lUv yOu i wAnT u nOe

Monday, April 2, 2012

officially :)


alhamdulillah 

anything? anyone? apakah itu?
dipanjangkan syukur dan munajat pada ALLAH dengan setiap rahmat yang dikurniakan
alhamdulillah dengan kesakitan yang pernah datang 
masih terasa sakitnya kepahitan sebuah pengalaman
masih terasa peritnya meletakkan kepercayaan 
masih terasa air mata yang mengalir lesu di pipi
masih terasa pedihnya mata membengkak lama
dan masih terasa kekuatan yang sudah hilang

alhamdulillah 

seorang bertanya, seorang mengulas dan seorang menyokong
semuanya nampak gentar pada wajah
senyuman yang terukir terasa kurang kemas
wajah ceria terasa ada celanya yang nyata
pejam mata lama-lama
insyaALLAH..
mungkin ini harapan yang mahu dikhabarkan pada orang
mungkin ini satu kepercayaan yang menyusur perlahan
mungkin juga ini satu keyakinan yang menyerlah pada wajah

alhamdulillah 

boleyhkah kalau hari-hari lepas ini wajah ini terus mengukir senyuman
boleyhkan kalau setiap hari bibir ini meledakan ketawa perlahan
boleyhkan kalau nak cakap pasal masa depan mulai sekarang?
boleyhkah cuba membentuk peribadi mulai sekarang?
boleyhkan meletakkan target yang senang digapai?
insyaALLAH

alhamdulillah 

officially i'm _._._._._
restu ALLAH dan restu keluarga
menjaga sekeping hati dengan penuh amanah
insyaALLAH 
alhamdulillah

*kalau faham silalah senyum*