lUv yOu i wAnT u nOe

Thursday, December 22, 2011

beruntunglahAPAkamuPUNYA


tiba-tiba rasa ada yang mengalir. tangisan itu tak mampu di lempias keluar
beruntunglah apa yang kamu punya. sejarah yang punya pada dirimu
salasilah keluarga yang beruntung. cuba pandang di akhir kisah orang lain
belum tentu sebahagia yang kamu rasakan. sesekali buka mata. tutup semua hati marah
cuba fikir letak duduknya kamu kini. seakan rasa tak dihargai.namun
kamu masih punya keluarga yang menyayangi diri. masih ada tempat gantung yang boleh dicapai

cuba pandang sekeliling. hanya mengharap kisah kasih insan lain. hargai apa yang kamu punyai
jangan pernah tamak dengan apa yang belum kamu miliki
tak semestinya yang kamu ingin miliki itu kebahagiaan pada diri kamu.
bebaslah rasa tamak yang mengusai. kamu tak punya kuasa itu semua
biarkanlah kebahagiaan yang bukan punca dari kamu meledakkan rasa
biarkan cara itu yang bahagia. simpan satu-satu rasa kesakitan yang kamu rasakan 
doakan kebahagiaan yang kamu rasakan dapat dicapai orang lain
semoga dia juga mampu rasa senyuman yang kamu rasa
biara mereka juga dapat ledakan ketawa yang sama. seirama mesra mungkin

kisah dia tak sama...mungkin tak seindah kamu
dia sendiri, cari jalan sendiri. tak tahu nak minta tolong siapa
kamu punya keluarga. tempat kamu bercerita
dia punya siapa? cuba kamu tengok. pandang kisah dia
dia tak punya seperti apa yang kamu punya
dia tidak pandai dewasa cara kamu
dia tak tahu cara menghargai, menyayagi seperti kamu
dia tak tahu cara sebuah kasih sayang, tentang pimpinan dunia dengan keluarga
dia bukan kamu. bukan dari kamu. bukan dalam kalangan kamu yang beruntung
saat dia resah, pejam mata, tak tahu nak buat apa. kamu duduk sebelahnya
bicara kamu akan ada lewati kesakitan yang dia rasa
dia tak tahu nak terima bagaimana pertolongan kamu tu
hati dia tak belejar semua itu seperti kamu


kamu punya ramai orang
banyak kisah ceria yang dia tak pernah rasa
kamu nak bawa dia ke dunia kamu tapi dia jauh ke hadapan
dia hendakkan dunia. dia bahagia dengan dunia yang dia pegang
tiada orang yang mampu tarik dia pulang ke pangkal jalan
kamu berusaha bawa dia pulang, hati dia tak terima apa yang kamu lakukan
maafkan dia. dia tidak biasa dihargai seperti kamu lakukan
dia tak tahu nak menghargai erti kasih yang kamu injakkan
dia hanya pernah menjalaninya seorang. menempuh kisah sedih sendiri
dia punya kisah tak semanis kamu ingin tahu. dia banyak berahsia
dia mula bercerita bila kamu rapat dengannya
kamu cuba mengelak, cuba menerima, kamu takut kamu terjerat
apa perkara yang dia tak pernah cuba sepanjang hayatnya?
banyak perkara tak terjangka akal kamu untuk mentafsirnya
cukuplah secebis cerita luarbiasa yang kamu dengan dari dia


kamu takut bukan? takut dengan banyak yang dia cuba, dia rasa
dunia keseronokkan dia. kamu risau bukan kalau kamu terlayar sama
kamu ingin bawa dia pulang, tapi kamu tak tahu jawapan yang wajarnya
bagaimana mahu heret dia pulang kalau kamu juga compang-camping
kamu cuba ubah diri. tunjuk dia jalan pulang. 
kalau hatinya sudah hitam dengan kisah-kisah hitam?
mampu kamu heret dia pulang? minta dia tinggalkan tabiat yang dia pernah lakukan?
kamu mampu? kamu sudah tegur. guna lidah untuk menyatakan kesesatan dia
kamu takut. dia bukan tanggungjawab kamu. kamu beringat dia sebagai seorang muslim
seorang kawan. tapi kisah dia pelopori tanpa kamu sangat panjang.
tanpa kamu. dia yang belajar pilih jalan hitam. bagaimana kamu mahu pilih?

kamu cuba. tilik rasa. khabarkan pada dia tentang nikmat Tuhan
dia tahu hujah yang kamu sampaikan. dia tahu cara beragama
dia tahu cara melaksanakannya. dia tahu halal haram. dia tahu semuanya
tapi dia tak melaksanakan semuanya, dia langgar semua yang dia tahu
dia buat semua yang tak boleh. kamu jadi takut dengan jiwa itu
kisah itu. kisah dia persembahkan. dalamnya dia coretkan hitam


dia tahu dosa pahala. dia tahu apa derhaka. dia tahu bersyukur
dia tahu masa lemah cari Pencipta. ada terkadang istifar dibibir dia
dia tahu semua tentang ISLAM. semuanya yang dia tahu
hukum hakam kamu persoalkan. dia mampu jawab semuanya
dia tahu. kamu nak tanya bila dia nak bersyukur? takut dia terguris


~tak perlu mencuba menjadi yang bukan tanggungjawab sebagai tanggungjawab yang harus kamu laksanakan~