lUv yOu i wAnT u nOe

Sunday, August 28, 2011

hadianDANkasihSAYANG


assalamulaikum...
bila teringat kisah kanak-kanak, rasa tersentuh sebab banyak membentuk siapa aq sekarang ni. Hidup dalam keadaan sederhana dengan keluarga maksudnya tak terlalu berada macam sesetengah orang buat aq sedar banyak beruntungnya aq berbanding orang lain. Semua manusia banyak belajar dari pengalaman masa lalu dan mendidik siapa diri mereka pada masa sekarang. Aq anak gadis biasa yang selalu mengharap kehidupan ni lebih bermakna dan sentiasa berusaha sedaya mungkin untuk menjadi yang baik dari semalam. Banyak material ataupun benda yang aq dapat bukan dari hasil sia-sia, banyak orang kata aq beruntung kerana boleh dapat apa yang aq nak. Walaupun aq anak bongsu dalam keluarga itu bukan satu bonus terbaik untuk aq dapat apa saja tanpa menunjukkan kesungguhan.
Mak dan ayah banyak bagi hadiah ataupun ganjaran kepada q dan abang berdasarkan apa yang kami janji. Aq teringat lagi masa berusia 10 tahun, ayah memberi cabaran untuk dapat nombor terbaik dalam darjah dan mendapat hadiah. Banyak yang aq dapat sekarang bukan hadiah semata-mata tanpa aq melakukan apa-apa. Every hardest comes with a reward. tetapi hadiah yang aq dapat tak meunjukkan kemewahan, itu hanya satu didikan moral untuk aq lebih berusaha. Lepas abang mula bekerja, hidup aq semakin ketara perubahannya dengan 'reward' , abang akan tetapkan hadiah yang aq bakal dapat untuk setiap kesungguhan yang aq buat dan setiap benda yang aq ada sekarang banyak datang dari hasil gaji abang.
Nilainya lebih tinggi dari nilai hadiah biasa yang aq dapat tanpa berusaha. Kadang-kadang tempoh aq dapat hadiah adalah singkat contohnya macam tiga bulan selepas itu aq dapat lagi hadiah lain. Sekarang aq mula belajar menghadiahkan sesuatu buat diri aq jika aq mencapai target.Mungkin rasionalnya biasa pada orang lain tetapi bagi aq berbaloi kadang-kadang belikan sesuatu buat diri sendiri berbanding harapkan orang lain belikan. Sampai sekarang mak,ayah dan abang masih teruskan konsep 'reward' pada aq bagi setiap kesungguhan yang aq buat dalam pelajaran tetapi perkara paling aq tersentuh bila aq mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di UPM. Hadiahnya berganda-ganda daripada bapa dan mak saudara aq, sampai sekarang aq masih terasa eratnya pelukan setiap daripada mereka saat aq mendapat surat itu, tangisan kegembiraan itu aq sentiasa simpan sehingga hari ini. Aq tak mampu bagi 'reward' kepada mereka selalu hanya kadang-kadang sahaja aq dapat buat antara mereka menangis dengan kejayaan aq.
Menjadi yang pertama saat mereka letakkan harapan supaya menjadi contoh kepada adik-adik yang lain membuatkan aq percaya dengan kasih sayang yang mereka berikan serta dengan kejayaan. Aq dan abang walaupun kami anak mak dan ayah tetapi secara tidak langsung kami anak sulung kepada keluarga Habsah dan Ibrahim, kami selalu menjadi contoh kepada mereka. Kasih sayang merupakan hadiah terindah buat keluarga aq, kami sentiasa memerlukan antara satu sama lain dan sentiasa erat.
Waktu yang paling aq suka hingga kini adalah saat berbuka pusa hari terakhir Ramadan di rumah pusaka tok, bacaan Yassin beramai-ramai di Malam Nisfu Syaaban dan kenduri arwah buat tok dan wan.Saat yang paling aq tunggu adalah perkahwinan cucu sulung keluarga ini yang mesti meriah dan insyaALLAH, saat aq menerima ijazah di Hari Konvokesyen. Kami berdua selalu menjadi yang pertama serta berharap kami juga boleh meneruskan tradisi keluarga ini dengan nilai kasih sayang yang tinggi. Aq-taerah dan abang aq-bamie

