"Tanggungjawab seseorang lelaki berat ya?" Mungkin itu soalannya pada dasarnya namun pasti ada sesuatu yang menganggu hati kecilnya.
Tanggungjawab sebagai anak
Tanggungjawab kepada adik
Tanggungjawab sebagai adik
Tanggungjawab kepada isteri
Tanggungjawab sebagai pemimpin
Mungkin petang itu baru baru dia terfikir beratnya tanggungjawab itu sejak dia berusia 20-an, dia sedar tanggungjawabnya bakal bertambah dalam beberapa tahun akan datang sedangkan tanggungjawabnya sebagai seorang anak masih belum mampu dia lakukan.
Tolong jawab soalan ini wahai lelaki sekalian :
Adakah terlepas tanggungjawab kamu sebagai anak setelah bergelar seorang suami?
Tak pernah terlepas tanggungjawab itu sehingga nyawa terpisah dari tubuhmu, kamu akan terus bertanggungjawab menjaga keperluan kedua ibubapamu walaupun kamu sudah berkahwin tetapi cuba fikir sekarang berapa orang mampu cakap sayang mak ayah namun lebihkan seorang isteri dalam semua perkara daripada ibubapanya? Pasti banyak pada zaman sekarang, saya bukan menuding jari tapi cuba pandang sekeliling dan kamu tahu jawapannya... Hanya segelintir yang mampu jalankan tanggungjawab itu walaupun telah bergelar seorang bapa.
Tanggungjawab sebagai seorang lelaki berat kerana itu mereka diciptakan dengan kekuatan untuk menanggung segala perkara yang terjadi, tidak meraung menangis jika dirundang masalah, tidak terasa hati dengan perkara remeh,tidak suka bergantung pada orang lain.
Jika dia dilahirkan sebagai seorang abang, dia bertanggungjawab menjaga adiknya.
Jika dia dilahirkan sebagai seorang adik dia masih bertanggunjawab untuk menjaga kakaknya.
Kamu insan yang diciptakan dengan kekuatan, jadi kamu harus kuat untuk jalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan.
Jangan lupa, tanggungjawab kamu sebagai seorang anak tidak pernah selesai.