lUv yOu i wAnT u nOe

Saturday, December 17, 2011

aqJAWABertiCINTA


apa itu cinta?

iya..kenapa tiba-tiba aq berbicara tentang cinta secara terbuka? di sini..blog tempat aq berkongsi suka duka? makna cinta pada diri aq, pada pandangan mata juga hati..apa makna sebuah cinta sebenarnya? rasa bahagia atau satu kasih sayang yang tak dapat dicapai akal?

apa itu cinta sebenarnya?
~art of love~
banyak aq dalami tentang isu ini, kalau ikutkan hati.. aq belum fikir sedalam ini maksud cinta itu secaranya..abstark ataupun sesuatu yang dapat dijelaskan dengan perkataan. kata seorang teman, "apa cinta pada pandangan kau? aq bagi tempoh kau fikir sebelum aq dapat jawapannya"
sejak soalan itu disoal teman rapatku, aq mula berfikir dengan mendalam maksud sebuah cinta bagi diriku..mungkin juga cinta digambarkan sebagai sebuah rasa ataupun sebagai perasaan yang sukar digambarkan..

apa itu CINTA?

cinta..cinta..cinta..
masa aq diam..
aq punya cinta, iya aq punya cinta..aq lahir atas perasaan cinta, cinta kedua ibu bapaku dan cinta ALLAH.. aq membesar dengan cinta yang banyak di persekitaran aq..aq dicintai keluarga, dicintai abang tunggalku..
aq masuk ke sekolah, belajar menerima persahabatan, iya juga dengan perasaan cinta..
cinta itu universal sebenarnya bagi aq, aq tak menggambarkan cinta itu sebuah perasaan kosong yang tak punya makna..
bagi aq cinta itu kasih sayang yang sangat bermakna buat seorang insan,,

tetapi aq tahu, temanku mahu aq jelaskn cinta berlainan gender pada pandangan aq..
maksudnya cinta aq buat insan yang bergelar lelaki yang aq anggap istimewa dalam hidupku dan jejaka itu bukan lagi di atas landasan sebagai seorang teman..dia yang istimewa
kata temanku, dy sudah kenal diriku namun dy perlukan penjelasan cinta itu dari perspektif diri aq sendiri..
kenapa? aq pandang sekeliling dan mula rasa ada sesuatu yang pelik pada diriku..
pelbagai jenis lelaki yang muncul dalam hidup aq, hadir dengan pelbagai agenda yang aq terkaku sendiri
ada yang hadir kerana kasih sayang di hati sahaja
ada yang hadir dengan cinta nafsu sahaja
ada yang hadir dengan cinta kepentingan diri sendiri
ada juga yang menawarkan cinta untuk menyakitkan diri
cinta untuk melalaikan
dan bila aq tersedar tentang cinta itu semua baru aq tahu, itu cinta dunia sahaja
materialistik dan hipokrit
aq pernah jatuh cinta, terasa dikhianati dalam sebuah perhubungan, aq pernah disakiti kerana cinta
cinta yang aq lalui dengan air mata dan kesakitan yang dalam
aq pernah putus dalam perhubungan percintaan, ditinggalkan dengan persoalan yang tak terungkai
cinta yang aq pernah lalui dengan penderitaan yang tergunung disebalik mataku
.kesakitan.

bagi aq..dan ini harapan aq..
cinta itu perasaan kasih sayang yang dalam buat seorang lagi insan yang mempunyai perasaan yang sama
bagi aq, cinta aq pada seorang jejaka yang boleh bimbing aq ke arah jalan ILAHI..
itu cinta yang aq harapkan dari dy..
yang aq tahu cinta itu juga perlukan pengorbanan, kesetiaan dan kejujuran.
cinta yang saling mengingatkan tentang ALLAH, itu cinta yang aq harapkan dari dulu..
aq perlukan seseorang jejaka yang menyayangi keluarganya lbih dari diri aq
yang melebihkan keluarganya daripada aq supaya aq tak berdosa kepada orang tuanya,
tanggungjawabnya masih kepada ibu bapanya walaupun satu hari nanti dy sudah punya aq untuk dijaga
bagi aq, lelaki yang baik adalah lelaki yang sayangkan ibunya dengan sepenuh hati
yang tak membuat orang tuanya rasa resah dalam kehidupannya
tapi,
semakin aq menaip, semakin aq keliru dengan jawapan yang aq cuba sampaikan..
apa maksud aq sebenarnya?


sangat susah nak menjelaskan perasaan cinta itu sendiri
apa cinta itu sebenarnya?
aq teringat kata seorang teman, "cinta adalah bila lepaskan orang yang kita sayang bahagia dengan orang lain"
cinta juga pengorbanan yang menyakitkan.
ada lagi teman lain bicara "cinta itu adalah menghargai dalam diam"
cinta juga satu kasih sayang yang dalam
"cinta itu selesa dengan semua keadaan orang yang sedang mengalaminya"
cinta itu sukar digambarkan


kenapa aq kena jawab soalan susah ni ya?
sempena hari lahir aq yang ke-21, ini soalan yang teman aq berikan
memang menguji pemahaman aq tentang cinta itu
aq tak dapat jawab sebab ni rasa hati yang susah

~kuriakan yang terbaik buatku, YA ALLAH~
~semoga cintaku dapat menjadi anak lelaki yang baik buat orang tuaku, menjadi adik yang menyenangkan abang dan kakakku, menjadi abang untuk menjadi contoh teladan untuk adik-adikku~
~menerima kekurangan yang aq punyai dengan hati terbuka dan membimbing aq selayaknya dengan doa panjang yang selalu dipohon kepada ALLAH~
mood : layan BISIKAN NURANI- In-team (semoga ketaqwaanmu terus merantai jiwaku dan kesederhanaanmu terus mengecap kekayaan dunia)

..kata orang, jejaka yang mencintai seorang gadis takkan membiarkan gadis kesayangannya menangis atas kesalahan dirinya yang disengajakan..