lUv yOu i wAnT u nOe

Saturday, March 24, 2012

versiKITA



katanya, sepintas lalu sahaja.. berbisik seperti angin jauh yang menyapa
terkadang versi dia dan versi aq macam langit dan bumi
kisahnya jauh dan berpaksi pada pegangan yang dia yakini
jadi versi dia lebih detail, tersusun dan lebih manis dari aq yang versi sendiri
mungkin versi aq hanya ayat naungan sendiri, pengalaman yang banyak aq pelajari
dan versi dia berdasarkan sakit perit yang pernah dia lalui
bahasa dia lebih hemah tinggi dan tersusun sendiri seakan diam terdengar
malah versi aq ikut sedap hati nak keluar, ikut mana ayat dulu tergambar dan terus terjun dari bibir
versi kelat dan versi apakah itu? nasihat aq mungkin agak pedih
tapi versi nasihat dia manis, dengan ayat terselit ketawa di hujung kata

satu orang satu versi dan satu orang satu cara
boleh pilih sama ada batu.pasir. atau .api,
mungkin dia versi pasir yang seakan golongan tanah yang tenang
tak pernah dia mengiyakan soalan kendiri versi aq
aq versi mana?

= bila nak berubah versi ni, aina? =