lUv yOu i wAnT u nOe

Sunday, February 26, 2012

bibit-bibitRASA

assalamualaikum..
saaat menaip di keyboard, dengan suasana yang selesa
hujan menyapa petang tadi dengan renyai-renyai sepanjang perjalanan dari Selayang ke Bukit Beruntung
alhamdulillah..
satu-satu hari masih ada dengan redha ALLAH yang tak berhenti..
berharap semua ini berpanjangan
ameen
esok akan melangkah kaki ke UPM kembali, hanya cuti tiga hari
kalau semester lepas aq habeskan masa hujung minggu dengan keluar tanpa motif
tapi sem ni alhamdulillah, aq panjatkan syukur pada ALLAH sebab tetapkan hati..
aq harap kalau tak ada kerja, tiap-tiap minggu aq akan jejakkan kaki ke Bukit Beruntung, supaya aq tak tersesat lagi dengan perkara yang tak berfaedah..insyaALLAH
kalau ditanya kenapa aq sudah jauh dari pergaulan? maaflah.. aq ada satu sebab
sebab yang insyaALLAH satu masa semua orang akan tahu
bukan dalam masa terdekat ini..biarlah rahsia atas sebab itu..
ramai yang beranggapan 'rahsia' ini yang buat aq jadi orang lain, bukan sebenarnya
sebelum semua ini terjadi aq dah tahu sisip diri aq yang teruk..
aq mahu jalan pulang supaya aq kuat dengan keyakinan yang aq pupuk sendiri