tindakan
tak mampu untuk memuaskan hati setiap pihak namun aq cuba supaya aq tak terkorban
derap langkah kini nampak jalan namun diatur halangan satu-persatu supaya di gugat rasa
sakit, pedihnya meresapi setiap urat nadi, nafas diatur susah walaupun udaranya dirasakan cukup
cukuplah untuk aq meminta agar memahami yang aq sering bertelaku di sini dengan jawapan ini
kadang-kadang ini buat semua masalah rasa sukar diatasi dengan singkat
aq pejamkan mata lama, entahla..
bukan ini satu permintaan namun ini yang diharapkan
bukan satu kesalahan jika ini mendamaikan semuanya
kadang-kadang yang kadang-kadang menyetakkan

Friday, March 2, 2012

mungkinDUGArasa

~rasa dilema yang sangat kuat saat ini ~

menitip waktu setiap hari, membilang satu persatu dengan rancangan yang ada dalam fikiran
banyak yang perlu dilangsaikan, kata orang perlu bertenang sebelum buat keputusan
senyum pada cermin dan cakap diri sangat kuat untuk semua yang telah ditetapkan
cuba senyum pada setiap orang yang menyapa datang, mesranya senyuman untuk satu persahabatan
berdetak satu-satu masa, pejam mata erat dan bayangkan masa depan...
apa akan jadi buat sedikit waktu nanti? masa depan dan kenyataan yang harus dilunasi
sekarang dalam waktu di lema, di lema dengan banyak perkara...
Kata seorang teman, "biarkan di lema itu pergi perlahan-lahan supaya hati tak berganjak lagi."
dia senyum sewaktu berbicara, matanya menatap wajah resah aq yang masih terjelas
senyumannya satu kekuatan saat itu, apabila aq tanya pendapatnya lagi untuk perkara rumit ini
dia senyum lagi dan kali ini aq rasakan anak matanya merobek setiap keresahan yang aq rasakan
dia tanya dengan wajah mesra yang kunjung, "aina sangat yakin ke? sangat-sangat yakin?"
jadi aq angguk, yakin dengan percaturan yang bakal aq lakukan setelah aq menetapkan keputusan
dua tiga hari, perancangan lama ini macam sedang di uji perlahan dengan satu-satu menyusup datang
menguji rasa hati mungkin, menetap berapa kuatnya diri ini menatapkan janji yang telah dilafazkan
mengira diri sendiri kuatnya untuk kali ini, restunya sudah ada namun benarkah kata orang..iya, benar rasanya 
"tempoh ini tempoh ujian supaya keputusan yang telah di buat dapat diuji dengan perancagan tempoh panjang ini."satu-satu halangan datang menyapa dengan mimik-mimik mesra, seakan tahu diri ini sedang bernaung rasa
seakan tahu yang diri ini sudah mencapai kata sepakat, menyapa dengan senyuman dan memberi perhatian
tolong jangan menyapa lagi, diri ini tak mahu di lema yang terlalu berat untuk menyelesaikannya

~YA ALLAH mudahkan urusan yang satu ini~

Wednesday, February 29, 2012

mencukupkanSAYA


entah rasa ini. entah rasa ini. entah perasaaan ini.
entah rasanya bagaimana untuk dijelaskan dengan kata-kata
bagaimana mahu menaip  jelas supaya difahami
tak terluahnya kata dengan cantuman huruf-huruf tunggal
rasanya?
entah rasa ini.
perlahan.diam.selesa.sempurna.

entah bicaranya. entah kakunya jemari di atas papan kekunci
entah rasanya ini bagaimana?
mahu dijelaskan dengan kata.
tak tersusun rasanya. tak terjelas mungkin
tapi ini rasanya.
*sujud syukur pada ILAHI*


bela jiwa dengan rohani
jangan datarkan emosi
senyum pada setiap misteri
InsyaALLAH rahsia ALLAH lebih unik

~mencukupkan saya~
alhamdulillah