lUv yOu i wAnT u nOe

Tuesday, January 11, 2011

sayaMAHUjadiYANGsayaSUKA

ingat lagi masa kecik-kecik dulu..
suka sangat berangan-angan nak jadi polis...
lagipun masa kecik-kecik sangat bersifat kelakian
(dengan seluar poket banyak sebagai baju raya)
eh..seronok la tengok polis kejar sana-sini tangkap orang jahat...
nak jadi macam tu lah...
sesuai dengan gaya...


tapi bila masuk darjah dua,minat pula nak jadi CSI...
bedah-bedah orang,jumpa mayat-mayat(ngeri dah sekarang)
suka sangat benda macam tu..macam sangat cool lah..
lagipun perempuan kerja macam tu...
mesti sangat hebat*nada berlagak masa kecik-kecik*
cita-cita tu diteruskan sampailah tingkatan empat..
mau jadi CSI bila cikgu tanya soalan "cita-cita kamu"




bila masuk tingkatan empat,tiba-tiba terpilih masuk ke kelas perakaunan+science(bio,phy dan chem) oleh pengetua...belajarlah dengan segala masalah yang tak best itu..
bila masuk lab asyik cerita pasal tubuh manusia,sistem badan manusia...
bla..bla...bla...
tak seronoknya,rasa macam tak masuk dengan jiwa la...
tapi sangat minat dengan subject miss gunawathy..accouting...
suka kira0kira dan buat latihan dan selalu score..
bestlah subjek nie...
nak tukarlah cita-cita..he3..mau jadi accountant pula la...
boleh kira duet banyak-banyak(tamaknya..muka duitan mula terserlah)




dan subjek kira-kira duet nie..buat bajet memang sangat favourite...
sampai sekarang masih buat bajet dengan catatan kewangan...
tapi lepas STPM...
inilah bermula dunia yang tak disangka dalam hidupku...


diterima masuk ke Universiti Putra Malaysia dalam bidang komunikasi...
mungkin cita-cita aku dulu memang tak sesuai dengan jiwa kot dan diri...
komunikasi??apa yang kamu fikir?
orang yang banyak cakap macam aku ke?
dunia pelajar yang bergelar pelajar komunikasi amat seronok..sedikit perubahan diri
sedikit perkenalan dengan cara bercakap,cara bersuara,
cara tepati masa sebagai orang yang mempunyai sedikit waktu sengkang...
itu serba sedikit mengenai komunikasi...
aku...pelajar komunikasi korporat...
sedap pada nama tapi banyak dugaan dan sedikit telahan yang menjadikan aku gugup...
apa itu korporat?kaya?sombong?diperlukan?dihormati?disanjung?
aku sendiri bingung secara jujurnya..
tapi ini bidang yang aku pilih untuk lunaskan dalam jangka masa tiga tahun...
ini aku..duniaku..masa depanku dan  juga insyaALLAH karierku...


insyaALLAH..bersabarlah..kamu pasti bahagia dengan hidup kamu berkat doa IBUBAPA