lUv yOu i wAnT u nOe

Monday, February 27, 2012

entahRASAhati


lorek-lorek hati mula ditinggalkan pergi dengan perlahan
detik demi detik seakan mengejek masa yang sudah pergi
air mata sudah hilang kesannya pada wajah, senyum mesra ini?
di tanya beberapa kali untuk rasa sakit itu... kuatkah sisa rasa yang masih ada?
menjejak satu satu rasa yang perit, melukis kisah biasa
gadis biasa yang menjalani kisah biasa.. keajaibannya? 
mungkin rahsia yang belum kunjung tiba
insan di sekeliling melihat perubahan yang makin positif
alhamdulillah, resah sudah tak keluar dari bibir yang sama
jiwa ini? kosong rasa semakin terisi.. 
cuba menolak satu satu rasa yang masih dimahukan
apakah rasanya ini?

belas belas rasa yang makin hilang, fokus pada komitmen
satu satu tanggungjawab seakan datang menyapa perlahan
senyuman yang seakan dilorek lama dengan bibir beku tanpa kata
rasa yang seakan mahu pergi jauh itu dilurut kembali
supaya kuat dan tegas menangi semuanya dengan tenang,
biar tangisan selepas ini tangisan kegembiran 
kocekan hati yang dijelajah perlahan, perit menahan sakit ini
apa rasa hati sekarang?