Monday, August 22, 2011

budakBUATaqPANAS


assalamualaikum...
benda ni jadi dalam dua tiga hari lepas..
sebenarnya kisah ni dah lama jadi..
alo,alo..aq memang malas nak layan sangat bila fikir dia kadak-kanak baru kenal dunia.
tapi bila sampai sound aq dalam fb memang pasal la budak tu..suka-suka dy je..
alang-alang nak cari gaduh..jum cari gaduh puas-puas..
lagipun dah lama aq tak baran dengan orang ni..
sila la..kalau statement dy betul kira terharu la jugak..
tapi kalau takat nak suka-suka memang salah la...
sakit betul la..
bila pulak hari tu banyak kerja...lagi superb aq punya angin..


bila fikir balik...malas da nak ambik tao agenda budak-budak tak mature ni..lepas ni jangan nak kata aq kacau bf hg lgi la..dua-dua aq dah remove..thanx sebab putuskan persahabatan ni sekali..kamu sangat superb dupper  sweet..siyes tak pernah jumpa girl yang control bf dy sampai macam tu sekali sampai  fb fb pun dy nk tolong reply msg...pastu sound bf dlm msg tu skali..bljar2 la mslh personal jangan nak bagi semua orang tao..kalau nak gaduh-gaduh msg la kt hfon..jangan sampai awk tu menyesal kemudian hari sudah la..p/s : kalau kamu baca,amek2 terasa la ya..

Wednesday, August 17, 2011

jejakaHATIaku!!

assalamulaikum..selamat berpuasa yang ke -17...alhamdulillah nikmat ramadan membahagiakan..
banyak perkara yang terjadi sejak masuknya ramadan dan membuatkan aq lebih bersyukur..
gaduh dan bermasam muka juga ada dalam bulan mulia ini...
okeyh, jum bilang hari ke hari raya...12 hari lagi kan?
InsyaALLAH kalau sempat...

dalam banyak-banyak lelaki dalam hidup aq..
ada seorang yang sangat superb aq syg selain dari ayah..
dia seorang jejaka yang sangat AWESOME..
"he mine forever even anything happen"
dalam banyak-banyak perkara, he the one that always noe about my hardness day and always smile back to me..
"I swear, he mine"
orang selalu kata satu hari dy akan tinggalkan aq berseorang lalui hidup sukar..
buat masa ni, dy tak pernah tinggalkan aq..
"heart kamu banyak-banyak"
biar aq kenalkan jejaka itu...
ni raya haji 2008
gambar ni dah lama dan dy sangat-sangat lebihkan aq dalam banyak hal
okeyh, kebanyakkan hal dy akan cuba lebihkan aq..
ni tahun pertama raya dengan dy selepas dy bekerja
kata orang, dy akan berubah lepas bekerja..
maksudnya dah tak pedulikan aq...
selepas 4 tahun dy bekerja..
dy still lebihkan aq..
dy tak berubahkan?

gambar raya 2009
banyaknya moment aq dapat capture gambar dgn dy adalah time raya..
walaupun dy gler kamera tapi sangat tak ada masa nak capture gmbar banyak-banyak dengan aq..
dy still sporting walaupun aq dah semakin dewasa tetapi aq sangat manja dengannya..
raya 2010
gambar raya tahun lepas paling happening, ramai orang suka gambar ni9..
mak ayah pun suka tengok, jadi aq print satu letak kat bilik..
okeyh, boleyh tengok dy lama-lama..
kat kolej pun ada aq print satu letak kat bili..
buat pencetus semangat..
siyes syg dy...

