lUv yOu i wAnT u nOe

Sunday, August 28, 2011

hadianDANkasihSAYANG


assalamulaikum...
bila teringat kisah kanak-kanak, rasa tersentuh sebab banyak membentuk siapa aq sekarang ni. Hidup dalam keadaan sederhana dengan keluarga maksudnya tak terlalu berada macam sesetengah orang buat aq sedar banyak beruntungnya aq berbanding orang lain. Semua manusia banyak belajar dari pengalaman masa lalu dan mendidik siapa diri mereka pada masa sekarang. Aq anak gadis biasa yang selalu mengharap kehidupan ni lebih bermakna dan sentiasa berusaha sedaya mungkin untuk menjadi yang baik dari semalam. Banyak material ataupun benda yang aq dapat bukan dari hasil sia-sia, banyak orang kata aq beruntung kerana boleh dapat apa yang aq nak. Walaupun aq anak bongsu dalam keluarga itu bukan satu bonus terbaik untuk aq dapat apa saja tanpa menunjukkan kesungguhan.
Mak dan ayah banyak bagi hadiah ataupun ganjaran kepada q dan abang berdasarkan apa yang kami janji. Aq teringat lagi masa berusia 10 tahun, ayah memberi cabaran untuk dapat nombor terbaik dalam darjah dan mendapat hadiah. Banyak yang aq dapat sekarang bukan hadiah semata-mata tanpa aq melakukan apa-apa. Every hardest comes with a reward. tetapi hadiah yang aq dapat tak meunjukkan kemewahan, itu hanya satu didikan moral untuk aq lebih berusaha. Lepas abang mula bekerja, hidup aq semakin ketara perubahannya dengan 'reward' , abang akan tetapkan hadiah yang aq bakal dapat untuk setiap kesungguhan yang aq buat dan setiap benda yang aq ada sekarang banyak datang dari hasil gaji abang.
Nilainya lebih tinggi dari nilai hadiah biasa yang aq dapat tanpa berusaha. Kadang-kadang tempoh aq dapat hadiah adalah singkat contohnya macam tiga bulan selepas itu aq dapat lagi hadiah lain. Sekarang aq mula belajar menghadiahkan sesuatu buat diri aq jika aq mencapai target.Mungkin rasionalnya biasa pada orang lain tetapi bagi aq berbaloi kadang-kadang belikan sesuatu buat diri sendiri berbanding harapkan orang lain belikan. Sampai sekarang mak,ayah dan abang masih teruskan konsep 'reward' pada aq bagi setiap kesungguhan yang aq buat dalam pelajaran tetapi perkara paling aq tersentuh bila aq mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di UPM. Hadiahnya berganda-ganda daripada bapa dan mak saudara aq, sampai sekarang aq masih terasa eratnya pelukan setiap daripada mereka saat aq mendapat surat itu, tangisan kegembiraan itu aq sentiasa simpan sehingga hari ini. Aq tak mampu bagi 'reward' kepada mereka selalu hanya kadang-kadang sahaja aq dapat buat antara mereka menangis dengan kejayaan aq.
Menjadi yang pertama saat mereka letakkan harapan supaya menjadi contoh kepada adik-adik yang lain membuatkan aq percaya dengan kasih sayang yang mereka berikan serta dengan kejayaan. Aq dan abang walaupun kami anak mak dan ayah tetapi secara tidak langsung kami anak sulung kepada keluarga Habsah dan Ibrahim, kami selalu menjadi contoh kepada mereka. Kasih sayang merupakan hadiah terindah buat keluarga aq, kami sentiasa memerlukan antara satu sama lain dan sentiasa erat.
Waktu yang paling aq suka hingga kini adalah saat berbuka pusa hari terakhir Ramadan di rumah pusaka tok, bacaan Yassin beramai-ramai di Malam Nisfu Syaaban dan kenduri arwah buat tok dan wan.Saat yang paling aq tunggu adalah perkahwinan cucu sulung keluarga ini yang mesti meriah dan insyaALLAH, saat aq menerima ijazah di Hari Konvokesyen. Kami berdua selalu menjadi yang pertama serta berharap kami juga boleh meneruskan tradisi keluarga ini dengan nilai kasih sayang yang tinggi. Aq-taerah dan abang aq-bamie