abang tunggal aq dan aq anak bongsu..
kami sangat rapat,terlalu rapat..
apa-apa perkara terjadi kami banyak share..
rahsia dy rahsia aq dan rahsia aq rahsia dy..
mak ayah pun tao macam mana kasih kami..
dy terlalu manjai aq dengan macam-macam hal..
mak pernah kata satu hari "sayang abang kat adik, kalau boleh jari pun nak kerat bagi"
maksudnya sayang abang pada aq tu sangat banyak-banyak..

fungsi entry ni?
disebabkan aq pernah guna gambar bawah ni sebagai profile picca FB


ramai tanya, okeyh ramai tu maksudnya lebih dari seorang..hehehe
dy bf aq ke?
jawapannya aq dah jelaskan kan..
dy abang aq..sangat sayang dy..


coklat "saya sayang abang saya" - exclusive




"i glad i have u"

abang aq akan menamatkan zaman bujangnya hujung tahun ni..
dan aq dengan hati terbuka sayangkan bakal kak ipar...
sekarang dah jadi geng...


sayang kamu berdua banyak-banyak..
jejaka tu abang aq dan gadis atas ni bakal kak ipar aq..


Tuesday, August 16, 2011

diamSAYAbukanMENGALAH

assalamulaikum..dah lama tak update blog, malas sangat nak menaip dan  menghadap komputer..
mata jadi cepat pedih bulan-bulan puasa ni..Okeyh, tinggal lagi 12 hari kerja pastu siapkan diri maw balik UPM..
siyes rindu UPMer dah, budak-budak comm bach 2010/2011 dan paling rindu mesti la talong, tangah,tachiq dan diqmyra.. okeyh..aq tgh lepas rindu sekarang..hehehe
balik pada topik hari nie - 'diam bukan bermakna kalah'

selalunya kalau kita mengalami situasi geram kat orang mesti kita marah dia balik kan? rasa macam nak belasah dy berkali-kali je kan? kalau boleh nak tampar berkali-kali untuk lepaskan geram tu.. Dan memang lumrah kita kalau marah memang akan bagi respon. Kalau bergaduh mulut, sama-sama lawan maki balik, kalau bertumbuk mestilah bertumbuk sampai berdarah-darah baru puas hati.. Itu cara masing-masing nak lepaskan geram, orang yang suka lawan balik marah ni adalah orang yang agresif.

Kalau fikir balik kan? bergaduh-gaduh lepas tu nanti baik balik kan? Normal sangat kalau bergaduh pastu marah-marah. Aq pun manusia biasa kalau aq geram, sakit hati atau tak puas hati memang aq reflex dengan cepat contohnya ayat ataupun bahasa badan. Kalau paling biasa aq geram kat orang, tengah best-best sembang aq terus blah dari tempat tu. Itu kira terasa sikit la tu, paling sikit.. Kalau tak tahan sangat aq memang terus marah bertubi-tubi tapi tak pernah la lagi aq belajar naik tangan kalau aq marah. I'm a girl,right? Marah pun kena bersopan jugak..hehehe*jangan bajet sangat*

Kalau bergaduh-bergaduh lepas tu orang yang kita gaduh tak ada reaksi? Maksudnya dy kalah ke? Kalau dari fikiran yang irang tengah bengang confirm dy cakap "tak berani la tu". Sebenarnya kalau diam bukan maksudnya dy kalah tapi dy sedang bersabar, tak salah kalau dy nak marah tetapi orang yang diam waktu bergaduh dan kena hentam teruk-teruk ni ada dua jenis ; diam sebab sabar , diam sebab bengang sangat. Kan elok je kalu diam kerana bersabar, dapat pahala jugak tu..

lepas ni kalau terasa marah, tolong la jangan tunjuk okeyh...kamu tak kalah pun...

Monday, August 8, 2011

jodohFIKIRANsaya


assalamualaikum...
sejak dua menjak ni kalau perasan aq selalu sangat cerita pasal jodoh, takdir, kekasih halal dan sebagainya yang menjurus kepada perasaan..
kadang-kadang bila baca sendiri nak tergelak pun ada, macam lawak bila idea dalam otak diterjemah dalam blog nie... mungkin lebih kepada bersifat menyendiri 
" i wrote what i think, i feel and i must go through it"
tak semua rasa apa yang aq rasa dan ada yang pernah rasa situasi yang pernah aq tulis dalam blog nie..
dan ada yang tak bersetuju dengan cara penyampaian aq...
mungkin aq lebih fikirkan apa yang aq rasa bila menaip, aq luahkan dan hanya berkongsi...

soal jodoh kali ni mencengkam sedikit perasaan aq, kalau sebelum ni aq asyik cakap pasal seorang jejaka tetapi sekarang aq nak mula cerita mengenai lelaki lain yang aq kenal sepanjang hidup ni.. mean mereka adalah kawan-kawan lelaki yang aq kenal.. aq still muda dan mengaku ada lagi ciri kanak-kanak yang melekat dalam diri aq.. kadang-kadang bila fikir balik, aq hanya seorang gadis yang selalu buntu dengan keputusan sendiri... Selain A.F, aq ada seorang lagi abang angkat (U.Z) yang selalu aq minta nasihat bila sesuatu keadaan yang sakit terjadi...

"JODOH aq siapa?mengapa?dan kenapa?"


aq tanya U.Z "kenapa aina selalu kenal lelaki yang punyai masa lampau yang buruk, it mean dia pernah buat salah yang aina sendiri terkelu walaupun mereka sekarang tengah berubah nak jadi baik." Persoalan tu U.Z jawab sebagai seorang lelaki yang dah berkahwin "semua orang tak sempurna, Aina. Abang pun pernah buat perkara yang aina tak dapat fikir, bila dah sampai satu masa dia akan berubah untuk jadi yang lebih baik"


Aq bersoal lagi " Kenapa aina selalu kenal dengan lelaki yang aina tak yakin, maksud Aina yang buat Aina rasa takut dah nak kawan dan kenal hati budi mereka lepas aina tau kisah silam tu?", U.Z jawab kali ni dengan lambat, mungkin cuba buat aq faham tentang realiti hidup "aina kena yakin semua yang ALLAH tentukan tu ada hikmahnya, jangan terfikir kenapa asyik aina je kenal orang macam tu..ALLAH kenalkan mereka dengan kisah silam supaya aina tak ulangi perkara yang sama pernah mereka lalui. Kita tak berhak memutuskan yang mana baik untuk kita sedangkan semua tu diluar batasan pemikiran kita, berkawan dan berkenalan dengan banyak orang buat kita lebih matang dan berfikiran lebih rasional bila buat keputusan". 


Aq risau kali ini dan aq tanya dy lagi, " Memang nasib aina ke kenal semua lelaki macam tu? Jodoh aina macam mana, macam tu jugak ke?". Kali ni jawapan segera aq terima dari U.Z, "Jodoh tu ALLAH tentukan, tak payah fikir lagi macam mana jodoh aina, cuma fikirkan sekarang tentang masa depan untuk jaga keluarga. Kadang-kadang umur macam aina risau sangat pasal jodoh. Habiskan belajar dan bina kerjaya. Jodoh tu ada tetapi belum sampai waktunya aina kena declare sapa jodoh aina. Kawan dan kenal mereka dengan takdir ALLAH dan jaga diri..InsyaALLAH.."


Kali ni aq mengadu, rasa sedih dan terdiam " Kawan aina selalu dapat kenal lelaki yang baik, yang beragama dan dapat bimbing dia, tapi dia selalu sia-siakan. Kenapa aina tak macam dia?". U.Z tarik nafas perlahan waktu itu "aina, takdir hidup manusia semua tak sama, iman kita pun tak sama. Cuba aina fikir, dugaan yang ALLAH bagi ni untuk apa? Untuk uji kekuatan aina kan? Ketahanan aina kan? Tak payah persoal banyak perkara yang rumit, jalani semua perkara sebagai semua hikmah hidup dan sabar. Berhenti nak tanya kenapa aina tak dapat dan orang lain dapat, itu semua ada hikmahnya. Hargai apa yang kita ada dan bersyukur ALLAH sayangkan kita."


akhir perbualan dengan U.Z, dia serahkan telefon kepada isterinya.. Aq diam dengar bicara dari seorang wanita pula " aina, kita perempuan selalu nak yang sempurna, yang baik, yang bagus... Cuba faham hikmah yang ALLAH bagi bila aina kenal banyak lelaki macam tu? Mereka semua tengah berubah jadi baik bila mereka sedar tersalah pilih jalan, jangan hukum orang seperti kita tak pernah buat salah. Terima dan faham semua hikmah tu dan tolong fikir positif.. Jangan pernah fikir semua tu bebanan tetapi fikir sebagai satu hikmah yang mematangkan... Yang penting, aina yang berubah jadi baik.. Kalau kita baik, insyaALLAH ALLAH lapangkan semua jalan bertemu jodoh dengan indah dan tak terjangka.."

Sunday, August 7, 2011

pegangPADAketakutan


siyes aq dah takut nak mimpi lepas ni...takut dan fobia kalau asyik mimpi dengan perkara yang sama..
kemungkinan perkara tu leyh jadi kenyataan...
macam orang kata, aq ni dah teruk...
takut dengan dunia sendiri...
siap bangun tido terus menangis lama, terpaku depan cermin
siyes aq fobia dengan nama 'eira' tu sendiri...
aq taktau kenapa setiap kali aq mmpi bila melibatkn orang ketiga dalam hubungan aq msti orang tu nama "eira"
aq bukan diskriminasi orang yang nama 'eira' sebab family aq pun panggil aq 'eira' it mean adik2 comeyh aq panggil aq 'kak eira' tapi disebabkan aq fobia aq tukar jadi 'taerah'.. 

kalau aq mimpi pasal orang ketiga berturut-turut dalam masa seminggu pun harap la nama lain pula...
jangan 'eira' lagi...
nak  tido pun dah tak berani kalau dapat mimpi macam ni...
mungkin ke aq psycho? sampai takut dengan sebaris nama manusia tu?


yup, aq dah psycho sekarang...
takut dengan reality hidup...
tapi ada orang cakap aq terlampau fikir dan terlalu takut nak tempuh masa depan
kata orang aq kena buat mimpi tu ibarat mainan tido ja...
jangan fikir sangat-sangat, nanti aq jadi makin takut
tapi kalau mimpi sekali je aq boleh terima...
tapi mimpi benda nie lebih dari tiga kali...








Wednesday, August 3, 2011

terdiamUNTUKhariINI


lidah terkelu untuk memohon maaf
bibir bisu untuk berbicara
terdiam sepi dalam ramai manusia
ini mungkin pengakhirannya
memaknakan sebuah kasih sayang


masa seakan terhenti bila detik itu berlalu
aku terpaku dihadapan skrin PC
lama dan terdiam
air mata mengalir perlahan di khalayak
ku lemah dengan ugutan cinta


tunjukkan jalan untuk aku langkah ke hadapan
dunia seakan ketawa tiada nada
diperlekehkan untuk kali keberapa
di duga di bulan suci
seakan ku disumpah cerca hina dengan terbisu


ku hormatnya untuk masa depan
selerakkan satu-satu cebisan hati
menjadi kecil dan malu di dunia sendiri
mungkin ku terlupa
aku hanya perlu terkelu sebagai insan biasa
menangis dan redha

i'm leaving from your heart
i do leaving from your day
i totally broken with your word
----mysadnesswillpayforyourego---